Followers

Thursday, August 6, 2009

KPJ Day 5

Pagi isnin tu, memang we all budget boleh keluar jugaklah, bila doktor datang, dia check Darin, dia kata oklah demam Darin dah ok sesangat tanpa makan ubat.. Alhamdulillah, we all dah boleh balik and kena datang checkup lagik nanti, biasalah, nak make sure lung dia bebetul clean...

4.03 am
8.13 am

Asal bangun je main turun naik katil

Menu untuk esok tak payah isi coz nak balik dah

Layan main kat Lobi

Dah penat main, tido pulak

Kena bagi jugak walaupun tido

sambil Darin tido, aku kemaskan barang,makanan sampai tapi my hubby turun lunch dengan kawan dia.. aku takdelah makan makanan Darin tu ingatkan dia akan bangun dan makanlah nanti... sampailah husband aku datang, dia tak bangun jugak, so husband aku angkat barang turun bawah, and last - last aku yang makan makanan Darin tu, selesai je sumer, terus angkat dia and we all pun turun bawah... siap ada check-out time rupanya, cam kelakar je tau..

Lunch terakhir Darin, dia tak sempat makan coz tido, mummy dia yang makan

Main equipment dia sepanjang kat sini

Gambar bilik air pun ado..

Katil extra tuk mak - pak dia tido, tak ke macam hotel

Dari bilik boleh nampak reception area

sampai rumah, nampak bibik pun ceria je, dia dah siap masakkan Darin makaroni, siap makan berdua dengan Darin, sementara Darin elok makan, and bibik tengah seronok melayan, me and my hubby pun keluarlah beli barang rumah sikit... hhmm buat masa ni, Darin duduk rumah dululah sampai hujung minggu ni, next week baru hantar pergi nursery balik, nak make sure dia bebetul sihat.. tak sampai hati nak hantar dulu... harapnya cepat sihat yek Darin...




Bergambar kat depan reception area

Penuh dah bonet kereta


Bye - Bye KPJ.. thanks for your hospitality...

Wednesday, August 5, 2009

KPJ Day 4

hari ke-empat rutin macam biasa... hari ni cikgu Nursery Darin sempat datang melawat kita orang... selama 4 hari Darin kat situ... Alhamdulillah, makan ubat pun ok, walaupun mmg rasa cam nak gaduh je, tapi dia macam redha je bila aku nak bagi dia ubat..
bila nurse (dia panggil kakak) masuk bilik nak check suhu badan, automatik dia akan duduk terus atas katil and duduk diam - diam bila nurse tu check suhu dia...
tiap kali bila dah sampai masa untuk neb, dia akan pegang sendiri, ada satu masa tu, nurse tu tolong pegangkan untuk dia, dia rampas sendiri and terus pegang dengan sendirinya..
puji - pujian bertalu - talu plak kat dia... hhmm hanya mak bapaknya aje yang tahu, lepas semua orang keluar, Darin akan buat drama dalam bilik tau, itu tak nak, ini tak nak, tapi depan orang lain sangat behave.. sampai semua nurse pun sibuklah nak tengok Darin.. hish, aku plak yang rimas bila orang asyik keluar masuk....

aksi yang tak disedari

Selain dari Gas biasa... Pulmicoat ni kena bagi jugak cuma 1 hari 3 kali je kalau tak silap
Mak dengan Apak dari kampung pun sempat datang, actually dia orang memang sibuk minggu ni, tapi sebab dah tau Darin masuk hospital, dia pun tak sedap hati, so naik jugak KL, walaupun mak aku tu kaki dia sakit... yelah orang dah berumur, kerja kuat sangat, macam tulah.. then mak aku call mak sedara aku kat Seksyen 25 tuh.. petang tu jugak they all datang.. terkejut plak aku.. kena lecturelah sebab tak inform dia orang, bukan apa, we all tak nak nyusahkan dia orang sebenarnya... tapi terima kasihlah bebanyak sebab sudi melawat kita orang kat hospital ni, hilang jugak rasa sunyi di siang hari, kalau tak, bosanlah sesangat..

Tido je dia lepas bagi ubat

Time ni dia malas nak pegang sendiri
petang tu aku balik rumah hantar barang sket and akuhantar bibik gi klinik, susah ngat nak hantar, aku paksa jugak pegi klinik jugak kali ni, sebelum balik aku belikan makanan sesiap untuk dia dan untuk aku jugak.. dia pun cakaplah terima kasih bebanyak.. alah, benda bukannya susah pun, cuma tulah memula hantar x nak, dah teruk macam ni, baru rasa nak pegi, padahal we all dah nak hantar dah haritu, dia kata, xpelah, sikit je.. hhmm harapnya bibik sihatlah.. Insya Allah esoknya Darin dah boleh balik sebab demam dia pun cam dah takde sangat..


Layan dia main kat bahagian kanak - kanak

sampai bilik, Darin pun dah tido.. aku mandi, solat, makan sambil layan Jangan Lupa Lirik... pack barang sesikit dengan penuh harapan esok boleh balik rumah.. dah tak larat tau duk hospital lelama...

KPJ Day 3

Hari ketiga pun bermula...

8.13am, mata pun x larat nak bukak lagik..

Cleaner yang setiap pagi akan bersihkan bilik air, bilik and buang sampah

Tengok perbarisan kat TV jer

hari ni pun ada jugak yang datang, macam uncle Raziq and Auntie Sarah + Danish datang, lama jugak, dari pukul 11 lebih sampailah 4 petang macam tu.. then ada jugak Neighbor datang melawat.. pastu sapa yek.. tak ingat pulak dah.. oo my MIL sefamily confirmlah datang waktu pagi tu, they all nak bertolak ke Johor coz ada kenduri, sebelum tu siap singgahkan we all nasi lemak + sambal and ayam goreng.. budget makan lunch, terus bawak ke dinner... we all baru tahu yang we all boleh panaskan lauk tuh.. so panggil jelah dia orang and tolong panaskan untuk kita orang.. kopi atau teh tak cukup, panggil je untuk tambah, makanan dalam almari ada macam - macam, roti, biskut, air, ada yang beli sendiri, ada yang orang bawak.. yang penting, makanan Darin adalah dipilih berdasarkan menu yang ada dalam menu KPJ, and bagi aku, amat menarik...



Darin dengan bantal barunya

Berposing with Abang Danish

malam tu ada pasar malam kat depan hospital.. we all bawak Darin keluar jugak, x larat nak duduk bilik lama - lama, and Darin sempat beli pedang yang keluar lampu, nampak sangat kantoi dengan nurse pegi pasar malam... adalah jugak beli makanan sket macam putu piring dan apa ntah, itu semua untuk kurangkan kebosanan yang ada... apsal tak online yek?
Sempat jugak ke Pasar malam

Neb + Barney

ha..ha.. dalam bilik coverage tak sampai, so kalau nak online kena keluar bilik and duduk area lobi, malaslah nak keluar, bila perlu je baru aku keluar, sambil check e-mail, baca blog sikit, reply e-mail - email office and check cuti.. hhmmm lambatnya lagik boleh keluar.. we all budget Ahad dah boleh keluar tapi doktor cakap, dia still nak monitor Darin, coz Darin memang dah tak demam, cuma nak make sure dia x demam disebabkan dia betul - betul dah sihat ke atau disebabkan makan ubat... so satu lagik ujian, Darin tak akan diberikan ubat demam (itu pun dah tukar ubat demam yang agak kuat coz turun naik suhu sangat drastik), cuma ubat batuk and ubat kahak sahaja.. so 1 hari hari lagik yang pasti kat KPJ.. adoi la...

Tuesday, August 4, 2009

KPJ Day 2

Hari kedua di KPJ, pagi tu kena bangun awal, mandi siap - siap sebab nanti cleaner datang nak bersihkan bilik, amik sampah and makanan sampai, samalah jugak dengan ubat... so my hubby dia akan balik rumah, hantar baju kotor and amik baju baru... kebetulan cuti sekolah, my MIL pun sampai dari Segamat sebelum tu, so waktu dia org pergi solat Jumaat, ramai jugaklah yang temankan me and Darin kat bilik, termasuklah bibik yang demam tuh...
4.27am, kena bangun bagi Darin Neb

8.23am bagi lagik sekali

Menu yang perlu di isi pada hari ini

petang tu pun dah free sikit, we all bawak Darin jalan - jalan kat bawah, letih sebenarnya bila duduk hospital.. bila Darin tido, we all x tido pun, time tulah nak makan, nak semayang, rehat sekejap, nurse dah mausk bawak ubat, ataupun checkkan suhu badan dia... agak petang sikit, aku hantar bibik balik, aku nak hantar gi klinik dia tak mo.. ish.. sabo jelah, so aku gilah belikan dia makanan siap - siap and then hantar balik rumah, check ubat apa yang ada, and yang boleh dia makan, pesan ngan dia siap - siap, apa - apahal call je, x kisah pukul berapa pun, yelah sometimes memang kena berkorban lebih sketkan...
bawak dia jalan - jalan

colouring kat area lobi

Bagi Neb balik

waktu malam adalah waktu yang agak sunyi sketlah.. sebelum sampai hospital, singgah dulu beli makanan, nanti sampai sana takdelah susah nak beli makanan, kat area situ memang ada banyak kedai makan, cuma malas nak keluar sendiri bila malam hari macam

Waktu makan malam dia

Bagi Neb lagi sebelum masuk tido... 2 jam sekali

KPJ Day 1

Ini adalah lanjutan daripada kisah Swimming Pool, cuaca dan akibatnya...

20090604-Visiting paed at KPJ Selangor - Admitted

Tengah tunggu turn nak jumpa doktor Yasmin

Minggu pertama Darin masuk nursery dulu, 2 hari dia demam, lepas 2 hari cuti, then pergi balik Nursery macam biasa.. masuk minggu kedua, dia demam dan batuk yang sangat kronik... got 1 day tu daddy dia kena cuti nak jaga dia, coz kalau berdua je ngan bibik macam x boleh handle dengan kerja rumah + Darin, so bila ada daddy, bibik bolehlah masak sket untuk Darin...
Sementara tunggu bilik kosong, bagi dia main dulu

Dah dapat bili, terbaring, baru lepas makan ubat and Neb

sambil tu layan TV sekali

last - last, terlelap sudah

The next day tu aku plak rasa x puas hati, dah jumpa doktor, tapi still jugak x sihat, so we all decide nak hantar Darin jumpa paed, so we all hantar kat KPJ Selangor... try je kan.. nak gi SJMC macam jauh sket, and andai kata kalau kena admitted, jauh jugak nak berulang balik rumah.. sampai kat KPJ dalam pukul 9am, terus register semua and tunggulah doktor dengan bersungguh - sungguh, dekat 1 jam we all tunggu, doktor tak jugak sampai - sampai... we all bagi masa, kalau sampai 10.20am doktor takde jugak, we all nak cabutlah rasanya... tetiba doktor sampai lagik 2 minit nak pukul 10.20am, so jumpalah doktor Yasmin...

Nilah nombor bilik dia

barang we all yang dah mengalahkan orang pergi bercuti

kat sini pun ada lagik.. cam x muat tempat je

demam Darin masa tu dah 38 balik, huuwaa, kenalah masuk ubat punggung kan.. pastu lung dia macam ada bunyi, and doktor suruh bagi Nebulizer.. and terus doc suggest duduk dulu kat hospital coz dia nak monitor.. aduhai.. nak mengangis bunyi dia...

baru bangun tido, bosan sangat agaknya, terus main kat sini

Sian dia main sorang - sorang

masa registration, we all mintak bilik single, tp sebab kena queue, dia letak kat double bed dulu... kat ward kanak - kanak.. so my hubby kenalah balik rumah amik brg Darin dulu yang paling utama... sementara nak tunggu daddy sampai, bawaklah Darin main dulu kat tempat mainan bebudak tu.. pastu nurse panggil bagi makan ubat + bagi neb... masa makan ubat tu, aku buatlah sendiri coz dah fahamkan Darin cemana, Alhamdulillah semua ubat masuk, walaupun kaki tangan dia abis aku pegang sungguh - sungguh, sambillah mulut ni tak diam puji dia yang pandai makan ubat, masa bagi neb tu memang nangis, ada 2 ubat plak tuh, yang lagik satu tu nama dia Pulmicort... kalau x silap aku... pastu 2 jam sekali kena bagi neb.. hhmmm sabar jelah.. tak lama lepas tu, abis selesai semua, we all pun dapatlah bilik single, tp bukan single biasa.. single VIP.. aik.. pelik semacam plak, tp oklah tu, selesa sket tuk Darin and we all yang nak kena jaga dia nih...

time ni sepupu dia dah datang

siap demo cemana nak main kat sini

terjebak jugak kak Aqish

Menu pun kira ok jugaklah kat situ, siap boleh pilih nak makan apa, apa - apa pun keutamaan adalah pada Darin... masa ni pun sah start sms family members dah, adik beradik jelah pun, yang lain tu takdelah...

dalam petang tu Bibik datang, siap nangislah bila tengok Darin sakit, pastu dia pun demam.. boleh? macam - macam kan... petang tu my SIL datang dengan anak dia 2 orang.. mlm tu my family side pulak datang and our neighbour.. Darin plak macam ok je ramai - ramai, tapi bila semua orang balik, dia pun sibuk nangis nak balik, kesian dia... mlm tu dapatlah me and my hubby dinner sebab bibik ada kejap temankan Darin...

Ada hadiah from Haziq and Haiqal

Tabung tuk masa depan tuh..

malam tu tak tido sangat pun, paling awal tido pukul 12 sebab time tu last bagi ubat... then kul 4 pagi dah kena kejut bagi Darin ubat lagik dengan Neb... ubat punggung je rasanya dah bagi dekat 3 kali coz suhu badan dia naik tinggi sangat.. risau sangatlah, batuk and muntah pun x taulah dah berapa kali.. kesian nurse kena ganti cadar Darin selalu... 1 hari yang memenatkan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...