Followers

Wednesday, August 5, 2009

KPJ Day 3

Hari ketiga pun bermula...

8.13am, mata pun x larat nak bukak lagik..

Cleaner yang setiap pagi akan bersihkan bilik air, bilik and buang sampah

Tengok perbarisan kat TV jer

hari ni pun ada jugak yang datang, macam uncle Raziq and Auntie Sarah + Danish datang, lama jugak, dari pukul 11 lebih sampailah 4 petang macam tu.. then ada jugak Neighbor datang melawat.. pastu sapa yek.. tak ingat pulak dah.. oo my MIL sefamily confirmlah datang waktu pagi tu, they all nak bertolak ke Johor coz ada kenduri, sebelum tu siap singgahkan we all nasi lemak + sambal and ayam goreng.. budget makan lunch, terus bawak ke dinner... we all baru tahu yang we all boleh panaskan lauk tuh.. so panggil jelah dia orang and tolong panaskan untuk kita orang.. kopi atau teh tak cukup, panggil je untuk tambah, makanan dalam almari ada macam - macam, roti, biskut, air, ada yang beli sendiri, ada yang orang bawak.. yang penting, makanan Darin adalah dipilih berdasarkan menu yang ada dalam menu KPJ, and bagi aku, amat menarik...



Darin dengan bantal barunya

Berposing with Abang Danish

malam tu ada pasar malam kat depan hospital.. we all bawak Darin keluar jugak, x larat nak duduk bilik lama - lama, and Darin sempat beli pedang yang keluar lampu, nampak sangat kantoi dengan nurse pegi pasar malam... adalah jugak beli makanan sket macam putu piring dan apa ntah, itu semua untuk kurangkan kebosanan yang ada... apsal tak online yek?
Sempat jugak ke Pasar malam

Neb + Barney

ha..ha.. dalam bilik coverage tak sampai, so kalau nak online kena keluar bilik and duduk area lobi, malaslah nak keluar, bila perlu je baru aku keluar, sambil check e-mail, baca blog sikit, reply e-mail - email office and check cuti.. hhmmm lambatnya lagik boleh keluar.. we all budget Ahad dah boleh keluar tapi doktor cakap, dia still nak monitor Darin, coz Darin memang dah tak demam, cuma nak make sure dia x demam disebabkan dia betul - betul dah sihat ke atau disebabkan makan ubat... so satu lagik ujian, Darin tak akan diberikan ubat demam (itu pun dah tukar ubat demam yang agak kuat coz turun naik suhu sangat drastik), cuma ubat batuk and ubat kahak sahaja.. so 1 hari hari lagik yang pasti kat KPJ.. adoi la...

Tuesday, August 4, 2009

KPJ Day 2

Hari kedua di KPJ, pagi tu kena bangun awal, mandi siap - siap sebab nanti cleaner datang nak bersihkan bilik, amik sampah and makanan sampai, samalah jugak dengan ubat... so my hubby dia akan balik rumah, hantar baju kotor and amik baju baru... kebetulan cuti sekolah, my MIL pun sampai dari Segamat sebelum tu, so waktu dia org pergi solat Jumaat, ramai jugaklah yang temankan me and Darin kat bilik, termasuklah bibik yang demam tuh...
4.27am, kena bangun bagi Darin Neb

8.23am bagi lagik sekali

Menu yang perlu di isi pada hari ini

petang tu pun dah free sikit, we all bawak Darin jalan - jalan kat bawah, letih sebenarnya bila duduk hospital.. bila Darin tido, we all x tido pun, time tulah nak makan, nak semayang, rehat sekejap, nurse dah mausk bawak ubat, ataupun checkkan suhu badan dia... agak petang sikit, aku hantar bibik balik, aku nak hantar gi klinik dia tak mo.. ish.. sabo jelah, so aku gilah belikan dia makanan siap - siap and then hantar balik rumah, check ubat apa yang ada, and yang boleh dia makan, pesan ngan dia siap - siap, apa - apahal call je, x kisah pukul berapa pun, yelah sometimes memang kena berkorban lebih sketkan...
bawak dia jalan - jalan

colouring kat area lobi

Bagi Neb balik

waktu malam adalah waktu yang agak sunyi sketlah.. sebelum sampai hospital, singgah dulu beli makanan, nanti sampai sana takdelah susah nak beli makanan, kat area situ memang ada banyak kedai makan, cuma malas nak keluar sendiri bila malam hari macam

Waktu makan malam dia

Bagi Neb lagi sebelum masuk tido... 2 jam sekali

KPJ Day 1

Ini adalah lanjutan daripada kisah Swimming Pool, cuaca dan akibatnya...

20090604-Visiting paed at KPJ Selangor - Admitted

Tengah tunggu turn nak jumpa doktor Yasmin

Minggu pertama Darin masuk nursery dulu, 2 hari dia demam, lepas 2 hari cuti, then pergi balik Nursery macam biasa.. masuk minggu kedua, dia demam dan batuk yang sangat kronik... got 1 day tu daddy dia kena cuti nak jaga dia, coz kalau berdua je ngan bibik macam x boleh handle dengan kerja rumah + Darin, so bila ada daddy, bibik bolehlah masak sket untuk Darin...
Sementara tunggu bilik kosong, bagi dia main dulu

Dah dapat bili, terbaring, baru lepas makan ubat and Neb

sambil tu layan TV sekali

last - last, terlelap sudah

The next day tu aku plak rasa x puas hati, dah jumpa doktor, tapi still jugak x sihat, so we all decide nak hantar Darin jumpa paed, so we all hantar kat KPJ Selangor... try je kan.. nak gi SJMC macam jauh sket, and andai kata kalau kena admitted, jauh jugak nak berulang balik rumah.. sampai kat KPJ dalam pukul 9am, terus register semua and tunggulah doktor dengan bersungguh - sungguh, dekat 1 jam we all tunggu, doktor tak jugak sampai - sampai... we all bagi masa, kalau sampai 10.20am doktor takde jugak, we all nak cabutlah rasanya... tetiba doktor sampai lagik 2 minit nak pukul 10.20am, so jumpalah doktor Yasmin...

Nilah nombor bilik dia

barang we all yang dah mengalahkan orang pergi bercuti

kat sini pun ada lagik.. cam x muat tempat je

demam Darin masa tu dah 38 balik, huuwaa, kenalah masuk ubat punggung kan.. pastu lung dia macam ada bunyi, and doktor suruh bagi Nebulizer.. and terus doc suggest duduk dulu kat hospital coz dia nak monitor.. aduhai.. nak mengangis bunyi dia...

baru bangun tido, bosan sangat agaknya, terus main kat sini

Sian dia main sorang - sorang

masa registration, we all mintak bilik single, tp sebab kena queue, dia letak kat double bed dulu... kat ward kanak - kanak.. so my hubby kenalah balik rumah amik brg Darin dulu yang paling utama... sementara nak tunggu daddy sampai, bawaklah Darin main dulu kat tempat mainan bebudak tu.. pastu nurse panggil bagi makan ubat + bagi neb... masa makan ubat tu, aku buatlah sendiri coz dah fahamkan Darin cemana, Alhamdulillah semua ubat masuk, walaupun kaki tangan dia abis aku pegang sungguh - sungguh, sambillah mulut ni tak diam puji dia yang pandai makan ubat, masa bagi neb tu memang nangis, ada 2 ubat plak tuh, yang lagik satu tu nama dia Pulmicort... kalau x silap aku... pastu 2 jam sekali kena bagi neb.. hhmmm sabar jelah.. tak lama lepas tu, abis selesai semua, we all pun dapatlah bilik single, tp bukan single biasa.. single VIP.. aik.. pelik semacam plak, tp oklah tu, selesa sket tuk Darin and we all yang nak kena jaga dia nih...

time ni sepupu dia dah datang

siap demo cemana nak main kat sini

terjebak jugak kak Aqish

Menu pun kira ok jugaklah kat situ, siap boleh pilih nak makan apa, apa - apa pun keutamaan adalah pada Darin... masa ni pun sah start sms family members dah, adik beradik jelah pun, yang lain tu takdelah...

dalam petang tu Bibik datang, siap nangislah bila tengok Darin sakit, pastu dia pun demam.. boleh? macam - macam kan... petang tu my SIL datang dengan anak dia 2 orang.. mlm tu my family side pulak datang and our neighbour.. Darin plak macam ok je ramai - ramai, tapi bila semua orang balik, dia pun sibuk nangis nak balik, kesian dia... mlm tu dapatlah me and my hubby dinner sebab bibik ada kejap temankan Darin...

Ada hadiah from Haziq and Haiqal

Tabung tuk masa depan tuh..

malam tu tak tido sangat pun, paling awal tido pukul 12 sebab time tu last bagi ubat... then kul 4 pagi dah kena kejut bagi Darin ubat lagik dengan Neb... ubat punggung je rasanya dah bagi dekat 3 kali coz suhu badan dia naik tinggi sangat.. risau sangatlah, batuk and muntah pun x taulah dah berapa kali.. kesian nurse kena ganti cadar Darin selalu... 1 hari yang memenatkan...

Thursday, July 9, 2009

update oh update


Dah seminggu pindah tempat baru, baru semalam aku dapat tempat aku...
last week siap kena share 1 cube 2 orang..ha..ha.. bersempit - sempitlah berdua...

so far semua ok.. ooo untuk pengetahuan semua yang bertanya.. tak..takk saya tak pindah company, saya tak resign.. saya tak dapat keje baru pun.. cuma saya pindah department, manager baru, tempat pun baru, under account baru.... skang dekat TPM.. ye..ye... ada kaitan dengan Telco jugak.. ye..ye.. Maxis.. saya bukan kerja dengan Maxis, tapi.. errkkk susah jugak nak explain... tapi bolehlah...

environment kerja and task memang jauh beza.. skang dah buat fully DBA balik, dulu buat jugak tapi biasa - biasa jelah, setiap hari amat sibuk, bila ada free, sempatlah google sana, google sini, blog hopping pun baca sepantas kilat, x sempat nak feel apa - apa, tinggalkan komen pun mana sempat je..

Last Wednesday and Thursday kat TPM_maxis, jumaat cuti, sabtu hantar bibik balik.. isnin keje macam biasa, tapi skang semua kena kejar masa, mana nak siapkan diri sendiri, siapkan barang Darin tuk school dia.. daddy yang hantar sebab aku kena gi awal, from Shah Alam to TPM takes 45 minutes jugak... tu termasuk jamlah tu.. kalau tak jam, 1/2 jam.. oklah... Isnin sempat jugak balik masak, selasa tak dan masak coz hujan sangat lebat, selamtkan diri sendiri... oo selasa lepas aku ke Plaza Sentral, amik gambar untuk dapatkan access card Maxis... kena tunggu dalam 1 minggu lagik kot.. parking kat KL Sentral, sempat belikan Darin BJ yang berharga RM12, siap ada bunyik lagik..

semalam balik nursery, cikgu kata Darin demam, aku amik dia, mata pun kuyu sangat, dalam kereta sambil terbaring peluk tangan aku siap terlelap... siapnya, check temperature dah 39.1, tak banyak cakap, terus masukkan ubat punggung, then tuam dengan air batu walaupun dia tak nak, lepas solat, terus gi KPJ Selangor... sampai sana suhu dia dah turun dah.. makan macaroni (yang sempat masak pagi tu) habis 1 tupperware..

lepas amik ubat, terus beli makanan, cam biasa.. aku mengidam sup tulang and husband aku asam pedas kat kedai Seksyen 20, between KFC and Pizza Hut tu... and siap beli otak - otak lagik...

sampai umah, siapkan makanan sumer... Darin pun join walaupun dah kenyang... macam biasa "baca doa Darin" selalu dia baca Bismillah je.. tapi kali ni "Allah humma, bariqlana..." sampai habis.. aku ngan husband terngaga - nganga dengar.. so sweet, terus dapat satu pelukan+kiss dari aku... excited terlebih maknya...

selesai makan, paksa dia makan ubat walaupun byk keluar dr masuk, then terlelap... oh aktiviti semalam, kena cuci baju jugak walaupun x byk coz kat school dia dah muntah 2 kali habis semua baju, cikgu tolong cucikan sket, then gosok baju sesiap.. sib baik hubby tolong jemur kain, sempat borak ngan guard lagik yang lalu - lalang kat belakang kul 11 lebih..huh... sambil tu layan MJ pulak, macam konsert hapa je, siap tepuk tangan, jerit, gelak semua ada, pelik tul...

oklah, kena stop, kena kerja, rasa tak produktif kalau tak hasilkan sesuatu hari ni, dahlah AT&T susah nak connect pagi tadik, ni ST dengan YM pun susah nak masuk.. tak shukelah..

ok semua.. bye...

Saturday, July 4, 2009

Tribute to Bibik - 20061206 - 20090704

Hari ni bibik akan balik ke kampung halamannya.. Malang, Surabaya... Kali ni aku assume dia balik terus, seperti yang dia cakap, dia nak balik, jumpa suami.. anaknya nak kahwin, jadi dia kenalah balik dan uruskan semua... anaknya nak kahwin dengan orang Melayu Singapura... itu yang dia cakap...

Masa ni kat Seri Menanti, ada pameran, hari panas sikit

hari ni genaplah.. 2 tahun, 6 bulan 28 hari dia keje dengan aku... sepanjang dia keje, pernah sekali dia balik sebulan.. sebab Arwah Mak dia meninggal.. dan kali ni dia nak balik terus... ada jugak dia cakap, nak datang balik... tp paling cepat pun tahun depan.. aku takdelah harap sangat sebab dia pun dah berumur, Darin makin membesar.. sangat lasak.. and kalau ada rezeki dapat baby lagik, boleh ke yek dia handle Darin and baby kecik..

Bergambar dengan Darin dekat Istana lama Seri Menanti

Manusia ni ada kekurang dan ada kelebihan.. apa saja kekurangan yang terkehel kat hati aku ni abaikan jelah yek... kita ni pun belum tentu sempurna... sedar diri, sedar ruang... sekurang - kurangnya.. dia nak jugak jaga Darin dengan penuh kasih - sayang... sampai Darin terlebih - lebih manja dengan bibik dia... kenkadang tu sampai naik rimas plak bibik.. tapi bila dah hujung - hujung ni... bibik cam tak kisah sangat.. sampaikan hari tu, Darin demam, dia pun demam sebab aku hantar Darin pergi Nursery.. sib baik aku hantar awal.. kalau aku hantar lambat, x taulah cemana, so skang Darin kat Nursery pun dah ok, bibik pun dah ok, tambahan plak neighbour sebelah pun ada maid jugak, kenkadang dia ada jugak bercakap, kesian jugak, kalau kita kena kurung pun sure tension jugak... so sesama manusia kenalah bertimbang - rasa..

Hari Raya pertama Darin and bibik tahun 2007

sepanjang dia keje dengan aku.. oklah... banyak sangat membantu, dengan gaji yang aku bayar tu, biasa - biasa je kan, semua benda siap, makan, minum, kain baju, rumah dah siap bersih sumer... tiap kali aku buat makan - makan, dia tolong masak and kemaskan, tiap kali umah mak aku and MIL aku ada buat kenduri and makan - makan, dia banyak tolong aku sumer.. walaupun aku tau dia tu bukannya berdaya sangat, tapi dia buat jugak, end-up sakit lutut.. yelah orang berumurkan, sedangkan yg muda - muda pun ramai yang sakit itulah, sakit inilah, inikan pulak yang tua...

Raya kedua, berhenti kat hentian Pagoh, on the way nak balik JB

Dia memang banyak cakap, mungkin sebab tu jugak Darin dah agak petah skang bercakap, bila aku nak amik keputusan hantar Darin pergi nursery pun tak risau sangat sebab Darin dah boleh cakap nak itu, nak ini, and cikgu dia pun bolehlah faham dia nak apa...

Bercuti ke Langkawi, bergambar di Telaga Mahsuri

banyak sangat benda nak citer pasal bibik ni kan...as long as dia happy, oklah, walaupun kenkadang ada jugak kerenah dia yang kita pening... ha..ha... itu tolak tepilah dulu yek...

Bibik and Darin, nak jugak ada bankground Helang tuh..

anak - anak sedara aku and anak - anak sedara husband aku pun sayang jugak dengan bibik, majoriti dia org pun pernah dapat bibik dedulu, so dah biasalah dengan bibik ni, dia orang suka bila bibik bercerita, aku pun x taulah dia org ni faham ke tak apa yang bibik ni cakap, tapi kekejap dengar dia org gelak, seronoklah tu, bibik tu pun memang suka melayan budak kecik.... oklah tu kan..
Bibik berhajat nak tengok cemana mak masak dodol.. tu yang bergambar sakan tuh

sepanjang bibik dengan kita orang, memang we all bawak dia ke mana dia pergi.. selain balik kampung kat Kuala Pilah, Segamat and Johor Bahru, we all pernah bawak dia pergi Langkawi.. Cameron Highlands and Port Dickson... mungkin dia tak kisah sangat tempat macam tu, tapi bolehlah bawak dia pergi tengok - tengok tempat orang... ada orang kata beban bawak maid sebab nak ada bilik lain, takpelah beban sikit, itu tanda kita ucapkan terima kasih kat dia pulak sebab tolong kita selama ni....

Dataran Putrajaya adalah tempat wajib beriadah pada hujung minggu masa duduk Seri Kembangan dulu

lepas ni hari - hari kami tak sama macam dulu... balik rumah dah takde orang masakkan nasi, lauk sumer, dah takde dah orang tolong lipatkan kain and gosok kain, dah takde dah orang tolong sapu rumah, mopkan lantai, siramkan pokok - pokok, and takde kot harapan nak tanam pokok bunga yang baru.. ha..ha.., lepas ni semua inisiatif sendiri jelah.. tak taulah macam mana, tapi itulah yang bakal kami hadapi untuk kali kedua dan seterusnya... dulu rumah 1 tingkat, tak jadi maslaah langsung, skang dah tambah lagik setingkat and kerja pulak macam dah tak tentu masa, risau pulak kalau amik Darin lambat kat nursery, dulu pernah sekali aku amik dia pukul 7.30pm, sian dia menangis sebab semua orang dah balik..

Di Pagi hari di LCCT, masa ni bibik balik sebab arwah mak dia meninggal... cuti untuk sebulan.. Alhamdulillah datang balik..

Insya Allah tengoklah keadaan macam mana, nak amik yang baru pun dah dibekukan, we all cubalah buat setakat mana yang mampu... harap semuanya ok.. thanks to bibik sebab tolong kami selama ni, dan seperti yang dia jugak janji, memang dia akan kerja sini sampai Darin cukup 2 tahun, dan Alhamdulillah, memang lepas Darin cukup 2 tahun baru dia amik keputusan nak balik...

Kenangan masa melawat rumah kita orang yang masih lagik dalam pembinaan... bibik yang seronok terlebih

Dan bibik jugak yang paling banyak sekali membantu masa kami berhempas pulas nak pindah rumah, ada masa sehari - suntuk we all tak balik rumah sebab pasang lampu and mengecat and cuci rumah, bibik yang tolong jaga Darin semua, layan Darin and packkan semua barang... and memang time ni Darin selalu tinggal sebab we all nak survey barang... kalau Darin ikut pun, bibik memang kena ada sebab nak mintak tolong dia jaga... barang - barang kami semua dia yang tolong aturkan, dari sebelum pindah, masa pindah, sampailah hari selepas pindah dan sehingga ke hari ini, banyak yang dia tolong kami.... terlalu banyak yang sampai kita orang pun tak terfikir nak buat camtuh...

Minggu terkahir Darin and bibik, kat KLCC, ni pun lepas bibik jumpa anak tiri dia and we all baru amik dia dari rumah kakak dia....

walaupun bibik tak baca blog ni, cukuplah buat kenangan kami... kalau lepas ni ada lagik entry bibik, kes rindulah tu...

Wednesday, July 1, 2009

Swimming Pool, cuaca dan akibatnya

Dulu memang we all ada plan nak belikan Darin pool, tapi masa tu rumah sempit lagik.. skang dah ada peluang, so we all belilah jugak...


Darin berposing dengan poolnya buat kali pertama

we all beli masa mother's day lagik.. balik je dah terus pam and isi air.. dan akibatnya bil air pun tinggilah beb...


second time, dah ada gang, cam penuhlah plak


Darin memang terror membuli sepupunya,
walaupun dia yang paling kecik


Lepas je wedding kat BBB tu, we all bukak lagik pool tu, my husband tengah hantar kereta dia gi servis kat Seksyen 23, tapi aku pun x sure kedai mana satu.. my Sis call, aku ajak dia datang, bley Aidid join sekali tapi dia org pun dah nak on the way balik.. so next time yek..


pastu, dia plak kena buli dengan sepupu dia pulak

tetiba my SIL pulak call, dia kata nak datang.. oklah tu... Darin start berendam dari pukul 5.15 sampai pukul 6.30 petang.. lama giler kan, siap buat aksi macam - macam, sampai aksi lemas pun ada.. sbaar jelah..


akhirnya ambil keputusan untuk keluar dari poll,
untuk tenangkan fikiran, dan kumpul semangat


malam tu confirmlah makan makanan pasar malam, cuma aku tak gi beli, husband aku dan BIL dia yang gi beli..


tapi pastu sambunglah balikkan..
apa kes dia tak mandi sekali.. berendam sakan dia orang..


cuaca pun panas kan skang, sedap sakan budak tu mandi.. akibatnya.. Darin kena batuk selsema plak selepas demam 2 hari masa minggu sebelumnya.. and then berlarutan demam yang turun naik....


tapi perasan tak, baju mandi dia orang sedondon and sama pulak dengan pool,
nampaknya Darin kena beli baru, coz yang skang ni pun dah sendat dah..

nanti - nanti aku update lagik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...