Followers

Monday, February 28, 2011

moving on..

sebelum entry baru.. layan jap gambar saki - baki gambar Avillion...



Friday, February 11, 2011

Apabila si KECIK masuk dapur

"mummy... jom buat kek..."


inilah yang paling lomak sekali.. yelah.. omak eh bukannya expert sangat buat kek.. resepi pun asyiklah bertukar... kalau nak buat dengan budak kecik.. kang habislah tepung gula berterabur..

nak senang pakai je yang instant..


"Buat kek pakai yang kita beli tu mummy.. letak minyak, air, telur.."

ha tengok.. budak kecik pun dah hapal apa nak letak...

APSAL PAKAI INSTANT YO KAK OOOIII...


kalau pakai ikut resepi seketul -seketull lamalah aku kat dapur....
kalau pakai instant sekejap je dah setel...

letak je tepung tu lam bekas..
masukkan minyak... air... telur...
kacau sampai puas hati.. kan senang camtu..


sambil ko bancuh tepung tu.. dah boleh panaskan oven....

cukup 10 minit oven panas... masukkan bancuhan tadik dan tunggu sampai masak..

senangkan....

pasni bolehlah Darin je duduk dapur...

Sunday, February 6, 2011

Yalang-Yalang and Kites

"Daddy.. nak beli Yalang - Yalang.."
"Layang - Layang lah"
"aaa... Layang - Layang and Kites"
"Samalah tu"
"Bukan... Layang - Layang lain.. Kites.. lain.."
poning eden


sebelum balik rumah, kenalah singgah beli Yalang - Yalang ni dulu....
"Dah siap modified dah bang.. confirm boleh naik"
aik.. layang - layang pun dah siap modified.. macam kereta plak..


balik je rumah.. dia siap request nak main kat tasik.. tapi dah nak dekat kul 7.. so ajak main depan rumah..
tengoklah hasilnya kat bawah ni..
macam nak pengsan daddy kena bawak lari layang - layang tu..
omak eh confirmlah tak boleh berlari


yang Darin plak terkekek - keke gelak tengok layang - layang tu turun naik..
paling tinggi pun setakat atas sikit dari tiang lampu..


sebabkan nak main ni memang expert..

akhirnya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.



"Dahlah Darin.. main taman yek"





Nasib baik...

Saturday, February 5, 2011

Kalau hari hujan... buat apa yek..

rata - rata weekend lepas sana - sini hujan lebat.. dari pagi sampai petang and ada bawak ke malam.. hari sabtu aku bertolak balik dari Shah Alam ke Kg Parit pun hujan je sepanjang jalan... aku skang 'pantang' hujan.. so kena jadik kambing.. x boleh kena hujan setitik pun.. mencicit aku carik tempat berteduh... kesimpulannya.. jangan gatal nak keluar rumah..

ahad lepas... rumah kampung mak aku riuh - rendah dengan anak cucu semua balik berkumpul... selalunya kalau balik reramai mak aku suka lepak rumah kampung darik rumah Kuala Pilah sebab bebudak ni BOLEHBUATSUKAHATIKORANG.. coz mak aku takkan bising kalau umah sepah ke.. hapa ke sebab lapang..
walaupun dalam keadaan hujan lebat... sapa kata time hujan sodap tido jo... tengok bebudak ni buat hapa??



memasing kecit cinonet.. tak rajin pun jadik rajin.. benda yang selama ni tersadai kat tepi dinding pun jadik bahan rebutan okeh... risau takut jatuh je, maklumlah licin sesangat... bayangkan dari awal subuh aku dah dengar bunyi hujan.... sampailah waktu sarapan pagi.. makan tengahari.. sampai kepetang hujannya tak berenti langsung... lebat lagik adalah..


korang pernah main hujan masa kecik??
pernah duduk bawah cucur atap sambil letakkan kepala kat bawah air yang paling laju?\
pernah main lecak dalam hujan?
pernah main bola dalam hujan??
dan PERNAH ko bagi anak korang main hujan secara percuma tanpa rasa bersalah dan nak rotan dengan hanger???
DARIN PERNAH...
mak pak aku geleng kepala.. abang aku siap cakap "Darin.. Ya Allah domam kang ni???"



ya.. Darin dapat main hujan dengan jayanya.. dengan sepupunya aidid.. memula bawak payung.. pastu sikit - sikit terbabas payung sebab berat.. pastu husband aku panggil dia.. sekali dia amik payung and suh dia main hujan...
dia gang ngan aidid main hujan.. rasanya yang lain pun teringin tapi takde baju spare..ha..ha.. rugilah korang.. cuti sekolahkan seminggu, demam pun x pe.. confirm tak yah ponteng..

ok lepaslah gian Darin nak main hujan.. siap main simbah air dengan gayung air lagik dengan Aidid...

dan tengoklah budak puas hati dapat main hujan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.











Darin demam tak??
Alhamdulillah..dia sihat..

Kesian dengan mangsa banjir.. nampaknya kali ni banjir lebih besar dari tahun 2006.. macam Segamat dan Labis (Kes mengundi kah??).. dan tak sangka Tampin dan Gemas pun naik air....

Friday, February 4, 2011

Double celebration with Double 'D'

Gong Xi Fa Cai... 

Selamat Tahun Baru Cina

Model Tahun Arnab
 
Bestnya cuti berturut - turut tapi untuk aku lagiklah cuti berturut - turut since last week...
oh pasal tu tak blog out lagik.. takpelah, itu tak penting sangat.. yang paling penting adalah...

Today is Darin's 4th Birthday..
happy Birthday sayang...
dah 4 tahun umur dia.. plan nak celebrate birthday dia tahun ni
nampaknya kena cancel lagik
alahai.. kesian sangat.. birthday dahlah memang bebetul jatuh pada hari cuti.. sekali takleh nak laksanakan pulak..

walau apa pun Darin.. mummy dan daddy tetap sayang Darin...
and... another birthday of 'D' is Daddy Darin..

 daddy.. tengah belek hadiah yek....

ya... birthday 2 beranak ni selang sehari..
tu pasallah double celebration..
bestnya dapat celebrate sesama..
hadiah pun sekali harunglah yek sayang - sayang ku..

Happy birthday daddy..
and welcome to 3 series club..
ya... daddy baru masuk 3 series so mummy kenalah welcome daddy..
he..he..

enjoy your birthday gift ya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...