Followers

Tuesday, December 3, 2013

Al-Ikhlas Pre-Tahfiz Pre-School: Darin Dalam Kenangan 2 - Her 6th Birthday

Tahun ni tahun ke-2 sambut hari jadi di sekolah. Sambut lebih awal dari tarikh sepatutnya, 1 Feb 2013 sebab kebetulan company daddy memang bagi cuti, so mummy just amik half-day je. Aku tak cuti sebab isnin tu nak amik cuti dah pegi bercuti. Itu confirm entry lain.


Actually tarikh nak pilih buat birthday adalah kelam - kabut. Tak tau nak buat sebelum atau selepas. Last - last decide buat awal supaya tak perlu nak ambil cuti banyak kali. End-up memang emergency call Bakery yang memang dah pernah tempah kek Darin last year. Kali ni dia nak tema Lilo & Stitch.. Aku pun tak faham kenapa, tapi suka hati dialah.

Hari sebelum - sebelumnya preparekan goodies back. Nak patah pinggang jugak membalut barang and isi barang dalam paper bag. Tapi gagahkan jugak. maklumlah pregnancy kali ni memang slow betul pergerakan.

Sehari sebelum dah pergi ambil kek kat kedai. Kedai pulak kena naik tangga, so masa nak turun tangga terpaksa owner tu angkat kek. Nampak kecik tapi berat sangat.




Pada hari kejadian of courselah daddy kena angkat kek tu. Berat sangat. So time tu dalam pukul 10, time dia org tengah break, so macam biasa. Darin akan kepit jugak dengan mak ayah dia... ish, dah 6 tahun dah Darin.

So nyanyi - nyanyi and potong kek. Kali ni lebih terkawal sebab cikgu ada 5 orang and student pun tak ramai. Lepas makan acara bagi goodies  bag. Pun ada jugak kawan - kawan dia bagi hadiah.. so sweet dia orang ni. Thanks kat kengkawan Darin.




Now time untuk pergi office pulak. Nanti tengahari amik Darin and pegi jalan - jalan dengan daddy.

Sunday, December 1, 2013

Cerita Raya Tak Sudah - Part 5 (Final)

Tibalah masa untuk kami pulang.. tapi tak terus pulang ke Shah Alam. Kami singgah bermalam dulu di Segamat. Rumah my P-I-L. So saat pack barang adalah saat memenatkan. Padahal dah limitkan barang dah tapi still macam banyak jugak.

Sebelum bergerak lebih jauh, husband ajak singgah JPO. Orang kata macam tak sah pulak kalau tak singgah. Maybe dia kesian kot, 2 hari sebelumnya, kakak and adik dia dah pergi sana, so dia sure tau 'wife' dia ni nak jugak singgah walaupun tak beli apa - apa. Akhirnya kami singgah jugak.




Masuk jugaklah beberapa kedai. Kan dah cakap takde nak beli apa pun. Tapi kesudahannya rabak jugak beberapa helai duit kat kedai nan satu ni. Memang berhantu pulak rasanya kedai tu. Oh pleaselah.. jangan duduk sini lelama, rasa pun macam semua nak beli sebab sales person dia sangat peramah. Anyway, rembat apa yang patut dan berpatutan sahaja ok. Dah jom gerak balik.. Kalau tak karang, habis semua pun kena borong..





bye..bye.. JPO











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...