Followers

Tuesday, October 4, 2011

The Packeteers Workshop (TPW) - Day 1

TPW untuk 2 hari.. secara automatic, minggu kedua masuk kerja, 2 hari tak payah duduk kat tempat.. kena attend New Employee Induction training yada..yada... so boleh jumpa semua muka baru.. ada yang aku dah kenal sebab majoriti dari Customer Service sama floor dengan aku..


hari pertama, of course dia akan campur adukkan kita, so dapat dengan orang yang memang kita tak kenal... dah tentu sessi perkenalan diri... ini perkara biasakan, pergi memana pun mesti akan buat benda yang sama.. ada 1 module dia bagi pasal company profile, apa product company, banyak aku tak amik port sangat, sebab bila cakap masa time macam ni banyak keluar dari yang masuk..


ada banyak aktiviti masa ni... and siap ada kena buat performance, cuma yang tu akan buat masa terakhir pada hari terakhir...

korang pernah tak kena buat bangunan tinggi.. kali ni memang ada jugak, tapi of course object yang berbezakan.. this time fasilitator suruh we all amik 1 barang dalam kotak, so just amik apa yang ada, and from that objects, build the tallest tower as you can... team aku memang tak banyak barang yang tinggi atau panjang.. so tower kita orang memang tak tinggi.. dalam banyak - banyak team, ada 1 team ni asyik jatuh je tower dia, tapi dia orang tetap sabar menegakkan bangunan dia orang tu..



so 1st round amik measurement untuk semua tower.. rasanya kita orang antara yang last dari 5 kumpulan.. and the 2nd round begin.. this time, another person akan kipas tower tu and tengok tower mana yang tak jatuh.. majoriti memang runtuh, we all pun half je, dari tegak jadik condong, kira macam backup gitu.. and team yang menang adalah team yang paling lambat siap, sikit pun tak gerak tower dia.. so we all dapat coklat NIPS sorang 1...


lagik 1 aktiviti, we all kena tiup belon, tak payah besar, asalkan ada.. then we all kena kepitkan belon tu between badan teamate kita and make sure belon jangan jatuh atau meletup, then amik kertas warna yang digumpalkan sekecik - kecik alam, mengikut warna kumpulan... gerak dalam 1 team yang kecik kira ok lagik, bila dah kena sambung sampai 5 team.. memang lawak sangat, hanya fasilitator je nampak aksi - aksi menduga iman bebudak ni, takut belon jatuh...


aktiviti yang lain pun ada jugak tapi memang tak ingat sangatlah, sebab asyik nak fikir seronok je kan.. tapi bila bab dia explain balik pasal company semua.. masing - masing dah menguap dah.. rasanya macam tak cukup je 3 jug air kat depan tuh...

esoknya bersambung lagik 1 sesi yang rasa enjoy sikit...

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...