Followers

Monday, April 29, 2013

Diary - Menyambut Kelahiran 2

/* Entry penuh penulisan */

Atas suggestion yang doktor berikan... akhirnya aku pilih untuk balik ke rumah je..

Balik rumah ambil Darin dulu, Darin siap tanya dengan daddy.. "mummy dah dapat baby?"
bila nampak aku dalam kereta, sibuk tanya bila baby nak keluar. Hari yang sangat penat dan akhirnya aku banyak duduk and baring daripada berjalan as per advice.

Malam tu dalam jam 12 sakit contraction datang lagi. Macam yang aku buat pagi sebelumnya, tunggu sekurang - kurangnya 1 jam hingga 2 jam.. tapi semuanya berakhir selepas 12.30am. Walaupun selang masa ada 2 minit, 3 minit dan 7 minit, bila rasa tu hilang, aku terus tido.

Pagi esoknya aku bangun macam biasa, takde rasa sakit. Doktor pun dah bagi MC 3 hari so aku banyak santai and buat apa yang patut. Kebetulan mak dengan ayah aku dah sampai sini petang semalam. Maybe dia orang nak balik jugak dalam petang tu in case aku belum ada tanda nak bersalin.

Lepas selesai masak, aku, husband and mak aku ambil Darin kat sekolah. Sempat singgah kedai runcit beli daun pandan dengan bijan sebab nak buat kuih bakar dan jugak surat khabar. Balik rumah terus makan. Then teringat pulak yang ayah aku nak uruskan income tax, terus aku pun bersiap pergi ke LHDN Plaza Perangsang. Aku siap pesan dengan mak, tunggu aku balik baru buat kuih bakar.

Dalam perjalanan ke Plaza Perangsang, hari macam nak hujan, tapi ada parking berbumbung, apa ada hal. Aku pun masuklah ke parking dengan kereta Merah husband aku. Dah tak boleh bawak Waja bila perut besar sebab tersangkut perut kat steering.

Bila masuk je kawasan P3, aku rasa ada air keluar.. ahh sudah... terus aku pun patah balik rumah secepat mungkin. On the way balik, siap call husband aku siapkan apa yang patut sebab nak pergi hospital terus. Dia pun aku tak taulah menggelabah macam mana. Tapi ayah aku sure lagi menggelabah bila aku duk handle sebelah phone sebelah steering kereta. Nak sampai ke rumah tu tak taulah berapa kali air tu keluar. Aku tau, dah lencun dah seat tu...

Sampai rumah, turun kereta.. air turun lagi. Seluar jeans memang dah habis basah semua dah. Terus sarung kain batik and masuk dalam kereta. Dapat tengok air muka mak aku cuak sangat. Tapi aku still boleh relax sebab tak rasa sakit pun. Cuma nervous nak handle contraction nanti macam mana.

Aku berdoa perjalanan ke Columbia Asia Hospital Puchong berjalan lancar.....

Diary - Menyambut Kelahiran 1...

/*entry penuh penulisan*/

Jam menunjukkan 3 pagi pada 22 April lalu.... susah betul nak lena tiap malam. Perut rasa tak selesa betul bila berada pada 1 arah terlalu lama... aku kalih ke kiri dengan penuh kepayahan sambil memeluk erat bantal peluk panjang...

Antara sedar dengan tidak... aku rasa macam ada sesuatu menarik di dalam perut... ye.. aku dah mula rasa contraction tu datang.. aku kira jarak setiap minit... antara 2 hingga 3 minit... fuh... dan setiap puncak contraction mencapai sehingga 10 - 20 saat lamanya... aku ingat pesan Dr Raja.... if it's happened more than 1 hour means tanda bersalin dah ada. So the best aku tunggu sehingga 2 jam. Takde perasaa nak gesa husband aku untuk ke hospital jam 4 pagi. Baru pagi semalam dengar berita kemalangan ngeri di Federal Highway jam 4am... takut pun tak hilang.

Jam 4 bangun nak pergi toilet. Elok je aku keluar toilet, Darin pulak terbangun nak pegi toilet. Siap tanya kenapa aku tak tido semua. Then husband aku terjaga. Jarang dia akan tersedar selagi bukan waktu untuk bangun tido muncul. Aku inform yang aku dah ada rasa contraction. Aku suruh dia relax dulu, pagi nanti baru pergi hospital.

Seawal pagi bersiap, Darin pergi sekolah dulu. Barang untuk kat hospital semua dah masuk dalam kereta. Sampai di hospital, jumpa doctor and kerja rutin bermula. Doktor seluk nak check bukaan. Baby macam tinggi tapi dah ada bukaan 2cm. Option yang ada, boleh terus admit, kalau malam ni takde takde, means esok pagi doktor akan induce. Else balik rumah and tunggu sehingga next sign. If tak bersalin by tomorrow, next week datang untuk induce.
Aku pilih.....

Friday, April 19, 2013

Pilih Apa Yang Dirasakan OK

Dah pun 38 weeks.. eh tak beranak lagik aku.. huhuhu.. ye masih lagik membawa perut ni. Rasa memang tak boleh nak luruskan badan sama ada semasa berdiri ataupun baring. Masih lagi sabar menanti...

Hari tu dah cerita pasal Confinement Lady.. In Shaa Allah dah buat keputusan kot yang mana satu, cuma tunggu hari je lagi. Kali ni nak cakap pasal Set Bersalin pulak.

Memang ada banyak jenama kat luar, just name it, yang modern, yang tradisional semua ada. Kalau korang tak nak beli set bersalin pun boleh, cuma nanti inform je makcik urut tu, mintak dia siapkan semua.

Kalau masa dulu, memang bercadang nak beli, tapi tak jugak beli. Masa pantang takdelah hebat sangat. Makcik tu urut 3 hari berturut - turut, masuk hari ke-3, dia ikatkan bengkung dengan 'kepala barut' yang dia isi kunyit hidup dan ubat - ubat kampung, dan jangan bukak sampai esoknya. Lepas tu cuma minum rebusan air akar kayu yang dibekalkan sebanyak 3 peket. Rebus air dan minum sampai air tu dah tak rasa apa. Selain dari tu, rebus air buah manjakani. Lain takde, tungku pun buat sendiri je.

Kali ni dah kata nak pantang kat sini, so beli je set bersalin yang berkenan. Kali ni aku pilih Set Bersalin Tanamera. Sure ramai sangat yang tau. Dah lama sangat aim dah produk ni, 2 tahun lepas kot masa dapat berita pregnant, tapi yelah masa tu takde rezeki. Kenapa aku pilih produk ni? sebab dia tak banyak pil untuk dimakan atau jamu untuk diminum.makan. Banyak sapu luaran je. Sebab aku pun memang susah nak telan or makan jamu ni. Lagipun bahan - bahan yang digunakan adalah bahan semulajadi macam kunyit, halia, serai, beras, limau and etc. Dan yang penting ianya Halal. So tak taulah keberkesanannya macam mana. Nak tahu lebih lanjut pasal produk ni boleh pergi kat website TANAMERA

Set Bersalin Lengkap Tanamera

Secara ringkasnya, harga untuk 1 set Tanamera ialah RM360 untuk semenanjung dan RM380 untuk Sabah dan Sarawak termasuk harga pos. Selain beli 1 set, kita boleh je beli set asing - asing terpulang kepada individu. 1 Set Bersalin Tanamera ada 11 barang kat dalam dia. Ada yang boleh digunakan semasa pregnant, yang lain tu masa pantang. Macam kat bawah ni apa yang kita boleh nampak dari website Tanamera sendiri jugak.

Macam produk kat bawak ni boleh digunakan dari sebelum bersalin sehingga habis pantang.

1.Brown Formulation Soap - Ia bertujuan untuk menanggalkan kulit mati, meningkatkan peredaran darah dan memperbaiki masalah kulit secara menyeluruh, serta berkesan untuk mengeringkan ruam - ruam kulit dan kerengsangan kulit yang ringan.


Sabun ni boleh digunakan seawal 30 minggu, so masa mandi gosok je kat badan tu. Rasa macam mandi kat spa jugak.Yang pasti, jangan biarkan sabun ni terendam di dalam air untuk mengelakkan keberkesanannya.

2. Herbal Massage Oil - ataupun minyak urutlah senang. Banyak manfaatnya seperti merangsang peredaran darah dan metabolisme, bantu singkirkan toksin dari badan, bantu licin dan melembutkan kulit, menggalakkan pembuangan air berlebihan dan angin dalam badan, menyegarkan kulit dan organ - organ penting dengan cara merangsang pengaliran darah dan membantu sistem limfa untuk menyingkirkan bahan - bahan buangan dari dalam badan.


Kalau kaki selalu cramp atau lenguh sepanjang mengandung bolehlah sapukan minyak urut ni. Even kalau nak mintak makcik tukang urut guna minyak ni pun boleh. Dia tak berapa panas tapi sesedap rasa je.

3. Cold Press Virgin Coconut Oil - ini adalah produk favorite dari set bersalin tanamera ni. Boleh digunakan seawal kandungan 30 minggu juga. Caranya, VCO ni perlu disapukan dia bahagian bawah atau dikenali sebagai perineal, untuk melembutkan bahagian tersebut. Korang googlelah kat mana part ni.


Selain dari itu, ia juga boleh diminum 1 sudu pagi dan 1 sudu petang. Ada orang start 35 minggu dah minum, atau 37 minggu. So far aku tak minum lagik, just sapu je, sebab cuma ada sebotol. Silap pulak tak order lagik sebotol, so boleh letak 1 dalam bilik and lagi 1 kat dapur.

3.Lavendar Floral Water - ini lebih kepada kesegaran dan keharuman badan. Macam aromatepari gitu. Boleh melegakan minda dan otot yang tegang. Menenangkan tekanan emosi dan membantu tidur lebih nyenyak.  Menyegarkan dan menyerikan perasaan, meredakan kemarahan dan kegelisahan. Boleh digunakan secara tradisional untuk melegakan masalah migrain, sakit kepala, kemurungan, kegelisahan, gangguan emosi, ketakutan dan kelesuan.


Nak guna senang je, pegang botol tu dan halakan ke muka dalam jarak 6 inci, dan sembur je. Boleh sembur pada badan jugak and nak tidor, boleh sembur pada bantal.

Yang bawah ni produk yang digunakan semasa dalam pantang. So ini dia punya benefit and cara nak guna bahan - bahan ni.

5. Feminine Herbal Wash

  • Sesuai guna lepas bersalin baik secara normal ataupun pembedahan
  • Kaya dengan minyak pati untuk melegakan ketidakselesaan yang timbul dari luka jahitanpada bahagian genital dengan segera
  • Berfungsi anti keradangan bagi membantu mengurangkan kebengkakan dan mempercepatkan proses penyembuhan bahagian genital.
  • Mengecutkan tisu - tisu organ pembiakan dan menyahbau.
  • Menggalakkan penegangan otot - otot bahagian genital.


Cara nak guna dia:

  • Mula digunakan pada hari pertama selepas bersalin, sekurang - kurangnya 2x sehari. Setiap uncang boleh digunakan 2 kali.
  • Rendam  1 uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit atau rebus 1 uncang dalam 1 liter air selama 15 minit untuk mendapatkan larutan yang pekat.
  • Biarkan larutan sejuk sehingga suam - suam kuku.
  • Basuh bahagian organ genital secara lembut dengan menggunakan span atau kain.
  • Biarkan airnya kering sendiri tanpa di lap.
  • Baki larutan tadi masih boleh digunakan dengan cara disimpan di dalam bekas sembur dan gunakan setiap kali selepas ke tandas.
6. Herbal Bath
  • Kaya dengan minyak pati yang berkesan untuk menyegarkan dan menenangkan badan.
  • Melegakan otot - otot yang lesu dan tegang.
  • Menyahbau badan.
  • Mengandungi bahan yang bersifat anti keradangan.



  • Mula digunakan pada hari ke -5 sehingga ke hari 14.
  • Didihkan 1 uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
  • Campurkan ekstrak dengan air suam di dalam tab mandi untuk mandi rendaman atau guna untuk mandi span.
  • Untuk mandian span, bermula dari kaki dan bergerak ke atas anggota badan.
  • Setiap uncang boleh dididih sebanyak 2 kali.
  • Tuangkan larutan selepas digunakan.

7. Firming Herbal Blend Paste/Tapel
  • Menguatkan dan menegangkan otot - otot perut.
  • Mengurangkan air berlebihan dalam badan.
  • Menegangkan kulit perut yang kendur.
  • Meransang pengaliran darah kebahagian perut.
  • Mengurangkan cacat cela dan tompok - tompok gelap yang mungkin timbul pada perut.


  • Mula digukan pada hari ke-5 dengan bengkung selama 14 hari.
  • Campurkan 1 uncang serbuk dengan 4 sudu besar air panas dan digaul menjadi pes.
  • Sapu sekata pada bahagaian perut.
  • Tutup dengan sehelai kain yang nipis sebelum dibalut dengan bengkung. Dibalut sekurang - kurangnya setengah hari.
  • Produk ini lebih sesuai digunakan selepas mandi dan mengurut.
  • Basuh pes selepas bengkung ditanggalkan.
8. Herbal Tea
  • Merangsang pembuangan darah beku dari rahim sepanjang tempoh pendarahan selepas bersalin.
  • Mengurangkan keradangan pada bahagian rahim dan bahagian genital.
  • Memanaskan badan dan menggalakkan peredaran darah.
  • Melegakan masalah sembelit.


  • Rebus 1 uncang dalam 1 cawan air panas selama 5 minit dan diminum ketika teh masih suam panas.
  • Campurkan 1 sudu teh madu untuk menambahkan keenakannya.
  • Bermula pada hari ke-5, diminum 2 kali setiap hari bersama hidangan untuk selama 7 hari. Disyorkan diambil bersama sarapan dan makan malam.

9.Calming Herbal Blend Paste (Pilis)
  • Mengurangkan rasa mengantuk atau letih.
  • Mengembalikan keseimbangan minda, menajamkan pemikiran dan memberikan rasa ketenangan.
  • Mencegah/meredakan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian mata akibat kekurangan tidur.
  • Menyegarkan minda.


  • Mula digunakan pada hari ke-5, 2 kali seminggu.
  • Campurkan 1 sudu teh air panas dalam 1 uncang serbuk, gaul sehingga menjadi pes pekat.
  • Berbaring di dalam bilik yang sepi dan sapukan pada dahi, gosok dengan tangan untuk mencapai kesan yang lebih memuaskan.
  • Berehat dan biarkan selama 60 minit, kemudian dibilas dengan air.
  • Elakkan dari terkena mata.

10. Boreh Body Scrub
  • Mengurangkan air berlebihan dalam badan.
  • Menyegarkan dan menguatkan kembali otot - otot yang lesu.
  • Mengurangkan tompok - tompok gelap disekitar bahagian perut dan ketiak.
  • Merangsang peredaran darah.


  • Mula digunakan pada hari ke-5, 2 kali seminggu.
  • Adun 1 uncang dengan 3 sudu besar air panas hingga menjadi pes pekat.
  • Sapukan pada seluruh badan.
  • Biarkan sehingga separuh kering dan gosok kulit dengan tangan anda secara lembut dalam gerakan berpusing.
  • Bilas skrub yang berlebihan dan mandi seperti biasa.

11. Abdominal Wrap (Bengkung)

Semua orang pun tahu yang bengkung adalah penting untuk perempuan lepas bersalin. Tak kisahlah sama ada bengkung moden atau bengkung tradisional. Untuk set bersalin Tanamera, bengking yang disediakan adalah dari jenis 1 tali panjang. Untuk bengkung macam ni lebih mudah dipakaii semasa baring, di mana masa tu perut kita akan flat dan senang diikat cuma tak berapa nampak.

Ada yang suka pakai bengkung yang panjang, cuma kena ada orang tolong pegangkan 1 bahagian, and kita kena berpusing sampailah kain tu habis.




 Walau macam mana pun, terpulang pada individu nak guna bengkung macam mana. Jangan pakai terlalu ketat dan jangan terlalu longgar. Ikutlah pada keselesaan korang sendiri.

So now tengah tunggu masa je nak guna set bersalin ni. Nampak leceh jugak sebab ada yang 2 kali seminggu and etc. Jangan risau, dalam set Tanamera ni dia dah siapkan 1 jadual dan kita cuma masukkan tarikh kita bersalin dan kita akan tahu hari bila kita perlu guna produk - produk yang ada dalam tu.










Friday, April 12, 2013

Yuran Taska naik sampai RM450 seorang

Baru je tadi call dengan pengusaha taska kat sini.. In Sha Allah nak hantar baby bulan July nanti. Dia inform RM350 sebulan untuk seorang baby. OT start pukul 6.45pm dengan bayaran RM6 sejam. Redha jelah. Tapi untuk half day care Darin dia tak pastu berapa.. gedebak gedebuk mau dekat RM1000 jugaklah sebulan sebab pre-school Darin je dah RM300 sebulan. Then sharelah news tu dengan member.. sekali dia cakap " Haah RM350, nanti Bulan June naik RM450"..

 what?? aku salah dengar ke.. sekali dia bagilah link kat Harian Metro nih.. ni aku copy paste untuk korang... Wah... kalau macam ni untuk sorang anak.. kalau 3 orang anak tu berapalah yek, tak masuk lagik OT and etc... aku dah start nak pitam dah.. oksigen..oksigen.. fuh....


Yuran baru taska RM450 seorang

Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha dan Pengasuh taska Berdaftar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PEPENTA WPKL) akan menaikkan yuran bulanan taska berikutan kos operasi meningkat selain memberi ruang kepada pengasuh memperoleh pendapatan lebih tinggi.

Presidennya, Hashim Ibrahim berkata, caj baru yang akan dikenakan bermula 1 Jun depan ialah pada kadar RM450, kenaikan antara RM150 hingga RM200 dengan beberapa pengubahsuaian taska sudah pun dicadangkan kepada pengusaha di sekitar Lembah Klang.


Katanya, bagi tujuan itu, satu memorandum sudah diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu untuk memohon pertimbangan serta suntikan dana bagi meringankan beban pengusaha yang perlu membayar gaji minimum RM900 berkuat kuasa pada tarikh itu.

“Kita akur dengan arahan pelaksanaan kadar gaji itu, tetapi di peringkat pengusaha, kita memiliki kemampuan yang terhad kerana kos semakin tinggi. Jadi dalam mesyuarat baru-baru ini, kita buat keputusan untuk mengenakan RM450 seorang,” katanya ketika ditemui semalam.


Kenaikan itu katanya turut merangkumi yuran tahunan, kadar kerja lebih masa, transit sekolah rendah, tadika dan sekolah menengah.


“Setakat ini, sebahagian besar pengusaha berdaftar di Lembah Klang bersetuju untuk menaikkan yuran,” katanya.


Tak tau nak cakap apa, just tunggu and hadap jelah macam mana nanti. Nak amik maid zaman sekarang ni, kos bukan main tinggi. Gaji permulaan pun dalam RM600 - RM700.. tu tak termasuk kes yang dera baby, yang lari dari rumah and etc. Takkan nak habis duit kat situ je.. adoi.. leteylah camni. Keje pun tak rasa apa bila duit keluar macam air. Dahlah Bonus memang takde, increment pun tak tau nampak bayang ke tak.. sabar jelah..

Monday, April 8, 2013

Confinement Lady


Dah pun menjangkau 36 weeks... Makin nervous gamaknya.. Mild contraction dah ada.. But most of the timecuma false alarm je... Last saturday cerita dengan my gynea, Dr Raja pasal mild contraction... Dia cakap kalau berterusan sehingga 2 jam datang je hospital. Tapi kalau after 1/2 hour dah takde, means belum lagi.. And terus dia siapkan admission letter mana tau kalau tengah malam nak kena admit..

Ok now masuk citer dalam pantang. Kali ni tak balik kampung so semua kena uruskan sendiri.. So merata jugak carik mak cik urut atau confinement lady, yang pasti aku takde specific sangat.... Tapi harapnya dapat yang ok. Habis semua blog aku terjah untuk dapatkan info. Ada yang aku SMS, ada yang aku call sendiri and ada yang aku dah jumpa berurut sekali.... So info kat bawah ni untuk rujukan aku akan datang... Mana tau kalau. Ak ada 2nd one..

1.Kak Sue Rawang (012-6543138) - jauh betul aku mencarik. Dah dia willing nak datang so aku panggil dia urut aku hari tu. since dah lama sangat tak berurut so dia urut agak kuat. For me kakau kuat ni ntahlah, ada org suka, ada org tak, tapi menahan sakit jugaklah. Dalam pakej dia semua dia buat termasuk tangas tapi harga dia ada lain - lain. Uut lain, tungku lain harga, masak lain harga and mandikan baby lain harga. Dia ada cakap dia boleh je siapkan apa-apa herba yang kita nak. Tapi memandangkan agak jauh untuk dia datang so aku KIV dulu.

2.Kak Ros Klang (011 - 21175106)  - yang ni kira tak jauh sangatlah. Urutan dia takdelah kuat sangat. Aku sampai nak tertido masa dia urut tu. kalau macam dia.. Urut tungku semua tu dia kira dalam rm100. Kalau nak mandi and urutkan baby dia charge rm10 sehari.

Untuk dedua kat atas ni dia mintak deposit supaya dia tak akan amik org lainlah.

3. Then my friend ada rekemankan kak Suzi (FB: Suzilawati Rusli Suzi). Akak ni memang guna set bersalin Tanamera. Tapi hari tu dia cakap jauh nak datang rumah aku sebab dia duduk area Keramat sana kot. Cuma tak pasti pulak sebab hari tu dia ada kata nak urut someone kat area rumah aku. Nanti tangok balik cemana.

4.Kak Nurul Puchong (019-6400450) -ni pun kawan aku rekemankan.... So far dia pun agak hot macam kak Suzi. Di sarankan korang tempah awal dengan dia. Seawal yang. Oleh sebab selalunya jadual dia orang penuh. Setakat yang aku tanya dia charge RM100 sehari untuk buat semua, urut, tungku, bengkung, pakaikan pilis/param, mandikan baby and etc. so aku rasa berbaloi jugaklah. Cuma now dia tengah kerjakan umrah dan akam bakal sampai sini masa aku minggu 39. Kalau aku tak bersalin lagi adalah kot jodoh dengan Kak Nurul ni.

5.kalau korang nak carik yang tinggal sekali, ada someone rekeman kan aku Kak Mimah ( 016 - 6976589). Dia akan buat semua benda. Kira syoklah berurut dan bertungku pagi petang. In case kalau budak meragam malam pun dia akan tolong jagakan sekali. Bestkan. Tapi base on org yang rekemankan kat aku dalam tempoh 14 hari dia bayar kakak ni RM 1900. Rasanya ok jugak sebab memang seharian dengan kita.

6. Then Kak Huzaimah (014 - 3286478)  - dia duduk area Klang jugak. Ni pun kawan aku rekemankan and ada aku jumpa dalam forum orang ramai suggest dia. Dia charge dalam RM 110-130 sehari tak termasuk tol and lain-lain rasanya. Dan kakak ni buat semua jugak termasuk siapkan air mandi and tangas.

So roughly boleh rasalahkan berapa kos nak jaga orang dalam pantang nowdays. Antara nak dengan tak nak je. Siapkan je duit. So mana satu yang aku amik pun dalam dilema jugak ni, sebab dah terlampau banyak pilihan. Bagusnya kalau ada orang decidekan terus..

Kalau korang ada nak suggest sapa-sapa pun ok jugak....

- Posted using Touch screen on iPad

Thursday, April 4, 2013

28 days...



Diam tak diam cuma tinggal 28 hari je nak deliver baby... In Shaa Allah kalau ikut perkiraan doktor, 2nd May genap 40 minggu... in case kalau awal dari tu memang kena bersedia dari segi fizikal dan mental.

Ahad petang lepas tak tau apsal tetiba tekak perit. Bawak ke malam terus tak sedap badan. Penyudahnya, Isnin pagi pegi klinik and terus dapat MC 2 hari. Sepanjang hari isnin melepek atas katil. Makan panadol and ubat selsema... memang mengantuk.. baby pun tak gerak.. my friend cakap, baby pun tido jugak... kesudahannya, hari Selasa tak makan ubat apa - apa langsung. Biarlah hingus tu meleleh je, sanggup tu, just nak pastikan yang baby gerak.

So sambungan ke hari Rabu, aku work from home (lagi)... baru tadi pegi office sekejap sebab ada hal nak diuruskan. Tapi memang badan tak sihat sepenuhnya. Batuk, selsema.. pastu malam tadi lagik best.. rasa macam false alarm pun ada.. ala - ala contraction every 5 minutes pun ada.. Tergus gelabah siapkan barang nak gi hospital. Tapi cuma letak atas katil, tak simpan pun dalam beg. Sebab duk fikir, sure belum lagik ni.

Now jalan pun rasa sangat sakit. Rasa macam baby dah ke bawah sangat. Kalau naik kereta, terhentak sikit pun rasa sakit... ke aku je yang mengada lebih? huhuhu..

What ever it is... now cuma menghitung hari je untuk sambut orang baru. fuh..fuh.. mintak dipermudahkan segala urusan... amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...