Followers

Wednesday, August 24, 2011

MSSQL Installation

masih teringat kenangan bekerja.. walaupun dah seminggu cuti...
dalam tempoh 10 tahun kerja... wajib buat installation database... tak sah kalau tak buat, rasa tak complete hidup ni..

4 tahun denagn XYBASE... segala mak nenek server semua usik, daripada windows2000, Linux (Red Hat/SUSE), pastu AIX memang banyaklah.. Solaris lagik.. and HP seketul... daripada Oracle9i sampai 10GR2 je.. then masuk pulak Vallent..

kat sini pun start buat installation, sekali dengan apps.. kira oklah sebab untuk QA/Testing server.. takde tertekan pun.. takde nak kena buat demo.. kalau salah pun boleh buat lagik.. kenkadang kena tunggu org IT releasekan server baru buat.. sampailah IBM amik alih, buat benda yang sama lagik selama 4 thn..


manusiakan demanding.. mintak tukar terus department DB.. kononnya dapat buat banyak lagik installation, bila dah masuk, baru tau.. bukannya best pun under SO ni.. sekali je buat upgrade from 10203 ke 10204.. dalam tempoh less than 2 years.. ko rasa best sangat ke... masa tu project MAXIS..


yang lain banyak buat documentation.. adoi pening kepala, serius aku tak suka tulis - menulis, karang - mengarang ni.. biarlah buat benda lain.. tapi kalau menulis kat blog aku boleh tahan lagik...

then pindah pulak project AFFIN kat KL nun... takde fresh install oracle DB.. banyak buat security patch je.. cuma kat sini.. first time install MSSQL 2005 DB.. orang lain mesti dah banyak kali install sampai nak muntah kan.. apa nak buat.. lain tempat, lain cara...



next job.. x tau lagik cemana.. harapnya oklah dengan environment baru.. takut + cuak jugak walaupun sendiri jugak yang pilih kan...

Paparazi 5 Ramadhan

Inilah event yang pertama bulan puasa.. berbuka di luar.. jemputan kali ni pilih tempat di Bambu Istana... kat mana lokasi?? aku pun x sure, tapi aku boleh bagi tau kat MRRII berdepan dengan GlaxoSmithKline... ok,, harapnya korang taulah yek..

perjalanan dari Shah Alam ke sana pada hari Jumaat adalah sangat mencabar.. nak ikut Federal Highway atau KESAS + MEX atau NKVE.. last - last amik NKVE.. tapi jam yang tak boleh disangkal... Alhamdulillah.. anak dara tido lena dalam kereta.. tapi mungkin ada hikmah disebaliknya... sebab sebaik sahaja melepasi Tol Jalan Duta.. masuk DUKE... sekali...

"waa.. Bie... Camaro.. kaler Kuning.. Chevy"


"bie... keta Jejai lah"
"Ha!! ye ek"
"tu tengok plat"



ha ah ko.. JEJ41.. tulis rapat lagik.. baik punya kejar.. dapatlah potong.. pastu dia pulak slow.. aiyak...
then husband aku pun slow down sebab nak bagi peluang wife dia amik gambar..
tapi tinted sangat gelap yang confirm tak lepas JPJ.. so tak sure ada org ke tak sebelah dia...


then kereta tu pun potong we all macam nak menuju ke KLCC..


takpelah.. dapat gak tgk keta Camaro yang salesman(woman) aku pernah mention suatu masa dulu..


akibat terbayangkan Camaro kuning.. 1 gambar kat Bambu Istana tak sempat nak snap pun...

Tuesday, August 23, 2011

The day I went for painting class

Darin suka sangat coloring.. tiap kali keluar, mesti akan mintak beli kaler pensel.. itu ok lagik and selalunya dapat yang paling kecik, pendek dan murah.. sebab dah tau kejap lagik mesti hilang entah ke mana.. pernah sekali beli crayon... and sekali tu jenis macam marker pen... itu dah habis merengek dah tu.. and now nak mintak water color... memang tak dapat lah..


one fine day, ternampak lagik kelas art ni, tak ingat apa nama dia, tapi kat One Utama, wing baru, jalan nak menuju ke Home's Harmony.. Darin mintak masuk situ... so bila tanya semua.. orang tu pun terangkan lah...


kat setiap art tu ada tulis umur berapa yang sesuai.. macam 3 tahun ke atas, pr 4 tahun ke atas or 5 thn ke atas dan seterusnya.. then ada harga masa berapa lama diperlukan untuk siapkan art tu + warna.. means, dia akan bagi anak kita board yang dah siap cutting, then anak kita sambungkan sendiri sampai jadi bentuk macam model yang dia nak and warnakan sendiri..

kalau 1hr, means RM30, kalau 2 hrs darab sendiri lah, so majoriti amik yang 1hr je.. melainkan korang nak tinggalkan anak korang lama.. bolehlah amik yang lagik lama.. kelas akan start setiap 1 jam.. masa we all sampai dah pukul 12:30pm, so next class is 1PM, so register awal - awal, pilih model apa nak and jalan jap..


dalam 10 minit pukul 1pm, we all pergi balik and tengok dah ramai yang beratur.. kira oklah Darin register awal, sebab maksimum pun dalam 10 budak je dalam 1 masa... sebelum we all tinggalkan dia, siap pesan dengan cikgu dia.. once Darin ckp "Nak daddy" just call kita org... so selesai letak Darin, we all pun jalanlah berdua..

rasa awkward jugak bila takde Darin sebab dah biasa bertiga. sikit - sikit tengok jam.. sikit - sikit tengok jam, jalan pun tak pergi jauh, risau tinggalkan dia... lagik 10 minit pukul 2pm, cikgu dia call.. hehe... bila sampai, tengok dia tengah duduk  kat kerusi, maybe sbb tengok org lain semua dah keluar, tu pasal dia cakap "nak daddy" tu..


 so inilah hasil yang Darin buat pada hari ni...

Monday, August 22, 2011

Sudu Gemuk

sapa ada sudu gemuk angkat kening....

sudu gemuk atau dalam englishnya Fat Spoon...

actually, bukanlah aku yang plan pun.. tapi kebetulan dah aku amik cuti sebab nak settlekan hal ASTRO dan Hong Leong Insurans.. aku singgahlah kat opis lama sekejap.. nak jumpa member lama... nak borak - borak macam dulu since dah lama sangat tak face to face dengan dia org...

Atiqah, Azie, Putri and Maina

dalam diam - diam, they all nak ajak makan kat Fat Spoon tulah... so aku ok jelah.. janji dapat borak - borak sumer.. tapi they all memang best...

Me, Lilian and Hooi Sin

kita orang get together since 2005, masa tu zaman Vallent, QA team pun memang sangat baru... cuma aku sorang je takde knowledge QA, tapi aku kena buat DBA job + UNIX + QA/testing untuk team tu.. and they all sangat co-operate dalam semua benda...

Yang tengah tu Manager dah (Hooi Sin, Lilian, Reenee, Hooi Lee and Pey Yee)

banyak benda fun we all shared together.. suka, sedih, pahit, manis.. hahaha... so bila dah berjauhan still lagik keep in touch sebab kami masih lagik menggunakan Samtime untuk communicate... but now.. no more kan..

anyway.. thanks u all..

Sunday, August 21, 2011

Darin's Makeover

inilah paling yang dia tak suka.. GUNTING rambut... dia rasa macam gunting tu nak gigit pipi babam dia kot..hahaha.. dulu selalu gak gunting rambut dia sampai senget - senget, pastu kena hantar kedai kasik alter.. rugikan, still kena bayar harga penuh walaupun gunting secoet.. kali ni kasik panjang sket baru gunting...


nak potong rambut nak kena pujuk itu, ini, pengsan.. memula tu amoi tu guntingkan rambut dia ok lagik, tunduk pun dia tunduk, senget ke kiri pun ok, ke kanan pun ok... tapi cuma bertahan dalam 5-8 minit je kot.. member dah mula resah gelisah..

dah dengar dia mendengus..


pastu muka dah mula berkerut..


badan plak dah mula goyang - goyang.. amoi tu pun jadik susah hati nak gunting, tapi dia kenalah profesional.. kalau tak... hhmm sendiri mau ingatlah... bukan kedai murah plak tuh... sekali potong je dah sama cam emaknya potong rambut..

 punyalah lama we all bertahan sebab nak bagi settle.. akhirnya selesai jugak... tunggulah lagik 4-6 bulan, sure kena gunting lagik rambut dia ni...

Saturday, August 20, 2011

Shopping ke tuh

/* Entry lama jugak */

Hi.. Saya Darin


hari ni mummy amik saya awal kat school, mummy kata nak amik daddy kat work daddy..
daddy work kat Garden.. tapi daddy bukan kerja kat hotel.. office dah kat sebelah Garden Hotel tu...

saya baru lepas jalan - jalan dengan mummy.. mummy bawak saya masuk Robinson je, mummy cakap kat sini boleh main jugak sebab tak ramai orang... besttt.. saya main sorang je..

saya nak beli mainan tapi mummy tak bagi sebab mainan saya dah banyak...
tapi mummy bagi beli saya Missing Puzzles... hhmmmm macam best kot..
mummy cakap game dia sama macam dalam iPad saya.. carik benda yang hilang atau tak sama..
tak sabar nak balik rumah dengan mummy..


oklah daddy saya dah keluar office, saya balik dulu..

Friday, August 19, 2011

Santai di VW

kalau plan selalu tak jadi.. so kena buat style terjah...
ni dah lama dah gambar ni, baru ni nak  sempat bercerita..


ini kali ke-2 kami ke VW untuk buat lawatan sambil cuci - cuci mata.. tapi kali ni Insya Allah buat keputusan muktamad kot...


seawal pagi dah keluar rumah, Darin pun kena bangun awal.. tak ingat pulak plan selepasnya nak buat apa.. tapi kat sini kena selesaikan dulu...


sampai kat sana... salesman(woman) yang dah dijanjikan memang dah terpacak tunggu kita org... setia betul dia ngan kita org.. seorang melayu, perempuan tapi gaya dia kalah lelaki.. so far dia punya service mmg superb, kami puas hati dan boleh rekomen kalau sesapa nak ke sini...

dulu dah test drive Polo, masa tu aku sendiri yang bawak, kali ni nak test drive Golf pulak, saja nak test, cuma kali ni aku tak drive, cuma husband aku je yang drive... so apa rasa dia?? kena tanya dia sendiri...

kebetulan pada hari we all datang tu memang ada buat makan - makan, ada clown, and etc.. bolehlah sambil cuci mata layan darin main colouring.. main itu, main ini, orang ramai?? boleh tahan... ada yang tau dari salesman sendiri, ada yang tau dari kawan - kawan.. majoriti adalah MELAYU.. Alhamdulillah...

so we all pun lama jugak kat situ sebab nak buat keputusan.. yelah ini bukannya kecik punya keputusan.. keputusan yang jitu dan padu.. dua - dua mesti setuju walaupun yang bayar confirmlah big boss tu..hahaha...

so bila kata putus dah buat... dapatlah keputusan... rasanya dah ramai kot yang tau... sebab dah pernah kuar dulu.. antara dapat tangkap atau tak je.. apa pun, Alhamdulillah syukur...


meh cuci mata dengan keta yang ada kat sini... korang pun boleh datang test drive, takpe, free, x kena bayar pun...









BIG BOSS ada sebut masa nak tukar kereta... "mana tau, beli keta baru, ebi pregnant.." nak tahu masin atau tak mulut dia, kita tunggu jelah yek..

Tuesday, August 16, 2011

kulepaskan mu

hari ini
dengan rasminya aku memulangkan semua barang yang dipinjamkan kepada aku
harapnya semua yang sepatut aku pulangkan, dah pun aku pulangkan
in case ada hutang, harap dapat settlekan..
and claim aku jangan lupa masuk.. yang tu tak boleh kurang...



banyak yang aku rindu
tapi semua tu hanya kenangan..
aku berdoa semoga hari mendatang lebih baik daripada apa yang telah aku alami..
doakan aku...

untuk kawan - kawan aku yang tinggal...
korang memang BEST....

Monday, August 1, 2011

Biqque's July Lucky Follower

Dah berzaman aku skodeng blog kawan aku ni, baru kali ni nak join.. Insya Allah lepas ni nak join jugak.. kenangan katakan... mana tau kot - kot dapat hadiah farewell terus.. senang tu biqque.. tak payah pos.. by hand sajork...

yeayy..yeaaay.. hamik ko.. 6 kali tekan next baru nampak akunya gambar profile.. glamour kawan aku ni.. ramai follower...


korang pun boleh follow jugak yek.... cam aku buat..
cepat..
8 August dah nak umum pemenang dah... chai yookk..

sesapa rasa confuse.. boleh terus TEKAN KE LINK BIQQUE ni untuk baca terms and condition...

good luck...

Salam Ramadhan dan Selamat berpuasa

Selamat Datang Ramadhan...
Alhamdulillah dapat puasa lagik sekali... seronok pulak rasanya kali ni walaupun baju raya cuma selai je tahun ni.. cuma sedondon dengan Darin.. harapnya siaplah cik Nora Tailor tu buat..

Apa - apa pun... aku nak minta ampun dan maaf pada semua yang singgah kat blog ni, walaupun tak selalu.. walaupun sekali imbas.. walaupun sekadar tengok tajuk... aku ok je... no hal punya..

korang puasa elok - elok yek.. jangan lupa bangun sahur.. nanti takdelah alasan GASTRIK sebab tak bangun sahur..
bukak puasa pun berpada - pada... jangan makan sekali harung.. kang tak larat pulak nak bawak perut Solat Maghrib + Isya' and Tarawikh..

sesapa yang buat business kuih raya.. boleh je komen - komen kat sini suh aku tgk kuih raya korang, manalah tau kalau ada yang aku berkenan, leh order terus....

hhmmm tak sabar jugak nak tunggu sampai 16 August ni sebabnya... hhmm tu kena tunggu dululah..

oklah kawan - kawan semua.. selamat menjalankan ibadah puasa ok...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...