Followers

Friday, May 29, 2009

Thomas dan Darin

Setiap hari tengok CD Thomas and Friends (selain barney and Elmo)... dan setiap hari jugak Darin ikut mummy amik daddy kat Komuter Station.. so memang dia panggil Komuter tu Thomas... tiap kali lalu area macam nak gi Komuter, mesti dia cakap "nak naik Thomas".. dah lama sangat berjanji.. kena tunaikan jugakkan..

Darin tengah excited tunggu "Thomas"nya

dalam sebulan ni cuaca amat terik.. oklah naik Komuter sebab tak hujan, tapi teriknya.. jangan cakaplah.. lupa pulak bawak stroller, so kenalah dukung Darin... masa menunggu kat Station Shah Alam, sikit punya excited.. sekali train datang.. dia takut dah.. biasalah bunyi tren kan kuat semacam... masuk - masuk terus duduk.. dalam tren goyang - goyang... dia diam je, tapi tak nangis.. kelakar sangat.. muka dia serius je.. aku plan nak terus go KL Sentral.. sanakan senang, tak panas.. keluar je terus masuk KL Sentral.. lagipun just nak bawak Darin naik Komuter.. tapi we all sampai Subang je... guna TnG senang nak decide...

Bertiga di Stesyen Komuter Shah Alam

turun kat station Subang.. Darin dah bising + merengek nak naik lagik.. aiyark.. balik nantilah pulak Darin... sepanjang dari Komuter station menapaklah we all ke Subang Parade.. gila punya jauh.. dah nampak Mc D.. terasa dah air coke yang sejuk tuk.. abislah berkarat perut aku...

Dapat jugak duduk

sebelum balik sempat jugak rembat Ice Blended Chocolate kat Coffee Bean... giler tul...

Darin tengah buat - buat cool..

masa balik dapat duduk jugak.. agaknya time ni memang dah penat, terus tertido dia dalam tren.. sampailah rumah... hhmmm sure mimpu naik Thomas lah tu....

Kenapa Saya Suka Rumah Saya

Kenapa saya suka rumah saya???











sebab saya dapat Smart Tag percuma









dan








Kad Touch n Go yang bernilai RM200







ha..ha.. hanya early buyers ok.. itupun dapat tau masa dah nak dekat dapat kunci.. lepas penyerahan kunci baru beli rumah.. harap maaf.. memang takdo...

Eksiden

KL tak boleh hujan sikit.. kalau ujan kereta akan jalan amat lambat.. sebab yang naik selalu naik motor, bawak kereta masa hujan.. jalan pulak licin so tak boleh bawak laju... kalau bawak laju.. inilah akibatnya..


bila dah jadik macam ni, lagiklah merangkak - rangkak kan.. adoilah.. sabar - sabar...

Thursday, May 28, 2009

Anak 2 ke??

Kitaorang berjaya umpan Aqish balik KL, Tok Ma pun bukannya larat sangat.. we all pujuk dia balik KL, duduk dengan bibik and main dengan Darin.. berjaya jugak.. ha..ha.. tengoklah budak - budak berdua tu baring lam keta...


kononnya beranganlah kalau anak dah dua.. camnilah gamaknya yek.. ha..ha..


dua - dua penat main dari pagi, dedua belum tido, naik keta.. dalam 1/2 jam terus dedua tido... harapnya tidolah sampai KL..


oo bukan budak - budak je tido.. bibik jugak tido.. tapi takdelah aku nak snap gambar bibik kan..ha..ha..

Exora

ramai ke yang dah tengok Exora...
masa awal - awal keluar tu, we all x sempat nak pergi kat Proton Shah Alam, sebab balik Segamat... so maybe later - later lah..

tengah lepak - lepak kat rumah, rasa bosan plak, so we all keluar jenjalan and cam biasa singgah Mc D, anak my SIL ada kat Segamat.. panjang kisahnya.. dipendekkan cerita, dia pun mangsa keadaan.. mengsa keadaan maid yang meninggalkan dia sensorang kat rumah tanpa belas kasihan.. kalau ye pun nak lari.. lari ler time mejikan kat rumah.. ya ibuk - ibuk.. bibik - bibik sekalian.. ini tips ya.. kalau kamu mau lari.. lari waktu majikan kamu ada di rumah.. takdelah bebudak trauma ok.. hangin gue.. actually bibik nak jaga Aqish, tapi yelah budak kan trauma.. so dia lebih yakin Tok Ma dia yang jaga...


Aqish n Darin tengah tunggu burger Mc D sampai

Lepas settle kisah kat Mc D, we all pun pusinglah carik Proton kat Segamat... singgahlah sekejap and masuklah sekejap..


for me oklah kot.. untuk kereta buatan Malaysia.. dan harga sedemikian rupa.. semua pun ko dapatkan.. besar.. MPV, 1.6 kan.. compared to Avanza..ha.. ha.. sorrylah, bukan kutuk.. aku cuma cakap je.. sebab masa we all kat dalam tu.. ada sorang abang tu dia nak tolak Avanza dia and amik Exora... korang rasa downgrade ke upgrade yek... tapi ada lagik 1 kes... owner tu pakai Honda Civic baru.. aku rasa tahun 2006 kot... pun ada hati nak tolak Honda Civic dia and nak amik Exora.. ish..ish... lagiklah cam pening aku... lu pikirlah sendiri...


kita tunggu MPV dari Perodua plak yek...

Mari kita belajar make-up

Salam mesra....
Bersama saya hos bagi rancangan Seri Diri.. kita sungguh bertuah kerana pada hari ini, tetamu jemputan kita didatangkan khas dari Shah Alam.. beliau mempunyai butik Hias Diri tersendiri yang telah lama menapak dan sudah menjadi tumpuan umum tak kira dalam jua jenis majlis keramaian.. kebolehan beliau pada asalnya hanyalah menconteng kertas, kini telah berjaya mengembang dan mengasah bakat beliau dalam hiasan diri.. dipersilakan.. Cik dot..dot..dot..

Darin tengah amik mood

Cik cot..dot..dot amat mementingkan bedak asas muka... lihatlah bagaimana beliau meratakan bedak asas diatas mukanya.. bermula dari batang hidung.. dilalukan kebawah mata dan seterusnya dia bawa ke pipi.. lakukan cara yang sama di sebelah bahagian supaya sapuan nampak rata...

sapu dari batang hidung, ke bawah mata dan terus ke pipi

ingat ya puan - puan.. pastikan sapuan otu cukup rata dan sapukan dengan amat lembut sekali.. jangan sekali - kali ditenyeh - tenyeh muka kita... nanti abislah teksture asal kulit muka kita tuh...

sapuan mesti rata

untuk mendapatkan kepuasan yang maksimum... lihat dari pandangan atas... sebab mataharikan kat atas.. faktor cahaya jugak akan memberikan kesan yang maksimum...

Pandangan dari atas yang mengagumkan

selamat mencuba puan - puan...

Darin ke Nursery - sekali lagi

Akhirnya aku amik keputusan untuk letak Darin kat Nursery... ramai orang ingat bibik aku dah balik.. belum lagik, dia balik 4/7/2009, lambat lagikkan.. apsal aku hantar awal.. sebab aku tak nak Darin terlalu rapat sangat dengan bibik.. biarlah dia biasakan diri kat nursery jugak.. apsal aku tak amik yang baru.. nantilah dulu, belum terfikir lagik, banyak +ve and -ve, so aku biarkan dulu... demi anak... Ahad pagi aku ke pasar tani stadium Shah Alam.. aku jumpa jugak patung Barney yang ada lagu.. rege cuma RM18... takpe, janji ada lagu, before this aku beli kat TRU takde lagu.. yang ada lagu dah RM90... a night before aku jumpa jugak Beg Barney baru RM20, tapi kat Pasar Shah Alam boleh dapat RM15.. kalau TRU RM60.. semua sebagai pemujuk dia ke Nursery.. katanya "Darin nak gi skul Barney"... mesti dia imagine skul dia tu adalah cikgu ajar lagu Barney yang aku duk nyanyi hari - hari..

pagi - pagi dalam kul 8 lebih aku kejutkan, dia tak meragam... dah lambat sangat hantar, bibik mandikan dia.. bibik nangis.. aku hantar dia kat nursery, memula tak nak masuk, penat jugak aku umpan.. masuk jugak.. dalam 1/2 jam aku tinggalkan.. nangis jugak.. tapi lepas tu aku call dia tak nangis dah..

balik, aku bawak bibik keluar cari barang, dia kan nak balik, so aku tak naklah dia teringat Darin, bawak beli barang dia... balik rumah.. kemas barang, sambil masak.. dia nangis, katanya tak lalu nak makan sebab teringat Darin...

petang aku amik Darin, dia nampak happy.. oklah tu.. harapnya esok pun ok, petang macam biasa bawak main kat taman... dia pun nampak ok.. and dia dah boleh nak main dengan budak - budak yang dia jarang nampak...

waktu makan malam, bibik temankan Darin.. pun bibik nangis... sabar jelah bibik ni.. aku tau, dia start keje ngan aku 2 bulan sebelum Darin keluar... macam manalah dia tak sayangkan... Alhamdulillah dia sayangkan Darin... sebab tu susah sikit nak carik pengganti macam dia.. manalah taukan, kalau dia nak keje lagik ke.. tapi aku tak rasa dia nak keje lagik.. dia dah berumur sangat... jadi biarlah dulu.... hopefully Darin happy kat Nursery...


updates:Darin demam semalam, so tak hantar ke nursery, hari ni still panas lagik... harapnya cepat baik yek sayang..

Wednesday, May 20, 2009

Mother's Day - backdated entry


Masih ada lagi mood mother's day...


Happy mother's day to my Mak.. the only Mak that I have lah kan... walaupun Mak adalah sangat garang, dan adik adalah anak yang degil.. (ya saya amat degil, kedegilan dari kecik tok sah nak citer sampailah ke besar)... tapi adik tetap yang paling comel (aauuwww..)... Selamat Hari Ibu Mak.. terima kasih atas segala - galanya..semoga Mak sihat selalu hendaknya.. tabahkan hati dalam menghadapi cabaran dan dugaan... dan dipermudahkan dalam segala urusan...

and to my MIL, Oh mama, saya memang menantu yang degil dan caca merba jugak.. ya, my MIL adalah sangat bertolak - ansur ok... hanya husband saya je yang tau betapa bertolak ansurnya MIL melayan kerenah menantunya yang amat mengades - ngades ini... Thanks mama atas susah payah selama ni melayan menantu yang satu ni... semoga mama sihat sejahtera.. dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup... terima kasih sebab memilih saya sebagai menantu kesayangan (perasan boleh?? silah jangan muntah okeh...)

Pagi mother's day, confirmlah husband aku yang wish dulu, pastu seboleh - boleh mengajar Darin sebut "Happy Mother's Day" adalah bunyi sket... Darin kan anak daddy.. kalau suh buat sesuatu untuk mummy lambat sket..ha..ha..

lepas je breakfast mee goreng, we all ke Subang Parade.. masa sampai sana ada 1 kejadian.. adalah hamba Allah ni tak sengaja terkunci kereta, then kunci kat dalam dan enjin terpasang.. dengan dia ada lagik 2 orang budak and maid dia... aku pun x tau nak tolong cemana then solution, we all boleh hantarkan dia balik umahlah amik kunci, tp sayangnya kunci rumah pun dalam kereta... and adalah beberapa adegan masa tu yang malas nak ingat.. last - last dia kata, "takpelah, dia nak panggil tukang kunci, coz we all pun xde no nak kontek mekanik"... harapnya settlelah masalah dia.. setakat tu je yang we all boleh tolong..

sampai sana, confirmlah ke TRU.. bagi Darin main puas - puas and belilah barang sket.. hhmm pengsan... masa nak keluar TRU jumpa opismate lama kat X***** dulu.. ha..ha.. dah pregnant kawan kita org tu, husband dia pun sama comp jugak... dah nak bersalin dah... good luck Emi... so balik tu we all singgah makan kat Secret Recepi kat Seksyen 18, then terus balik rumah.. Darin pulak dah tido.. eloklah tu, penat sangat...

sampai rumah, ingat nak pasanglah pool dia, sekali salah beli.. terus.. zoomm we all pergi balik Subang Parade.. sib baik dekat, kalau tak pengsan.. kali ni keluarlah berdua.. tapi baju aku selekeh jelah sebab dah sampai rumah confirmlah tukar uniform.. nak cepat punya pasal, x sempat pun nak tukar baju...

keluar dari TRU sekali dengar orang jerit "maksu" alahai.. sapa pulak.. rupanya anak - anak my Sis.. la.. kat sini dia org.. semalam aku baru lepas lepak rumah abang aku.. and today jumpa dia org pulak... borak sekejap then we all pun jalan..



suddenly, jumpa 1 booth yang jual coklat yang boleh tulis - tulis, cam best je, husband aku belikan 2 ketul.. ha..ha.. sayang plak nak makan... Thanks bie... selesai je semua benda.. zoomm balik umah pulak.. cuaca panas skang ni kan, tak tahan tul duk lelama kat luar rumah, nak cepat je masuk dalam rumah... selamatlah perjalanan hari ibu aku ari tu....

Taman KLCC



Kisah kat KLCC tak abis kat situ.. esoknya masa nak gi amik bibik kat rumah kakak dia.. aku plak saja mendengki ngan husband aku nak gak gi KLCC.. kan dia cakap ramai orang, memang ramai giler, nak masuk parking pun cam nak bergaduh ok.. tapi tulah, aku ni degilkan..

sampai sana makan dulu kat Burger King.. pastu aku ngan bibik pusing KLCC sebab aku nak carik barang aku.. and husband aku plak bawak Darin gi taman.. alahai seronok plak tgk gambar dia main kat taman.. cam best je taman tu sebab kaler - kaler...



Darin pulak bukannya kisah sangat, taman kecik ke, besar ke, semua dia belasah, janji boleh main - main..



sempatlah main gelongsor, jongkang - jongket.. lari sana - sini..



masa aku abis nyoping, budget nak gilah kat taman, sekali aku tengok hujan lebat.. aik, mana plak Darin ngan daddy nih.. rupanya dia orang dah lama duk dalam.. "penat" katanya, sebab hujan tetiba turun, and sambil dukung Darin, kena lari cecepat, pastu Darin plak boleh gelak - gelak, agaknya kelakar pun, sambil dukung dia rasa badan dia goyang - goyang, husband aku pun tergelak sama.. sabar jelah.. nasib baik tak basah kuyup 2 beranak tuh..

Tuesday, May 19, 2009

Surprise

Kenapa daddy Darin tak join aku keluar masa gi OU tu yek?? actually dia ada agenda sendiri.. temankan husband jiran aku carik Notebook baru, masa tukan PC Fair kat KLCC... amatlah ramai orang katanya.. nasib baiklah we all isteri yang mendengar kata... tak delah degil sangat nak drive ke KLCC, sebab tu we all kat OU..



masa dia sampai rumah.. nampak paper bag Isetan tu.. nih budget mesti Darin punya nih.. so diam jelah... tetiba dia bagi kat aku.. aik cam pelik je.. sekali tengok.. alamak siap balut sumer.. dalam hati dah gelak - gelak dah..he..he...



Alhamdulillah.. orang kata rezekikan.. Thanks bie.. tak budget pun dia nak belikan aku perfume... tapi suka..suka..suka.. sampai sayang pulak nak pakai rasanya...

Sedihnya...

Suatu masa dulu, aku amat anti dengan warna pink, tak taulah kenapa.. warna kegemaran aku masa tu adalah coklat atau hijau... tapi ntah kenapa, masa aku gi shopping kat satu tempat tu, aku macam suka dengan warna pink ni.. tapi pihan yang ada amat terhad.. sebab nak jugak warna pink tu.. aku amik jugak...

sayang betul aku dengan pink ni.. tak nak pakai.. sebab nak jadikan sesuatu yang istimewa untuk hari yang istimewa.. setelah sekian lama aku nantikan saatnya.. barulah aku guna, itu pun boleh dikira dengan jari 1 tahun berapa kali je aku bersama warna pink ni... nak dapatkan kat sini, jangan mimpi, sebab harganya terlalu mahal untuk adik - beradik pink ni..

ada jugaklah dulu, aku mintak tolong bibik aku bersihkan si pink ni.. supaya ia kekal cantik... dan baru - baru ni.. aku teringat dengan pink ni, yang lama sangat aku biarkan... jadik aku tak nak dia merajuk, aku jadikan dia teman ke pejabat... masih bagus aku rasa...

tapi sesuatu berlaku.. si pink ni macam merajuk agaknya... tak tau nak cakap macam mana... aku rasa salah aku jugak sebab terlalu lama mengabaikannya... tak pandai nak jaga hati dan perasaan dia... tak tau macam mana nak beli dia.. akhirnya...


inilah rupa kasut aku yang dah makan 4 tahun dah... punyalah mengidam nak ada kasut brand ni.. ada rezeki aku beli kat US.. tapi yelah aku memang tak pandai jaga.. sampai sini jelah jasanya kepada aku.. aku sayang kasut ni.. tapi apakan daya.. memang tak dapat nak selamatkannya.. aku Redha atas apa yang berlaku....

TRU & Stroller

Aku jarang keluar berdua dengan Darin. Selalunya memang ada daddy dia.. ntah cemana 1 hari tu.. aku keluar dengan Darin tp ditemani oleh jiran aku and anak dia 2 orang dengan adik dia.. so cuma aku berdua tapi taklah berdua sangat..



Tujuan utama ke TRU.. nak bagi dia leka kat situ sambil temankan jiran aku beli mainan anak dia.. Darin pulak macam biasa akan explore sana sini.. habis semua benda dia usik.. takpelah still at learning stage...



Dalam TRU tu, tak tau cemana tetiba dia berkenan dengan stroler kecik Pooh tu.. serius betul dia nak.. so aku carikkan yang baru.. memang takde can nak masuk dalam plastik.. terus je sorong keluar kat area OU tuh... seronok sangat dia.. sampai semua orang pun tengok je gelagat dia...



sampai rumah... boleh pulak dia yang sibuk nak duduk kat dalam stroler tuh.. sabar jelah aku... muat - muat je dia duduk kat dalam tu, pastu suruh plak kita tolak... at the same time, sempatlah beli Barney yang dia asyik rebutkan dengan anak jiran aku tuh.. tapi Barney ni takde bunyi... aku ajarlah dia.. Barney duduk dalam stroler, Darin bawak Barney pergi jalan okeh... kejap jelah.. pastu dia nak duduk balik dalam tu.. apa - apa jelah Darin... janji happy ok.. mummynya pun happy walaupun poket dah kering.. ahaks...

Tuesday, May 12, 2009

Happy Mother's Day

Supposed to publish this last Sunday.. tapi keadaan amat tidak mengizinkan.. tambahan pulak memang dah lama tak update blog dengan cerita yang sensasi.. ahaks.. sensasi ke..

apa - apapun..

kepada semua ibu, mak, mama, mummy, ummi dan apa juga panggilan..
Selamat Hari Ibu..

Thursday, May 7, 2009

macam - macam hal


pagi - pagi lagik aku nampak kucing tu bergaduh depan rumah aku.. memula aku nampak ok je 2 ekor kucing tuh.. tetiba aku nampak betina tu macam tunjuk geram and terus lari jauh - jauh... hhmm macam - macam.. binatang pun ada perasaan, ini kan pulak manusiakan...

kalau citer pasal kehidupan manusia... ish tak boleh cakap banyak sangat, nanti asyik cakap aku ni kejenya nak bercerita je ngan orang lain... yelah, kang ada cakap aku jadik CNNlah, astrolah... hhmm niat kat hati nak menjadikan panduan and tauladan pun terbantut tau...

oh ya... ada one story.. my neighbour memang a housewife, ada 2 anak... hari tu dia cerita dia jatuh tangga.. kesiankan.. yelah time sorang - sorang kat rumah, dengan anak kecik 2 orang.. hhmm rasanya husband dia tau tak?? dia cakap dia tak inform pun.. malas nak besarkan perkara kecik.. addooiillahh.. kalau aku, hhmm mesti dah ngomel - ngomel dah.. maybe sebab dia tgk wife dia masih boleh berdiri, berjalan and bagi makan kat anak - anak dia siap boleh bawak gi taman, so dia musti budget wife dia takde paper..

lelaki ni pelik jugakkan... ada lelaki yang terlalulah amik berat pasal wife.. memang salutelah ngan en.. laloque yang amatlah memanjakan wife dia... and ramai lagiklah yang lelain.... kan lagik bagus kalau husband tu sendiri yang bertanya kat wife.. macam mana kerja hari ni? ada apa - apa cerita ke nak share hari ni? daripada isteri yang duk bercerita tapi attention tu takde pun kat wife... bila suami bertanya.. kan lebih kepada perasaan ingin tahu dan mengambil berat.. berbanding dengan isteri yang beria - ia cerita... pastu claim "wife aku ni macam - macam, benda camtu pun nak citer", pastu mulalah nak compare wife dia ngan orang lainlah.. itulah.. inilah.. hhmm yang empunya badan tu.. ada nak compare dengan Rasullullah ker??? dah habis bagus dah nak nasihatkan wife sumer... bukanker manusia tu dicipta berpasang - pasangan.. saling nasihat - menasihati, ingat - mengingati.. janganlah nak gunakan kuasa veto yang ada...

opsss emosional plak aku pagi - pagi.. sorry...

Wednesday, May 6, 2009

Take 5


Sementara tunggu masa nak masuk training.. rehat sekejap... lately memang agak busy, lepas je auto publish entry yang lepas - lepas, takde masa langsung nak buat entry baru, padahal punyalah banyak cerita nak share sesama ni..

ok hot topic of the weeks of courselah MOTHERS's DAY...
and confirmlah ramai yang plan nak celebrate cemanalah mother's day ni yek..
memang hari - hari pun mother's day kan.. tapi bila org lain tanya "mother's day hari tu ko buat apa?"
mesti semua org excited nak cerita macam - macam.. balik kampunglah celebrate ngan mak, dinner kat hotellah, belanja pegi shoppinglah.. walaupun sebenarnya kalau bukan mother's day pun selalu buat, tapi pada hari yang sehari tu nak jugakkan, kalau tak rasa cam kureng je..

selalu yang bising - bising ni memang orang perempuan je.. tapi ada jugak orang lelaki yang kepoci tau nak celebrate mother's day ni... and ada jugak husband yang sudi meluangkan masa plan gitu - gini tuk celebrate mother's day untuk wife dia.. konon - konon anak dia orglah yang celebrate... apa - apa pun yang korang buat... semoga korang happy, and buatlah yang terbaik untuk seseorang yang korang sayang.. kalau korang buat deekkkk je... nanti kecik plak org tersayang tuh, confuse plak dia.. adakah dia tu wujud lagik atau tak...

bila aku tengok orang sekeliling... hhmm macam - macam halkan... ada yang masalahnya cegitu, ada yang masalahnya cegini... tapi semua tu mesti ada hikmah disebaliknya.. cam selalu kita tengok dalam TV, kalau cerita bersamamu tuh.. orang miskin, mesti anak ramai.. orang yang duit terlebih, selalu anak tak ramai, or takde langsung.. mungkin rezeki mereka Allah dah tentukan begitu...

ada org duit banyak, tapi tak happy pun, bergolak sana, bergolak sini, ada orang tak duit banyak pun, cukup - cukup makan, keta pun setakat ada, tapi still happykan... bila ada yang bercakap "apalah dosa aku sampai camni", "kenapalah dunia ni tak adil"... seolah - olah menyalahkan Qada' dan Qadar pulak..

sabar jelah, itu yang kita boleh sebut.. doa bebanyak, itu yang kita boleh buat.. bersyukurlah sebab kita boleh lagik buat semua tu.. kalau kita rasa diri kita ni tak sempurna.. ada orang yang lebih menderita.. tapi jika kita fikir kita ni dah cukup hebat.. satu hari nanti, Allah akan tarik kehebatan kita.. takde sapa yang hebat dalam dunia ni, melainna Dia...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...