Followers

Friday, September 9, 2011

Hari ini Hari Raya..ya..ya..ya..

hehe... gigih - gigih.. tengok orang lain dah melambung - lambung dah entry raya.. aku jugak yang duk mengangis bila boleh upload... ehhh.. tak lama pun cuti, rabu hari tu naik keje dah...


Di pagi raya.. rasa macam nak domam, telan panadol lagik, ni kes sakit tekak semalamlah ni, kurang minum air masak, bila dah makan ubat baru ok sket... gi jenguk dapur.. MIL aku tengah panaskan lauk yg dah siap masak semalam and dah nak start tumis kuah lodeh... terus aku join sekali..

kat depan tengah riuh - rendah yang lelaki nak gi solat raya... huhu.. padahal bukan ramai pun.. oh.. Kat Johor ni, husband aku cakap mmg orang pompuan tak follow semayang raya.. tadik sempat call mak, dia org tgh sibuk sarapan pagi kul 7.30.. sure dah nak bersiap gi Masjid.. kalau balik kg mak aku, sure aku pun pegi sama Masjid..

selesai masak and hidang atas meja, kejutkan Darin.. penat pujuk.. syok sgt kot tido sbb malam tadik tido lambat... siap mandi pakaikan dia baju kurung... then barulah aku boleh bersiap..

selesai solat, balik ngap - ngap makan dengan berselera.. tekak ngan hidung pedih ni, telan apa pun rasa sama kan...

selesai makan, daddy bawak Darin jenjalan naik motor plak.. and sambil tu aku siapkan barang nak balik kg aku pulak.. MIL aku pun tgh siap barang nak balik JB...


dalam kul 2pm sblm nak bertolak balik, barulah mulakan aktiviti salam - bersalaman dan maaf - bermaafan... yang takde cuma family kakak ipar aku je, dia org beraya kat Kelantan tahun ni...


selesai salam jom bergerak pulang, kul 2.45pm baru dapat bergerak balik.. perjalanan dari Segamat ke Kuala Pilah ok, kereta banyak tapi takdelah jam sangat.. bila dah nak sampai pekan Kuala Pilah slow sikit sbb traffic light.. ish.. kalau mak - pak aku kat Kuala Pilah sampai dah kami, tapi tradisi dah makan tahun ni, we all beraya kat kampung halaman mak aku je.. dalam pukul 4.30pm sampai.. senyum je muka atuk ngan wan nampak we all dtg... abang aku dah keluar beraya.. mak cakap ada tetamu datang tadi.. tapi still boleh handle..

sampai kampung, kenalah tengok dapur.. yeay.. sup tulang ada lagi,, terus panaskan cecepat.. and buat air, nak makan kan... sessi bersalaman jangan lupa.. walaupun tak macam thn lepas.... then elok je letak pinggan mangkuk cawan atas meja.. baru nak suap, nampak ada orang parking kereta.. yes.. tetamu..


seronok terima tetamu ni, tak kiralah kalau yang datang tu anak kecik berderet pun, sebab kampung halaman mak tu luas, korang larikan keliling kampung, x heran pun... hahahaha seronok sakanlah dia org...



 malam tu cuma we all je kat rumah mak, abang aku datang sekejap je, sebab Intan dah sibuk nak jumpa Darin.. hoyyehh.. sukalah budak berdua tu bila dah jumpa... penat rasanya, susah sikit nak tido malam tu.. esok... hhmmm duduk rumah ke jalan raya yek???

3 welcoming comments:

... said...

Selamat Hari Raya ... beraya dgn keta baru yek ehm ehm... ;)

mekchu said...

aku ternampak keta baru ko.. tiada lagi myvi sbb sudah ada polo.. ehemm ehemmmm...

mikamusz said...

Mummy triple S:hehe... Malu pulak, tp kalau akak tau citer serener musti nak tergelak...
Mek chu:ehem. Tengok betul-betul... Bukan Polo.... Ada related dr entry lepas... Lepas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...