Followers

Friday, September 26, 2008

Duit Raya??

Darin dah dapat duit raya..


last year pun Darin ada dapat duit raya seminggu awal.. tahun ni pun ada jugak..


Alhamdulillah, cantikkan sampul dia... Thank mama Aisha@Auntie Rohaya..

Kuih Raya

Malam tadi sempatlah aku buat kuih raya 1 jenis, memang ni jelah kuih tahunan aku sejak aku kahwin sebab tak payah nak bakar - bakar.. last year ada jugak 2 jenis, tp lagik 1 tu x sempat nak buat coz keadaan tak mengizinkan..

Memula tengok je

Pastu terus duduk

bermulalah acara aku mengeluarkan butter, then dah lama sket kat luar aku cairkan sebiji butter, then masukkan gula, 1 cawan, bagi dedua cair dan sebati, baru aku masukkan honey 1 cawan jugak.. then dah tgk sebati semua, baru aku masukkan cornflakes... sib baik bibik ada, so berdua kcau jap, tgk semua flakes tu melekat antara 1 sama lain then aku taburkan koko kat atasnya.. jadik apa nama kuihnya.. ya betull.. Cornflakes Honey berkoko..ha..ha.. silapnya takde kacang tanah je sebab tak sempat nak mencari..

Khusyuknya dia..

Sempat lagik tengok kamera

acara paling x tahan ialah nak masukkan kuih tu dalam bekas kecik tu ha.. sebab masa panas ni elok buat sebab senang sket, kalau dah sejukkan liat je honey tuh... oh ya.. aku ada assistant kecik.. sibuklah nak tolong aku kat dapur.. satu - satu dia hulurkan cup tu kat aku, then dia pun nak buat jugak..

Selamat makan kuih raya sumer...

terpaksalah husband aku tolong sekali supaya cepat siap... oklah, Darin x mengacau sangat, so dalam 1 jam siaplah sumer sekali and simpan lam balang, dapatlah 200++... oklah kan, sib baik aku x buat 2 kotak terus, kalau tak maunya kul 1 baru tido kot..muahaha....

Darin makan dodol??

Ingat tak entry aku yang lepas pasal we all balik kampung tuk kacau dodol.. and aku ada simpankan dodol cair sebab aku suka makan...



before this ada jugak aku calitkan sket dodol tu kat mulut anak aku.. tapi dia duk tepis - tepis + lap mulut dia.. maybe sebab terasa manis dia lain and melekat - lekat kat mulut dia kan..


malam hari tu aku test lagik calit kat mulut dia.. tapi x mo.. rupanya dia nak suap sendiri.. so bibik aku bagilah yang ada lam mangkuk tu, tp dah tak banyak..




then bagi yang dalam tupperware.. sabarjelah aku, sedaplah plak dia makan... he..he.. berbaloi jugaklah mummy ko ni kacau dodol tau..

Thursday, September 25, 2008

Breakfast @ D' Apartment

Last monday, we had breakfasting at D' Apartment, The Curve. It's meant for gals days out. Most of the team were invited but only 4 of us turned out to join.

Atiqah n Fadela


Me & Azie

At first, we wanted to have a la carte at TGIF. Hmm just wanna have a try on Apartment Ramadhan Buffet. The food not so bad, just nice with the price RM48++, maybe it's quite expensive, because they only have about 16 dishes to be served around..


Alamak, Azie x nampaklah

He..he.., me, azie, fadela and atiqah je yg join makan - makan ni... masa makan tu semua benda nak amik, then first round aku makan, then terus gi solat Maghrib... pastu balik je dari situ, amik lagik 1 round, while the other 2 pegi solat pulak..

Gambar kat belah dalam

Lampu pun nak amik jugak

masuk 2nd round tu.. ha..ha.. cam x bley masuk.. maybe sebab dia byk western food, aku jugak yang request, so all cheeses, mils and creamy thingy masuk dalam perut buat cepat sangat kenyang and.. memang bloated habislah..


Ni jer desert aku

air pun just minum 2 gelas yg kecik je.. memang makan cukup - cukuplah.. definitely masa aku pegi tu, food dia sedaplah bagi aku, even all the kuih - muih pun sesedap rasa tau... and takdelah cam tawar ke terlebis manis ke, terkeras ke, terlembik ke.. just nicelah org ckp..

Makanan we all

well acara sambil makan hanya bergossip sahaja and amik gambar sesikit coz lately cam aku amat malas untuk bergambar.. aku rasa kena bina semangat barulah.. cemana nak motivate myself supaya suka bergambar..

Ni pun aku punya

oklah stop dulu... untuk kali ni... sempatlah aku upload header baru, walaupun aku memang x reti mengedit nih.. lantaklah, janji ada kan..

Apa lagik.. bayo ler

selamat hari raay sumer..

Wednesday, September 24, 2008

On the way to office

Baru keluar dari area rumah..

Ni dah nak sampai kat sempadan Kota Perdana

Keluar je jalan besar, kereta dah banyak giler dah

sebelah kanan tu nampakkan banyak kereta..

semua kereta tengah break, coz kat traffic light, nak kena amik u-turn

tengah ready nak u-turn

dah turun simpan menuju ke Cyberjaya

Area jalan Cyberjaya

Driver kesayanganku setiap pagi, coz aku boleh tido..la..la...la..

Flyover tu yang we all kena amik tuk ke KLP (skang MEX)

Dah sampai tol... 2.50 yek...

Inilah laluan KLP (now MEX) pepagi, amat lengangkan... kalau ada rezeki leh jumpa keta WCH 13.. he..he... we all turun kat kat simpang nak ke NPE tu, tp we all amik Jalan ke Tun Razak, lalu depan TUDM, then amik jalan ke Istana.. then masuk ke Jalan Damansara.. utk ke Damansara Heights, pastu aku pun meneruskan perjalanan ke Uptown guna Sprint..

masa yang di ambil.. 1 jam jugak.. jarak perjalan.. lebih 50KM...

Dah pakai pun

Thank kak dayang.. he..he.. sebab belikan aku tudung ni le kat Tie Rack.. dia kata ni cam ok je tuk aku.. ok ke yek.. x ok pun ckp ok yek.. kasi aku sedap hati sket..
la..la..la..

Pandangan dari kanan

Pandangan dari kiri

Pandangan dari depan

The day I met Putera Shazlan


Darin memang suka tgk Hikayat Putera Shazlan.. dia dah boleh sebut Shazlan dah, walaupun agak pelat, tapi huruf 's', 'h', 'z' 'l' dan 'n' tu bolehlah kita dgr..

hari Isnin lepas aku bukak puasa kat The Curve.. then ada kelibat sorang budak lalu depan aku.. aku x amik port sekali.. sekali member aku ckp "Shazlanlah'.. huwaa.. terlepas sudah.. x sempat nak amik gambar.. kecik je Shazlan tu pun.. dia tgh berlari - lari anak ngan sapa ntah.. menuju ke Cineleisure.. hhmm kalau x, boleh snap gambar tuk Darin

Ke mana kami

Lepas habis kacau dodol.. mandi - manda.. baring - baring, rehatkan badan.. then we all gerak keluar nak carik juadah tuk berbuka.. x larat dah nak masak.. tapi sebelum tu we all singgah sini kejap..

Jauh sket parking

We all melawat adik ayah aku yg bongsu.. dia sakit.. dia memang sejak kecik cacat sket, cam terencat akal gitu.. baru - baru ni dia jatuh sakit.. dgr citer kurang darah merah.. darah putih.. darang kuning.. (kuning??).. platletlah tu aku rasa.. tul tak dokter..

Kami ke sini...

masa sampai tu dia tgh tido, sian dia.. aku xdelah amik gambar, takut kena marah plak kang.. we all kejutkan and ayah aku suapkan dia makanan.. oh.. mak dia (read: nenek aku) takde, dia pun x sihat.. dia kat seremban, anak dia yang jaga.. so anak dia ni kakak dia yang lain plak jaga.. semoga cepat sihat hendaknya...

Kacau Dodol

Hari sabtu lepas aku kat Kuala Pilah, tolong mak aku kacau dodol.. memang selalu buat pun, kebetul bibik ada, so lagiklah semangat mak aku nak buat.. ada jugak org nak tolong kacau nanti.. lambat jugak we all start pagi tu coz kedai nak perah santan tu lambat plak bukak... so end up kul 9 lebihlah baru start..

mak aku kacau atas dapur gas je.. moden kan...
So first sekali, mak aku masukkan pati santan dr 17 biji kelapa kampung yang memang bebetul besar.. kelapa sendiri... so tu yang mak aku memang tak agak - agak nak letak kelapa banyak... digaul dengan 3 cupak pulut yang telah di'blend' menjadi halus seperti tepung pulut.. ada org memang guna tepung pulut yek.. mak aku blend sendiri.. 1 cupak = 3 1/2 put tin susu, kalau 3 cupak.. lu kiralah sendiri..

Ni bancuhan yang pertama sekali

masa campurkan adunan ni, api memang dah pasang, so janganlah besar sangat and kenalah sentiasa kacau supaya tak bergentel adunan pulut tadik tuh.. aku panggil tepung jelah yek sebab dah halus pun macam tepung.. so sambil kacau, mak aku tgklah bancuhan tu, mana yg bergentel cecepat dia hancurkan.. then masukkan airlah sebab santan tadik tu memang pati betul.. BTW, hasil dari perahan 17 biji kelapa we all dapat dalam 5.8kg santan..

Aku yang gigih menolong

air berapa baldi aku x sure, tp dalam 1 baldi lebih kot.. bukan masuk sekali harung.. sket - sketlah masukkan.. part ni aku x pandai agak lagik, mak aku jelah yg budget, tambah air lagik ke tak..

Ni hasil campuran gula melaka + gula pasir

Kacau.. jangan x kacau

bila sampai satu tahap yang bila kita kacau santan + tepung cam ada bunyi sket, dah startlah masukkan gula melaka/gula melaka/we all panggil gula anau... 5 turus gula anau semuanya.. and 2 kilo gula pasir... ni memang part yang last dah pun.. kacaulah sampai masak....

Anak aku pun nak join sekali

part yang paling aku tunggu ialah dodol cair.. we all panggil dodol ni 'penganan' atau realnya 'ponganan'.. slang nogori abislah... aku suka makan penganan cair, abg aku suka, anak abg aku pun suka.. amat sedap, tp nak amik yg cair tu pun bukan sebarang amik, adalah peringkat yang sesuainya baru boleh amik..

Tak sempat lagik tukar baju, dah kena tolong

Masa ni husband aku tengah kacau dodol

Mak continue, x mo kasik hangus..

ayah aku balik memang watu yg sesuai sekali, coz dah penganan dah start pekat dan lekat, kacau pun dah berat semacam.. dia sampai umah terus dia kena kacau.. husband aku pun try jugak, tp x jumpa teknik yang sesuai.. so 2 kali je kacau mak aku suh stop.. sebab takut hangit.. (takpe bie, lenkali yek..) so part yg last memang aku tak laratlah.. ayah aku jelah yg take over + bibik and mak aku....

Bibik yang berkerja keras

Teknik cedok, angkat, pusing

Lurutkan guna pelepah pisang yang disalai

Simpan dalam tupperware

akhirnya siaplah penganan yang we all buat ni.. 5 jam jugaklah nak kacaunya.. and teknik nak amik penganan masuk lam mangkuk atau tupperware, bukan cam cedok gulai.. ayah aku kena kaut dari bawah, angkat sudip tu and pusingkan sampai rata.. and mak aku akan lurutkan dodol tu tadik guna pelepah pisang yang telah disalai... dah siap semua.. bolehlah agih - agihkan pada sesapa yang anda suka... selamat makan sumer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...