Followers

Sunday, June 3, 2012

Dahulu.. Kini.. Selamanya..

Musim cuti sekolah... sinonim dengan majlis kenduri - kendara, majlis bertunang, majlis kahwin.. kenduri doa selamat... bak kata orang... asal cuti sekolah je orang kahwin... yelah, untuk sedara - mara, sahabat - handai yang ada anak sekolah, paling senang nak berkumpul waktu ni je... kalau waktu lain susah sikit nak carik masa..



Perkahwinan zaman dahulu dan sekarang... kalau zaman dahulu, sebulan sebelum kenduri, dah berkampung.. tuk ketua sama sibuk dengan mak dan bapak pengantin. Uruskan anak - anak buah, bahagikan kerja untuk pasang khemah.. nak cari bahan basah, nak memasak, sediakan penanggah.. uruskan mak andam.. pasukan kompang.. silat.. dan macam - macam lagik. Kata orang, kalau kenduri kat kampung meriah, gotong royong tu yang buat meriah. Pengantin sekeluarga senyum simpul bila tengok ramai orang datang tolong. Tak perlu upah, cukuplah setakat lauk semangkuk dapat bawak balik.



Kad jemputan paling pening. Sebab selalu lambat sampai. Nak kumpulkan sanak -saudara yang jauh dan dekat, telefon pulak, tak semua orang ada. Masa tu tak pakai handphone, jadi semua rumah memang kena ada telefon. Kalau takde pun, bagi nombor telefon jiran terdekat, senang nak sampaikan berita. S cuma sekarang dah kurang sikit sebab sekarang semua pakai SMS, FB, Phone dan sewaktu dengannya.



Kalau nak tengok majlis meriah ke tak.. ada yang tengok pada makanan, ada yang tengok pada dekorasi.. ada yang tengok berapa ramai jemputan, ada yang tengok pada barang hantaran.. kalau ada yang kurang, pasti ada je suara sumbang yang keluar. Kalau ada je yang terlebih sikit, mulalah kata nak menunjuk.


Apa yang penting adalah selepas perkahwinan. Hidup bahagia, aman damai, tiada campur tangan orang ketiga. Suami isteri tahu tanggungjawab masing - masing. Pandai membahagikan masa antara kerjaya dan personal. Hormat - menghormati di dalam keluarga. Selamat pengantin baru pada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga.. terutama kawan ku Lin yang jauh di sana.. semoga selamat hendaknya.




P/s: gambar hanya hiasan semata - mata..

0 welcoming comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...