Followers

Monday, January 31, 2011

Come and Join as ChurpChurp member today

Sejak keluar iklan join churpchurp.. aku terus join.. makan masa jugak masa nak join mula - mula tapi lelama oklah jugak.. tapi apa fungsi churpchurp ni... dia ni lebih kurang macam Nuffnang jugak.. jana income thru iklan... tapi iklan akan dibayar setiap klik dam nilai dia lain - lain.. untuk tau lebih lanjut boleh browse ke churpchurp..


kalau korang belum ada account churpchurp.. Join join sekarang..

senang sangat.. korang klik je dekat link churpchurp ni.. dia akan terus  bawak korang ke link churpchurp...

Sunday, January 30, 2011

Mr Rabbit.. I'm coming

sarapan pagi sampai pukul 11.. tapi pukul 9.55 we all dah gerak ke Pet's farm.. Darin dah excited sangat dah nak bagi makan arnab.. sampai je sana terus masuk dalam tu.. biasalah memula tu dia memang takut... tapi kena paksa jugak..



kat dalam tu dia ada siapkan 1 bakul makanan macam roti, carrot, kacang panjang, kuaci.. and bijirin kecil untuk kita bagi makan kat binatang tu..


bebudak ni confirmlah sibuk bagi arnab makan.. tapi binatang dalam tu pun semuanya jinak.. ayam yang datang patuk makanan pun macam ala - ala malu je.. ooo ada hari - hari tertentu boleh mandikan binatang rasanya.. salah - satunya hari Rabu kot... waktu still sama jugak..


melayan darin bagi arnab, burung, ayam dan jugak kura - kura.. ha..ha.. bebaik jangan sampai terpijak anak ayam tau... maklumlah semua orang pun sibuk nak masuk.. tapi apsal aku takdelah kisah sangat.. yelah dulu duduk kampung.. ayam ngan lembu tu memang kita org bela.. dah penat dah bagi makan.. bagi can kak Darin merasa plak..he..he..

tapi tak lama pun Darin dalam tu.. dalam 20 minit je.. sebabnya..

arnab kecik ni tergigit tangan dia masa bagi makan...


alahai anak mummy ni.. terjerit terus nangis and we all pun keluarlah dari situ...

Saturday, January 29, 2011

View from our room

waktu pagi yang damai

rasanya tak ramai pun yang tido sakan... dah boleh nampak orang lalu - lalang pagi tu..ada yang pergi sarapan.. ada yang dah terjun kolam.... we all tak turun lagik sebab kejutkan anak dara tu punyalah susah.. tulah malam tadik tido lambat sangat.. sementara tunggu dia bangun and bersiap.. snap view from our room..









malam hari di Avillion

konon tak nak makan kat luar, tp we all keluar jugak dalam pukul 6 petang, gi makan malam kat area PD... dah keluar macam tu confirmlah sikecik nak beli something.. and akhirnya beli jugak pelampung Tom and Jerry, kalau perasan entry layan anak kat pool tuh.. dia ada pakai pelampung warna green.. itu Avillion punya, dah cakap tak payah beli, nak jugak.. megusunglah bawak pelampung tu di malam hari..


sampai je kat hotel.. semua org tgh sibuk makan lagik.. we all berjalan - jalan saja nak amik angin malam.. lepak kat tepi pool sebab malam mana ada orang mandi - manda.. kalau siang hari, semua kerusi tu penuh...

cantik jugak avillion ni, rasa macam setiap sudut nak amik gambar tapi biarlah gambar Darin sorang je yang banyak... nak bagi dia enjoy sikit..


eh apa lagik yang ada kat sini yek?? kat sini ada karaoke jugak tapi rege tak sure berapa.. boleh check dengan dia org.. then ada tempat untuk korang letak anak - anak korang main, dalam tu ada macam PS3, tempat tuk kaler - kaler.. kira macam ala - ala nursery jugaklah... sure dia org seronok kat dalam tu.. Darin tak masuklah sebab dia sibuk nak mandi dalam pool je...


selain dari tu ada tempat Steam and Sauna... waktu orang lelaki dan orang perempuan tak sama tau... so kena check dulu waktu dia, kang salah masuk malu pulak...

kat sana jugak ada tempat main game macam kat pusat game.. ada congkak.. ada chess/dam.. ada fusball dan ada wii jugak.. kira layan jugaklah.. means malam hari pun korang takdelah bosan nak duduk dalam bilik.... cafe pun 24hours tau... and after 11pm korang nak suruh hantar ke bilik pun boleh.. makanlah sampai kenyang... syoknya...


banyak benda boleh buat kan.. so korang jangan bosan tau... korang boleh check aktiviti - aktiviti kat Avillion setiap hari kat white board sebelah tempat main game tuh... situ semua ada.. kira pekerja kat sini pun kerja 24x7 jugak aku rasa... and 1 lagik yang aku suka.. pekerjanya sangat friendly...


 oklah.. malam sudah..  masa untuk tido pulak.. esok pepagi nak tgk rabbit..

layan anak di Pool

kat Avillion ada 3 kolam

ada 1 kolam yang dia panggil 'coaching pool' yang ni tak pasti plak untuk apa... tapi rasanya kolam ni dalam.. dan orang terlatih je boleh mandi kat situ rasanya... tengok air dia.. sangatlah best.. duduk kat tepi pool tu, air siap melimpah - limpah turun kat tepi kolam.. tempting plak.. pool ni dia facing chalet yang atas laut..


yang kedua kolam untuk orang dewasa yang agak - agak nak berendam je.. ha..ha.. macam aku ler.. tapi aku tak terjun.. sebab nak terjun kena ada pakaian yang sesuai.. yang ni macam biasalah.. ada bahagian yang dalam and ada bahagian yang tak dalam sangat... pool yang ni bebetul sebelah cafe...


kalau korang lepak kat atas kerusi yang boleh feeling sun bathing tu.. korang goncangkan je loceng, and berlarilah waiter and waitress amik order korang.. best kan..


dan yang lagik satu.. confirmlah pool untuk kanak - kanak.. besar sangat tu tidaklah tapi kira layan jugaklah.. ada slide satu... and ada tempat duduk... darin pun dah ok dah main sensorang kat dalam air tu... so aku tengok dari jauh jelah...


kat sini ada lagik aktiviti lain selain korang mandi - manda.. tgk arnab and binatang peliharaan lain... contohnya kat tepi pool ni ada macam 1 pondok... kat situ dia akan ajak semua budak - budak kecik buat roti canai, pizza dan jugak roti... since we all check-in hari ahad.. aktiviti hari tu adalah buat roti... tepat pukul 4 semua orang datang.. sapa ada anak kecik je boleh buat.. then boleh isi inti peanut butter, inti karipap ataupun kaya...


lepas semua settle, dia orang akan bakar kena tunggu dalam 25 minit jugak.. then bila siap boleh amik... eh, cemana nak tau kita buat yang mana kan?? di atas setiap tray, dia lapikkan kertas minyak.. setiap hasil kerja tangan kita, letak ada kertas minyak tu.. and bulatkan dan tulislah nama kita...




 lama darin berendam.. rasanya mau 2 jam jugak tuh.. takpelah, bagi can dengan dia... tapi bila nak ajak balik bilik adalah sangat susah.. maklumlah dan sedapmelayan berendamkan.. tapi mak pak ni dah letey plak duk bawah tu lelama... jomlah darin naik atas ok...

Thursday, January 27, 2011

Bercuti tanpa diduga

bukan.. bukan masa CNY ni.. dah lepas dah... masa New Year hari tu.. orang lain sibuk buat persiapan terakhir anak masuk sekolah.. we all pergi bercuti ke PD.. kali ni pergi Avillion.. just 3 of us...

Semangat nak bercuti, pepagi bangun siapkan makanan tuk tampung 3 perut.. tapi sekali bawak mcm boleh makan 10 orang.. budget mmg tak keluar makan, kira nak makan sampai malamlah tu... dengan Nasi Lemak, Kuih karipap, sosej, nugget, air oren... serta jajan...

sampai sana dalam pukul 1 lebih.. memang time org check-out, so penuh kat lobby tu, siap ada newly weds lagik.. nak bersiap pergi reception lah agaknya tuh..

Darin tengah explore bath tub
 
dapat je bilik... letak beg... solat sesiap.. and makan.. karang lapar sapa nak jawab.. kebetulan dapat bilik belah atas.. best sikitlah, makan kat meja luar, bukannya ada sesapa nampak.. kalau bilik bawah confirm nampak orang lalu lalang..

selesai makan, jalan - jalan sampailah ke hujung pantai sana.. kat sini ada tempat dia letak arnab, ayam, kura - kura.. and bermacam jenis burung.. boleh bagi makan kat binatang ni start pukul 10 pagi.. so esok pagi confirm kena masuk coz Darin dah sibuk nak bagi rabbit makan tuh...


kat sini ada Spa jugak tapi x pegi pun sebab masa tu keadaan tak mengizinkan... tengok chalet atas air macam bestkan.. memula nak amik jugak chalet atas air, tapi kang takut Darin buat aksi pulak.. sapa nak handle...

bawak si kecik main pasir adalah sesuatu yang seronok.. siap cakap "nanti kasut saya kotor macam mana?" eceh.. budget sayang kasut barulah tu.. belasah je Darin...

 ni idea daddy.. so bukan mummy yang over....

Habis mengeledah hujung sana tu pegi plak kat belah yang dengan ngan bilik kita org.. yang situ pantai tu bolehlah kot mandi.. and buat aktiviti pantai....


since hari pun dah nak petang and we all berjanji nak bawak Darin mandi.. so jom terjun....

Dah lama tak gengam Voucher

sabtu lepas we all ke One Utama.. macam x caya je pegi sana.. dah lama dah tak ke sana.. selalu lepak kat Empire je sebab kat situ pun ada TRU kan.. itu je alasan nak keluar pun.. itupun sebab Darin yang suggest.. (apakah....????!&&^%)...

sampai kat sana.. teringatlah kad Jusco yang dah expire bulan 11 hari tu.. nampak sangat lama giler tak ke Jusco...

Queue adalah panjang, tapi gagahkan jugak sebab bila lagik nak ke situ.. bila sampai turn x tunggu apa dah..
Nak renew
Check point sekali..

tot..tet.. pilih kad semua.. (abaikan amoi yang sibuk nak offer kad Aeon tuh.. x shukelah)..
Cik ada point sebanyak *&^%*
Boleh saya redeem voucher Jusco?
Boleh.. dengan point sebanyak )(&#%&* cik dapat RM80.. muahaha.. oklah tu dari benda alah tu terus tak boleh gunakan..
so terus decide beli barang..ngeh..ngeh..ngeh...


oh.. baru - baru ni cik hubby pun dapat Voucher Jusco jugak tapi lagik masyuk... takpe, simpan tuk masa depan.. and lepas berbelanja ke Carefour dapat plak voucher Carefour RM16 hengget.. ha..ha..
nampaknya bulan ni bulan Voucher...

Tuesday, January 25, 2011

Link Within... Korang suka tak?

ramai dah yang letak Link Within (LW) kat blog memasing..
ada orang kata boleh generate income sebab dia akan bagi unique visitor... maaflah.. aku memang tak arif sangat pasal benda ni..

memula tengok org buat.. macam takde perasaan.. tapi disebabkan blog aku pun takde perubahan apa - apa.. so aku letaklah LW ni.. adalah something yang baru.. nak tukar template.. tak reti.. nak letak watermark kat gambar pun.. x terbuat lagik..

tapi sejak adanya LW ni.. aku pun suka masuk blog sendiri sebabnya..
aku boleh view citer - citer lama dalam blog aku.. bila baca. senyum sensorang balik... cam kat bawah ni ha...




Ada banyak lagik.. tapi takkan nak tepek semua kan.. kalau ada luck korang.. ada macam - macam lagik boleh baca kat sini tau...

Monday, January 24, 2011

Ada lagi ke orang pergi funfair?

masa kecik - kecik dulu, dapat pergi funfair adalah sesuatu yang menyeronokkan.. tambahan pulak masa tu cuma ada funfair kat PD je.. tiap kalu ada Pesta PD, pasti merengek ngan mak pak aku nak pegi sana... selalunya akan bertolak lewat petang bawak ke malam supaya tak panas sangat..

 Baru sampai funfair...

nak masuk funfair kena bayar, rasanya masa tu mungkin dewasa RM2, kekanak RM1 kot... dalam tu ada banyak benda.. makin lama makin advance, segala pameran semua ada... and ada antara baju kurung sutera aku mak aku beli pada pesta PD...

tapi macamlah aku peduli padal kain sutera yang beratus - ratus ringgit tu.. confirmlah teruja nak main benda yang terbang - terbang, pusing - pusing dan macam - macam lagik... best wo... cuma part tak best, aku kena naik sorang, org lain ada adik-beradik ramai.. yelah jarak aku ngan kakak + abang aku 10 tahun.. masa aku kat funfair ni, confirmlah dia org takde... sama ada tengah belajar kat Uni atau dah keje..

 Naik kuda yang paling murah.. tapi kalau naik sampai 2 round pun dah kira mahal kan..

bila dah besar sket, takde nak main dah benda alah ni.. sibuk plak nak main game.. ada orang panggil 'tikam''.. kalau kena dapat hadiah.. keychain ke, bear kecik ke, air kotaklah paling koman pun.. yang tak dapat apa - apa tu memang banyak... kesimpulan duit banyak habis untuk main game kan..

game cawan berpusing memerlukan 3 token, anak dan mak dah jadik 6 token
 
lagi satu.. kat funfair ada konsert, masa nilah rasa nak jumpa artis.. rasa macam ko dekat je dengan artis kan... aku pernah dapat tandatangan Bagio, penyanyi kumpulan Damasutra.. masa dia buat konsert kat funfair Kuala Pilah..ha..ha.. rasa bangga gila dah.. tapi skang.. mana ntah aku letak pun x tau.. ampun...



 dengan muka berminyak, pujuk si suami.. moh ler balik

tapi dulu mak pak teman aku, now aku kena teman anak - anak pulak.. semua pun dah berubah.. harga pun jangan cakaplah.. nak main kena tukar token... 1 token rege RM2.. nak main game paling murah.. kuda pusing - pusing tu 1 token je.. yang lain semua nak 2 atau 3 token... so berapa total?? lu pikirlah sendiri...

Friday, January 21, 2011

Sweet Orange Potato tu Keledek jugak ke?

pagi tadik pergi carrefour seksyen 23, beli brg dapur sikit, amannya pepagi takde org, budak yang jaga kaunter pun slow je tag harga barang... pusing - pusing nak carik keledek... takde pun tulis keledek.. yang ada Sweet Orange Potato.. tapi bentuk cam keledek.. aku pun naik confuse dah.. ala.. belasah jelah..

akhirnya misi tu diteruskan jugak .... rebus... lenyek... gaul... gentel... pastu bentukan menjadi bentuk gelang..


sampai masa dan ketikanya.. goreng bagi cantik... tak yah lama pun takpe kan sebab memang dah rebus pun keledek tu... ha..ha.. buat kuih keria guna keledek warna merah... oklahtu dari takde langsung... dengan penuh khusyuk menggoreng dalam kuali... toskan bagi sejuk..


saat yang paling mendebarkan part nak menyira.. padahal gula ngan air je tapi sukatan main belasah... rasanya macam terlebih gula je.. tapi inilah hasilnya...



dapat jugak merasa keria... dok carik keliling Shah Alam tapi x jumpa pun keria yang bebetul keria.. nikmat tul makan... erk... jangan tanya sukatan sebab saya main hentam sesuka hati je... bak kata orang "Resepi Asal Boleh"

Friday, January 7, 2011

Lawatan Khas

Tettt..teeettt.. 8.11am ada SMS masuk.. ni mesti ada staf yang masuk lambat lah ni..
sekali bila baca " Belilah Kosmo (buka page 19) or Utusan (buka page 4)"..
aiyak.. apahal plak ni, mesti ada something..

kebetulan memang nak isi minyak kat Petronas.. so keluar duit sekali, beli sarapan, beli paper dan isi minyak.. saya beli paper Utusan sebab paper Kosmo suka kuar citer pelik - pelik.. x shuke...

sampai opis, terus bukak page 4.. sekali... ha..ha..ha.. patutlah excited sangat nak suh beli... namapun keje kat UTUSAN kan... wajiblah ada gambar..

ok..ok.. straight to the point.. tajuk berita..

"LAWATAN RAJA NAZRIN CATAT SEJARAH UTUSAN"

Untuk makluman semua, semalam Raja Nazrin melawat Kilang Percetakan Utusan kat Bangi... laporan penuh boleh baca kat SINI.... mesti seronok semalam orang - orang Utusan sambut kedatangan di Rajakan..

Abang saya keje dah lama kat Utusan...start dapat anak no-2 sampailah skang masih di sana.. anak nombor 2 dia pun dah Form 2, so confirm lebih 10 tahun... Alhamdulillah... dia keje kat sana.. kira ini rezeki yang Allah bagi kat dia setelah penat lelah belajar... masa kecik jalan kaki je pegi sekolah, masuk plak teknik, tumpang kat rumah sedara, sebab takde asrama.. masa tunggu result SPM nak masuk U.. abang saya toreh getah ok... 1 kampung gelakkan dia... siap cakap, "tak pas SPM esok, boleh motong toghuih gotah tu".. keji ok dia org.. dengki tahan cipan.... tapi doa ibu dan ayah tu kuat.. Kun Faya Kun... Kalau usaha tu ada.. doa tu ada.. jalan tu ada.. Insya Allah.. ada rezeki untuk kitakan...

kalau dulu org ckp, "kojo apo kek Utusan tu? tulih sughat khabar lah tu" xper.. tak payah explain kat orang yang tak tau apa - apa selain tahu mengutuk...


kalau nak cakap pasal English, memang kakak saya lagik terror dari abang saya.. x taulah cemana dia pergi Interview kat semua tempat.. tak tahu cakap pun, cakap jugak kan... tapi masuk je Utusan.. masa my SIL nak bersalinkan anak no-2, dia kene fly ke German 1 bulan... abang long, my mum yang jaga while baby baru lahir confirm kat rumah my SIL kan.. kampung pun dekat... xde masalah.. kat situlah detik pengorbanannya yang pertama sekali.. Ingat lagik masa nak shopping barang dia gi German, nak carik baju sejuk cuma kat Makro Seremban, itupun dah kira grand dah.. masa tu mana kenal brg - brg ada brand.. nak hidup pun susah, duit pun takde... sebab company memang ada provide winter clothing allowance, dengan duit itulah guna tuk shopping.. ye, saya sorang je yang temankan abang saya.. sebagai upah, dapat T-shirt Bum Equipment selai.. beli kat Ocean Seremban jugak..

skang ni... Europe tu ibarat kampung halaman dia... Kat India pun dah selalu pergi.. kalau Australia jangan cakaplah... tu pun kira kampung kedua dia.. siap 1 day masa dia sampai sana.. ada banner terpampang nama dia.. sambut kedatangan dia kat sana..

sapa sangka kan... budak toreh getah.. siap Wallet HILANG masa nak regsiter kat USM.. hampir - hampir tak dapat sambung belajar sebab wallet HILANG... doa seorang ibu tu kuat.. Wallet tu jumpa terselit celah seat kereta VOLVO putih masa abang saya tukar seluar Jeans ke Seluar slack... (takde pengalaman daftar anak, x taupun register x boleh pakai Jeans)...


saya bangga ada abang macam abang saya dan saya cuma ada sorang je abang..

dan saya juga ada sorang kakak (nanti angah kecik ati plak.. takkan ngah..)..



Insya Allah, nanti kita tunggu Raja Nazrin lawat Hong Leong Yamaha pulak okeh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...