Followers

Tuesday, March 31, 2009

Training oh Training

11 March 2009 - 13 March 2009, aku kena attend training.. actually nama aku dah pernah naik 2 kali untuk pergi training ni, since aku memula masuk comp ni (sebelum I** beli we all lagik), tapi 2 kali kena reject dengan Bos aku.. and bila 'dia' tanya apsal aku tak pegi.. "you yang reject".. oh ya... pastu buat - buat tak tau and hilang ingatan.. hangin tak.. alah.. xdelah aku kisah kalau aku tak dapat pergi training ni, tapi yang dia kenselkan aku nak gi Oracle Seminar tu, memang aku hanginlah.. so skang ni ada Manager lagik satu.. dia yang suh aku pegi.. aku pegi jelah...

Pintu masuk dari bawah

pintu masuk office

Training Next Generation, pasal Telco Industries.. so sapa yang nak tau pasal GSM, GPRS, 3G, HSDPA ke mak nenek semua tu, bolehlah datang training nih... so taulah term - term yang they all selalu guna tu.. tapi pening jugaklah.. BTW, trainer dia mat saleh.. lupa plak nak tanya asal mana.. satu yang bagusnya dia ni... amatlah penyabar okeh, Malaysian culture, bila je tanya "any questions", semua senyap, yes pun tak, no pun tak, and aku rasa dia pun dah biasa, coz he's married to Malaysian jugak...


terpaksa kaburkan sket..

3 hari training, dekat dengan Mid Valley plak tu, hari - hari cuci mata jelah, nak shopping memang takdelah, aku baru je perabih masuk umah baru.. and baru je abis online shopping... pengsan gue..


bilik training dan tempat makan

selama 3 hari aku training nih.. adalah 1 hari tu, no opis naik kat hp aku, ni kira mmg no kat receptionist ni... kalau desk biasa aku tau... sekali bila aku cakap "aku tengah training".. then dia call member opis aku yang lain suh inform yang aku ada dapat parcel (memang selalu camtuh pun).. he..he.. aku dah berbunga riang dah.. coz dah tau dah sapa yang bagi... and sambil tu memang aku tengah menunggu beberapa parcel lagik untuk diterima.. so mintak tolong opismate aku amikkan dulu.. kang jadik pekasam pulak... pasal parcel tu nanti aku letak lam entry lain yek.. chow..

Majlis bersanding Jet

Selesai di Kuala Pilah, terus balik umah kat Shah Alam coz map tertinggal lam keta MyVi.. then we all siap tanya neighbor kat sebelah direction nak gi umah my fren tu coz they all memang org Klang, and this wedding buat kat rumah wife kawan kita org...

Banyakkan we all makan

We all sampai dalam pukul 3 lebih.. takpelah perut pun dah kenyang, andai kata sampai sana kalau tak dapat makan pun x kisah, janji we all datang wedding dia.. masa sampai tu pengantin tengah amik gambar, so still ada lagik rezeki kami... kami makanlah dulu and Darin pun makan lagik.. bukan sahaja nasi yang kami makan.. abis kerepek, kek dan segala jenis jajan yang ada atas meja we all sapu.... ampunkan kami, sedap pulak kek marble, kek chocolate, kek gula hangus.. and segala kerepek tu...

mummy and Darin

sambil tunggu pengantin we all posing dululah anak beranak.. orang pun dah tak ramai buat je cam umah sendiri...

three of us

then bila rasa line dah clear, we all terjah masuk lam umah plak... time tu sessi fotografi bersama family pulak.. dengan team basuh pingganlah, team buat air lah.. and macam - macam team yang ada.. meriah habislah..


with pengantin

To Shamsul Nahar@Jet and wife.. Selamat Pengantin Baru, semoga kekal bahagia ke akhir hayat... Maaf, x dapat nak gi Kelantan.. tapi we all tetap datang.. Insya Allah, they all pulak akan duduk kat rumah sewa yang we all duduk dulu...

Majlis bersanding Finaz

*/Finaz is my SIL punya adik bongsu/*

Pagi tu majlis akad nikah dalam pukul 10 pagi, ayah aku cam biasalah, awal lagik dah keluar.. akad nikah buat kat masjid.. aku plak plan nak gi awallah, sebab tengahari tu nak balik KL awal sket coz member kita org kahwin.. tapi we all sempat keluar kul 9.55 pagi, angkat barang sumer.. then call my brother.. dia cakap dia kat rumah, so we all pun terus ke rumahlah, x jadik gi masjid..



buat je cam umah sendiri, me, Darin and bibik lepak kat dalam, my hubby lepak kat luar... then dalam kul 10 lebey pengantin sampai.. Darin plak meluangkan masa, nak test bakat terpendam, duk main atas pelamin.. 'ko nak jadik mak andam ko Darin'.. poninglah eden... penat suh dia jangan duk lelama kat situ, kang tak sempat pengantin nak posing - posing amik gambar, runtuh plak pelamin tu kang.. confirmlah jadik pelamin anganku musnah...





then time makan, we all makan dulu, masa dah nak selesai makan.. ramailah jumpa sedara mara.. yelah kalau dah kat kampung.. confirmlah ramai sedara - mara kan...



hari pulak panas terik, anak dara tu dah buat mcm - mcm muka dah.. biasalah, x leh ada panas sket, cam alergic je.. sabo je aku.. dalam kul 12 lebey, we all cabut balik.. x sempat pun nak tengok pengantin bersanding.. apa - apa pun semua selamat....

Monday, March 30, 2009

Khatam Quran

Sambungan kisah pasal tanah runtuh kat Bukit Putus.. we all balik kampung kat Kuala Pilah coz my SIL punya adik bongsu nak kahwin..

So sabtu memang dah kena ada kat sana coz malam tu ada majlis khatam Quran antara pengantin dan anak - anak sedaranya.. from our side, we all siapkan bunga pahar, terdiri dari bunga telur dan pulut kuning.. since this is majlis khatam Quran, so kena guna warna putih.. motif?? suci dan bersih lah...

Darin and Aidid berposing
masa we all sampai kat rumah besan my mom, majlis dah mula pun... bakal pengantin yang kaia baju putih tuh.. anak - anak sedaranya malam tu bertemakan hijau.. bagus tu hijaukan bumi...
The bakal pengantin

anak abang aku ada 2 org.. abang long and Afiq, yang lain tu anak - anak adik my SIL.. yang pastinya aku selalu silap anak dia org coz semua nama mula ngan huruf A.. termausk my bro.. cam banglong dulu panggil Ashraf,, then Afiq, ada Adli and Afifah, tapi panggil Intan plak.. belah sepupu dia org ada Afzan, Alia, Aina, A... apa lagik pun aku x sure..

Afiq

selesai majlis khatam Quram, we all makanlah, masakan kampung betul.. sedap.. cam gulai nenas ikan masin, gulai pisang muda, gulai nangka kot.. pastu sayur kacang panjang ngan hati, ada sup tulang sekali... (**gulai dalam bahasa orang Nogori bermasuk masak Kuning semuanya.. masak lomak cili api..)...

bang long

ada 1 adegan yang tak boleh tahan... Darin cam biasalah, abis makan musti nak cuci tangan.. duk bising - bising, we all cakaplah.. tunggi bibik abis makan.. agaknya dia panggil bibik, bibik tak dengar.. sekali dia jerit bibik punyalah panjang dan kuat, semua org pandang woo.. ceh.. sabo jelah..

Darin pun nak join

kita org kena tunggu my dad selesai semua upacara coz my dad ketua buapak bagi suku Tanah Datar kat kawasan tu.. apa jua majlis my dad kena ada.. and dijadikan cerita, my SIL punya mak sama suku dengan my dad, so memang confirmlah my dad kena ada, sebagai ketua suku and sebagai biras.. so layan kena lebey sket aa... selesai majlis we all balik...

Tanah Runtuh

Awal bulan March dulu ada kes kejadian tanah runtuh kat Bukit Putus.. pada mereka yang tak tahu, Bukit Putus ni adalah perantaraan daripada bandar Seremban ke pekan kecil seperti Seri Menanti, Kuala Pilah, Bahau dan yang sewaktu dengannya.. Bukit Putus ni jugak banyak digunakan oleh pengusaha Bas Ekspres dari Seremban ke Pantai Timur...



Siapa yang ada lalu kawasan ni akan nampak pembinaan LebuhRaya sedang giat dijalankan.. ini untuk memudahkan pengguna jalanraya untuk ke bandar Seremban.. dalam masa yang sama mungkin ada insan yang tak bertanggung jawab melakukan aktiviti penerokaan hutan secara haram mengakibatkan struktur tanah ni tak berapa kuat, dan akibat hujan lebat, tanah tu tak cukup.. maka terjadilah tanah runtuh..


ni semua gambar dari belah Seremban.. we all bergerak siang hari, x berani nak balik malam.. tapi masa we all lalu sini dah 5 hari kot kejadian ni berlaku.. dah ada pun lori dan bas yang ikut jalan ni...


kereta sesak sikit sebab ada lagi ruang jalan yang masih dibersihkan.. tapi nasib baik we all tak jam terus sangat...



kat sinilah kesan tanah runtuh yang paling besar.. di sepanjang jalan tu ada banyak lagik kesan - kesan tanah runtuh tapi yang kecik - kecik.. lebih 9 rasanya kejadian tanah runtuh yang minor.. tak termasuk 2 yang major tu... semasa kejadian, tak pasti pulak adanya kemalangan jiwa atau tak.. harap - harap takdelah yek..

Terakhir dan Pertama

macam terbalik je tajuk ni kan.. apa - apa jelah.. apa yg terakhir dan apa yang terawal..


nampakkan gambar kat atas tu.. itulah bil api dan bil air terakhir we all kat rumah lama..
dan bawah ni pulak..


nombor giliran kat Klinik.. org pertama yang pergi ialah my hubby, suspect.. eyes infection.. sib baik 1 hari dah recover.. maybe kena habuk masa kemaskan rumah kot..
macam - macam..

Wednesday, March 25, 2009

Akhirnya...

Selama 3 tahun 8 bulan we all duduk kat rumah ni.. akhirnya we all pindah jugak ke rumah kami sendiri... pada asalnya memang tak terfikir pun yang we all akan keluar dari kawasan Puchong/Seri Kembangan atau yang sewaktu dengannya.. tapi.. itu semua kuasa Allah.. dan hari ini kami tinggalkan rumah ni dengan seribu satu kenangan....


Yang Kat luar


Yang kat dalam

Pagi sabtu tuh... memang rumah amat tunggang - langgang.. we all tengah tunggu lori je.. sementara tunggu lori, me and hubby bukak katil sikit - sikit.. and nak lap jugaklah katil, almari semuakan.. bibik.. kenalah tengokkan Darin sementara we all buat keje.. kebetulan dengan sibuk tu, abang aku sampai... he..he... bersungguhlah dia tolong kita org bukak katil.. tak semena - mena lepas tu.. Fit plak sampai.. Fit ni ex-opismate we all masa kat X-Company dulu.. tp dia skang still sama company ngan aku kat I** tuh...


Bilik tidur Utama

selesai je bukak katil.. lagik sorang kawan my hubby sampai.. Aie.. so masa tu katil sumer dah bukak so hubby aku gi beli air, kesian plak org dtg takde air.. time ni tunggu lori sampai, amatlah bosan... then Jas pulak sampai... masa ni Fit dah balik dah.. coz ada hal.. lori sampai dalam pukul 11 lebih.. angkat barang je dekat 1 jam.. aku pesan lori 5 tan.. tp yang datang 3 tan, budak tu x caya kot barang aku byk.. akhirnya.. we all x dapat bawak pasu bunga, motor dan tempat penyidai kain... dan barang yang we all memang tak bawak, tempat letak TV, almari dapur makanan yang tinggi tu.. almari tempat letak dapur masak dan jugak rak pinggan.. kalau aku kata nak bawak sumer camner... pening tul..

Kat bilik ke-2

Bilik belakang

sampai je kat umah sana.. we all makan dulu.. kakak aku masak tuk makan tengahari.. ada ayam goreng, sayur kobis dan kari telur.. siap masak nasi 1 periuk besar, amatlah banyak... syukur Alhamdulillah, rezeki untuk lunch and dinner...


Ini yang tak jadik bawak


Ini jugak, kecuali mesin basuh dan Toyogo tuh


Penuh sesak, itupun dah byk trip hantar sendiri

time nak angkat barang pun antara benda yg penat coz ada yang nak kena hantar atas.. bila dah letak sumer brg.. cam kosong je, tapi yang banyaknya kotak.. my sis dah bising dah.. ni letak mana? ni letak mana?? mana yang atas.. dia suh husband dia hantar atas.. bawah biar bawah.... pastu my sis, SIL, and sarah + bibik mengerjakan barang kat dapur, abis semua periuk belanga + pinggan mangkuk hadiah kahwin dia bukak and susun lam lemari.. aku plak uruskan kain baju kat atas.. kalau tak bukak beg tu, zaman bila pun x bukak... my hubby uruskan pemasangan katil semua, susun almari semualah... sedar - sedar dah Maghrib, abang aku, kakak aku, Jas n family + Aie dah balik dah.. so Sarah dinner situ malam tu and my SIL tido situ..

Berjaya lori masuk dalam

Proses angkat barang sampailah selesai

malam tu aktiviti tak abis lagik, lepas semua org tido dalam kul 11 lebih, me and hubby mengerjakan kotak yang ada kat bawah, susun barang dalam stor.. and pilih barang mana nak simpan and pakai... daripada memula nak bukak 1 kotak, habis 3-4 kotak jugaklah.. he..he.. akhirnya memuaskan... hall bawah dah serupa hall dah, takde barang sepah sana - sini.. coz esoknya ada agenda lain... selesai dalam pukul 1 lebih. kena tido pulak coz esok ada aktiviti lain pulak.. owh.. letihnya pindah..

Thursday, March 19, 2009

sehari sebelum pindah

Sehari sebelum pindah, me and my hubby amik cuti.. nak buat final touch up kat rumah.... kebetulan.. hari Khamis petang tu, my KC call, promise nak pasang on Friday.. bagus sangatlah tu...

so disebabkan kesemua peralatan dapur mcm hood, hob and oven kat rumah kita org, so terpaksalah we all mengankut from Puchong ke Shah Alam... bawak 2 kereta.. tp yg paling miracle, kotak hood and oven je yang boleh muat dalam MyVi.. Waja x bley coz pintu Waja tu tak bukak 90 degree.. so berbaloi jugak beli MyVi, keta Waja cuma letak hob and barang - barang lain.. lori tu tunggu we all kat Mobil sebelah IOI Mall then bergeraklah sesama ke rumah.. sampai je sana.. semua urusan dia org yang uruskan.. aku tgk je..


hhmm kan betul aku tengok jer

bunyi amatlah bising, coz ada kayu yang dia potong kat situ jugak... yelahkan.. buat lebih takpe, jangan kurang, kesian neighbour sebelah aku, dah lah ada 2 anak kecik, musti x bley tido...


kat hall sampai belakang penuh barang

masa solat Jumaat, aku tinggalkan dia org, beli makanan tuk we all and dia org.. my hubby gi Solat.. so aku pun meredahlah seksyen 18 tu sensorang.. sib baik berjaya.. bolehlah dia org makan..


bersungguh tul dia org..

di sebabkan hubby aku dah makan kat Masjid, so aku pun makanlah bersungguh - sungguh sensorang.. Nikmat... after that, my hubby betulkan wallpaper yang we all tampal last week, and aku touch up cat yang belah bawah.. belah atas tu mmg ignore jelah.. tak sampai ma.. and gayat skit naik tangga sambil mengecat.. kalau pasang langsir takpe...



separa siap

tengah khusyuk mengecat.. abang aku sampai.. woohhoo terkojut den.. dia ada urusan kat Shah Alam.. terus menyinggah.. dia pun sama tolong we all touch up... KC aku cuba tak letak 4 pintu je lagik tuk belah atas.. katanya terlebih, disebabkan dia guna glass, so kenalah bawak balik kilang and buat yang baru.. katanya esok mamat yg aku deal buat KC akan datang bawak org tuk pasang pintu yg tertinggal tuh... dalam 4 jam jugaklah dia buat, coz dapur we all pun bukannya besar sangat.. dah settle sumer, dia org pun balik.... skang time we all pulak mengemas habuk - habuk tu.. and abang aku pun sama mengelap.. huwwa.. sian dia tau... dalam kul 5 lebih dia balik, then we all balik dalam kul 7 camtuh..


Inilah hasilnya.. ala-ala je kan..tu pintu lum letak lagik.. esoknya baru pasang..

malam tu pulak.. my hubby sibuklah pulak nak hantar TV ke sana, coz nak tune Astro terus.. penat oo sorok - sorok ngan Darin.. me and bibik plak packing brg tuk kali terkahir.. fuh, penuh giler umah aku malam tu... pengsan.... dalam kul 12 lebih kot baru Darin tido.. tu pun merengek carik daddy dia... tak sempat tunggu husband aku balik.. aku dah lelap.. esoknya nak bgn dah coz lori nak sampai angkat barang.. penatnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...