Followers

Friday, November 29, 2013

Al-Ikhlas Pre-Tahfiz Pre-School: Darin Dalam Kenangan 1

Dah terlalu lama blog ni sepi. Ingatkan nak cerita pasal adik Darin, tapi rasanya cerita pasal kakak Darin dululah. Lagi pun tahun ni tahun terakhir dia berada di pre-school, next year dah start sekolah betul.. And this year jugak takde lagi cerita tentang Darin dan sekolah lama... Kenangan  semasa Mother's and Teacher's Day, Sports Day dan Graduation Day boleh klik dekat link tu.

Tahun ni tahun penuh cabaran bagi Darin. Cikgu Darin semua bertukar. Setiap kali balik sekolah, aku check siapa cikgu baru dia. Nama cikgu dia. Macam mana cikgu dia. Aku tanya apa yang dia buat setiap hari. Apa yang dia belajar hari ni dan macam - macam. Darin penat layan mummy dia yang macam - macam, tapi mummy dia nakkan kepastian, sebab tak nak nanti Darin tak dapat apa yang setimpalnya.

Hari demi hari, Darin macam biasa, cuma dia dah sedikit 'liat' nak bangun pagi. Bila fikir balik... hhmm sebenarnya Darin kehilangan cikgu dia, cikgu Amy, yang 1st sekali ajar dia. Darin memang macam tu, orang yang dia sayang, selalu tak kekala lama. Kalau dulu masa dekat Nursery Ummi, ada teacher Hidayah yang rajin layan dia. Dia cuma nak dengan teacher tu je tapi sekejap je, teacher tu dah berhenti sebab sambung belajar. And now again, Teacher Amy tu memang teacher kesayangan Darin. Masa Parents Teachers Meeting tahun lepas, Teacher Amy siap cakap:
"Darin bagus, dia rajin, suka tolong orang dan kawan - kawan. Kadang - kadang kalau saya duduk dekat office, dia datang dan urut belakang saya sambil cakap "Teacher penat ye?"."

Aku pulak yang terkejut, tapi lepas Teacher Amy kahwin, dia ikut husband dia balik Kedah and no more cikgu.

This year, tahun last Darin, kelas makin kecil.. means saingan pun kurang, tapi itu tak bermakna Darin boleh main - main, sebabkan next year dia nak masuk Darjah 1, so dia kena usaha lebih.

Dan tahun ni, cikgu Azie yang mengajar Darin ada tugasan extra yang di berikan oleh daddy dia, untuk pastikan apa yang patut disampaikan mencapai piawaian yang sepatutnya... Boleh ke cikgu tu buat? Kita kena tunggu sampai hujung cerita.

Friday, November 1, 2013

Cerita Raya Tak Sudah - Part 4

Hai..Hai..Hai... Kita continue lagik cerita raya 2012 ni. Ni dah masuk raya ke-5 dah ni. Macam tahun lepas.. we all ke SINGAPORE.. actually ada verangan jugak nak pergi rumah pakcik husband aku, tapi pakciknya kerja, yang ada wife dia je kat rumah. Alorr seganlah pulak, so dia suruh stay lama sikit, datang petang sikit and boleh dinner sama. Huhuhu.. yelah bila tak plan ceginilah jadiknya. Kalau inform awal sehari maybe ok kot nak stay back lama sikit, tapi serius tak boleh, sebab kawan husband aku dah ajak beraya rumah dia malam tu jugak. So, apa - apa hal layan Singapore dulu.

Kalau last year we all terjah Orchard Road and Vivo City je.. This time, kita orang lepak kat area Marina Bay. Kat situ ada hotel mahal yang macam bentuk apa ntah kan.. so saja nak jenjalan kat sana.



Sampai je kat area Marina Bay ni.. perkara pertama adalah mengisi perut. So we all carik food court sebab katanya memang ada kat dalam ni. Akhirnya jumpa jugak dekat hujung bangunan sana. Janganlah pandang makanan yang tak boleh makan ek, kat situ ada je makanan halal, siap ada tanda halal, so teruslah tuju ke sana je. Air pun order air mineral je. Dah isi perut barulah boleh jalan - jalan kan.


Actually takdelah apa sangat kan, tapi once dah sampai macam teruja jugaklah. Ada macam - macam barangan kedai kat sini and semua pun nampak macam best sangat. Cara dia deco kedai pun lain. And paling best bila kita masuk setiap kedai, dia akan layan kita macam kita ni nak belilah sangat. Padahal tengok - tengok je pun. Cuba kalau kat KL.. kita dah usik barang tu pun belum ada yang datang tanya. Sampai terpandang - pandang.. manalah sales girl ni? Semua pun macam sama je. So we all merayau di luar bangunan, which surrounding by water. Kat seberang sana tu bolehlah nampak Merlion yang gah tu. Alamak tak bolehlah nak ambil gambar dari sana. End-up tertarik dengan bentuk klasik Butik LV tu. lain dari yang lain.





Kat bawah nilah yang aku maksudkan hotel tu. Aku rasalah, betullah hotel tu. Mahal ke main. Kalau korang nak merasa sangat, silalah ek.






 Step in to Louis Vuitton




Dah lama jalan, terus sepupu husband aku tak sabar nak bawak Darin tengok tempat air bertakung, pastu turun jadik air terjun camtu.. haha.. excited sangat. Masa tu we all kat belah atas, so boleh tengok air tu penih, then bila sampai masa, dia pun lepaskan air tu..






Dah penat jalan kat sini, so we all decide nak ke area Sentosa pulak. Last time tak sampai sana, kali ni nak buat syarat je sampai sana, so teruslah set GPS ke Sentosa Island.



Nak masuk sini pun kena bayar tau. Macam biasa, guna autopass yang kita dah ada masa memula masuk kat kastam tadi. Make sure baki mencukupi. Macam biasa, boleh reload dekat 7-eleven.



Sampai jugak kami di USS.. seronok ke main, tapi hari dah petang and memang we all tak masuk dalam tu pun. Darin dah sibuk nak beli patung apa ntah, Shrek ke hapa. Tapi kedai kat luar tu boleh pulak takde jual soft toy yang cartoon characters ni. Semua kedai tu ada kat dalam.. frust jugaklah si kecik tu. We all pujuk beli cokelat je dekat Hershey's...




Kat sini pun ada Candylicious. Rasanya kat memana pun adakan. Tak perlu masuklah dalam ni sebab dah tau pun apa isi dalamnya. Cukuplah dah jejak kat kat OU tu.. Tak sanggup dah rasanya.



Yang ni pun korang taukan HRC memang ada dekat USS. Hotel HRC pun ada kat situ. Macam kalau nak pegi USS,  bolehlah tido kat HRC Hotel. Teringin gak sebenarnya nak tido kat HRC. Just walking distance je ke USS. Tapi semua pun mahal.





That's how we end our journey at Singapore this time. Memang lawat - lawat gitu je. So maybe next time kot masuk USS. Bagi semua orang dah bosan, baru we all pulak yang lenjan.. hahaha... So teruskan perjalanan balik ke Johor, nak pekena Nasi Beryani kat rumah kawan husband pulak. Have fun you all.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...