Followers

Tuesday, July 23, 2013

Saya dah 3 bulan

Salam aunties and uncles.. hari ni saya dah 3 bulan. Semalam saya ada selsema sikit, hachum..hachum pagi - pagi.. and batuk pun ada sikit (opss speaking pulak). Saya suspek jerebu kot..huhuhu.. oh.. jiran kiri dan kanan saya pun tengah sibuk buat construction ni.. jadi tak boleh nak duduk rumah selalu. Mummy kena bersihkan rumah selalu. Tak sangatlah, mummy panggil kakak cleaner hujung minggu bersihkan rumah (opss.. sorry mummy, kantoi pulak).. Pagi - pagi saya memang kena duduk nursery, mummy work, daddy work.. nanti tengahari bila kakak balik dari school baru dapat cium bau kakak "sniff..sniff".. tapi skang kan bulan puasa, so daddy ambil saya awal. Pukul 5 daddy dah balik. Mummy lambat sikit walaupun office mummy dekat.

Muka tak setuju bila dah sampai nursery

Eh nak cerita pasal kakak saya. Tahun depan dia dah darjah 1.. huhuhu saya sorang - sorang kat nursery nanti.sedihnya.. tapi takpe, saya kena strong sebab saya baby QQ.. Kakak saya dapat offer masuk SRAI19 dengan SKS9.. wah.. belum apa - apa dah dapat offer macam masuk asrama/universiti pulak.. keleesss ler tuu.. tapi tak tau lagik nak masuk mana. mummy dengan daddy tengah pening. Dua - dua sekolah pun bagus. 2 -2 sekolah pun jadi rebutan semua orang. Nak masuk 2-2 sekolah ni ada exam tau. Kalau result bagus je baru boleh masuk sekolah ni. Tapi rezeki kakak saya tu dapat 2-2.

Banyak sangat orang cerita sekolah ini ok, sekolah itu ok, sekolah ini masalah camni, sekolah itu masalah lain. Kesian jugak dengan mummy dan daddy. Ada lagi 2 hari je untuk mummy dan daddy buat keputusan. Sebelun 25 Julai ni, kalau daddy tak daftarkan kakak masuk SRAI 19, automatik kakak akan sekolah kat Seksyen 9 (woohoo.. tutti fruttilah tu)..hhmm kan bagus kalau saya boleh tolong mummy and daddy buat keputusan.

Semalam daddy cakap Penolong Kanan sekolah SRAI19 call daddy, dia tanya, kaak Darin nak masuk sekolah tu tak? Jadi ke tak nak daftar. Berminat tak nak masuk sini sebab kami nak tahu sangat ni? Apa ke hot sangat kakak aku ni? Pelik pulak daddy. Tak ke makin pening kepala daddy saya. Dahlah 2 hari lepas daddy saya diserang sakit kepala, saya pulak tak nak tido malam masa tu sebab jeles mummy keluar shopping dengan kakak kat Plaza Alam Central.. ni pening lain pulak yang datang. Oh.. saya tak tau pening tu apa, tapi sebab dengar orang cakap, so saya follow je.

Kita tunggulah mummy dengan daddy cakap apa nanti. Saya ok jer.. "choott..choottt" (efek minum susu)..

Oklah aunties and uncles semua. Jangan lupa ye, puasa belum sampai hujung lagi. Jangan up gambar makanan banyak - banyak nanti orang kata "mental ke hapa budak ni". Setakat hari ni kakak saya 2 hari tak puasa. Yang lain semua penuh. Kakak tak tahan godaan bau makanan. huh.. Tapi kakak saya dah kurus sikitlah.. seluar jeans tahun lepas tak ketat dah.. mummy pulak?? hhmm no komen. Tak boleh komen banyak - banyak, nanti mummy tak nak buat susu saya.. "choott..chot..." (sambung minum susu lagi)..

Ok.. saya nak rehat dulu. Penat rupanya menaip ni..nanti ada masa saya mengomel lagik kat sini...
babaiiii

Dari bucuk macam
Baby QQ

Thursday, July 18, 2013

Second Step Education for Kids - Part 1

Dulu dah pernah cerita Education for Kids.. Masa nak tetapkan sekolah tadika Darin. Baru survey 3 sekolah rasa dah pening. Walaupun banyak sangat yang disenaraikan, tapi kena senarai pendekkan untuk kita senang buat keputusan. Now her 2nd step.. which is primary school.

Ada banyak sekolah rendah kat area Shah Alam yang kami boleh hantar. Alhamdulillah lokasi rumah masih lagi strategik, sama ada nak masuk kawasan Shah Alam terus atau kawasan Bukit Rimau/Kemuning. Tapi kawasan Bukit Rimau dan Kemuning we all keluarkan dalam list awal - awal sebab tak satu jalan nak ke tempat kerja. Risaukan jugak pasal transport. Tapi sebenarnya kawasan rumah kita orang memang ada masalah transport dari awal. Tapi sekarang dah ok sikit, ada transport direct ke Sekilah Bukit Rimau, Seksyen 24, Seksyen 19 dan Seksyen 18, itupun sebab dah ada nursery bukak kat kawasan rumah kita orang.

Beralih pada Darin, pada awalnya, memang aku dah daftarkan Darin kat Sekolah Kebangsaan Seksyen 9. Katanya Sekolah Berprestasi Tinggi. Dengar nama pun dah bagi harapan tinggi untuk anak kita dapat masuk and belajar kat sana. Siap jumpa Guru Besar, Puan Normah nak tanya chances untuk Darin dapat masuk. Ada lebih 200 yang mendaftar tapi hanya 180 sahaja yang akan di ambil. Bergantung kepada lokasi dan keputusan peperiksaan. Pada awal memang excited nak suruh Darin masuk sini sebab bila masuk sekolah ni pun dah rasa best. Tapi risau tetap ada, in case kalau Darin tak dapat masuk situ, dia akan tempatkan Darin ke sekolah yang berhampiran dengan rumah. So mungkin Seksyen 19, Seksyen 24 atau Bukit Rimau kot.

Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19, Shah Alam

Dalam bulan 4 lepas, ada jiran we all suggest masukkan dekat SRAI Seksyen 19. Bezanya dengan Sekolah Kebangsaan, SRAI dia ada silibus Sekolah Kebangsaan dan sekolah aliran agama. Means Darin dapat 2 in 1. Pun Sekolah ni ada exam jugak and majoriti cakap soalan SRAI sangat susah. We all just daftarkan je, and tunggu je keputusan nanti.

Ibu-bapa yang setia tunggu anak - anak habis exam. 
Kalau 500++ students, boleh bayangkan tak kereta bersusun kat Taman perumahan Seksyen 19 tu macam mana

So tibalah hari exam, kebetulan dua - dua sekolah buat exam pada hari yang sama. Sakit tak hati. Ok takpe, sabar dulu, so husband aku try call sekolah Seksyen 9, and tanya boleh tak dapat exam lambat sikit sebab ada hal. Dia kata tak bole, kena ikut waktu yang dah ditetapkan. So memang we all kena decide salah satu jelah. So pada hari kejadian, husband aku bawak Darin pegi exam kat SRAI je, tapi aku ni nak jugak dia masuk SKS9 tu. So aku tunggu kat rumah jelah. Exam start dari pukul 8 kalau tak silap, sampai pukul 12 macam tu. Tunggu punya tunggu, they all sampai rumah around 1pm++ jugak.

"Darin pegi exam dua - dua sekolah. Wife Syahnaz call SKS9 dia kata boleh je pegi lambat. So kita org pegilah sama - sama". Means, adalah 3-4 org budak Alam Impian yang pegi exam lambat kat SKS9 lepas exam kat SRAI habis.

Darin amik exam kat bilik guru SKS9, Shah Alam

"Darin exam kat bilik guru dengan bebudak ni. Orang pegi kantin sebab budget sure lama macam SRAI tadi, 1 jam ++. Baru nak duduk sekali cikgu dia dah hantar Darin. Dia kata Darin dah habis exam + oral sekali. Aik?? 20 minit je? Betul ke dia jawab semua soalan cikgu?"
Bapak dah mula pelik, ke anak dia dah bosan mengadap kertas exam, so buat suka - suka hati je? Tapi Darin cakap "Senang je... Pastu teacher suruh baca Bahasa Melayu dengan English". Ok tunggu lagik 1 bulan.

Tengah khusyuk cerita dengan daddy pasal exam dia senang sikit compared to SRAI

Awal bulan 7, we all dapat surat dari SKS9. Memang ayat dia kita org tak faham, sebab dia tak cakap "anak anda berjaya untuk didaftarkan ke SKS9 or what ever". So husband aku call SKS9. Boleh dia cakap "Oh.. dah dapat surat, dah dapat masuklah tu, tahniah yek". Aik macam tu je ke? Takpelah, tunggu je dia update kat website selepas 16 Julai nanti.

8 Julai pulak result SRAI keluar. Aku budget susah kot darin nak dapat, daripada 500++ budak, dia nak amik dalam 200++ je... berapa ramai tu. Dikuatkan lagi dengan ayat penyata Darin dulu "exam SRAI susahlah mummy, saya banyak tak jawab soalan jawi dengan Arab". Dekat Al-Ikhlas memang Darin belajar Arab dan Jawi tapi yelah, dia pun confuse jugak nak tulis, huruf ba, nun dan sebagainya. Kita faham.  So bukak jugaklah website SRAI.. sekali tengok Darin berjaya dapat sekolah tu. Macam tak percaya pun ada jugak. Ada 6 kelas untuk budak Tahun 1, and we all kena daftarkan Darin sebelum 25 Julai.

Result untuk SRAI Negeri Selangor 2014

Aku nak tunggu jugak keputusan SKS9 dari website MOE tu, so pada 16 Julai tu masuk website, nampaklah nama Darin berjaya ditempatkan jugak... Kesimpulannya, dedua sekolah pun dia dapat. Tapi persoalannya... Nak masuk yang mana satu ek???


  Result from website MOE untuk pendaftaran Sekolah Kebangsaan

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

Alhamdulillah... Ramadhan datang lagi.. Kali ni rasa sedikit seronok sebab dah ada pertambahan dalam ahli keluarga.. sedikit mencabar specially time berbuka atau time bersahur si kecik nak susu atau mengantuk nak tidur... So far pagi tadi sahur.. dia tidur lena..

Malam tadi first time Darin tidur sendiri. Tak snap pulak gambar dia tidur. Tak cakap banyak pun.. Tetiba dia rasa enjoy nak tidur bilik sendiri kot. Cuma dia cakap "Kat dinding takde gambar kartun pun?" hahaha macam nurserylah pulak kalau ada kartun. Wall paper kaler pink gambar dinasor tu dia cakap "macam bilik baby".. ok dia dah big girl. Kalau dia nak something new.. In Sha Allah... kalau ada rezeki nanti adalah.


Bangun sahur pun ok. daddy dia kejutkan bangun, boleh je bangun. Makan nasi dengan minum air susu Nespray. Kita tengok dia dapat tak bertahan sampai petang. Buka puasa lambat kan? At least dia nak cuba and patut galakkan je...

Semalam baru dapat barang yang diorder untuk sikecik. Memula nak beli kat kedai, sekali ada orang jual dengan harga yang murah, cuma lambat sikit dapat sebab tiap kali bebudak GDex tu nak datang office, aku takde office atau dia call tak dapat. Petang semalam ada sedikit merayu bila dia terpaksa keluar dari office lepas dia call aku tak dapat. Sekali dalam pukul 6.02pm dia call cakap nak hantar barang. Takpe aku sanggup tunggu. Tengok je muka bebudak GDex tu, sejuk hati aku... agaknya dia dah kesian sangat kat aku kot. haha..


So balik tu daddy bertungkus - lumus jugak memasang. Sebab nak rushing mandi, makan, solat and nak pergi Tarawikh. Bestkan bila sikecik tidur lena dari pukul 7.30pm.. aku boleh uruskan Darin, basuh baju sidai kain and lipat kain. Kemaskan baju dia orang semua. And kakak pulak dapat tidur guling - guling atas katil sendiri... Baik anak  - anak mummy.


So you alls.. apa juadah hari ni? Hmm tak fikir lagi, masak apa yang ada dalam peti ais. Semoga ibadah puasa kita tahun ni diberkati olehnya...

Monday, July 1, 2013

keQASEHku ke Nursery

Hari ni officially Qseh pergi nursery..
sebak?? tak pun, bersemangat sejak malam tadi
siapkan barang dia, and siap suruh daddy dia angkat bantal, tilam, botol susu, botol and segala kelengkapannya.. tetiba nak isi baju, takde beg.. boleh??
letak dalam bag TRU je.. huwwaa.. takpelah Qaseh.. yang penting semua ada eh..

Harapnya anak mummy ok hari ni.. tapi maybe half day je.. saja nak test dia.. nanti petang Tok Ma dia nak jaga dia pulak... esok In Sha Allah full day dengan kakaknya sekali..

Darin pun dah excited nak day care pulak.. hhmm bosankan duduk rumah sorang - sorang takde kawan...

Harap semuanya ok...

Anak mummy yang suka tengok pokok dan langit

Wednesday, June 5, 2013

Dah habis pun

Selamat sudah 44 hari berpantang. Macam tak percaya ke dah nak kena masuk office balik. Baru je plan nak amik cuti tanpa gaji, sekali check dengab HR... dia tak bagi. Company tak amalkan policy unpaid leave... specially for holiday... macamlah aku nak amik unpaid leave pegi holiday. Dah dia cakap macam tu, malaslah nak meneruskan niat...
So pantang kali ni ada sikit lain. Since aku kan caeser... so awal - awal tu memang takde bengkung and urut semua. Cuma jaga makan je sebab jahitan belah dalam. Alhamdulillah since doc cakap jahitan memang dah ok, sebab pakai gam macam tu. Dia bekalkan macam wipes beralcohol, dia suruh sapu tiap kali lepas mandi. Aku siap keringkan dengan hair dryer. Memula memang mintak org lain sapukan wipes tu kat perut sebab tak nampak. Masuk minggu ketiga baru aku buat sendiri...
Untuk 3 hari berturut, mak aku rebuskan ikan haruan dengan akar kayu yang dibeli di kedai ubat cina. Pagi dan petang untuk cepatkan luka baik. Aku memang tak makan jeli gamat atau pati haruan. Dah 2 org cakap kat aku jangan makan even Dr Hamid Arshad pun dah pesan macam tu. Selain dari tu, mak aku masakkan ikan haruan, untuk 2 minggu je. Makan banyak pun tak boleh katanya. Aku takde masalah nak makan ikan so aku rasa ok je. Thanks untuk suami aku yang beetungkus-lumus carikkan ikan haruan and my mom n my in law yang masakkan ikan haruan untuk aku.
Selain tu aku makan buah limau banyak. Untuk elakkan sembelit dan bagua untuk sembuhkan luka. Sayur pulak aku makan semua kecuaki sayur yang sejuk-sejuk. Ayam, makanan laut and ikan berbisa memang aku tak makan termasuk telur.
This time ada sikit longgar bab pantang dari mak aku. Aku rasa dia dah mula memahami. Even pada hari ke-7 dia selamba je suruh aku makan goreng pisang...
Bab urut kali ni aku guna khidmat kak nurul dari Puchong. 2 org kawan aku recommendkan dia. Memula takut jugak kalau tak dapat urut dengan kak Nurul, tapi dah rezeki dapat jugak. Dia start datang rumah aaku sehari selepas pilihanraya. Means lepas 2 minggu. Hari pertama dia datang dia just tungku, urut and pakaikan bengkung sbb aku dah mandi sebelum dia datang. So tak dapat buat tangas. Esoknya baru buat tangas, mandi herba, tungku, urut and bengkung. Aku guna khidmat dia untuk 5 hari. Kalai ada budget lebih, memang berbaloi amik dia lama sikit. Memang best sangat.
Selain dari tu sapu minyaj kat kepala and kaki supaya tak masuk angin. Set tanamera yang aku beli tu aku banyak pakai separuh je. Pilis aku cuma pakai 2 hari. Teh herbal tu ada lagi untuk beberapa paket. Tapel untuk pakai kat perut ada dalam 4 peket lagi kot. Scrub tu ada lagi 1. Massage oil dia memang aku guna. And yang lelain tu aku pakai sikit-sikit je. Stokin pakai sampai hari 40 je. See.. cengkelat sangatkan. Seminggu lepas bersalin pegi hospital. Sebelum tu pun dah ada pegi hospital sebab baby demam sikit. Hari ke 27 pun pegi hospital sebab baby batuk. Hari ke 39 dah sibuk beli barang rumah kat big aeon. Hari ke 40 dah sampai Empire. Harapnya takde apalah nanti.
Oklah nak stop dulu. So next time update lagi and harapnya ada gambar baru. Harap baby baik-baiklah hendaknya lepas ji.

Friday, May 24, 2013

Adakah Mummy Tewas Dan Pasrah.... Qaseh

Bayi baru lahir memang tak tau apa-apa.... kita yang akan mencorakkannya...
Aku ada mentioned pasal kisah menyayat hati entry lepaskan? Inilah kisahnya....
Sejak pregnant... aku selalu visit semua blog untuk dapatkan info pasal penjagaan bayi, berpantang sendiri and breastfeeding concept. Tambah pulak kali ni ramai sangat kengkawan seangkatan yang pregnant. Seronok kongsi info. Mana kengkawan aku yang dah berjaya bf kan baby, semua bagi moral support. Ada yang nak bagi aku pinjamkan dulu breast pump, ada yang bagi storage milk kat aku and banyak lagi. Masa tu aku rasa tak sabar sungguh nak tunggu baby keluar and bf kan dia.

Hari pertama kelahiran Qaseh, nurse tolong pegangkan Qaseh untuk aku bf dia. Dia tido masa tu so kena kejutkan dia. Perasaan masa tu memang best sgt. Tapi taukan kisah aku dapat bilik 2 bedded yang tak boleh ditemani oleh sesiapa. Baby Qaseh terpaksa aku relakan duduk kat nursery sebab takde sapa nak tolong angkatkan dia and letak pada aku untuk bf. Takkan asyik nak tekan loceng je. Pada siang hari baru Qaseh akan ada dengan aku. Itu pun aku mintak nurse siap-siap tegakkan katil supaya aku boleh angkat dia.
Dengan info and ilmu yang aku ada, aku set dalam kepala yang susu ada cuma tak banyak. Tapi memanh cukup untuk perut baby yang sebesar kacang. Walaupun pada hari kedua Qaseh lihat dunia, ada je yang nak cakap susu aku takde, bagi je fm. Sedih ok. Tapi aku berkeras jugak nak bagi bf.

Hari ketiga kami balik rumah. Malam tu mulalaj Qaseh nangis..Taknak tido. Dah bagi susu pun still meragam. Tak tau kenapa. Satu rumah pujuk dia..Tapi bila nak pagi baru ok sikit. Hari  keempat, tiba-tiba badan Qaseh aku rasa panas. Aku check suhu dia dah 38. Terus pergi hospital. Bila sampai sana,  suhu turun jadi 37.7. We all amik keputusan yang nak monitor sendiri kat rumah since doc cakap condition baby ok. Doc siap pesan, kerapkan bagi susu sebab susu ibu is the best. Rasa semangat je aku. Malam tu kita org perasan yang wee wee Qaseh macam ada darah. Aku terus google and confirm it's not blood tapi kristal. Korang boleh search info ni or dapatkan pandangan doktor. Kristal tu berterusan sehingga hari ke-enam. Tapi bukanlah tiap kali wee wee, sesekali je. Kisah Qaseh nangis tengah malam tu still berterusan jugak, and kami tetap kena bersabar.

Hari ke-enam adalah hari yang aku sangat pasrah. Hari yang Qaseh terima ramai sangat kunjungan. Syukur. Even kakak cleaner yang datang cuci rumah kita orang siap bawak hadiah untuk Qaseh. Petang tu ada SIL and neighbour aku datang. Masa tu pun Qaseh siap mengamuk masa aku df kan dia. Then jiran aku suggest pam. Kebetulan aku baru je cuci botol and breast pump. Since dah dia orang ada, so nak trylah. Memula macam tak function, tapi bila check balik baru function. Aku tunggu je and masa tu baru aku tau yang susu aku tak banyak. Bayangkan pam sebelah dekat 15 minit nak dapat 1 sudu teh pun susah. Aku memang menangis tak tau malu dah masa tu. Sapa yang tak sedih kalau apa yang kita harap tak jadi nyata. Aku terpaksa redha bagi jugak Qaseh fm yang hospital bagi. Berderai air mata aku bila tengok Qaseh tido nyenyak lepas minum fm. Malam berikutnya sehingga Qaseh cecah umur 8 hari dia tido lena jugak. Dan hari ke-8 tu dia dah start balik poo poo since hari ke -4 tu kira hari last dia poo poo.

Aku tetap teruskan mengepam. Aku guna teknik double pumping. Pernah sekali aku dapat lebih 1oz. Selainnya aku rasa dalam 10ml je kot. Aku kumpul semua. Dah kumpul dekat 6 botol pun susah nak dapat sampai 2oz. Tapi aku tetap suakan pada Qaseh. Tak kiralah berapa titis pun yang masuk ke dalam perutnya.
Apa yang aku tak cuba buat untuk tambahkan susu?  Rasanya banyak aku cuba. Aku minum susu. Makan sumber protein macam kekacang. Longan kering dengan kurma merah air dia aku rebus dan minum. Makan pegaga. Makan peria. Makan jantung pisang. Aku minum air rendaman halba. Makan lobak putih. Aku cuba petua dari tukang urut aku, susu HL + kismis kuning + madu + halba dan di blend. Mungkin aku belum cuba Shaklee, Fenugreek, pil ASI and etc. Setiap kali mengepam aku tuam denga  tuala panas. Baca Doa surah Al-Baqarah ayat 60. Zikir Ya Matin bila terluang. Tapi aku rasa macam tak berhasil. Dalam beberapa minggu lepas, aku jumpa blogger yang masalahnya sama dengan aku. Dan dia akhirnya pasrah terpaksa redha bagi anak dia fm sebab segala usaha dia tak memdatangkan hasil. Mungkin aku dan ibu tu antara 1-2% yang tak berjaya menyusukan bayi secara bf.

Tapi aku jadi serba tak kena hari ni. Balik dari jumpa paed Qaseh, Datuk Dr Zul kat KPJ Selangor, dia suruh aku bfkan Qaseh. There's no such thing tak cukup susu for baby. Dia nak akj fully bf Qaseh and nak tengok berat Qaseh on next appoiment. Tadi pun aku siap jumpa insan yang tak dikenali. Dia pun pujuk aku untuk bf Qaseh. Kesian katanya. Dia pun 8 hari lepas bersalin takde susu tapi tetap paksa jugak. So aku cuba jugak. Tapi aku tau yang Qaseh dah sedap minum susu dari botol sebab air dia  laju. Aku ingat apa yang kakak urut aku cakap "susu adik ada cuma tak memancut je. Takpe, cubalah mana yang boleh dan serasi"...

Bila dengar ayat org lain yang succeaa bf baby, terasa sangat aku ni macam ibu yang gagal....
"Oh... saya mmg bfkan anak saya sampai 2 tahun lebih"...
"hmmm saya tak tau sangat pasal fm ni sebab saya susukan anak saya sampai 1 tahun lebih"

ok fine. korang berjaya and nak cakap aku gagal lah ni. Sedih ok. Aku seboleh-boleh tak nak stress.  Kawan aku siap suggest pergi shopping and releasekan tension, baru boleh produce susu dengan banyak.
Dulu siap ada insan buat statement, "anak yang menyusu denga  susu formula anak lembu". Sakitnya hati. So nak kategorikan anak aku ni anak lembu. Orang yang tak mengalami masalah ni bolehlah cakap. Hanya orang yang berdepan dengan masalah ni je yang tau...

Kalau ini suratannya... mungkin aku terpaksa akur dengan suratannya.. Maafkan mummy Qaseh... Mummy tewas dan pasrah...

Thursday, May 23, 2013

Sepurnama sudah

Alhamdulillah.. hari ni Qaseh cukup 1 bulan...  Qaseh Qaireen bt Azizul Hakim. Nama pun susah nak decide. Ada banyak list dalam mind kita org. Hinggalah pada hari nak daftar nama kat JPN siap ada dokumen tertinggal n boleh lagi pening nak fikir nama.


Kali ni pendaftaran ke JPN selain IC mak bapak, kena ada rekod kesihatan baby dan jugak mom's monthly checkup report kena bawak. Aku pun tak tau kenapa banyak sangat benda kena siapkan.
Minggu pertama Qaseh kat rumah ada sedikit kacau bilau. Siang nak tido tapi malam dia nangis and siap mengamuk. Nasib baik daddy memang amik cuti 1 minggu. Bila selidik balik, ada kisah yang menyayat hati. Tu nanti aku citer kat entry lain.

So far Qaseh ok. Bangun nak susu and selalunya tido balik. Kalau malam ke pagi bangun susu, if tak tido  dia takdelah nangis. Cuma kita akan nampak mata dia terbukak je. So kena pujuk-pujuk suh dia tido. This time baby Qaseh memang aku n husband yang jaga. Tak mcm darin dulu sbb ada bibik yg jaga. Tido pun bibik yg dodoikan. This time takde. Even aku pun dah start mandikan dia jugak masa minggu pertama kat rumah. See.. boleb jugak buat sendiri rupanya.

Sapa jaga aku dalam pantang?. .. mak and mak mertua gilir-gilir jaga. Tapi ada je hari yg dia org takde so part masak still aku yang lain husband aku uruskan....

Bila dah masuk sebulan, means lagi sebulan je dah nak masuk office balik. Tak cukup rasanya. Husband aku suruh amik unpaid leave sebulan. Sure boss aku bising nanti. Bukan apa, tak sampai hati nak hantat Qaseh ke nursery. Kesian pulak dengan dia. Hope semuanya ok nanti. Bertahan yek mummy....

Monday, May 13, 2013

Diary - Menyambut Kelahiran 4

/* Entry penuh penulisan */

Sambungan dari yang lepas...

Aku cuba tangkap satu - satu perbualan nurse, tapi aku rasa ayat dia macam asing sangat... tak lama lepas tu doktor masuk, dalam 1/2 jam sebelum dia buat round check tadi..

"Masih 6 cm doktor"..

"Ok, kita cuba try push"..

Doktor seluk, dia cuba untuk paksa bukaan, nak cuba cara normal... aku macam tak ready je bila doktor nak suruh paksa aku beranak jugak... sakitnya Allah je yang tau.. kena seluk, contraction, semua ada.. and dalam masa yang sama, contraction tinggi, heart beat still drop. Doktor cuba betulkan kedudukan baby supaya aku boleh normal. Tapi aku pulak asal sakit pegi amik gas, skill push pun aku dah tak boleh nak concentrate .. 3 kali cubaan yang sangat gagal, tak nampak membuahkan hasil..

"Ok,, caeser yang"..
"ha? doktor.. tak nak?"
aku dah start drama dalam tu.. tak nak.. sakit.. apa semua keluar, benda yang paling aku takut muncul jugak.. aku dah tak sanggup nak mengadap OT...
"Tak boleh, nanti baby u lemas, air ketuban dah kurang and heartbeat drop"..

husband aku cuba tenangkan aku, yelah banyak benda aku fikir... sebelum, semasa, selepas.. argghh... sambil tahan sakit aku ambil gas. Nurse pun start call doktor bius and bilik OT untuk prepare case Dr Raja... ya.. Emergency Caeser...

Ada sorang nurse datang and suruh aku minum ubat dalam botol. Aku tak tau apa nama ubat tu dan apa tujuan ubat tu. Tau - tau dia tuang terus dalam mulut aku, rasa macam pahit payau sikit.. tapi aku pun tak tau macam mana boleh telan...

"Ok puan, kami nak tolak puan ke OT, puan tak boleh sedut gas lagi ya"

Jauh betul perjalanan ke OT tu... huwwaa.. kat bilik sebelah pun ada orang nak bersalin dengan Dr lain.. dan aku boleh dengar bunyi baby menangis.. aku tau dia dapat bersalin normal, aku rasa nak menangis sangat. Cepatnya dia, padahal aku yang masuk dari pukul 4 ni kesudahannya ke OT.

Dalam bilik OT nak transfer ke atas katil bedah lagik satu hal. Memanglah semua nurse yang buatkan tapi aku tetap rasa sakit dan rimas sebab contraction still ada. Bila rasa contraction tinggi, aku terbayang yang heartbeat baby drop.

"Encik sampai garisan merah ni je ya"
Husband aku tak boleh masuk, aku sempat tengok muka dia, nampak dia risau sangat. Tapi dia pun kena redha, malam ni dia berdoa agar 2 nyawa selamat..

"Ok puan, duduk ya, doktor nak masukkan ubat bius.."

Ha, ikut tulang belakang? Ini ke ephidural? oh tidak. Dah lah dojtor tu siap membebel sebab dah guna 3 jarum. Sebab tak dapat jumpa. Aku jadik stress. Dengan kaki kanan aku tetiba cramp, sampai aku kena jerit, "kaki kanan saya cramp".. macam mana nak relax, sakit sana, sakit sini..

"Sabar ya Musz.. sekejap je lagik" itu je suara doktor Raja yang aku dengar. Aku nampak dia mundar - mandir depan aku dengan suit biru dan kasut getah macam Phua Chu Kang warna putih sambil pegang gunting... Aku kena Redha dengan apa yang berlaku.

AKu dapat rasa benda sejuk mengalir dalam badan aku, lama - lama sampai ke bawah.

"Ok.. puan boleh baring, kejap lagi kaki puan rasa kebas"

"Kenapa saya boleh rasa?"

Sebab terlampau takut, aku siap cakap macam tu, macam tak redha jugak yang nak kena bedah kejap lagik. Muka aku kena tutup separuh. Aku tak boleh nampak apa - apa, even melalui cermin lampu atas pun aku tak nampak. Aku redha tak nampak apa - apa daripada aku nampak segala - galanya. Aku boleh rasa Dr start toreh perut aku.. itu sekali je, dan selepasnya aku tak rasa apa -apa.. Aku tunggu saat doktor nak tarik baby aku, aku nak tunggu saat aku nak dengar suara baby aku, tapi macam aku tak sedar apa - apa.

Aku rasa macam semua dah nak selesai, aku pun tak pasti sangat. Tiba - tiba ada nurse turunkan baju yang cuba tutup muka aku tadi.

"Eh siapa suruh buka dulu kain ni.."

Ya Allah macam - macam hal dalam OT ni..

Tak lama lepas tu aku pun ditolak keluar dari OT, terus ke dalam wad. Aku dalam 1 bilik 2 orang.

Husband aku datang sebelah...

"Bie.. nak tengok baby tak? comel sangat". Dia tunjuk gambar baby yang baru keluar, aku rasa nak menangis.. Dia pun start cerita..

"Tadi orang kena tunggu belakang line merah, nurse tu cakap dia akan bawak baby keluar ikut pintu tu. Orang tu dekat 1/2 jam. Tiba - tiba orang nampak dia keluar ikut pintu lain, and tak bawak baby, orang dah susah hati sangat. Lepas tu Dr Raja keluar kat tempat orang tunggu, dia cakap Ebie dengan baby dah selemat. Orang nak nangis bie.."

Kesian pulak aku dengar cerita dia.. tak lama lepas tu telefon dia berbunyi..

"Angah dah sampai bawah? Nanti saya turun"

Rupanya kakak aku yang datang, masa tu dah pukul 11 lebih dah, senyap - senyap dia masuk Wad, padahal waktu melawat hanya sampai 9.30pm je.

Tak lama lepas tu aku rasa sejuk sangat. Sejuk yang sampai ke tulang hitam. Menggigil - gigil yang tak boleh dibendung. Nurse datang letak macam warmer atas badan aku, and balut aku sampai 3 helai selimut. Memang tak tahan. Nurse datang bawak baby, nak try breastfeed, nurse yang pegangkan and baby cuba menyusu, kesian sangat aku tengok baby sebab aku tak boleh nak pegang dia. Wayar berselirat. Badan lemah. Sejuk yang tak dapat dibendung. Kesian sangat. Kakak aku dapat pegang baby, so dia yang dukung baby. Aku terpaksa setuju dengan nurse untuk bagi baby susu Formula sementara tunggu aku betul - betul kuat.

Bila sekejap - sekejap rasa sejuk tu hilang, aku terlelap, lepas tu sejuk tu datang balik. Tak lama lepas tu kakak aku balik, bila dia nampak aku macam dah boleh nak tidur.

Husband aku datang bawak beg. Aku pun tak tau nak buat apa. Aku cuma mintak tolong dia charge handphone and make sure semuanya dekat dengan aku dan aku boleh capai.

"Doktor cakap ubat bius ni tahan 4 jam, nanti lepas tu baru ebie rasa sakit. Nanti mintak ubat ye"

Aku pun tak tau macam mana rasa sakit tu, tapi aku tetap kena mengadap. Husband aku tak boleh temankan aku sebab memang dah peraturan macam tu. Aku tetap register untuk nak dapatkan bilik single, itupun kalau dapat. Malam tu aku tidur dalam keadaan tak berapa lena. Bila sakit datang, aku mintak pain killer dengan doktor. Nasi panas dengan ikan bilis + halia goreng yang sempat mak aku siapkan pun aku tak dapat nak jamah. Semua tak sangka yang aku tak dapat nak bersalin secara normal. Nak duduk pun susah. Tiap kali aku nak duduk, aku kena panggil nurse untuk tegakkan katil, sebab katil tu controller dia kat hujung katil bawah. Badan sakit. Punggung tak selesa. Tangan rimas dengan wayar. Tidur antara sedar dengan tidak sambil aku untuk hari siang...  Inilah pengalaman kedua aku yang jauh betul bezanya dengan yang pertama.. kita hanya merancang tapi Dia yang menentukan segalanya.

Apa pun aku bersyukur kerana anak aku selamat. Alhamdulillah, syukur ya Allah... Kini 2 puteri menjadi sinar hidup kami...

Sunday, May 5, 2013

Diary - Menyambut Kelahiran 3

/* Entry penuh penulisan */

Diary - Menyambut Kelahiran 1
Diary - Menyambut Kelahiran 2

Aku tak sempat nak tengok jam pukul berapa aku sampai kat Columbia Asia Puchong. Aku turn dengan mak aku terus ke bahagian Admission. AKu bagi tau aku dah nak bersalin. Dia orang suruh aku duduk dulu. Then terus aku cakap, saya dah keluar air banyak. Terus dia inform dengan attendance yang ada kat situ untuk inform kat Assistant Dr Raja untuk bawak wheel chair. Lama jugaklah menunggu sebab klinik Dr Raja dah tutup. Hari Selasa half day je and aku baru je nampak Syarifah tadi kat dalam Emergency Room. Rasanya tolong staff lain kot.

Sampai je wheel chair, Syarifah bawak aku terus ke Labor Room. Dia cakap bilik belum ada lagi, kalau ada pun bilik 2, bilik single semua penuh. Takpelah nak buat macam mana,  semua orang pun nak bilik singlekan.

Dalam Labor room, isi form yang patut, then pasang alat CTG untuk check contraction. Dah pukul 4 dah time tu. Biasalah soalan yang dia pernah tanya sebelum ni, anak no berapa, dulu normal ke c-sect ke and etc. Dah tak ingat jugaklah. So sepanjang atas katil tu just check CTG punya rekod. Sib baik gelang, rantai semua dah cabut siap - siap, tinggal nak bukak subang je. So masa tu mak aku still ada temankan aku dalam tu. Darin pun sempat masuk tengok aku. Cuma ayah aku je yang tak masuk.

Sakit tu ada tapi still boleh handle. Dalam pukul 5.30pm husband aku hantar mak, ayah aku n Darin balik. Yelah baru 3 cm je pun, sure lambat lambat. Kalau 1 jam 1 cm mau pukul 11 lebih baru bersalin nih. Lepas dia org balik, aku cuba rehatkan diri. Tapi bila contraction tu datang tak boleh tahan. Istigfar bebanyak, segala doa dan selawat yang teringat masa tu semua aku baca.

Kejap - kejap nurse keluar masuk check CTG semua. AKu tanya jugak Doctor datang bila. Maybe lambat sikitlah doktor datang sebab dia pun depends pada report yang staff nurse ni bagi.

Dalam pukul 6.30 dah mula rasa sakit jugak. Macam dah tak boleh tahan. Nurse pun suggest aku amik gas. Yelah aku pun dah tak boleh nak tahan jugak so aku pun start amik gas jugak. Sambil tu tengok jam kat dinding sambil budget pukul berapalah husband aku nak sampai kat hospital ni.

Dalam 7.15pm husband aku call dia memang dah on the way. Pukul 7 tadik Doktor datang check bukaan jugak, baru 4 cm, macam lambat jugak, tapi still ada bukaan so takpelah. Doktor Raja siap pesan, kalau ada rasa contraction cuba push sikit untuk cepatkan bukaan. Macam tak boleh nak control semua sekali sebab bila sakit contraction je aku sedut gas.


Husband aku sampai hospital, solat and makan dulu. Takpelah, nanti dia pulak yang pengsan kalau tak makan. Dalam pukul 8 something macam tu aku dah rasa macam lain. Aku perasan bila contraction tinggi, heartbeat baby macam drop sikit. Dari bacaan 140, turun sampai 70. Aku pun tak surelah sebab apa, just tengok je macam mana. Nurse pun dah start tukar shift. Makin lama makin sakit. nurse siap suruh mengiring ke kanan supaya dapat cepatkan proses bersalin. Tapi aku pulak yang tak selesa and sakit sangat, perut pun rasa berat. Sekejap je.

Pukul 9 pm doktor datang lagik, dah ada bukaan 6 cm, syukur jugaklah masih ada progress dan aku menahan dengan sabar..

Tapi heartbeat baby still drop bila tiap kali contraction. AKu tanya dengan nurse, kenapa ye, dia kata kemungkinan bila baby mengeraskan tulang dia masa nak turun ke bawah ada tali pusat yang menjerut dia, tapi jangan risau, kita monitor.

So aku rasa lega sikit... Tapi lepas tu aku nampak dia amik telefon dan call Doktor... Aku pun rasa macam tak sedap hati pulak...

Monday, April 29, 2013

Diary - Menyambut Kelahiran 2

/* Entry penuh penulisan */

Atas suggestion yang doktor berikan... akhirnya aku pilih untuk balik ke rumah je..

Balik rumah ambil Darin dulu, Darin siap tanya dengan daddy.. "mummy dah dapat baby?"
bila nampak aku dalam kereta, sibuk tanya bila baby nak keluar. Hari yang sangat penat dan akhirnya aku banyak duduk and baring daripada berjalan as per advice.

Malam tu dalam jam 12 sakit contraction datang lagi. Macam yang aku buat pagi sebelumnya, tunggu sekurang - kurangnya 1 jam hingga 2 jam.. tapi semuanya berakhir selepas 12.30am. Walaupun selang masa ada 2 minit, 3 minit dan 7 minit, bila rasa tu hilang, aku terus tido.

Pagi esoknya aku bangun macam biasa, takde rasa sakit. Doktor pun dah bagi MC 3 hari so aku banyak santai and buat apa yang patut. Kebetulan mak dengan ayah aku dah sampai sini petang semalam. Maybe dia orang nak balik jugak dalam petang tu in case aku belum ada tanda nak bersalin.

Lepas selesai masak, aku, husband and mak aku ambil Darin kat sekolah. Sempat singgah kedai runcit beli daun pandan dengan bijan sebab nak buat kuih bakar dan jugak surat khabar. Balik rumah terus makan. Then teringat pulak yang ayah aku nak uruskan income tax, terus aku pun bersiap pergi ke LHDN Plaza Perangsang. Aku siap pesan dengan mak, tunggu aku balik baru buat kuih bakar.

Dalam perjalanan ke Plaza Perangsang, hari macam nak hujan, tapi ada parking berbumbung, apa ada hal. Aku pun masuklah ke parking dengan kereta Merah husband aku. Dah tak boleh bawak Waja bila perut besar sebab tersangkut perut kat steering.

Bila masuk je kawasan P3, aku rasa ada air keluar.. ahh sudah... terus aku pun patah balik rumah secepat mungkin. On the way balik, siap call husband aku siapkan apa yang patut sebab nak pergi hospital terus. Dia pun aku tak taulah menggelabah macam mana. Tapi ayah aku sure lagi menggelabah bila aku duk handle sebelah phone sebelah steering kereta. Nak sampai ke rumah tu tak taulah berapa kali air tu keluar. Aku tau, dah lencun dah seat tu...

Sampai rumah, turun kereta.. air turun lagi. Seluar jeans memang dah habis basah semua dah. Terus sarung kain batik and masuk dalam kereta. Dapat tengok air muka mak aku cuak sangat. Tapi aku still boleh relax sebab tak rasa sakit pun. Cuma nervous nak handle contraction nanti macam mana.

Aku berdoa perjalanan ke Columbia Asia Hospital Puchong berjalan lancar.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...