Followers

Thursday, January 29, 2009

Weekend and CNY

Pada yang dah baca entry lepas.. on 24/1 and 25/1.. we all baru start buat konkrit..
Hari sabtu pagi tu we all ke kedai hardware beli semua barang yg patut.. then tolong my hubby pasang railing lagik.. pastu aku pulak dengan jayanya menyapu bersih semua habuk belah atas.. and mop bersungguh - sungguh.. bahananya.. aku mula rasa sakit tekak, bersin tak henti and now batuk.. tu pasal aku mc semalam dan hari ni....

lepas bersihkan bahagian rumah.. we all ke Shah Alam Seksyen 10, gi hantar langsir untuk jahit kat Kedai Kak Hani.. x taulah ok ke tak.. ni first time tau.. then bolehlah pulak night curtain tu tak cukup 10 meter tau.. sedih lah.. 2 tingkap x dapat langsir.. terus we all ke Nagoya.. and beli kain.. balik tu hujan pulak.. redah hujan, hantar langir and terus balik rumah.. hhmm dah kena hujan, lagiklah parahkan..

sampai umah.. lepas Maghrib, hantar bibik gi rumah mak sedara dia.. sajalah bagi dia cuti walaupun aku banyak benda nak buat sebenarnya.. pagi Ahad tu pulak seawal jam 9 we all 3 beranak keluar gi rumah baru... tukang tu dah nak start buat konkrit.. boleh plak we all lupa nak bawak sinki + hob... cemana dia org nak ukur buat lubang.. balik rumah.. bawak barang masuk lam keta.. we all plak kena bersiap sebab lepas tu nak gi Majlis bertunang bos husband akr kat Bangi.. sampai ke kat umah baru.. dia dah buat acuan konkrit tuk bahagian atas.. and suh aku tgk dulu ok ke tak.. so ok jelah... then terus pecut ke Bangi.. tup tap tup tap.. kul 4 lebih tu gerak balik umah Shah Alam amik hob... bawak balik umah, x berani tinggal sana.. sampai sana dia dah siap buat bahagian atas konkrit.. oklah tu... balik rumah malam tu masak.. tekak rasa x berapa sedap. x taulah lauk tu ok ke tak.. dalam pukul 9pm, gi KL Sentral maik my MIL pulak..

Pagi isnin, bangun buat sarapan.. then we all singgah rumah Shah Alam before pergi rumah my SIL kat Bukit Subang.. masa petang nak balik, boleh plak keta aku buat hal.. tetiba RPM rendah dan mati enjin.. alarm asyik bunyi je.. tapi baru lepas servis.. korang tau apsal?? we all tawakal je balik.. bila mati enjin startlah balik.. so balik umah.. amik keta my hubby and dia gi amik bibik while aku masak kat rumah... sib baik bibik dah balik.. so dia tolong aku masak kat dapur.. coz Darin amat meragam sebab daddy dia takde rumah..

selasa.. we all ke rumah baru lagik... kena beli lagik brg untuk letak tiles.. sib baik ada kedai Hardware yang bukak.. so nenanti dia org boleh buat... sambil tu dia org dah start simen bahagian belakang.. kejap je dah siap.. sambil tu, dalam demam, selamat jugaklah me and my hubby menyental 3 bilik air kat atas.. lap semua grill bahagian atas and sebahagian tangga.. nak rush balik umah coz nak gi umah sepupu dia kat Bangi for lunch..
balik petang tu bibik aku masak.. sebab badan aku tak berapa sedap.. ye.. bahana dari itu.. aku batuk teruk, selsema and demam turun naik.. terpaksa cuti.. huwwaa... takpelah... cuti yg memang penat and cacamerba... apa pun.. aku puas hati...

Progress my Home Sweet Home

So far Alhamdulillah.. dah adalah progress untuk rumah baru tu... walaupun still ada lagik yg belum dibetulkan lagik, tapi minor je.. so tak kisah sangatlah... tak taulah kan kalau lepas duduk ada pulak yang majornya.. so kenalah sabar dan bertawakal..

12/1/2009 - grill yg we all tempah sehari selepas krimas tu dah siap pun.. so my hubby kena tengoklah.. but then aku gi tengok jugak lepas tu.. mintak excuse dengan bos nak balik awal coz ada hal... tapi camtulah.. ada 2 tingkap kena bukak balik coz, 1 tak cukup panjang, yang 2 tu pulak terlebih panjang.. so they all continue hari sabtu nanti..

16/1/2009 - aku and husband amik half day hari ni.. mcm tak half day coz husband aku amik pun lepas solat Jumaat.. so sampai kat kedai hardware pun dah kul berapa.. ooo actually we all nak beli railing curtain... pasang sendiri lagik jimatkan.. we all takde pun pakai railing yang canggih - manggih tu.. kemudianlah kot.. then bawak semua barang letak kat dalam store.. then balik tu pergi Home's Harmony sebab nak kena beli railing jenis rod tuk kat hall.. sebab tingkap we all tu cam pelik, siap gi show house nak curik idea.. bincang punya bincang.. last - last amik rod and railing beli kat kedai hardware esok.. seminggu baru siap

17/1/1009 - we all pepagi dah kuar rumah.. hantar Darin and bibik ke rumah my SIL kat Bukit Subang.. we all tak cukup alatan.. so nak kena pinjam barang kat sepupu my husband.. then on the way ke rumah baru, singgah jap kedai hardware beli railing lagik and alatan yg tak cukup.. sampai umah.. takde tempat plak nak duduk.. aku kena kuar balik ngan my SIL, beli alatan mencuci, kanvas.. and dll.. then my hubby kuar lagik beli amenda ntah + makanan.. Alhamdulillah.. siap jugak railing we all satu rumah hari tu... sambil tu aku menyapu jugaklah sana - sini.. balik tu singgah Stone Master, nak carik tiles tuk buat konkrit.. huuwaa.. lambat sangat kedai dah tutup pun.. bincang punya bincang.. my SIL suh tido umah dia.. esok carik kat area Klang.. ahad tak banyak kedai bukak tp try jugaklah.. sib baik bawak baju spare.. tapi Darinnya baju tido memang kena pinjam kak Aqish.. malam tu selamatlah we all ke Ikea beli barang - barang rumah lagik..

18/1/2009 - we all carik tiles.. tapi kali ni kena pinjam kereta sepupu my hubby yang 4WD punya.. sebab nak bawak tiles.. penuh giler barang dengan tiles besar, tiles kecik, barang IKEA lagik.. pastu sempat plak carik batu hiasan lah.. ntah bila nak buat pun x tau lah.. then siap semua terus hantar rumah baru... pastu balik rumah.. makan - makan rehat jap.. terus we all ke kedai KC kat area Seri Kembangan tuk bayar deposit.. settle kat situ.. baru balik rumah.. mandi - manda.. kuar gi Jusco secepat mungkin beli brg dapur plak.. then balik bebetul maghrib...

19/1/2009 - me and hubby singgah Jusco lepas kerja. jumpa Black Decker Hammer Drill set siap ada bonus pack.. terus je angkut.. kalau tak beli skang, bila lagik kan.. so nampaknya memang my hubby akan menceburkan diri dalam bidang mendrill ni walaupun xde pengalaman langsung.. you go man.. he..he..

22/1/2009 - minggu depan dah nak CNY so kena amik segala peralatan dapur dr kedai... selamatlah rumah aku macam tongkang pecah.. kena letak kat hall coz bilik sumer dah penuh... lampu amik kemudian.. then tengahari tu sempat ke rumah baru dengan org KC untuk dia amik ukuran.. and tandakan kat kawasan tertentu untuk buat konkrit.. we all pun dapur pun x besar mana coz nak dapur tu kasik luas sikit.. oklah kot kan..

23/1/2009 - akhirnya.. metal rod yg we all order siaplah jugak.. esok kena drill ni.. and before that we all singgah rumah my fren kat Bukit Puchong, nak amik simen lebih katanya.. thanks Putri.... konkrit dia dah siap.. cantik tau.. he..he..

24/1/2009 - semua kedai pun nak tutup.. nasib baik kedai Hardware tu bukak lagik.. so order lagik simen, batu - bata, pasir, besi dan yang seangkatan dengannya... and mintak lori tu hantar ke rumah... my hubby berjaya jugak pasang metal rod tu dengan drill barunya.. walaupun memakan masa hampir 3 jam (+ ramah mesra dengan jiran tetangga yang datang bertandang)... sambil my hubby merehatkan diri.. aku menyapu bahagian atas and mop lantai sekali.. debu teruk sangat.. sampai tak boleh handle.. sambil tu my hubby mencangkul tanah buang rumput bahagian depan laman...

25/1 - today 2009 - Konkrit start buat hari Ahad.. Alhamdulillah petang tadik dia org tengah pasang tiles... aku siap mintak dia org simen belakang sekali.. tapi ada pulak tiles tak cukup.. nasib baik bahagian dalam.. bukan luar.. kenalah my hubby carik nanti.. apa - apapun harapnya semua berjalan lancar... amin...

apa - apa jelah

minggu kedua.. banyak jugak keluar jalan waktu malam.. kisahnya my hubby ada company trip ke Penang + Annual Dinner yang bertemakan Hawaii.. so sibuklah nak carik baju, carik kasut ler.. hambik ko.. ada seluar beli kat Jusco.. T-shirt kat M&S kat Sunway.. kasut kat Subang Parade..kemeja Hawaii kat RS Subang Parade.. last sekali beli lagik selai seluar kat Penang.. pengsan haku..


dan minggu tu jugak me and my ofcmate sempat pergi Giant KD.. and menikmati Wendy's yg di war - warkan oleh bebudak ni.. sedap jugak.. cam rasa nak makan lagik ooo...




sementara my hubby gi Penang.. sabtu malam tu aku bawak Darin gi Jusco and masuklah kat tempat mainan yang ada gelongsor.. kuda and macam lego besar tu.. main sampai tak hengat cik minah tu.. siap nak buat aksi gaduh plak ngan sorang budak cina tu.. sabo jelah.. aku layankan ajer...


Last week.. aku ada work from home.. coz Darin tak sihat masa tu... and bibik pulak tengah sibuklah nak kemas barang coz nak bagi mak sedara dia bawak balik Indon.. sedang bibik sibuk nak ikat kotak.. dia pun sama jugak nak ikat.. tak padanlah dengan dia yang tak berapa sihat tuh.. sabar jelah kan bebudak ni... layankan jugaklah...

Wednesday, January 28, 2009

Di ambang 2009

Minggu pertama 2009 my mom datang.. dia belanja we all makan tapi tempat makan kita org jugak yg kena pilih sendiri..

actually petang tu cam biasa.. aku menyinggah ke rumah dululah.. then baru pergi rumah my sis kat Puncak Alam.. petang tu, lepas my bro sampai, we all melawat rumah baru dia kat Alam Budiman.. jiran sebelah rumah dia tengah renovate giler - giler tu.. teruja we all tgk, tp aku takdelah renovate mende.. budget ciput tau.. so sempatlah we all solat Maghrib reramai kat surau Alam Budiman...


fikir punya fikir.. masa lepak kat rumah tadik.. we all suggest pergi Tupai - Tupai jelah... coz itu je yg we all ada number.. lain tu cuma tau nama, tempat tak tau.. kang pergi kang, sekali tutup..


gerak ke Tupai - Tupai.. ramai betul org.. sampai dalam 8.30pm, kira oklah.. menu pulak.. hhmm ada ikan, ayam, udang, tom yam.. and apa ntah lagik.. we all kena amik 2 mejalah coz bebudak pun ramai tau.. walaupun satu meja ngan aku cuma anak - anak sedara aku.. tp meja we all dulu yang cepat abis lauk.. camno tuh??


then cam biasalah kekanak ni melepak tengok tupai yang ada kat situ.. korang ni.. padahal kek bolakang umah wan ko tu bosepah tupai ni ha.. he..he... suka hati korang
ler...

Kisah Sebelum 2009

Hari ni aku mc.. diserang batuk, selsema dan demam yang tak larat nak handle.. sebelum cerita aktiviti yg menyebabkan aku batuk yang tak terhingga.. nak citer sket entry lepas..

Darin and her gifts
my fren bg barbie doll kat Darin.. dia kata advance birthday present.. ha..ha.. so sibuklah dia panggil.. kakak.. auntie.. semua dia sebut.. except mummy.. tapi disebabkan bibiknya amatlah takut barbie doll tu rosak.. so banyak di simpan dr main..

then a few weeks after that dia dapat gift from my fren yang baru balik dr Singapore.. patutnya pakai masa CNY hari tu.. tp lupa nak pakaikan... inilah dia tak taulah aku apa nama dia..


and mummy dia pulak dapat fridge magnet from Singapore and Beijing.. best.. best..

Tuesday, January 20, 2009

Big Girl

Darin dah 1 thn 11 bulan dah... tak lama lagik genap 2 tahun.. semalam before we off to work.. sempat snap gambar dia tido...


Ha..ha.. macam syok je kan tengok dia tido.. mimpi apalah tu.. mim jadik princess kot..
Darin skang memang banyak ragam.. sentiasalah ikut apa yang kita buat..
last few days, we all ke rumah baru.. masa tu tengah sibuk measure dapur, tingkap tuk buat railing... and sajalah ukur itu.. ukur ini... budget nak buat apa kat situ and kat sini... and dia pun sama jugaklah nak follow...



nasib baik we all ada 2 measurement tapes... so dia pegang satu and we all pegang satu... risau jugak coz benda tu kan tajam tepi dia.. selalu bila dia tarik, dia main lepaskan je..


Hari tu dia sibuk ikut daddy dia basuh kereta.. alamak terseksi sket.. actually sebelum tu bibik pakaikan dia gown.. so terus tukar t-shirt, tu yg jadik mcm tu.. seronoklah sangat dia main air sabun.. daddy dia dah sembur air pun dia cuci lagik dengan sabun... apa lagik, daddy dia siram dengan air.. berterabur dia lari..



kalau bercakap.. amat banyak benda dia cakap.. tiap kali balik rumah, bibik akan bercerita apa Darin buat hari ni.. and dia pun ikut apa yang bibik cakap dengan gaya - gaya sekali... teringat malam kelmarin.. lepas bawak dia pusing - pusing, masa nak masuk pintu pagar.. aku ajak dia masuk coz hari dah malam... then dia cakap "time kasih mummy" then bila aku cakap "sama - sama" dia pun ikut.. alahai sweetnya..

Sunday, January 11, 2009

I am not supposed to do that

silly me.. ya blame me..
Last Friday, my hubby went to Penang, company's trip and dinner, 3 days 2 nights..
our little one of course akan tido dengan me..

ya.. selalu my hubby yang tidokan dia.. and me just temankan dia kat sebelah.. on Friday nite.. I got something to do.. so I need to be online.. then around 10.30pm, dia ngantuk.. I tidokan dia taknak.. nak bibik.. ok me and bibik try tidokan dia.. but then... dia tak nak aku pegang dia.. ok fine.. tido dengan bibik coz I nak kena buat keje.. lambat start, lambat siap.. baru je onkan Thinkpad.. "nak mummy".. ok aku tidokan dia and suruh bibik masuk tido.. at that time tetiba dia jumpa my handphone and leka sekejap.. dah tutup pintu.. baring sebelah dia.. suddenly boleh plak turun katil nak bukak pintu, nak panggil bibik.. aku diamkan diri.. dia dah melalak - lalak dah and siap tarik kaki aku suh bukak pintu... tahap kesabaran aku sampai maksimum... tak pasal - pasal Darin kena marah malam tu... "diam.." then dia tersedu - sedu and then batuk then muntah sket.. terus dia diam... nak pitam aku rasa... bukak lampu.. amik puting dia aku cuci and aku bebel dia kejap... ya silly me.. Darin tengok aku and diam je.. then dia tunjuk bawah sambal cakap "Darin muntah".. aku bukakkan baju dia.. and lipat toto letak belakang.. dia follow je aku.. sampai cakap muntah.. muntah.. then aku suruh dia naik atas katil, aku amikkan baju lain and bedak semua.. dia ikut je cakap ap.. sikit pun x lawan.. dia tau aku marah.. then tutup lampu.. aku tidokan dia balik..
"mummy nyanyi ok.." aku pun startlah baca zikir yg selalu kat Astro Oasis tu.. masuk je pusingan yg kedua.. aku dengar darin cam teresak - esak sket.. aku plak x boleh tahan terus aku pulak yg nangis.. terus aku tak boleh nak sambungkan bacaan aku.. diam kejap aku.. aku kucup dahi dia.. pipi dia.. usap kepala dia, peluk dia erat...
..lama...
then dia duduk.. mcm jeling sket.. hhmm merajuklah tu... aku pujuk dia minum air.. then dia sambung tido balik.. sampai dia bebetul lena.. baru aku start sambung keje..

hhmm anak.. dia rindukan daddy dia.. cuma dia tak mintak nak daddy dia sebab dia tak nampak depan mata.. kesian Darin.. dia tak faham apa - apakan.. tapi aku yang lagik teruk sebab tak memahami anak..

maafkan mummy sayang...

Big Plate

Ada satu hari tu, we all kat ofc cam dah kebosanan takde keje nak buat.. kalau ada pun cam buat tak tau coz mood nak cuti panjangkan.. krismas + Awal Muharam + New Year.. so we all pegi melawat tapak umah may ofcmate kat Alam Suria.. dia beli umah semi-d Cluster tuh.. cute, comel and cantik... dah alang - alang ke sana.. aku ajak they all makan kat Big Plate.. aku mmg tak pernah ke sana pun so try jelahkan..




food dia oklah, biasa je. kira oklah jugakkan and harga pun rasanya berpatutan.. coz memang besar pinggan dia.. nama pun Big Plate kan..

Saturday, January 10, 2009

Cahaya?

Benda ni berlaku bulan lepas/tahun lepas.. before Christmas..


masa tu lunch hour, confirmlah tak ramai kat office, tetiba je aku nampak cahaya ni kat ceiling.. aku pun teruslah amik gambo. x tau amenda mulanya.. cam cahaya apa je..


rupanya datang dr tingkap belah hujung sana.. tapi cuak jugaklah memula...

Birthday Present

Actually bukan hadiah untuk aku... tp tuk Darin.. my officemate bg hadiah kat Darin.. kira advancelah ni..



bawak balik terus bukaklah.. suka dia dapat mainan tu.. tp bibik over plak.. punyalah sayang benda tu rosak.. so lagik banyak simpan dari main.. apa - apa jelah...

Friday, January 9, 2009

Daddy ke Penang

My hubby dah pegi Penang, tadik dia call dah sampai Jambatan Pulau Pinang, they all ada company trip + dinner yg bertemakan Hawai.. nasibler.. apsal aku x pergi?? hhmmm takpelah coz kalau spouse and anak ikut.. perjalanan, hotel kena bayo sendiri.. x bestlah plak kan..

sepanjang tempoh nak tunggu hari pegi, my hubby dok pening, nak kena ada kasut yg boleh bawak gi dinner dan bersantai.. baju hawai lah. sian dia.. so isnin lepas.. we all ke Sunway.. nak carik baju ala - ala hawai and kasut.. so aku memang suggest crocs jelah.. kena air pun x pe, penat tau carik mana yg berkenan.. tp yg berkenan cam takde saiz.. baju pun tak jumpa.. apsal masa tak carik, bersepah je kan... akhirnya.. Darin jelah yg seronok sangat main cermin kat kedai crocs tu..


Crocs Sunway

habis kat situ we all singgah JCo.. beli sedozen.. order air strawberry Freeze + Hazelnut.. strawberry tuk dia, coffee tu tuk aku, tp dia x mo, nak coffee jugak.. pengsan wo...
dah lama lepak kat dalam.. my hubby bawak dia keluar tengok air pancut kat depan Sunway Lagoon tu, memanglah cantik tp dia amatlah penakut.. kesian dia.. so duduk jelah berkepit ngan mak ayah dia ni... so we all balik malam tu, misi tak tercapai..

Jco Donut

esoknya gi Jusco.. beli seluar 3 suku tuk pakai kat pantai.. suar yg ada pendek sangat.. mana bley bie.. aurat lelaki sampai lutut... muahahaa... so jumpalah seluar kat Jusco... tapi baju still x jumpa.. sian plak dia.. penat tul bg dia idea.. tp dia cam x mo follow, coz dia malas nak mengikut tema..

and finally malam tadik we all ke Sunway lagik.. we all masuk M&S, jumpalah t-shirt ala - ala pantai.. macam ada gambar yatch ke apa ntah.. bolehlah dr takde langsung.. tak mahal sangat, so takdelah rasa nyesal sgt.. then we all ke crocs.. actually dia ada jumpa satu model kasut crocs cam ala - ala kasut + seliparlah.. sekali kat Sunway tu takde.. masa tu dah 8.30pm, then they all suggest gi Subang Parade, maybe ada.. so teruslah pecut ke sana.. carik crocs and jumpalah.. memula mintak size yg diidamkan utk kaler cokelat, sekali tarak.. hitam je.. then try, tp cam tak muat.. up lagik 1 size.. and up lagik 1 size.. and size yg sesuai tu, sib baik ada kaler cokelat, so dia pun belilah dengan senang hati.. disebabkan dia happy, dia belanja Darin ice cream.. apakah???

Fountain @ Sunway Lagoon

then sebelum balik singgah plak kat Reject Shop and ada byk betul t-shirt biasa yg ala - ala kat M&S tadik.. then dia nak cariklah kalau ada pulak benda lain yg dia berkenan.. sekali aku belek - belek kedai tu.. huwwaa.. jumpa shirt yg ala -ala Hawai yg ada floral siap tu.. kaler orange and biru.. terus aku suh dia amik kaler oren.. pakai malam kan.. apa pedulik and harga dia amat murahlahkan.. pasni belum tentu lagik nak pakai..

ada adegan sket kat Reject Shop tu.. Darin amatlah suka main celah baju.. lari sana.. lari sini, org pun tak ramai, kedai dah nak tutup.. sekali salesgirl tu turunkan pintu kedai tu.. and dia pulak takut bunyi tu.. dengan lajunya dia berlari ke aras pintu and jerit "daddy.. daddy".. then by the time pintu tertutup rapat.. terus dia menjerit and meraung.. aku rasa dia takut bunyi pintu and dia rasa yang daddy dia dah keluar, maybe dia ingat daddy dia yg tutup pintu tu.. memang kuat betullah dia meraung... sian tul anak mummy..
selesai shopping terus balik.. and settlelah semuanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...