Followers

Tuesday, July 26, 2011

Missing his BFF

Someone is missing his BFF
selama 4 tahun berjasa.. akhirnya terpaksa berpisah jugak...


pasni dah takde dah keta warna hitam ni..
sedih pulak rasanya..
kereta pertama yang dibeli hasil titik-peluh sendiri (sendiri bayar jugak)...


but now he can smiling with his new BFF....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Friday, July 22, 2011

Menjamu selera dengan Arabic food

 kalau tekak orang melayu, sure nak makan nasi dengan lauk pauk yang sedap.. kalau macam aku, confirmlah nak ada "Masak Lomak Cili Api" kaler kuning (bukan BERSIH 2.0).. tu memang mengancam.. kalau omak den yang masak.. umang ai.... tak dapek nak nolong do....

kalau husband aku pulak.. confirmlah nak ada Asam Pedas.. apa yang warna merah memang dia pulun dulu.. Asam Pedas, Masak sambal ke.... itu dia punya...

walaupun kita org sukakan benda yang berbeza.. tapi bukanlah we all x boleh makan makanan lain.. selain dari makanan melayu.. antara yang kita org pernah try sesama and sesama suka (termasuk Darin) adalah Arabic food..

kalau dulu we all ada keluarkan entry pasal makan - makan kat Ar-Rawsya kan.. kali ni tak payah nak pegi sampai tetengah KL lagik dah, sebab kak Shah Alam pun sama..

masa memula opismate husband aku bagi tau lokasi, macam tak caya je.. "alah, dia dekat Plaza Masalam.. ko tau Mc D kat ne kan.. ha dia kat belakang Mc D tu lah.." huuwaa we all duk terbayang Sahara Tent.. tapi ada one fine day tu.. try jugak ke sana (tapi kena singgah beli Ais Krim Mc D nak umpan Darin.. ish...) sekali.. wwaaa besarnya.. serius boleh nampak dari jauh..



nama dia ZAM ZAM.. terletak kat seksyen 9, memang kat belakang row Mc Donald tu jugak..
setelah berkali - kali makan kat situ (makan situ dan tapau)..  we all pun ingat nak bawak family members..
terjadilah pada 1 hari.. kakak and abang aku nak dtg coz nak celebrate birthday anak abang aku yang sulung.. husband aku keje, so balik keje dah Maghrib.. masa tu abang aku dah nak kuar beli satay tuk makan.. aku kat rumah memang tak masak, just buat untuk minum petang je...


tengah plan punya plan.. sekali husband aku cakap "kalau makan makanan Arab ok ker?" dah semua pun ok, so beramai - ramailah we all ke sana.. ye hhaa..

sampai sana, hujan renyai - renyai.. masuk dalam kedai, nak carik tempat duduk, ramailah katakan.. tetiba laki aku naik atas.. oo rupa - rupanya kat belah atas tu lagik besar dan lagik sangat exclusive tempat dia.. dengan meja dia, lampu dia, kerusi semua bagai, memang best sangat..


waktu mengorder, aku serahkan pada mereka nak makan apa sebab we all ok je... jadi we all amik 2 set yang berbeza.. 1 set ada Lamb Mandhi untuk 5 orang makan, lagik 1 set Chicken Mandhi untuk 3 orang makan, pastu adalah kebab, sayur, dan makanan sampingan yang lain.. makanan dia oklah.. untuk set 1 orang makan cuma dalam RM18  - RM 22 tapi 1 set tu boleh makan 2 orang... cuma kat sana jus buah adalah sangat mahal... jadi amik jelah air kosong..hehehe.


ok time makan memang pantas.. sekejap je dah clear.. tak sangatlah tapi hampir clear.. best sangat makan ramai - ramai ni... yang gaduh, yang itu, yang ini semua ada..



tapi part potong kek tu je yang sedih sket, cemana ntah kek tu boleh terbalik, so kanak - kanak seramai 6 orang tulah yang kerjakan.. (Oh ya anak abang aku yang no-2 takde sebab kat asrama, kedian dia demam, kalau ku tahu, pepagi buta aku hangkut balik umah)..


melepak lelama adalah sangat best.. tapi dia org pun nak tutup kedai jugakkan, so kalau korang nak lepas lagik lama, boleh gi kedai mamak, tapi we all pun dah kepenatan.. so kenalah cabut balik..

anyway, korang boleh try makan kat Restoran Zam Zam kat seksyen 9 Shah Alam, terletak deretan rumah kedai yang sangat besar, belakang Mc Donald... korang boleh google kalau nak tau jalan ke sana.. okeh....

Thursday, July 21, 2011

Apa Beza Basikal Orang Besar dan Basikal Budak

korang masih ingat ke pasal kisah MTB aku yang 2 tahun lepas??
korang bolehlah godek balik kat sini pasal tetiba husband aku beli MTB

dia tak beli 1, tapi beli 2, dengan harapan, boleh naik basikal sesama ngan bini dia...
TETAPI
dia lupa yang kita orang ada DARIN dan dah takde BIBIK..
so korang rasa masa bila we all naik basikal??

aku cuma naik beberapa kali, itu pun weekend setakat pusing taman, sangat bosan sebab pusing sekejap dah habis, nak pergi jauh, takut kena kejar dengan anjing giler.. fuuhhh,, tak boleh tahan...

tapi husband aku terbaik.. dia org setiap pagi ahad meronda turun naik bukit kat area Kampung Jawa, Jalan Kebun, jalan nak ke Andalas.. alah peninglah nak citer sesatu.. sanggup bangun seawal pagi hari Ahad (gi keje pun x awal camtu).. join member setaman... pastu bodek bini dia, beli Nasi lemak sedap kat mana ntah, 2 bungkus, tapi sampai rumahnya kul 10.30am, ada ko rasa nak makan lagik??

tapi itu sumer lama sangat dah... entry pun tahun 2009, kalau korang tengok basikal tu skang, sedih tull.. ada je kat bakang umah...semua elok lagik, tapi tersadai macam tu jelah.. aku ingat nak hantar balik kampung akulah.. baru adventure turun bukit Istana Menanti.. hahahahaha...

basikal yang sedang diubah-suai

tetiba, bolehlah Ayahanda ni berhasrat nak belikan basikal anaknya yang baru... aku suka je sbb basikal dia yg lama tu dah senget - benget, dari sekecik - kecik budak, sampai ke besar - besar budak naik.. tapi pada hari kejadian nak buang basikal lama tu, punyalah Darin sedih, sampai x caya yang daddy dia nak belikan basikal baru..

kita org ke kedai basikal yang sama kat Seksyen 18.. apa ntah nama dia, tapi deret Mc Donalds tu... since we all dah pernah beli basikal kat situ, we all pun mintaklah tawar harga yang sepatutnya...

ada banyak pilihan, aku nak amik warna pink, Darin pun nak, tapi daddynya tak bagi.. tapi setelah dibelek - belek setiap inci kedai, jumpalah yang berkenan dihati.. warna pun xdelah pink sangat, sangat lembut dan soft... bila Darin cakap ok "saya suka".. barulah kita orang amik..

 menunggu dengan penuh sabar

teruja betul dia masa orang tu nak betulkan seat tu  tinggi atau rendah, nak make sure handle tak senget, siap pilih loceng kaler yellow lagik tu.. sure dah tak sabar sangat nak kayuh basikal...tak kira pagi petang siang mala duk mengayuh.. nanti kalau aku jumpa gambar dia dengan basikal dia aku tunjuk yek...

R & R The movie

korang dah pernah tengok cerita hantu KARAK?
aku tengok sekerat jalan je, sebab tengok dah tengah - tengah, malas nak habiskan sehingga ke penghujung
pastu korang tak tak pasal filem yang Uncle Seekers buat tu.. pasal Penunggu istana?
Istana kat Papan, Perak?
itu kisah benar katanya, di ambil dari video asal bebudak tu.. dari 6 orang watak utama, ada 2 je yang selamat..
kalau korang nak try tengok, cariklah CD/DVD citer tuh, agak bosan tapi bolehlah kalau nak try jugak..

ada 1 lagik movie pasal R&R the Movie..
so sesapa lepas ni kalau singgah memana R&R janganlah takut pulak nak pergi toilet sensorang ke apa.. specially waktu malam, sebab R&R the movie ni bukanlah pasal citer hantu.. tapi pasal citer RANGO dan RIO yang we all bawak Darin tengok beberapa bulan lepas..


semenjak aku kena keje kat KL, husband aku pun sama sibuk, specially time weekend, setiap sabtu dan ahad kena keje.. tapi itu beberapa bulan lepas... skang ni stop kejap.. kalau weekend husband aku keje, confirmlah aku lepas kat rumah je, buat keje rumah and melayan Darin to the max..

nak dijadikan citer pada 1 hari, husband aku buat plan, nak bawak Darin tgk wayang cerita RANGO.. so plan punya plan... dia suruh aku naik Komuter dari Shah Alam, sampai Sentral then transit ke Mid Valley.. ok layan jugaklah.. sekali dah berbicara dengan Darin, boleh plak dia kata tak nak naik train, takutlah, itulah inilah... aik, tak boleh jadik macam ni.. elok - elok mintak tlg pakcik teksi hantar ke Komuter Shah Alam, terus dia hantar sampai Mid Valley, hambik ko 30 lebih tambang aku.. Darin pulak baik punya tido dalam teksi...


melayan dia tengok RANGO, kenalah amik premium seat, beli 2 tiket, boleh duduk 3 org sebab bahaiah arm rest to boleh dinaikkan.. lagik selesa dan tak ramai org, dah cerita pun mmg cerita bebudak, so mmg ramailah bebudak dalam tu, walaupun bukan musim cuti sekolah...

berjayalah jugak citer tu walaupun Darin dah 2-3 kali bangun, nak duduk kat tangga semua.. hahaha.. bila dah nak keluar.. sekali nampak plan banner cerita RIO... confirm kena beli lagik..

ya.. ianya berulang lagik sekali.. tapi tidaklah dengan pakcik teksi.. disebabkan kepayahan yang dilalui hari tu, kali ni punya movie, memang plan dari awal, dan memang naik kereta dari rumah.. means, bukanlah time husband aku keje, TETAPI.. aku yang keje, so kenalah tunggu aku habis keje sekejap then cabut.. nasib baik boleh settle awal..


pengalaman bawak Darin sangat adventure.. dari yang dulu ada sepupu - sepapat dia, sampailah we all bertiga, dia memang bukan jenis yang sangat tekun tengok wayang.. maybe sbb keadaan gelap.. tapi kalau kat rumah, tgk kartun Handy Manny ke, Little Einsten ke.. bolehlah plak melekat kat TV tu, sampai aku panggil makan pun xde ekspresi.. sampai hati ko nak..

oo ada banyak lagik wayang terkini, ada hajat jugak nak bawak dia tgk citer Transformer sbb sblm ni dia tgk kat DVD je.. nanti tgk cemanalah kan.. skang ni busy - busy dan busy.. xshuke tul lah... tapi hidup mesti diteruskan jugak..

Tuesday, July 12, 2011

jerebu lagik

inilah dia penangan kalau lama giler tak tulis apa - apa... bersawang - sawang.. sampai dah berjerebu dah..
korang perasan kan kalau keluar skang ni udara tak berapa best sangat..
balik rumah malam tadik,,, bau asap je.. memang tak boleh tahan, kena tutup pintu, tapi masa nak sidai kain, menahan je bau asap tu.. kain yang cuci pun ada bau asap sikit...

bila naik atas pulak, still ada bau asap tu, masuk bilik air pun ada asap sebablubang cermin tu mcm renggang sket.. ish, sabar jelah.. keadaan ni memang setiap tahun berlaku.. lebih - lebih lagik bila dah nak dekat bulan puasa...

malam ni ada kurang sket, aku dah boleh bukak pintu rumah, mungkin asap tu dah terbang ke tempat lain.. Alhamdulillah..
korang kat luar sana, jaga kesihatan ye, selalunya bila cuaca tak menentu macam ni, demam, batuk, selsema tu sangatlah menjadi perkara biasa.. elakkan selagi boleh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...