Followers

Showing posts with label mother's day. Show all posts
Showing posts with label mother's day. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Darin's Memories - Part 1 - Teacher's and Mother's Day

Sebelum nak cerita pasal 'adik' Darin, kena ada cerita kakaknya dulu, nanti sentap pulak dia... Last cerita pasal Darin kat sekolah pun masa Maulidur Rasul Performance.. fuh, dah nak masuk setahun dah cerita tu, so boleh tau dah kan, betapa bersawangnya blog ni. Memang banyak sangat kisah tertunggak.

Mother's Day and Teacher's Day adalah pada bulan yang sama, iaitu bulan May... so macam surprise jugak bila tengok communication book Darin ada invitation untuk celebration tuh. And this time, potluck style. Actually ada banyak benda terfikir tapi sebab kekangan masa dan keadaan, sempat tempah biskut je dari Zahfig Cookies yang fancy - fancy tu untuk kanak - kanak... senang nak bawak.


Acara start pukul 9 pagi kot, Tapi biasalah, memang takkan tepat pada waktu pun. We all antara yang terawal jugaklah sampai. Kat SACC Mall tu pun gelap lagik. Lepas tu barulah nampak 1-1 family sampai bawak makanan. Time ni aku datang dengan Darin and ditemani Tok Ma... hehehe..


Biasalah, bila start acara tu kata - kata aluan, doa and selingan sikit - sikit and persembahan kanak - kanak. Seksyen 13 ada 3 persembahan kalau tak silap. Ada lakonan + baca puisi dari student yang Advance Class, then ada pertunjukan silat and persembahan Nyanyian. Seksyen 3 just buat nyanyian 2 lagu, and this time Darin pun terpilih untuk jadi speaker macam ala - ala coral speaking. She's the only one from 5 years student yang terpilih, yang lain 6 years.. 'R.. R means right and right she's always be'.. itu jer yang dia kena cakap pun untuk melengkapkan ejaan M.O.T.H.E.R.





Acara seterusnya acara ibu dan anak, so aku kena participate, kalau tak nanti Darin kecik hati. Untuk 5 years, mak - mak kena tutup mata.. then carik anak - anak. so anak - anak kena jerit and cakaplah apa - apa pun sampai mak ni dapat peluk anak tu. Lawak sangat... So inilah acara yang we all dapat 1st place. Dapat hamper besar lagik. Thanks sesangat.



There's another game, tapi penglibatan mak, ayah and anak. Masalanya, daddy Darin kat kat Belgium, tapi Darin sibuk nak join, so terpaksalah ajak Tok Ma. Apa yang we all kena buat, Tok Ma and Darin akan bungkus mummy menggunakan kertas tisu, jadi mumia, then dah siap berjalan sampai ke garisan penamat. Yang ni we all hampir menang, tapi takpelah, sebab dah sampai garisan penamat, balutan tu terbukak sikit kat bawah, so pemenang bagi kat orang lain. Lagi pun we all dah menang yang tadikkan. So just for fun.

Last sekali teachers from Seksyen 13 lawan main 'goreng pisang' dengan Seksyen 3 teachers.. Darin pulak sibuk duduk tengah sambil pegang bunga manggar and ponting to the teachers bila tiba giliran dia orang. The best thing is, Seksyen 3 menang.




Darin with Kak Ita (most left), Teacher Amy and Teacher Laili

Over all, memang best, makanan pun banyak sangat, and sedap. Thanks to parents yang bawak makanan berat, ringan, kek, kuih and segala macam makanan... So the next agenda.... tunggu Part 2 pulak kay.

Door gift for mommies

Saturday, May 7, 2011

Istimewa untuk....

masa kecik.. aku manja dengan mak
dah besar.. aku manja dengan mak jugak..
start dari sekolah asrama.. aku selalu tepon mak.. mengadu itu mengadu ini
bila aku masuk matrik.. mak pulak mengadu dengan aku itu dan ini
bila aku masuk U, harapan mak aku tinggi
bila aku dah kerja.. mak aku bersyukur sangat
bila aku dapat pergi luar negeri... mak aku risau dan bangga
bila aku dah start nak mendirikan rumah tangga..
mak aku risau, susah hati dan sedih..
bila aku jarang balik kampung... mak aku dah mula merajuk
bila ada cakap mak yang aku bengkeng sket.. mak akan rasa kecewa..
bila mak dah start sedih... aku rasa bersalah...
dan bila aku ada anak... aku rasa apa yang mak aku rasa... dan aku bakal lalui apa yang dia rasa..

kawan aku ada yang dah takde mak
ada kawan aku yang ada mak, tapi mak tak amik kisah
ada kawan aku yang ada mak, tapi maknya kurang sihat
ada kawan aku yang ada mak, tapi tak suka nak balik kg selalu jumpa mak
ada kawan aku yang ada mak, tapi dia rasa bangga bila dia tak ikut cakap mak dia
ada kawan aku yang ada mak, tapi suka merungut pasal mak dia tak nak ikut cakap dia
ada kawan aku yang ada mak, tapi tak suka bila mak dia suka mengadu itu dan ini
ada kawan aku yang ada mak, tapi tak suka bila mak dia nak bermanja
ada kawan aku yang ada mak, tapi tak suka bila maknya tak ikut pereadaran zaman.. kolot katanya
ada kawan aku yang ada mak, tapi tak suka bila maknya asyik masak lauk sayur kampung
ada kawan aku yang ada mak, tapi suka sangat complaint bila barang yang maknya bagi tak mengikuti citarasanya

apa pun panggilan.. mak.. ibu... mama.. mummy.. ummi... bonda.. mom...
dialah yang melahirkan kita
yang membesarkan kita
memberi kita makan dan minum
jadi peneman bila kita takut tengok citer hantu
yang tolong kejar nyamuk sebab gigit kita sampai gatal - gatal
yang tolong tiupkan air panas untuk kita minum pepagi bila dah lambat nak pegi sekolah
yang tolong masakkan lauk kegemaran kita bila lauk kat kedai ntah rasa hapa - hapa
yang tolong pilihkan kita baju cantik - cantik semata - mata nak tengok anaknya terbela specially time raya

tapi apa pulak pengorbanan yang kita dah buat padanya???
untuk peringatan diriku dan orang lain
kenanglah ibu kita selagi dia masih hidup..
bila rasa rindu, telefonlah dia..

Selamat hari IBU untuk mak... adik sayang mak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...