Followers

Thursday, September 6, 2012

Teringat kisah Ramadhan yang lalu

Dah pun masuk 19 Syawal.. teringat balik kenangan Ramadhan lepas. Kali ni sambut raya di Seri Menanti dulu. Kampung arwah nenek yang rumah pusaka kedua masih lagi tegak berdiri. Memang sejak beberapa tahun yang lepas, inilah tempat kita orang sambut Syawal. Terasa lain bila tiap kali pulang ke 'kampung' yang bebetul kampung bila raya.

Isi duit raya... ni confirm bukan Darin punya..

Pokok kelapa yang masih ada, masih lagi dapat rasa hasilnya


Pelita mintak tanah takkan dilupakan walaupun design dah canggih. 
Lagi canggih bila malas nak cucuk kat tanah sebab asyiklah tumbang.



Lampu lip-lap seisi rumah. Memang meriah kampung halaman. 
Nasib baik lampu tu takde keluar lagu.

Sebab desakan kerja, kita orang sampai bebetul time orang bukak puasa. Masih tak terlambat pun nak menikmati suasana tu, sebab esok  masih ada 1 hari lagi untuk berbuka bersama, sure lagi seronok. Makanan biasa - biasa je tapi tanggal 17 August tu ada birthday someone, Aidid, yang nak amik UPSR tu.

Kek Pandan Layer yang sampai skang pun rasa nak makan lagi.

Dengarnya hadiah baru dia boleh tahan untuk budak umur 12 tahun. So inilah aktiviti dia orang untuk 'test' hadiah baru tu. Ok ke tak ok ke belasah jelah.

Malam tu ada aktiviti hebat. Hebatlah sangat, menantu kesayangan kena tolong mak siang daging dan ayam..hehehe.. 'Takpe, berikan pada yang pakar' kata husband aku, sebab dia pun domam, so abang ipar aku je yang settlekan semua kerja tu, start dari potong daging, potong ayam, potong tulang. Malam tu jugak mak aku rebus tulang, biar cepat sikit empuknya.

Then start pulak basuh kuali. Ada assistant terhebat.. which is Darin. Dia yang beria sangat nak tolong buat, aku suruh jelah dia cuci kuali tu. Terjengket - jengket ko. Takpe, janji cuba walaupun sekerat jalan. Ntah apasal ntah lately ni dia rajin sangat macam 'omak' eh.... teruskan sampai besar.

Bukti Darin basuh kuali sampai tertonggeng - tonggeng.

Ada 1 lagi part yang tak boleh tahan, nak kopek kelapa. Ye, buang sabut kepala untuk 20 biji kelapa. Ko larat ke. Memang taklah,. Bergilir jugak abang ipar aku buat, then kakak aku pun buat jugak, husband aku pun try sama.. haha, suka hatilah, bukan nak pakai malam ni pun. Elok je dah buang sabut kelapa tu, terus belah siap - siap and telangkupkan dalam besen. Esok pagi kita undi sapa yang mesin, tapi dah dengar mak aku sebut nama 'abang ipar aku!!'.. takpe, ada 8 jam lagi sebelum sahur...

Bukti husband aku turun padang sama walaupun demam.

Tengah buang sabut kelapa sampai bersih, nanti senang nak mesin.

Kelapa dah selamat dibelah.

Sambil dia orang tengah kopek kelapa, mak aku dah sibuk nak 'menyalur' buluh lemang. Apo kobondo eh 'menyalur' ni. Proses untuk masukkan daun pisang ke dalam batang lemang. Nampak macam senang, teknik dan petua kena betul. Kalau salah, daun pisang pendek atau bergulung dalam batang buluh. Nak pilih daun pun bukan main pilih je, daum muda yang elok, kalau tua sangat tu dah keras kematu dah, susah nak gulung. Banyak kali kena potong daun pisang supaya ukuran lilitan tu tak terlalu banyak selisih dalam buluh.
Dah settle masukkan daun pisang tu dalam buluh, boleh amik lebihan daun pisang tadi, ko gumpal and masukkan dalam batang buluh untuk dasar. Bukan buat dasar baru masukkan daun ye, itu terbalik.
Nak buat pemegang daun pisang tu? pakai je pelepah pisang tu, tapi amik yang bebetuk cantik lurus dan keras sikitlah, kalau bengkok, cemana ko nak gulung and masukkan dalam buluh tu.  Adoi.. berpeluh jugak kalau baru first time yek. Ni pun lama dah mak aku tak buat, tahun ni tetiba nak buat sebab akak aku dengan abang ipar aku colunteer nak jaga.. abang ipar aku lagik.. memang terbaiklah...

Kena amik satu demi satu buluh untuk ukur sebab setiap batang saiz berbeza okeh..

Mak tengah khusyuk nak gulung daun lepas potong beberapa kali. Aku tukang hulur buluh je.

buluh tu kena telangkup. Ni semua miang dah takde sebab kasi bersih baik punya

Baru siap 2 batang, ada lagik 18 batang

Selesai atuk balik tarawikh, barulah kita potong - potong kek. Kesiannnnn Darin (eh bukan birthday boy ke?) sebab tak sabar nak potong kek. Kek pilihan adalah Pandan Layer, sebab akak aku dah pesan, jangan amik coklat dan banyak krim. Hmmm yang ini confirm takde sapa yang tolak. Memang sangat, sedap, berbaki pun sikit je. Sebab beli kecik je pun. Cuba kalau kek coklat, lambat je habisnya. Kalau kek buah, lagiklah lambat habis sebab mak aku simpan sayang nak makan.

 Abang ipar aku kena isi minyak sebelum tido sebab esok nak bakar lemang 

Eh, dah semua tido.. esok last bangun sahur, banyak benda lagik nak buat... Tido untuk kumpul tenaga esok hari....

5 welcoming comments:

yana said...

Alala demam cik abangnya..tp best eh..mlm2 gotong royong camni..ko kena tulis segala resepi tu..esk2 blh buat sendiri tau!

mikamusz said...

resepi dia sikit sgt and nampak senang. Skills tu je yang memang x pernah nak tajam. Terfikir cemana nak sendiri 1 hari nanti.

mekchu said...

musz, org bandar sesekali blk kg mmg terasa meriah nya.. ni org kg yg mmg hari2 tinggal kat kg agak kureng sikit.. hihihi.. mana gmbr raya pulak?

Unknown said...

best kan cuti raya? spend time kat kampung..hihi

mikamusz said...

Mek chu... simptom malas update aku makin teruklah. Lepas habis raya, dah masuk raya haji pun belum tentu habis kot..

Sharidawati..
Ha ah, rasa sedih kalau cuti tak approve bila nak balik kampung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...