Followers

Showing posts with label Malaysia-Segamat. Show all posts
Showing posts with label Malaysia-Segamat. Show all posts

Monday, August 27, 2012

Salam Aidil Fitri - 2012



Semoga korang selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Friday, September 9, 2011

Hari ini Hari Raya..ya..ya..ya..

hehe... gigih - gigih.. tengok orang lain dah melambung - lambung dah entry raya.. aku jugak yang duk mengangis bila boleh upload... ehhh.. tak lama pun cuti, rabu hari tu naik keje dah...


Di pagi raya.. rasa macam nak domam, telan panadol lagik, ni kes sakit tekak semalamlah ni, kurang minum air masak, bila dah makan ubat baru ok sket... gi jenguk dapur.. MIL aku tengah panaskan lauk yg dah siap masak semalam and dah nak start tumis kuah lodeh... terus aku join sekali..

kat depan tengah riuh - rendah yang lelaki nak gi solat raya... huhu.. padahal bukan ramai pun.. oh.. Kat Johor ni, husband aku cakap mmg orang pompuan tak follow semayang raya.. tadik sempat call mak, dia org tgh sibuk sarapan pagi kul 7.30.. sure dah nak bersiap gi Masjid.. kalau balik kg mak aku, sure aku pun pegi sama Masjid..

selesai masak and hidang atas meja, kejutkan Darin.. penat pujuk.. syok sgt kot tido sbb malam tadik tido lambat... siap mandi pakaikan dia baju kurung... then barulah aku boleh bersiap..

selesai solat, balik ngap - ngap makan dengan berselera.. tekak ngan hidung pedih ni, telan apa pun rasa sama kan...

selesai makan, daddy bawak Darin jenjalan naik motor plak.. and sambil tu aku siapkan barang nak balik kg aku pulak.. MIL aku pun tgh siap barang nak balik JB...


dalam kul 2pm sblm nak bertolak balik, barulah mulakan aktiviti salam - bersalaman dan maaf - bermaafan... yang takde cuma family kakak ipar aku je, dia org beraya kat Kelantan tahun ni...


selesai salam jom bergerak pulang, kul 2.45pm baru dapat bergerak balik.. perjalanan dari Segamat ke Kuala Pilah ok, kereta banyak tapi takdelah jam sangat.. bila dah nak sampai pekan Kuala Pilah slow sikit sbb traffic light.. ish.. kalau mak - pak aku kat Kuala Pilah sampai dah kami, tapi tradisi dah makan tahun ni, we all beraya kat kampung halaman mak aku je.. dalam pukul 4.30pm sampai.. senyum je muka atuk ngan wan nampak we all dtg... abang aku dah keluar beraya.. mak cakap ada tetamu datang tadi.. tapi still boleh handle..

sampai kampung, kenalah tengok dapur.. yeay.. sup tulang ada lagi,, terus panaskan cecepat.. and buat air, nak makan kan... sessi bersalaman jangan lupa.. walaupun tak macam thn lepas.... then elok je letak pinggan mangkuk cawan atas meja.. baru nak suap, nampak ada orang parking kereta.. yes.. tetamu..


seronok terima tetamu ni, tak kiralah kalau yang datang tu anak kecik berderet pun, sebab kampung halaman mak tu luas, korang larikan keliling kampung, x heran pun... hahahaha seronok sakanlah dia org...



 malam tu cuma we all je kat rumah mak, abang aku datang sekejap je, sebab Intan dah sibuk nak jumpa Darin.. hoyyehh.. sukalah budak berdua tu bila dah jumpa... penat rasanya, susah sikit nak tido malam tu.. esok... hhmmm duduk rumah ke jalan raya yek???

Wednesday, October 7, 2009

1 Syawal

salam semua.. ok berenti kejaplah kan pasal kesah lori langgar MyVi tu.. masuk plak bab raya, padahal dah berapa Syawal dah hari ni, barulah nak publish citer raya....


We all balik kg Jumaat malam lepas buka, singgah kuala pilah tolong mak aku masak rendang dulu and keesokkan harinya baru bertolak balik ke Segamat.. sampai kat Segamat pun dah nak dekat kul 3 petang dah... ni kira first time ni nak masak untuk raya puasa... coz thn pertama raya memang kat kuala pilah, tahun kedua raya turn Segamat, tp husband aku pagi raya baru sampai airport, mmg x balik, raya ke tiga turn kuala pilah lagik.. ni raya keempatlah ni..

antara menu yang nak kena buat, ayam masak merah, goreng lodeh (aku pun x surelah ke sambal lodeh), kuah kacang, kuah lontong, rebus ketupat.. rendang daging je yg dah masak.. so itulah projek kami berdua je... my SIL balik Kelantan.. semua siap masak malam tu jugak kecuali kuah lontong..

pagi raya aku tolong my MIL masak kuah lontong.. kira kuah kacang and kuah lontong aku yang masak, x berapa nak superb sangat... sebab semua nak rushing, nak siapkan itu, siapkan ini..

pagi raya lepas they all balik solat Sunat hari raya.. acara salam - bersalaman, maaf bermaafan.. kononnya nak snap gambo.. aleh - aleh Darin plak yg nak sangat pegang kamera, so takde canlah..


then makan - makan rehat dan makan.. aku sampai tertido - tido keletihan.. kat Segamat we all x pegi memana coz sedara - mara semua kat Batu Pahat and JB je.. but ada tetamu istimewa tau raya pertama tu, my MIL pun terkejut, coz kat Segamat mmg takde sapa sgt nak dtg melainkan kawan - kawan anak - anak dia.. abang Munawir, jiran we all kat Alam Impian merangkap wireman kita org yang datang... sempatlah beramas mesra dengan ahli keluarga dia..


petang tu we all ke Giant, bestkan, raya tp jenjalan ke Giant sebab aku mencari DVD player nak letak kat rumah kg parit tu.. Darin sibuk sangat nak tgk Batman, jumpalah 1 yang harga boleh tahan murahnya.. xpelah, janji boleh tengok CD and DVD..

malam tu kawan - kawan adik ipar aku yang kecik sekali datang.. baguslah tu, tolong makan apa yang ada... lagi pun x baik membazir orang kata kan...


itu ajelah cerita raya kami, sedih kali ni x sempat nak snap gambar bersama - sama, kita cuba lain kali ok..

Friday, November 28, 2008

Kisah di pagi hari

ni gambar dah lama ni, saja tepek sini.. rasanya 2 minggu lepas ni.. time ni nak hantar bibik kat rumah makcik dia kat Cheras.. and we all plak lepas tu nak balik Segamat rumah my MIL..


tu bibik duduk belakang tu.. mesti nervous coz hampir 20 tahun x jumpa makcik dia..
daddy yang steady je drive..

esoknya plak ada wedding kat area rumah my MIL.. semua pegi.. aku xde baju kurung so pakai seluar je ngan kemeja.. sib baik aku pakai kemeja and nasib baik jugak aku bawak T-shirt ok tuk husband aku... kalau tak, confirm gi kenduri pakai T-shirt.. my MIL offer baju kurung tapi aku malas.. sbb Darin sure x duduk diam.. dahlah tanah lecahkan. susah oo nak kejar dia..


sepanjang perjalanan tu we all kena make sure muka dia tak menghadap taman permainan.. sanggup tu jalan jauh semata - mata tak mo bagi dia nampak.. sapa nak teman dia main tengahari bute.. pengsan gue...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...