Followers

Tuesday, May 29, 2012

Klana Beach Resort - Eagle Ranch dan Minum Petang

Perjalanan dari Klana Beach Resort ke Eagle Ranch tu takdelah jauh sangat, sebab dah melepasi kawasan Batu 8 Port Dicksonkan.. cuma nak ke sana memang kita orang kena hati - hati sebab takut terlepas simpang. Selalu terlepas signboard nak masuk simpang.


Sampai kat sana, amik je pamplet and diskas nak buat apa. Then husband aku ajak naik kereta kuda sebab kuda kecik takde kot hari tu. Sambil beli tiket, boleh plak beli ais krim. Memang sodap makan aiskrim masa hari panas. Cecepat makan aiskrim sambil tunggu kereta kuda sampai, nanti makan atas tu sure leceh sebab gegar - gegar.



We all 3-3 duduk kat belakang, aiskrim tak habis lagik, takpelah bawak je naik atas sebab sayang pulak nak buang. Sambil tu husband aku borak - boraklah dengan orang yang bawak kuda tuh. Memula slow, pastu dia suruh kuda bawak laju. Kali ni rasa lama sikit, maybe sebab orang kuda tu tak bosan sebab we all melayan. Kalau macam dulu anak - anak sedara aku naik, sekejap je dia pusing....



Settle naik kuda fikir lagik nak buat apa... last - last nampak go cart, husband aku ajak naik, aku cakap pegilah naik, bawak Darin sebab ada 1 kereta yang ada 2 seat. Husband aku ajak naik sekali. alooo, tak nak sebab tak reti nak bawak tuh. Then dia beli tiket, sekali memang dia beli 3 tiket sekali, untuk dia, aku ngan Darin.. huwa terpaksalah aku naik ngan Darin jugak.



Memula tu tak pandai sangat, tapi lelama lepas tu oklah jugak, ada 1 part tu tak bagus langsung, corner tu sangat tajam, of course aku akan slow, sekali lepas selekot terus naik bukit.. huwa.. dah nak kena tekan minyak lebih... kelakar sangat.. "Darin.. ok ker?" dia senyap je, angguk je...



Settle 5 lap, dia turun and cakap "Kelakar, mummy bawak sampai nak langgar tayar, badan saya gegar - gegar"..hahaha.. so merasalah bawak go cart.. yeay.... Then we all pusing - pusing lagik area situ, jumpa ada 1 family tengah gigih yang main panjat - panjat tu... bukan flying fox, tapi mcm ala - ala gitu jugak, kena panjat tempat tinggi, then jalan half way, pastu turun... alatan semua kena completelah.. we all tak beranilah nak cuba, lagipun Darin ada, walaupun ada dia buat untuk budak kecik dengan ketinggian lutut, rasanya Darin belum bersedia kot..



On the way balik, terasa nak isi perut, singgah minum ABC dengan goreng pisang dan goreng keledek.. siap cicah gula lagik.. marvelous.. teringat plak zaman kekecik, kalau pisang tu memang jenis kurang manis, memang aku cicah gula.... terus teringat mak, cecepat tepon mak..haha..

Ok dah nak dekat pukul 5, memang sesuai dah terjun pool ni.. jom balik hotel....

Thursday, May 24, 2012

Klana Beach Resort - Try Test Pool

Sampai kat Klana Beach Resort, turunkan barang dulu, we all sampai dalam waktu Zohor.. confirm boleh dengar Azan Zohor... Bell Boy pun dah ada tunggu kat depan. Masa sampai tu parking lot banyak yang kosong.. "hhmm kita je kot tido sini" aku cakap dengan husband aku..."Maybe awal lagi kot" aku pun rasa begitu...

Hari panas terik, bagi info dekat Check-in counter terus dapat bilik. Bell Boy tunjukkan bilik kita orang kat tingkat 2... nombor 2 dari hujung.. mengadap laut.. masuk je bilik.. wwaaa cantiknya permandangan laut.. sebab apa best, sebab memang direct view ke laut, takde apa yang halang, hotel tu kira tebing laut jugaklah...

Kolam untuk kekanak takdelah besar pun

Komen pasal bilik... biasa je.. ada iron, iron board, meja dan kerusi, TV, air - cond, katil super single 2... dan ada sejadah.... tapi takdelah bath tub yek... memula husband aku cakap "Kata hotel patuh syariah, apsal kat toilet bowl tu takde paip?" hahaha rupanya paip dia belakang pintu, x perasa, bila tutup pintu baru nampak...

Yang dekat kiri tu kolam perempuan, disebalik tembok tu kolam lelaki

Of course isi perut dulu and solat then Darin dah sibuk nak pegi swimming pool. Panas buta tuh Darin, baru pukul 3. Tapi dah dia nak sangat we all turun jugaklah...

Nun Darin dihujung sana

Ada 3 pool, satu untuk kekanak, satu untuk wanita sahaja 1 untuk lelaki sahaja.. actually open concept jugak cuma asingkan bahagian lelaki dan perempuan... Satu jelah susah sikit, nak kena jalan jauh dari hotel ke swimming dan tak berbumbung.. Tapi permandangan dari area swimming pool tu memang cantik sebab terus ke laut..

Since we all pun rasa memang tak sesuai nak berendam kat dalam tu, so kena buat something else..
"Darin nak naik kuda?" hhmmm nak ajak pergi Eagle Rance lah tu..

So keringkan badan dia and terus we all ke sana...

Wednesday, May 23, 2012

Klana Beach Resort - Great Weekend:3 of us..

Aku join group MyNegeriSembilan dalam FB.... saja suka - suka, bukannya aktif pun... dalam suatu hari aku duk scroll apa yang dia org update, sekali tertera "Hotel Patuh Syariah".. hhmm macam menarik jugak.... so aku search and google and carik info semua.. Hotel ni terletak dekat Baitul Hilal, tempat orang tengok anak bulan untuk umum Puasa dan Raya kat Teluk Kemang. Dan ia merupakan hotel patut syariah pertama di Malaysia (Maaf, betulkan kalau aku silap)... Bila husband aku cakap nak pegi holiday ke PD bawak Darin sempena cuti sekolah bulan March lepas, aku book kat sini thru Agoda dengan harga RM250....

We all bertolak dari Shah Alam pun dalam pukul 11 jugak, ikut highway and terus keluarr tol Port Dickson... dah siap call hotel nak check-in awal and dia orang takde masalah pun...
Dalam perjalanan nak ke hotel, kat round about PD tu amik jalan nak ke Teluk Kemang...  kat area PD Marina punya entrance nampak banyak sangat kereta.. Bila aku perati .. rupanya dia orang jual Ayam Kukus Nasi Panggang.. terus aku suruh husband aku pusing balik sebab memang we all nak beli nasi pun untuk bawak naik bilik.. makan sesiap nanti senang..



So husband aku parking kereta bebetul depan orang bakar itu ayamlah.. habislah berasap kereta... siap ada mention perkataan 'Cowboy Place'... orang yang jual tu semua pakai topi Cowboy... husband aku kena beratur tapi takdelah lama sangat sebab menu dia cuma nasi kukus dan ayam panggang... then kuah sup and sambal untuk kasi pedas...  Apa rasa dia?? belum tau lagik... Harga dia? Tak perasan pulak berapa ringgit...



Settle beli, we all teruskan perjalanan lagik, tak sure jalan masuk tapi masih berpandukan iPad untuk tunjukkan jalan ke Baitul Hilal.... Sampai kat depan PNB Ilham Hotel, macam dah dekat... dah betul, sekali bila terus, arah dalam iPad tu tunjuk we all dah terlepas... aku dengan semangatnya cakap "kita pusing jelah, macam dah jauh sangat je".. kes tak jumpa signboardkan..

So we all pusing balik... and jalan slow sikit, kereta tak banyak cuma risau budak motor bawak laju sangat...
then bila nampak titik dalam iPad tu macam dah nak dekat sampai.. aku perati balik.. sekali nampak signboard "Klana Beach Resort" bebetul kat entrace PNB Ilham Hotel.. terus belok ke kiri dan lalu dalam 1 lorong yang muat - muat 2 kereta.... Yakinkan diri, jalan terus ke depan lagik.. dah nampak Baitul Hilal punya signboard and nampaklah bangunan Hotel warna putih, setinggi 3 tingkat yang bebetul mengadap laut..
Yeay.. sampai jugak akhirnya.....

Tuesday, May 22, 2012

SEEFOOD

korang dah tengok Seefood ke?? aku beli DVD je untuk anak aku, dah berapa kali ulang pun tak tau.. entry ni pun memang pasl citer seefood "nampak makanan".. betul ke? Kisah makan Seafood dan kisah makan Western..

Kisahnya tetiba husband aku inform nak ajak makan seafood, cam tetau je aku pun memang teringin nak pegi. Hari tu berapa kali plan asyik tak jadi.. end up makan kat Tupai - Tupai je yang tak berapa nak feel... Then kali ni semua mengejut.. ingatkan we all je.. rupanya ada tetamu lain.. Gang J..J..J..

Sebelum tu kita tengok makanan dulu..



Al-kisah masa order ni tak perasan pun macam terbanyak, order macam ala - ala medium and small, tapi semua semua pun large.. kan ke dah tak muat meja... kalau tak muat meja maksudnya perut pun tak leh nak sumbat semua lah kan..

inilah gang J.J.J tu.. Jet.. Jijul and Jas.... keluar nama manja memasing...


Kali ni memang feel, hamik ko.. masa nak sampai ke Bagan Ketam ni, jalan berpandukan iPad je... tak biasa
jalan Klang tapi jumpa jugaklah... masa sampai tu... "Bie.. takkan makan kat kedai Cha Ya Nun Alif"... aku pun pelik jugak, tang mana ada suraunya kan... sekali bukanlah.. tempat dia kat area lain..


Masa Parking tu, org kat situ siap suruh we all alihkan kereta sebab kejap lagik air pasang, ada kawasan yang tak naik air.. huwwaa.... and masa we all nak masuk restoran ni... kena panjat atas kerusi rotan sebab air dah naik.. sib baik aku tak gatal pakai wedges....



Paling best Jet and the family lah.. paling dekat, paling lambat sampai.. nak masuk ke kawasan parking dah payah sebab air naik. And tempat we all makan tu siap naik air tau, tapi dia yang belah bawah tu, we all belah atas... bila air dah surut... belah bawah tu dah boleh duduk. Cer bayangkan kalau tengah sedap makan air naik..



Total makanan tak ketahuan tapi memang kena bungkus bawak balik..

Esoknya plak husband aku nak belanja adik dia makan sebab birthday tapi dia share - share ngan akak dialah.. then aku ajak gi Laman Grill.. alah korang sure tau, kat Seksyen 13 nun, owner dia chef Zubir yang jadi host Masterchef tu.. Daniel pun ada masa we all datang tuh..


Nak jadi cerita, masa we all makan, ada 1 family pun sambut birthday jugak... jadi kita org pun nyanyilah sesama untuk dia org... tak pasal - pasal dapat kek sedap...Kek Secret Recipe yang Macadamia tu.. memang favourite aku plak tuh..



Anak dara aku memalu plak nak amik gambar ngan chef Zubir.. dalam kul 9 lebih memang dah kurang orang, so bolehlah berbual and amik gambar... yang tukang masak kat dalam tu pun dah boleh rehat kat depan... bila time nak bayar husband aku bangun.. aku pun follow jugaklah.. tetiba "Chef, boleh amik gambar dengan wife saya?" ha?? aku ingatkan dia suruh aku je, rupanya dia pun sekali.. hahaha layan jelah..


Total  makanan juga tidak diketahui... bagi aku makanan dia ok, western style melayu sebab kepedasan dia terasa jugak, taklah terlalu kewesternan yang harap rasa lada sulah, garam dan cheese semata..

Kalau korang nak pergi, leh google yek... aku pun google jugak masa carik kedai ni, tapi dia bukan facing jalan besar, sebab tu tak nampak dari jalan besar.. Bangunan rumah kedai ni bebetul sebelah PTPL..

Wednesday, May 16, 2012

Happy Teacher's Day



HAPPY TEACHER'S DAY



Khas dari Darin untuk cikgu - cikgu Al-Ikhlas Seksyen 3...

Tuesday, May 15, 2012

Her 1st Performance

Selepas 3 bulan sekolah... Darin ada performance... minggu last rehearsal, dia siap demam and MC 2 hari.. kesian Darin, tapi performance still on..



Pada hari kejadian, dia still batuk, takut jugak kalau tetiba dia batuk teruk masa orang tengah nyanyi.. but she's very brave and independent gal... dia boleh pulak tahan batuk masa nyanyi.. Kalau batuk pun keluar sikit - sikit je..



Performance ni sempena Sambutan Maulidur Rasul... Performance combine 2 sekolah Al-Ikhlas, Seksyen 3 dan Seksyen 13...jadi takdelah ramai sangat. cuma Seksyen 13 ada intensif class untuk student yang dah sekolah rendah..



Pagi tu upacara Selawat ke atas Nabi, sambil all the students berarak berdiri atas stage.... masa tu rasa terharu pulak aku.. first time bagi Darin dan aku jugak...  speech dari pengetua, then ceramah Maulidur Rasul, lepas tu baru persembahan dari students..




Masa persembahan ni, dia mencari jugak mak bapak dia.. aku memang duduk je, daddynya yang ke sana ke mari dengan kamera comel tu.. once dah nampak muka daddy dia, barulah dia bersemangat sikit..



Overall, kira oklah jugak... makanan pun ada disiapkan lepas performance tu.. we all balik awal jugak means semua persembahan students dah selesai... sebab we all nak ke Alam Budiman.. and after that nak ke hospital melawat cousin aku yang accident..

for her next performance is sooooo soon.. kali ni memang mummy dia je yang temankan, cause daddy dia takde sini.. dengarnya performance ni special untuk mummy.. so daddy, tak payah ralatlah yek.. cuma mummy takde kamera ni.. hhmm cemana yek..

Thursday, May 10, 2012

Makan Apa Kat Sana??

Sejak Ahad malam 29/4/2012...masuk hari ni dah 12 hari daddy tinggalkan KL.. sejak touch down Brussels on 30th April 2012, mesti tanya "makan apa hari ni? semalam and etc?"

Ni yang aku ingat and sempat snap je nih:

30/4/2012 - Isnin
Gulai Kari sebab Tok Ma Masak

1/5/2012 - Selasa
Nasi Ayam - mummy masak.. mummy masak banyak - banyak sebab nak bagi saya makan banyak and nak simpan 2 hari (boleh...)

2/5/2012 - Rabu
Nasi ayam yang semalam tu ler.. Darin makan banyak - banyak

3/5/2012 - Khamis
Masak Spaghetti dengan goreng nugget.. dia kata boleh makan Spaghetti, so dia makan sampai 3 pinggan.. Nugget dia tak habiskan sebab dia nak bawak pegi school esoknya..


4/5/2012 - Jumaat
Wan bawak lauk dari kampung yang banyak sangat..

5/5/2012 - 6/5/2012 (Sabtu dan Ahad)
Makanan caca-merba. Sabtu siang siap keluar pergi AEON Bukit Tinggi bawak wan ngan atuk dengan makngah sekali, so makan kat Vivo.. sedap daddy, saya makan spaghetti dengan pizza dengan scallops dengan air yang macam - macam..

mama Haziq bagi cookies ni.. sedap..

7/5/2012 - Isnin
Mummy masak banyak hari ahad so bawak ke hari isnin

8/5/2012 - Selasa
Mummy masak nasi lemak sebab saya kan suka nasi lemak

9/5/2012 - Rabu
Mummy bawak pegi pasar malam, semua saya nak, durian, tembikai kuning, pineapple... mainan.. tapi ini je yang mummy beli.. mummy cakap total semua ngam - ngam RM20.. saya nak beli bantal Dolphin tapi mummy tak bagi.. kenapa mummy tak bagi??? Nanti daddy tanya mummy kena yek..

mummy lunch ni semalam kat rumah lepas balik dari carrefour

Nasi Tomato - 4.50
Kuih Lapis - 0.80
Pizza - 3.00
Keropok lekor - 2.00
Bebola + wedges - 4.00
Strawberry blended kecik - 2.00
Jagung rebus - 1.70
Buku kaler + sticker - 2.00


Mummy kata semalam pegi Carrefour, tapi tak bawak saya, tapi takpe sebab mummy beli vitagen 2 pack.. cereals 2 pack, susu HL, susu dutch lady putih besar, susu dutch lady strawberry kecik.. pastu apa ntah lagik...

daddy tengok gambar dulu yek... kalau makan ingat Darin...
bye...

Wednesday, May 9, 2012

Sambutan HARI IBU HARAM

AKu pernah terbaca dalam satu petikan, dia ada sebut tentang HARAM menyambut HARI IBU...  aku tak sempat nak google pasal petikan tu.. dan dalam dilema perlu atau tidak aku meng'wish' pada hari tersebut, atau biarkan saja jauh - jauh.. asalkan aku tak menyalahi akidah...

Ini petikan dari MAMA HADIF.. korang boleh baca sendiri.. kalau ada yang salah tolong betulkan.. boleh share ilmu sama - sama...


Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother's Day menurut Wikipedia :


"One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother's Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians."


Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.


Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda : "Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka"
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie' as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani] wallahualam


Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.




P/S: Dalam pada masyarakat ghairah menyambut Hari Ibu @ Bapa..berapa kali dalam seumur hidup kita menyatakan cinta,sayang,maaf,terima kasih kepada ibu bapa kita?fikir2kan lah..


kredit :syahirul.com fb

Friday, May 4, 2012

Makan Santai

Aku banyak godek blog orang lain.. aku baca, aku perati.. syoknya dia org.. jalan - jalan.. makan - makan.. enjoy dengan kengkawan.. tapi kat mana family?? haha.. ok takpe kalau terkena kat sesapa.. bukan nak salahkan pun tapi ada masa memang kena ada hari santai untuk korang.. aku faham.. sebab aku pun terjebak jugak..

dulu dah kena first time, gi karaoke dengan officemate (Back in 2008).. fuh lama dah...tapi tak dapat nak lama sebab ada kes tertentu.. lawak pulak bila ingat... duh..

This time, arrange lagik, memula tak kuat hati jugak nak tinggalkan suami dan anak tercinta (fuuhh..) tapi kena kuatkan semangat jugak dan inilah yang terjadi..


muka - muka yang enjoy sakan dapat keluar sesama... orang cakap "eleh, keluar sesekali tinggal anak kat laki, takkan laki ko tak pandai jaga anak"... woo.wooo ayat bisa tu weh.. untuk yang belum kahwin, jangan sesekali cakap macam ni pada orang yang dah kahwin, nanti terkena kat diri - sendiri.. baru nak nangis...

ok, melalu sekejap.. ini pun kita org plan baik punya, siap yang sorang ni mandikan anak sesiap, bagi makan baru pas kat laki.. siap bawak anak jenjalan. baru pas kat laki + maid, aku siap mintak tolong jiran sebelah hantar we all kat Masjd Negeri Shah Alam, tumpang kawan sampai Bangsar, bagi Darin makan donut and minum air, baru husband aku pick-up dia depan Starbucks kat Bangsar Shopping Centre.. kalau orang tengok.. apa dia orang fikir yek?? "hhheeemmmm" x mo explain.. pegi ko jauh - jauh..

memang lapar ke main memasing.. sanggup tak mo makan banyak sebab nak makan macam - macam kat sini.. believe me, memasing blur nak order apa sebab menu kekurangan gambar yang menggiurkan... so waitress kena explain lebih apa ada dalam menu.. End-up, memang tidak menghampakan.. and we all makan sehingga tak mampu nak telan semua dah... marvelous.. sedap sangat..






Habis sessi pertama.. amoi - amoi semua mintak diri.. hey what the *toot* anak dara dah blah dulu..hahaha.. anyway thanks gals.. till we meet again... so before start second session, bergegas carik surau.. rupanya kat belah bangunan 1 lagik tuh... serius susah nak carik kot.. sebab dari bawah takde clue, kena tanya makcik cleaner yang pakai tudung.. sib baik dia tunjuk betul...

And agenda kedua cari tempat lepak lagik.. masa ni dah blur jugak nak lepak mana.. end-up we all lepak kat sini..


janji nak minum je kan.. janji nak amik desert seketul je kan.. apa kes dah beranak - ranak plak menu nih.. kalau time lapar confirmlah boleh makan.. ni dah tawaf BSC beberapa kali carik surau turun - naik semua.. x mendap lagik makanan dah kena sumbat lagik.. but seriously.. it was so fun, even makanan tu duk tenung je muka kita orang (terbalik sudah)...



 lampu kat Delicious pun macam malap - malap je.. fahamlah tu suruh kita orang balik.. dush karang.. anyway.. it was a great day out with my old colleagues.. so next plan.. up to you guys.. korang tahukan. aku pun last minute cakap 'confirm' dapat join, siap driver menggelabah takut lambat, selamat jugak aku tenangkan dia....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...