Followers

Thursday, September 17, 2009

Hadiah dari Cutemiut

Setelah berhempas pulas masuk contest.. Alhamdulillah, we all menang.. and hadiah dah pun sampai 2 hari lepas..

terkejut sekejap tengok dalam letter box, ada sampul pos express... bila tgk nama.. oo dari cutemiut rupanya.. seronoknya.. dah sampai pun..

Dah selamat sampai

aku siap suruh Darin berposing sambil pegang hadiah and suh dia senyum, sib baik dia nak senyum..

sebelum bukak, posing dulu

then we all bukak sesama.. and snap lagik sekali..

lepas bukak, lagiklah senyum lebar

to cutemiut78, thanks bebanyak kay.. ni bukti hadiah dah selamat sampai kat we all... Salam Aidilfitri

Tatapan menjelang Syawal


Ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya.. lepas ni Syawal pulak datang menjelma.. confirm dah ramai yang balik ke kampung halaman.. and ada jugak yang last menet giler shopping.. tapi majoriti itu anak jati KL/Selangor lah.. coz masa ni dah ramai orang balik kampung kan..

Tahun ni macam yang aku ada mention, memang ala kadar banyak jugak benda buat last minit.. beli baju daddy and Darin last minit.. beli kuih raya last minit and unplanned plak tuh.. tukar duit lagiklah lambat, baru pagi tadik tukar duit, sib baik ada kenal dengan someone.. tu pun sebab ada urusan sket ngan dia, terus dia tolong tukarkan.. sayangnya, sampul duit raya dah abis ye... adalah balance angpow raya tahun lepas.. harapnya cukuplah...

aku dah start cuti esok, tapi baliknya tak taulah lagik.. time nak cuti panjang, time tulah pulak ada je masalah yang timbul.. huwa, pleaselah, aku nak raya tau... tolong jangan call aku masa aku tengah sedap makan rendang, laksa johor dan sebagainya, kang tercekik, sapa nak tanggung??


sambil tu, sempat jugak aku buat transformation baju anak dara aku, dah nak hampir siap.. nekad punya pasal ni... ni pun sebab syok plak tengok member - member buat transformasi kat baju anak - anak dia orang, aku pun nak jugaklah..

oklah, pada semua blogger, sahabat handai, rakan taulan... Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.. kad raya paling ringkas dari kami tahun ni, x sempat langsung nak edit.. ni pun siap update blog lam surau (sshhhhhh.. )

pandulah kereta dengan berhati - hati, and makan pun kena hati - hati, maklumlah banyak juadah yang menanti.. kalau sakit perut nanti, sapa yang susah hati.. sendiri juga yang merana diri.. cheewaahhhh

oh ya.. jemput datang rumah kami di Shah Alam ok...

Wednesday, September 16, 2009

apa persediaan korang

Tahun ni persiapan raya sangat ala kadar.. kami sangat busy dengan kerja, sampaikan ada masa aku bukak pose sorang je kat rumah.. dah 2 kali tau bukak pose sorang..


walau camner pun, baju raya tetap kena ada.. sempatlah ke Jalan TAR minggu lepas untuk cari baju si ayah dan anak daranya.. so dia org berdua memang sedondon, maknya aja yang berdondon - dondon... sungguh plain, tengok cik riniy baju mengerlip.. cik lyein pun sibuk nak menjahit manik baju anak dia, aku rasa, aku x sempat kot.. tangan aku tak dan nak buat magik nih..


tudung pun ala kadar je.. berkat beli tudung 3 helai, kaka tu kasi aku tudung free lagi selai.. yang kaler merah tulah tudung free.. oklah tu, aku pun xde kaler tuh...

Tuesday, September 15, 2009

Iftar@Concord Shah Alam

bulan puasa ni... we all selalu buka kat rumah.. Alhamdulillah, ada yang ajak we all bukak puasa kat luar, so we all pegi jelah.. dan dijadikan cerita, bukak puasa kali ni kat Concord Shah Alam je.. dekatnya dengan rumah..

Inilah kumpulan yang menjadi idola bebudak nih

buka puasa dengan family abang aku, selalunya memang ada orang yang sponsor.. bagi aku makanan kat situ biasa - biasa je... bolehlah, tapi buffet hotel skang ni mahal gilerkan.. kalau 4 tahun lepas rege dia dalam 40++, skang ni dalam 70++, memang takdelah aku nak gi... pergi pasar Ramadhan, macam - macam boleh dapat..

Darin - peminat setia yang diiringi oleh bodyguard - abang Afiq

time makan adalah makan je, berenti sekejap gi Solat Maghrib, then makan.. so memang takde langsung amik gambar sebab dalam masa yang sama tengah monitor anak dara yang sangatlah lasak sebab jumpa sepupu dia.. huwwaa.. risaunya aku kalau dia terlanggar waiters yang tgh bawak dulang penuh dengan pinggan kaca.. sapa nak bayo....

ada lagik so kecik tu, sambil tangan tu tak abis - abis eksyen main gitar

yang 2 orang ni memang juara makan

dalam pukul 8 lebih, tgh asyik memasing sembang, tetiba kanak - kanak ni sibuk kumpul kat pintu masuk cafe, rupanya ada kumpulan penyanyi tuh,, Darin excited terlebih sebab dia suka tengok orang main gitar (itu memang macam mummy)... tak lekang langsung, melekat je dia.. then dia datang dari 1 meja ke 1 meja nyanyikan lagu.. abis je turn meja kita org, we all pun balik... and Darin boleh plak buat perangai "nak naik car pak long, tak nak car daddy", boleh? padahal abang aku dah bawak dia naik dari parking sampai main road, dia boleh menangis, siap nak mintak tido dengan abang long, and suruh mak long buat susu.. macam - macam hal.. budak-budak memang camtu.. sabar jelah kan.. dah lama tu lupalah dia...

Monday, September 14, 2009

hari jadi sapa??

seminggu sebelum puasa.. kakak aku ajak datang rumah.. nak sambut birthday anak dia (Aidid) secara kecil - kecilan sambil gathering adik - beradik...

kek dan makanan yang terhidang

sebelum ke sana... aku sempat singgal ole - ole untuk 3 perkara... 1 cuci kereta.. 2.. gunting rambut.. ni aku citer kemudian.. 3.. carik adiah ler..

Anak buah aku lagi tinggi dari aku skang nih

selesai semua acara, teruslah aku bergerak ke puncak alam, sampai agak awal, akak aku tgh prepare brg nak goreng kuey teow, we all yg tengah kelaparan, isi perut memasing dulu.. Darin pulak kalau dah jumpa sepupu dia.. mummy dia tolak tepi, nak main ngan Aidid, nak kak Aida yang suapkan makan.. oklah, mumy boleh rehat..

daddy tengah siapkan Darin dan senjata

dalamjam 5 petang baru abg aku sampai, Afiq ada kelas agama ke tuisyen ntah, tu pasal lambat sampai.. dia org sampai je, terus sessi potong kek... kang lambat - lambat potong, lambat start makan..

Kak intan yang tengah termenung, birthday dia bulan September tau

antara menu hari tu, popia goreng, kek batik, kuey yeow goreng dan kek secret recipe, cam wajib plak kan, birthday apa - apapun, tetap kek kat SR jugak..

mak long dan pak long merehatkan badan

selesai makan, adalah waktu melepak di luar.. Darin macam dah besar sangat, siap gaduh ngan sepupu dia nak main bola.. hhmm camno nak buek, terpaksalah sepupu - sepupunya mengalah jugak... layankan jelah..

Darin dan Adli yang menguasai sepenuhnya

dalam masa yang sama.. adalah pulak permainan Ben 10 ni, siap ada baju kalis peluru, ada tempat utk nak attack (siap ada markah tuh), and adalah spek mata sekali, untuk keselamatan...

Yang lain lari main badminton kat luar

memula yang besar main, bila si kecik merengek mintak, kenalah bagi jugak.. Darin pun sibuk nak main, siap pakaikan dia spek.. tapi x boleh tahan, bila we all cakap "darin, atas sikit.. "terus dia pusing ke arah we all, and tembak..
"kalau macam ni, kita orang yang patut pakai spek tu" kata abang aku... apa tak nya, we all kena selamatkan diri dari terkena peluru sesat Darin..

Daddy dengan aksi yang memukau

pastu ada jugak aktiviti main badminton.. oo husband aku tak boleh tahan kalau org main badminton, terus dia pun join sekali... sorang lawan 2, oklah tu... budak - budak tu pun baru nak belajar main..

Time ni dukung Darin.. main tegak jelah

tengah syok - syok main, sekali Darin datang, dah melekat kat kaki husband aku.. nak tak nak, terpaksalah husband aku dukung dia sambil main badminton... tak pernah buat dek orang wei.. main badminton sambil dukung anak...

we all pun tak lepak lama coz we all sampai awal... time ni jalan kat Bulatan Jubli Intan tu tengah betulkan jalan, dia punya jam.. tak hengat lah... semedangnya jam, tak kiralah pagi, petang, siang, malam.. weekend ngan weekdays pun sama je.. tapi skang dah siap dah.. dah ok dah jalan tuh.. Alhamdulillah...

Saturday, September 12, 2009

wa rasa cam mimpi ler

korang ingat tak dulu aku ada masuk satu contest "aksi menarik di hari raya"...
masa owner si cutemiut shortlistedkan 10 pemenang, aku mmg takde lam senarai pun..

adatlahkan, menag kalah sesuatu pertandingan... tapi sekali aku baca entry pemenang sampai abis.. aik.. aku pun menang gak..hii..hii..hiii..

Dan kita org berkongsi tempat dengan seorang lagi pemenang yang dalam top ten punya list..

syukur Alhamdulillah dan terima kasih bebanyak kepada juri ke-2 yang sudi jugak memilih gambar we all yang tak seberapa tuh...

selamat menjalani ibadah puasa untuk 10 yang terakhir nih.. dan salam aidilfitri...

Friday, September 11, 2009

Cute Sleeping Baby Contest

Terjumpa blog

Jadik try jugaklah nak join.. he..he..
Apa pun pertandingan memang ada syarat kan dan saya perlu penuhi syarat tersebut..

Pada sesiapa yang nak join contest baby tido comel ni.. boleh pergi terus ke blog Baiti @ Mizz Zizee

NAMA SAYA: DARIN SUFIYAH BT AZIZUL HAKIM
LAHIR PADA: 3 FEBRUARI 2007
TEMPAT LAHIR: KPMC PUCHONG, SELANGOR
NAMA MUMMY: MUZLIANI ABDUL RAMAN

inilah gambar yang dipertaruhkan.. masa ni umur Darin 3 bulan 2 hari.. baru perasan yang we all tak banyak snap gambar time dia tido, melainkan masa dia dalam pantang.. ini jelah gambar yang ada.. baru sampai Batu Pahat, masa ni ada kenduri kahwin.. org lain bising - bising pun dia boleh tido.. lagik sedap tido sebab ada air-cond.

ini adalah kali pertama saya masuk blog Love My New Life ... itu pun melalui kawan... dunia blog makin meluaskan... first sekali yang saya suka tentang blog ini, warnanya sangat gurlish.. warna kesukaan saya.. iaitu 'pink'.. tapi saya tak pandai nak mengkombinasikan kaler pink dengan kaler lain, selain warna gelap... dan yang paling bestnya.. dekat blog ini jugaklah, saya jumpa blogger - blogger lain yang saya kenal, tapi saya tak tau pun yang dia org tu dah ada blog.. sebelum ni kenal dia orang melalui fotopages je kan.. thanks kepada tuan punya blog.. nanti saya akan terus membaca dan membaca lagik...

Thursday, September 10, 2009

Contest : Aksi Menarik Di Hari Raya

/* Ini adalah sticky post, entry baru, sila scroll ke bawah... jom join contest raya cutemiut78 */


Kali ni teringin plak nak join contest from Cutemiut78, selalunya tengok je contest yang dia buat and selalunya tak berkesempatan nak join sebab tengah fikir idea yang sesuai.. tau - tau je dah abis dah contestnya...

Bulan puasa pun x lama lagik so contest kali ni for surelah berkaitan dengan raya...

Kali ni Syarat - syarat dia:

1.Kena ada blog sendiri -> itu sudah semestinya.. inilah blog aku yang paling lama sekalik rasanya.. berumur lebih dari setahun, yang sebelum ni sekejap - sekejap jer..

2. Add blog cutemiut78 kat bloglist -> saya dah lama kan add blog cutemiut78..he..he..

3. Upload banner macam kat atas tu dan letakkan kat sidebar, make sure link ke contest tu -> kat sidebar pun dah letak, kat dalam entry pun dah letak..he..he..

4. Selain Banner, kat entry pun kena ada link ni tau.. ->ada..ada... he..he..

Pada sesiapa yang terlupa nak klik link kat entry yang saya dah linkkan tuh.. boleh click terus kat sini yek...
http://cute-miut78.blogspot.com/2009/08/contest-kenangan-suasana-di-hari-raya.html

Ok.. ni yang kita kena buat:
1. upload gambar raya yang paling menarik bagi korang:
Di sebabkan 1 je , so memang aku upload 1 gambar je untuk contest ni..

2. Nyatakan kenapa gambar tu unik..
"Aku rasa unik sebab kaler baju yang we all pilih tahun tu warna lembut je, and yang paling best macam sedondon je dengan kaler tiang tuh... semua tu tak plan, pagi raya pertama kat rumah mak aku, aku kan kemaruk nak amik gambar dengan anak dara yang dah pandai jalan and comei pakai baju raya, so husband aku yang suggestkan amik gambar kat tiang plak... so amik jelah, bila dah siap, aku rasa cam best je..he..he.."

3. Buat entry pasal contest ni.. -> entry pasal contest ni dah diterangkan sebelum syarat.. so boleh baca balik kat atas.. ataupun boleh click terus ke link cutemiut ni ok...

Wednesday, September 9, 2009

Makan - Makan

ni bukan hari ni atau tengahari semalam.. gambar ni aku snap masa aku tgk sedap makan waktu lunch kat ofc.. oohhh, ofc aku kalau nak makan mmg kena keluar, sebab takde kantin atau yg sewaktu dengannya, setakat vending machine yg jual roti, maggi, biskut dan air je dan harganya agak mahal.. parking aku sangat jauh, jalan pun makan masa 10 minit.. so kalau aku tak kurus jugak, x taulah silap kat mana.. hu..hu..


selalu aku bawak bekal dari rumah, sama ada lauk semalam, atau aku masak mee/nasi goreng pagi tu.. and sometime beli.. teringin nak makan nasi kerabu.. ni yang aku sempat beli kat seksyen 18... kejadian ni bebetul minggu terakhir sebelum nak puasa...


esoknya aku belasah krispy kreme... husband aku keje kat The Garden, rugilah kalau x pesan.. rabunya aku x ingat makan apa, macam aku ada meeting kat Sentral pagi tu dan aku teruslah membeli Burger King buat santapan tengahari.. tapi yang pasti, Khamis tu aku ada meeting kat Plaza Sentral lagi, tapi petang pulak, sebelum balik aku beli Nasi Ayam kat TCRS utk family aku and aku sempat beli air kopi kat Coffee Bean, lama gile mengidam, akhirnya dapat jugak, sekejapan je dah habis.. dan jumaat tu, we all melantak kat Wendy's IOI Mall...


eh.. bulan puasakan, cukup - cukuplah citer pasal makan... ok semua, selamat berpuasa...

Tuesday, September 8, 2009

Bowling at Mid Valley


dah lama tak main bowling, sekali ada tournament plak.. IBM & Maxis Partner kat MV.. fuh... ni first time jugak nak jumpa dengan semua orang yang aku tak kenal, and team mate aku siap ada orang besar - besar.. huwa takut.. tapi takpe...

yang bestnya, benda ni wajib datang, sapa tak datang kena bagi alasan kenapa tak datang, and alasan tu mestilah disahkan oleh DPE.. DPE tu apa? tidaklah aku tau, tapi aku taulah orangnya siapa, coz DPE tu 1 team dengan aku jugak, pengsan guwe..

main pun takat suka - suka, team aku no 29, dapat lane 29, 1 team ada 10, team aku yang dtaang 9, yang lain dalam 6-7 orang, nak abiskan 1 frame pun bercinta, abis tu dah ramai sangat..

tengah syok main, sekali member opis lama call, mintak guide nak install 10G ke nak upgrade dah, pengsan aku.. sib baik team aku ada bawak broadband, tgh onkan thinkpad, siap dia org tanya "What are u doing?" fuh cam kesalahan besar je.. coz time enjoy, wat per fikir pasal kerja, camtulah kisahnya.. ha..ha.. lawaklah... tapi sib baik ada someone yang aku ingat, aku ada bagi document tuh, aku suh dia contact je ngan mamat tuh... lega sekejap... keputusan bowling?? aku pun x sure team mana menang.. ha..ha..

EXAM

Sapa amik UPSR angkat tangan...

ha..ha.. ada ke yang amik UPSR ni baca blog aku..

anyway.. to Aida and Afiq , good luck kay..
sorrylah, maksu ko x sempat nak wish grand - grand sebelum korang masuk dewan periksa..
maksu ko skang ni kelam kabut ya amat dengan kerja rumah and mcm - mcm hal..

apa - apa pun, buat yang terbaik.. okeh..

love u all....

SMC lagik

patutnya aku ada team lunch hari tu, tapi disebabkan condition husband aku demam x baik - baik... kena pegi check kat SMC jugak... dari petang Isnin demam tak baik - baik sampai rabu.. tak ke risau.. siap kena amik darah and buat ujian Influenza H1N1 sekali..


so lama jugaklah melepak kat SMC, hari panas... nak tunggu jumpa doktor berejam, nak tunggu result dah sah - sah 1 jam ++, bos aku siap sms, nak tapaukan untuk aku ke tak.. sib baik aku cakap tak payah, dah 1/2 hari aku kat sepital, malas plak aku nak gi opis, terus EL je 1 hari...

keputusan.. husband aku bebaslah dari gejala H1N1 tu.. bahayalah skang ni demam, batuk selsema bukan boleh buat main tau... korang yang sakit - sakit tu cepat - cepat jumpa doktor, amik vaksin apa-apa yang patut and amik suplement and jaga kesihatan seadanya..

Monday, September 7, 2009

MTB

Hari tu sempat berborak ngan opismate aku.. cik putri.. dia cakap Darin dah dapat kereta.. daddy dia dah dapat heli.. mummy dia??? he..he.. penatlah member tu bertanya.. sikit pun aku tak cakap..

tet kalau ko baca entry ni.. inilah dia..


lama dah mengidam nak ada basikal. x mintak pun canggih - canggih and byk function, janji bley kayuh... masa rumah lama dulu, tempat simpan sangat limited... so dah pindah sini baru boleh laksanakan hajat tu...

itupun we all beli seminggu lepas bibik balik... yg susahnya, salah sorang kena jaga Darin, coz we all x beli carrier lagik... setakat ni aku bawak cuma petang - petang keliling taman.. sorang - sorang pun bosan gak... bila ada member baru best.. cam husband aku, setiap minggu gi redah Kg Sungai Kandis ngan gang basikal dia... so milleage dia lebih sketlah... tunggu lepas puasa nanti baru naik baliklah.... sapa nak naik basikal meh datang umah...

Tasik Shah Alam Seafood

Masa mula - mula pindah Shah Alam, tiap kali lepas dinner, mesti bawak Darin keluar jalan - jalan.. ada 1 masa tu tau - tau dha tembus seksyen 36, pastu jumpa federal, tak tau lokasi sebenarnya, sebab malam, actually dah sampai kat area Jusco Bukit Raja.. huh...


kalau berpusing kat bandar Shah Alam jangan cakaplah, sebab dekat sangat dengan rumah... and selalunya we all ronda kat Masjid dan akan lalu kat Restoran seafood ni.. x sangka plak one day husband aku ajak makan sini... actually they all nak celebrate birthday my MIL... hati tgh sedih lagik sebab pagi tu kan baru hantar bibik balik.. so malam tu agak biasa - biasa jelah..


we all dapat seat tepi sekali, and bawah tu confirmlah air tasik tu, amatlah susah nak control si kecik tu, maklumlah bibik dah takde.. so maknya kenalah lebih sket monitor anaknya.. punyalah tak duduk diam.. lompat sana, lompat sini..



makanan agak lambat sampai, ramai orang, malam minggu pulak tu, so aku bawak budak - budak ni duduk kat area depan tu, coz situ boleh tengok ikan, ketam secara life.. seronok plak dia orang tengok ikan tu, specially bila pekerja restoran tu tangkap ikan untuk di masak...


ada 1 adegan tuh, boleh plak ikan tu melompat keluar dari baldi.. menggelabah masih - masih.. ha..ha.. Insya Allah, itu bukan ikan we all, sebabnya, ada panggilan yang menandakan makanan dah sampai.. x sempat kot nak siang ikan tuh..


makanan ok - oklah kot... siap ada baki lagik, aku sih SIL aku tapau bawak balik, sayang plak sebab agak banyak lagik, walaupun order small size... berapa harga, maaf, saya tak tahu, tp rasanya mana - mana pun lebih kurang sama kot yek...

Saturday, September 5, 2009

sunyinya

B:Bie.. org ada keje, cam kena balik lambat hari ni
M: ye ke.. oklah..

huwwaaa.. betullah kena bukak pose sorang aku... bukak puasa petang tadik, sunyi betul and tak meriah, macam biasa masakkan nasi, tapi xde selera nak makan..

aku gorang mee, tu pun makan ala kadar je.. Darin makan roti butterscoth + peanut butter and coklat, roti canai and mee sup...

sampailah ke malam husband aku keje.. tolonglah jangan macam ni lagik, sorang - sorang tak best wooo... dahlah bulan puasa... and nasib baiklah Darin x meragam sangat.. abis citer Nur Kasih, aku ajak naik tido, boleh plak dia ajak aku layan tgk citer Batman Forever.. penat mengayat dia.. sib baik dia nak naik.. dah tido, barulah aku boleh online..

Bie.. weekend pun kene keje gak ker?? huwaa....

Friday, September 4, 2009

Melepaskan kau pergi

cheewahhh.. tajuk x boleh tahan tu...


pagi tu seawal 4 pagi aku bangun, make sure semua dah siap... nasib baik barang - barang semua dah masuk dalam kereta sebelum tido lagik.. aku tau, bibik pun bukannya lena sangat tido, badan dia je kat sini, hati dan fikiran dah sampai Surabaya kot...


aku mandi, siapkan diri, aku tengok dia dah bangun, family aku pun terjaga sekali.. aku siap call neighbour sebelah aku coz dia pun nak jumpa bibik.. yelah sempat jugaklah 4 bulan bersama.. tak sempat nak mesra.. dia dah nak balik.. aku rasa bibik pun rindu jugak... mkalumlah, we all baru je pindah kawasan baru... dia pun x puas lagik duduk rumah aku tuh... perjalan mesti diteruskan, jam dah pukul 5 pagi, Darin pun aku kejutkan bangun, tukar baju dan pampers je, and terus we all ke airport, aku tak nak lambat, manalah tau kalau ada proses yang tak kena ke.. susah jugak..


sampai kat airport, tak banyak barang boleh bawak.. total barang bibik dalam 80KG lebih.. kena bayar dalam RM2000++ tau.. dia pun takde duit sebanyak itu, and we all pun x boleh nak tolong byk, tak tau apsal semua barang dia berat... we all takde simpan jongkong emas pun kat rumah..dia lepas bawak dalam dekat 30KG ++ kot, itupun tumpang - tumpang orang lain, tapi kena bayarlah anak ikan haruan yang tolong tu.. murah sket je kalau kena bayar direct kat airport tu sendiri...


nampaknya we all terpaksa bawak balik barang dia, and serahkan kat kaka@makcik sedara dia yang uruskan.. we all pun tak berani nak pegang lelama.. kesian jugak dia.. tapi dia tetap kena balik jugak...


Darin pun ok je, takdelah nangis - nangis, good anak mummy... Insya Allah, harapnya semua selamat... bye bibik..

Thursday, September 3, 2009

Tol dan Blackout

pagi tadik aku gi Bank Islam kat seksyen 14.. lambat plak bukak kaunter, maaf yek, bank laik kul 9.15am dah beroperasi, tapi kat sini dia org ada meeting plak pagi tuh, so nak dekat 9.35am barulah bukak pintu.. dalam pada tuh "alamak, suis iron aku tutup ke tak?" fuh, berderau jap, xpe, releks,, aku settlekan keje aku, terus berdesup balik umah, dalam 10 minit dah sampai.. confirm aku x off plug.. tapi nasib baik aku dah pusingkan temperature dia ke min.. so takdelah panas.. Alhamdulillah..

jalan kat area umah aku, tolnya masih dalam pembinaan, dia org ckp 2 thn we all tak payah bayar, x taulah betul ke tak.. antara sebab aku boleh pilih lokasi umah skang, access ke shah alam mmg dia ada buat khas, kalau kena lalu jalan kebun/kemuning tu, pengsan jugaklah... padahal seksyen 24/18/19/23 seberang sungai tu je.. mesti pikir kat mana pulak nak antar Darin...


So pagi tadik dia test sekejap jalan tu, x taulah apsal, padahal petang tutup balik... citer pasal petang.. kejadian berlaku masa aku baru je kuar parking keta..

B: Bie, kat ner?
M:Baru je kuar parking..
B:Izxxx SMS, wife dia ckp umah xde api?
M:Ha?? alamak, xpelah, org call Fxxx..

(*&^&%^$%^&*()_((**&^%$#

M:Bie, confirmlah takde api, dari pukul 4
B:So camner nak masak nasi?
M:Atas dapurlah
B:Takpelah, org beli?
M:Yes..(dalam hati)

Nasib baik ada lampu berdiri tegak kat atas kerusi tuh.. terang sket...

aiyak.. bley plak takde api time org nak bukak pose, kenalah masak air panas guna periuk.. we all berbuka dalam kegelapan, sib baik ada lampu kalimantang yang emergency tu, kalau tak sure candlelight breakfast lah we all hari ni... kisahnya, Main Fuse Canting kena curik.. apalah dia org ni.. nak buat belanja raya ke? since TNB janji nak fixkan before solat Tarawikh.. akhirnya, we all kembali terang dan berangin sebelum pukul 8 malam.. Alhamdulillah.... tenkiu encik api...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...