Followers

Tuesday, May 20, 2008

Apa kita buat bila hari cuti..

Bila hari cuti, macam - macam aktiviti nak buat.. tp biasalah semua tu pun kita yang merancang.. tapi ok jugaklah.. biasa kalau awal bulan memang we all akan bershopping barang rumah dan tempat pilihan selalunya Carrefour Alamanda, tapi kali ni daddy ubah haluan plak, ajak gi Carrefour Mid Valley, sesaja jer... kebetulan Darin tido, masa tulah we all pilih - pilih barang.. bila dia bangun baru carik tempat makan...





Petang - petang aktiviti lasak for my daughter.. time nilah nak bawak dia main - main kat luar, so we all pilih Dataran Putrajaya... ha..ha.. keje dia nak kejar orang, then lari balik bila kita kejar dia.. and sometimes cubaan untuk mencuri basikal orang lain.. ganaz ler...




Jalan - jalan kat Teluk Kemang

Pagi tu we all sempat gak lepas breakfast sempat jugak berendam kat Theme Park tuh.. then dalam kul 1 dah gerak keluar dah.. we all gi Teluk Kemang tuk makan tengahari.. amatlah panas .. tak tahan sangat.. tp nak wat camner, nama pun tepi laut layankan jelah..




abis makan.. lepak - lepak sat kat Teluk Kemang...




On the way balik, macam biasa ikut jalan kampung jugak, then berenti beli Buah naga, beli jugaklah sikit.. buat syarat.. pastu boleh jugak berenti tepi jalan makan durian.. tapi makan 4 biji je, sekejap sangat plak rasanya.. anak - anak pulak tido time tuh.. fuh besh je rasa... tp gambar makan durian takde.. then semua pun berpecah ikut haluan masing - masing..




Overall.. oklah tu..

Eagle Ranch Resort

Lepas rehat, we all decide nak pergi tgk tempat kat Eagle Ranch Resort...



kat sana ada macam - macam aktiviti pada mereka yang nak sangat aktiviti lasak cam rafting, kenu, rock climbing pun ada, go kart.. and memacam lah... tp we all cuma nak try naik kuda jer.. ha..ha..



Masa memula nak naik tu agak takut jugaklah, sebab rasa cam nak melambung - lambung je, pastu takde plak tali yang biasa kita tgk cowboy pegang kalau dalam tv tu, cause tali tu tukang bawak kita tu yang pegang, so kita just pegang jelah kat tas tempat lapik kuda tu.. org panggil apa pun x sure..



Oh ya.. nak naik kuda ni sorang 10 hengget, oklah tu,, then they all kasi can mak - mak budak bawak anak - anak naik keta kuda, coz tadik cuma Danish sorang je yang boleh tunggang kuda.. memula tu sama jugaklah, jalan bukannya rata sangat pun, kejap goyang sana, kejap goyang sini.. anak - anak kecit plak diam je, x taulah sebab they all rasa pelik ke hapa.. tapi kira oklah, dia bawak pusing kat sekitar Eagle Ranch Resort tuh..





End up, we all happy jugak kat sini, hari pun dah nak petang.. so dah tiba time tuk mandi - manda kat theme park tuh... tapi x de snap gambar sebab malas nak bawak turun kamera...


oklah tu kan...

PD..PD Tiara Beach Resort

Plan punya plan, we all thn ni pegi PD je dulu.. 26 apr - 27 apr...together with Raziq+Sarah's family and Shah + Dida's family.. kita org pilih Tiara Beach Resort je, cause they all cakap kat situ ada theme park yang agak best.. oklah tu..

Seawal 9.30 am, me and raziq kuar rumah, shah kata lambat sket, so we all stop kat hentian Nilai, makan - makan sket.. and Darin sempat plak carik member kat hentian tu..
Perjalanan diteruskan lagik, nak try jalan kampung, so kita org pun berpatahlah balik ikut ELITE, masuk kat KLIA.. ingat kan ikut kat nilai....
Perjalan ikut jalan dalam ni best gak sebab ikut jalan kampung, yang depan tu keta abg Danish (Raziq'a son)... kereta tak banyak sangat, sepanjang jalan ramai org jual buah Naga and buah Durian.. kiri kana penuh dengan ladang buah Naga.. ok ke business tu yek...

Sampai kat Tiara Beach Resort, try tgk bilik, oo shah and dida dah check-in dulu, they all sampai dalam pukul 11 lebih kira oklah tu kan.. so sementara nak masuk bilik.. sempat jugak bapak - bapak budak ni bawak anak - anak jumpa clown.. kes nak mintak belon free le tu.. 'gun for Danish', 'flower for Darin'...

Sampai dalam bili.. biasalah sessi beramas - mesra sambil melepaskan penat lelah travel, macamlah jauh sangat yek, sambil borak - borak, apa lagik makan time, pagi tu aku bawak sardine roll + macaroni goreng and sarah bawah Sanwich telur.. oklah tu, dapat jugak isi perut sebelum keluar jenjalan...


destinasi seterusnya... Eagle Ranch Resort

Friday, May 16, 2008

Nadia dah bertunang???

Oppss.. jangan ada yang melatah plak, bukan Nadia AF6 tuh, ni Nadia kawan my BIL.. he..he.. majlis tunang dia bulan 4 tulah.. dah sebulan jugaklah.. since dedua rumah amatlah sekangkang kera.. kul 2 pun bley releks - releks lagik kita org bersiap kat rumah...

Barang hantaran my SIL and MIL yg siapkan.. apalah punya menantu tak tlg apa pun.. ada, aku tolong last minute punya persiapan + tempah kek from kak anna
Thanks kak anna sebab sudi jugaklah menerima tempahan kita yg memanglah last menet tuh... dan inilah hasil keknya...
Antara barang lain yang ada sekali ialah cam biasalah.. buah - buahan, pot pouri, bekas cincing, 1 set telekung & sejadah, tuala mandi, wangian & mandian, kasut, manisan, sirih junjung and sepasang kain baju kurung... berapa yek sumer... hhmm sebelas yek... disebabkan belah my MIL ramai lelaki dr perempuan, so kenalah org - org lelaki angkat sekali dulang, masa pegi , masa balik 13, cemanalah yek..



Petang tu ala - ala mcm nak hujan jugak, tp x jadik hujan, so bahang sketlah.... tp sumer benda pun x makan masa sangat, yelah cuma citer brp hantara, berapa lama ikat, nak letak duit pendahuluan ke tak, agreement itu, agreement ini, rasanya bila nak buat, peringatan tuk kedua - dua belah pihak untuk mengelakkan perkara tak elok berlaku.. leih kurang camtulah kan.. yang penting, yang bercakap cuma org - org veteran je, so orang - orang yang tak berapa muda dan belum rasa tua ni sakanlah bergambar..



lepas habis bincang barulah sessi sarung cincin plak, so kali ni belah my MIL pulak yang masuk bilik... he..he.. sib baik ada air-cond, kes tak tahan panas sgt dah ni.. lepas sarung cincin.. amik gambar plak... acara wajiblah tu kan..


tengahari tu kami dijamu dengan Nasi Beryani buatan pakcik Nadia rasanya from Batu Pahat.. sodap... perut pun lapar je, maklumlah tadik cuma makan mee hoon je ngan kek + kuih - muih.. so kena jugaklah makan nasikan... and adalah buah tangan sekali tuk di bawa balik, n tak lupa jugak Nasi Beryani.. siap tapau tu, Pak Cik Din siap suruh si Azmi (my BIL tu ler), ckp ngan mak Nadia, kasik lebih utk Tuk Yah n Tuk Iti yang tak follow.. ha..ha.. haruslah kan... so we all pun baliklah dengan keletihan.. bersama barang - barang hantaran balasan... Antara barang balasannya ialah kek, coklat, puding, sepasang kain baju melayu, tuala, wangian & mandian, telur, bunga rampai, kain pelikat & songkok, sepasang baju kemeja, sirih junjung, buah - buahan dan jugak sejadah..


Petang tu pulak hujan renyai - renyai, pastu lebat, hhmm sedaplah masing - masing melelapkan mata.. takpe hujan skang, sbb malamnya dah tak hujan so boleh layan AF.. tapi apsallah malam tu rasa x best betul.. tak ada yg menyengat melainkan Stacy je.. "alamak.. terlebih sudah.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...