Followers

Tuesday, August 16, 2011

kulepaskan mu

hari ini
dengan rasminya aku memulangkan semua barang yang dipinjamkan kepada aku
harapnya semua yang sepatut aku pulangkan, dah pun aku pulangkan
in case ada hutang, harap dapat settlekan..
and claim aku jangan lupa masuk.. yang tu tak boleh kurang...



banyak yang aku rindu
tapi semua tu hanya kenangan..
aku berdoa semoga hari mendatang lebih baik daripada apa yang telah aku alami..
doakan aku...

untuk kawan - kawan aku yang tinggal...
korang memang BEST....

Monday, August 1, 2011

Biqque's July Lucky Follower

Dah berzaman aku skodeng blog kawan aku ni, baru kali ni nak join.. Insya Allah lepas ni nak join jugak.. kenangan katakan... mana tau kot - kot dapat hadiah farewell terus.. senang tu biqque.. tak payah pos.. by hand sajork...

yeayy..yeaaay.. hamik ko.. 6 kali tekan next baru nampak akunya gambar profile.. glamour kawan aku ni.. ramai follower...


korang pun boleh follow jugak yek.... cam aku buat..
cepat..
8 August dah nak umum pemenang dah... chai yookk..

sesapa rasa confuse.. boleh terus TEKAN KE LINK BIQQUE ni untuk baca terms and condition...

good luck...

Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa

Selamat Datang Ramadhan...
Alhamdulillah dapat puasa lagik sekali... seronok pulak rasanya kali ni walaupun baju raya cuma selai je tahun ni.. cuma sedondon dengan Darin.. harapnya siaplah cik Nora Tailor tu buat..

Apa - apa pun... aku nak minta ampun dan maaf pada semua yang singgah kat blog ni, walaupun tak selalu.. walaupun sekali imbas.. walaupun sekadar tengok tajuk... aku ok je... no hal punya..

korang puasa elok - elok yek.. jangan lupa bangun sahur.. nanti takdelah alasan GASTRIK sebab tak bangun sahur..
bukak puasa pun berpada - pada... jangan makan sekali harung.. kang tak larat pulak nak bawak perut Solat Maghrib + Isya' and Tarawikh..

sesapa yang buat business kuih raya.. boleh je komen - komen kat sini suh aku tgk kuih raya korang, manalah tau kalau ada yang aku berkenan, leh order terus....

hhmmm tak sabar jugak nak tunggu sampai 16 August ni sebabnya... hhmm tu kena tunggu dululah..

oklah kawan - kawan semua.. selamat menjalankan ibadah puasa ok...

Tuesday, July 26, 2011

Missing his BFF

Someone is missing his BFF
selama 4 tahun berjasa.. akhirnya terpaksa berpisah jugak...


pasni dah takde dah keta warna hitam ni..
sedih pulak rasanya..
kereta pertama yang dibeli hasil titik-peluh sendiri (sendiri bayar jugak)...


but now he can smiling with his new BFF....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Friday, July 22, 2011

Menjamu selera dengan Arabic food

 kalau tekak orang melayu, sure nak makan nasi dengan lauk pauk yang sedap.. kalau macam aku, confirmlah nak ada "Masak Lomak Cili Api" kaler kuning (bukan BERSIH 2.0).. tu memang mengancam.. kalau omak den yang masak.. umang ai.... tak dapek nak nolong do....

kalau husband aku pulak.. confirmlah nak ada Asam Pedas.. apa yang warna merah memang dia pulun dulu.. Asam Pedas, Masak sambal ke.... itu dia punya...

walaupun kita org sukakan benda yang berbeza.. tapi bukanlah we all x boleh makan makanan lain.. selain dari makanan melayu.. antara yang kita org pernah try sesama and sesama suka (termasuk Darin) adalah Arabic food..

kalau dulu we all ada keluarkan entry pasal makan - makan kat Ar-Rawsya kan.. kali ni tak payah nak pegi sampai tetengah KL lagik dah, sebab kak Shah Alam pun sama..

masa memula opismate husband aku bagi tau lokasi, macam tak caya je.. "alah, dia dekat Plaza Masalam.. ko tau Mc D kat ne kan.. ha dia kat belakang Mc D tu lah.." huuwaa we all duk terbayang Sahara Tent.. tapi ada one fine day tu.. try jugak ke sana (tapi kena singgah beli Ais Krim Mc D nak umpan Darin.. ish...) sekali.. wwaaa besarnya.. serius boleh nampak dari jauh..



nama dia ZAM ZAM.. terletak kat seksyen 9, memang kat belakang row Mc Donald tu jugak..
setelah berkali - kali makan kat situ (makan situ dan tapau)..  we all pun ingat nak bawak family members..
terjadilah pada 1 hari.. kakak and abang aku nak dtg coz nak celebrate birthday anak abang aku yang sulung.. husband aku keje, so balik keje dah Maghrib.. masa tu abang aku dah nak kuar beli satay tuk makan.. aku kat rumah memang tak masak, just buat untuk minum petang je...


tengah plan punya plan.. sekali husband aku cakap "kalau makan makanan Arab ok ker?" dah semua pun ok, so beramai - ramailah we all ke sana.. ye hhaa..

sampai sana, hujan renyai - renyai.. masuk dalam kedai, nak carik tempat duduk, ramailah katakan.. tetiba laki aku naik atas.. oo rupa - rupanya kat belah atas tu lagik besar dan lagik sangat exclusive tempat dia.. dengan meja dia, lampu dia, kerusi semua bagai, memang best sangat..


waktu mengorder, aku serahkan pada mereka nak makan apa sebab we all ok je... jadi we all amik 2 set yang berbeza.. 1 set ada Lamb Mandhi untuk 5 orang makan, lagik 1 set Chicken Mandhi untuk 3 orang makan, pastu adalah kebab, sayur, dan makanan sampingan yang lain.. makanan dia oklah.. untuk set 1 orang makan cuma dalam RM18  - RM 22 tapi 1 set tu boleh makan 2 orang... cuma kat sana jus buah adalah sangat mahal... jadi amik jelah air kosong..hehehe.


ok time makan memang pantas.. sekejap je dah clear.. tak sangatlah tapi hampir clear.. best sangat makan ramai - ramai ni... yang gaduh, yang itu, yang ini semua ada..



tapi part potong kek tu je yang sedih sket, cemana ntah kek tu boleh terbalik, so kanak - kanak seramai 6 orang tulah yang kerjakan.. (Oh ya anak abang aku yang no-2 takde sebab kat asrama, kedian dia demam, kalau ku tahu, pepagi buta aku hangkut balik umah)..


melepak lelama adalah sangat best.. tapi dia org pun nak tutup kedai jugakkan, so kalau korang nak lepas lagik lama, boleh gi kedai mamak, tapi we all pun dah kepenatan.. so kenalah cabut balik..

anyway, korang boleh try makan kat Restoran Zam Zam kat seksyen 9 Shah Alam, terletak deretan rumah kedai yang sangat besar, belakang Mc Donald... korang boleh google kalau nak tau jalan ke sana.. okeh....

Thursday, July 21, 2011

Apa Beza Basikal Orang Besar dan Basikal Budak

korang masih ingat ke pasal kisah MTB aku yang 2 tahun lepas??
korang bolehlah godek balik kat sini pasal tetiba husband aku beli MTB

dia tak beli 1, tapi beli 2, dengan harapan, boleh naik basikal sesama ngan bini dia...
TETAPI
dia lupa yang kita orang ada DARIN dan dah takde BIBIK..
so korang rasa masa bila we all naik basikal??

aku cuma naik beberapa kali, itu pun weekend setakat pusing taman, sangat bosan sebab pusing sekejap dah habis, nak pergi jauh, takut kena kejar dengan anjing giler.. fuuhhh,, tak boleh tahan...

tapi husband aku terbaik.. dia org setiap pagi ahad meronda turun naik bukit kat area Kampung Jawa, Jalan Kebun, jalan nak ke Andalas.. alah peninglah nak citer sesatu.. sanggup bangun seawal pagi hari Ahad (gi keje pun x awal camtu).. join member setaman... pastu bodek bini dia, beli Nasi lemak sedap kat mana ntah, 2 bungkus, tapi sampai rumahnya kul 10.30am, ada ko rasa nak makan lagik??

tapi itu sumer lama sangat dah... entry pun tahun 2009, kalau korang tengok basikal tu skang, sedih tull.. ada je kat bakang umah...semua elok lagik, tapi tersadai macam tu jelah.. aku ingat nak hantar balik kampung akulah.. baru adventure turun bukit Istana Menanti.. hahahahaha...

basikal yang sedang diubah-suai

tetiba, bolehlah Ayahanda ni berhasrat nak belikan basikal anaknya yang baru... aku suka je sbb basikal dia yg lama tu dah senget - benget, dari sekecik - kecik budak, sampai ke besar - besar budak naik.. tapi pada hari kejadian nak buang basikal lama tu, punyalah Darin sedih, sampai x caya yang daddy dia nak belikan basikal baru..

kita org ke kedai basikal yang sama kat Seksyen 18.. apa ntah nama dia, tapi deret Mc Donalds tu... since we all dah pernah beli basikal kat situ, we all pun mintaklah tawar harga yang sepatutnya...

ada banyak pilihan, aku nak amik warna pink, Darin pun nak, tapi daddynya tak bagi.. tapi setelah dibelek - belek setiap inci kedai, jumpalah yang berkenan dihati.. warna pun xdelah pink sangat, sangat lembut dan soft... bila Darin cakap ok "saya suka".. barulah kita orang amik..

 menunggu dengan penuh sabar

teruja betul dia masa orang tu nak betulkan seat tu  tinggi atau rendah, nak make sure handle tak senget, siap pilih loceng kaler yellow lagik tu.. sure dah tak sabar sangat nak kayuh basikal...tak kira pagi petang siang mala duk mengayuh.. nanti kalau aku jumpa gambar dia dengan basikal dia aku tunjuk yek...

R & R The movie

korang dah pernah tengok cerita hantu KARAK?
aku tengok sekerat jalan je, sebab tengok dah tengah - tengah, malas nak habiskan sehingga ke penghujung
pastu korang tak tak pasal filem yang Uncle Seekers buat tu.. pasal Penunggu istana?
Istana kat Papan, Perak?
itu kisah benar katanya, di ambil dari video asal bebudak tu.. dari 6 orang watak utama, ada 2 je yang selamat..
kalau korang nak try tengok, cariklah CD/DVD citer tuh, agak bosan tapi bolehlah kalau nak try jugak..

ada 1 lagik movie pasal R&R the Movie..
so sesapa lepas ni kalau singgah memana R&R janganlah takut pulak nak pergi toilet sensorang ke apa.. specially waktu malam, sebab R&R the movie ni bukanlah pasal citer hantu.. tapi pasal citer RANGO dan RIO yang we all bawak Darin tengok beberapa bulan lepas..


semenjak aku kena keje kat KL, husband aku pun sama sibuk, specially time weekend, setiap sabtu dan ahad kena keje.. tapi itu beberapa bulan lepas... skang ni stop kejap.. kalau weekend husband aku keje, confirmlah aku lepas kat rumah je, buat keje rumah and melayan Darin to the max..

nak dijadikan citer pada 1 hari, husband aku buat plan, nak bawak Darin tgk wayang cerita RANGO.. so plan punya plan... dia suruh aku naik Komuter dari Shah Alam, sampai Sentral then transit ke Mid Valley.. ok layan jugaklah.. sekali dah berbicara dengan Darin, boleh plak dia kata tak nak naik train, takutlah, itulah inilah... aik, tak boleh jadik macam ni.. elok - elok mintak tlg pakcik teksi hantar ke Komuter Shah Alam, terus dia hantar sampai Mid Valley, hambik ko 30 lebih tambang aku.. Darin pulak baik punya tido dalam teksi...


melayan dia tengok RANGO, kenalah amik premium seat, beli 2 tiket, boleh duduk 3 org sebab bahaiah arm rest to boleh dinaikkan.. lagik selesa dan tak ramai org, dah cerita pun mmg cerita bebudak, so mmg ramailah bebudak dalam tu, walaupun bukan musim cuti sekolah...

berjayalah jugak citer tu walaupun Darin dah 2-3 kali bangun, nak duduk kat tangga semua.. hahaha.. bila dah nak keluar.. sekali nampak plan banner cerita RIO... confirm kena beli lagik..

ya.. ianya berulang lagik sekali.. tapi tidaklah dengan pakcik teksi.. disebabkan kepayahan yang dilalui hari tu, kali ni punya movie, memang plan dari awal, dan memang naik kereta dari rumah.. means, bukanlah time husband aku keje, TETAPI.. aku yang keje, so kenalah tunggu aku habis keje sekejap then cabut.. nasib baik boleh settle awal..


pengalaman bawak Darin sangat adventure.. dari yang dulu ada sepupu - sepapat dia, sampailah we all bertiga, dia memang bukan jenis yang sangat tekun tengok wayang.. maybe sbb keadaan gelap.. tapi kalau kat rumah, tgk kartun Handy Manny ke, Little Einsten ke.. bolehlah plak melekat kat TV tu, sampai aku panggil makan pun xde ekspresi.. sampai hati ko nak..

oo ada banyak lagik wayang terkini, ada hajat jugak nak bawak dia tgk citer Transformer sbb sblm ni dia tgk kat DVD je.. nanti tgk cemanalah kan.. skang ni busy - busy dan busy.. xshuke tul lah... tapi hidup mesti diteruskan jugak..

Tuesday, July 12, 2011

jerebu lagik

inilah dia penangan kalau lama giler tak tulis apa - apa... bersawang - sawang.. sampai dah berjerebu dah..
korang perasan kan kalau keluar skang ni udara tak berapa best sangat..
balik rumah malam tadik,,, bau asap je.. memang tak boleh tahan, kena tutup pintu, tapi masa nak sidai kain, menahan je bau asap tu.. kain yang cuci pun ada bau asap sikit...

bila naik atas pulak, still ada bau asap tu, masuk bilik air pun ada asap sebablubang cermin tu mcm renggang sket.. ish, sabar jelah.. keadaan ni memang setiap tahun berlaku.. lebih - lebih lagik bila dah nak dekat bulan puasa...

malam ni ada kurang sket, aku dah boleh bukak pintu rumah, mungkin asap tu dah terbang ke tempat lain.. Alhamdulillah..
korang kat luar sana, jaga kesihatan ye, selalunya bila cuaca tak menentu macam ni, demam, batuk, selsema tu sangatlah menjadi perkara biasa.. elakkan selagi boleh..

Thursday, June 9, 2011

Ejen Jual Rumah Gila Nak Carik Pasal

macam tak percaya tetiba dengar husband aku marah someone on the phone... dengar dia cakap pasal rumah, aku ingatkan dia  nak beli rumah lagik satu sebab siap sebut Alam Impian.. rupa - rupanya itu 'PERANGKAP' untuk memerangkap EJEN JUAL RUMAH GILA nak carik pasal dengan kita orang..

korang kalau nak carik ejen, cariklah ejen yang lurus, tulus dan mulus, jangan carik ejen gile macam ni... yang suka - suka buat cerita bukan - bukan nak pancing pembeli.. janji dia untung... dia tak sedar perbuatan dia tu tak betul.. heh.. aku boleh saman tau...

mesti korang pelikkan apsal tetiba aku nak mengamuk...
cuba ko tengok kat bawah ni ha....
suka - suki dia je nak amik gambar rumah aku.. hapa? ko ingat kamera ko tu layak sangat ke nak amik gambar rumah aku..hoi.. aku boleh panggil orang lainlah kalau aku nak tayang rumah aku kat internet.. ko ingat ko tu hebat sangat... siap ada nombor rumah aku, kereta aku.. segala mak nenek kat depan rumah tu tau.. hangin tak... kalau dia amik rumah yang memang takde orang duduk tu lainlah, ni rumah ada orang tau... itu pun nasib baik tak nampak ampaian kat tepi rumah tu.. kalau tak habislah segala benda dia nak tunjuk kat orang ramai..

hoi cik NIZUAN... kalau nak carik makan, carik cara halal.. ada ko mintak permission tuan rumah nak amik gambar? dah terang - terang ada kereta, ada langsir, kerusi, air-cond sumer... apsal ko tak ding dong je tuan rumah... dan time ko amik tu confirmlah time orang takde kat rumahkan.. ko ni dah kira pencuri tau... ko dah buat JENAYAH CYBER... suka - suka publish gambar rumah orang..



aku susah payah dengan laki aku cari duit... nak beli rumah.. ko suka - suka publish rumah aku untuk jual.. ko ingat ko tu hebat sangat ke???? dahlah melayu.. macam ni ke cara orang melayu buat keje.. buat keje asal boleh... kalau ko memang dah ada rumah nak jual, ko amik jelah rumah nak jual tu, lantaklah rumah tu semak - samun macam belukar ke.. hapa ke... kalau orang nak beli.. beli jugak...

aku warning ko baik punya, baik ko buang gambar rumah aku tu cepat sebelum aku saman ko.. ke ko nak hidup merana.. panas hati aku ni ha...


ooo ko cakap benda kecik, perkara kecik... apa kau rasa kalau aku amik gambar kereta ko pastu aku cakap ""KERETA UNTUK DI JUAL"".. ke ko suka aku buat macam tu... ke ko nak aku amik gambar ko terus... "ORANG UNTUK DI JUAL" ha hamik ko...

korang - korang kat luar tu.. kalau nak buat kerja, buat secara jujur, jangan mencari pasal dengan orang bukan - bukan kalau ko tak kenal orang tu sapa.. silap besarlah ko pegi amik gambar rumah orang kita orang
sebab tu orang cakap buat keje guna otak.. bukan pakai kepala lutut...


aku tau esok gambar ni dah takde.. kalau ada jugak.. nahaslah ko....

Demam Macaroon

dah lama takde Voucher discount Macaroon kat MAD... selalu terfikir nak beli kat mana.... sekali teringat ngan kak Nomie yang dulu dia ada promo macaroon kat MAD terus terjah website dia...

oh.. before that, my hubby siap mentioned " Bie, org baca kat paper Utusan, akak yang buat Macaroon tu kuar paper, dia kata tengah ada offer".. apa?? O.F.F.E.R?? mana boleh janji.. kena buat something..

so dengan gagah perkasa carik balik e-mail dia and tanya pasal promo tu.. sekali betul da..


ha..ha.. dalam bulan yang sama tu 2 kali aku order.. kali ni bukan order setakat sedozen... 4 atau 5 dozen sekaligus... siap neighbour sebelah tumpang sekali... senangkan.. order sekali banyak, at least berbaloi apa kak nomie nak hantar ke rumah... dan semuanya habis dalam sekelip mata..


korang yang pandai buat Macaroon tu memang salute sangatlah.. rasanya aku tak sesabar itu nak mengadap kat dapur sehari  suntuk untuk buat Macaroon, tambahan pulak takat aku je yang suka makan, selebihnya bagi adik - beradik rasa... kalau korang teringin nak bagi aku rasa.. silakan yek..

kalau ada yang nak tau cara buat.. boleh baca cemana kak Nomie memula buat Macaroon kat sini

mmmm dapnya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...