Followers

Wednesday, August 25, 2010

entry bulan Ramadhan

Lama betul menyepi, sedar tak sedar dah 2 minggu berpuasa...
masuk blog sendiri, takde langsung entry baru, sibuk sket bulan puasa ni dengan kerja yang berlambak.. ni pun sebab cuti hari ni, sempat belek, tukar template and updatelah sket..

cemana puasa korang..
we all macam biasa je, balik awal dalam 4.30ptg, sampai umah kul 5ptg, tapi x masak jugak melainkan masak nasi, masak air, or kalau terasa nak goreng mee atau buat pengat, sempatlah, tu pun rasa dah titisan terakhir dah berperang kat dapur.. yang lain semua kuih tunjuk and amik order dgn jiran sebelah untuk lauk berbuka, tahanlah sampai sahur..

dekat 2 minggu, berapa kali je aku masak termasuk hari ni adalah 2 hari masak bersungguh - sungguh, yang lelain masak memain..ha..ha.. yelah, kenkadang buka umah family or kat luar, balik umah masak sikit je utk sahur, tu yg panggil masak memain tuh tapi xpe, janji masak..

Hari ni sempatlah masak ikan asam pedas, sotong goreng kunyit, sup kentang dan ketam dan ayam goreng ( ni x tau lagik nak goreng berlada atau biar camtu je), mee hoon dah rendam, petang sket baru goreng...

apa menu u all hari ni?? 

7 comments:

alia said...

salam ramadan....

Zie said...

byknye menu muz ;P

mummy Darin said...

alia: Salam Ramadhan
Zie: jarang - jarang masak, sesekali masak tu yg semua benda nak buat he..he..

D.N.A.S said...

Musz makan berapa orang ni sebenarnya? Anyway, selamat berpuasa!

mummy Darin said...

kak dayang: Untuk 2 orang setengah (setengah tu Darinlah), sebab kita kan jaranglah sgt masak, tapi nampak je banyak, tapi sket - sket je...

mekchu said...

meriah nye menu..
selamat berpuasa & selamat berbuka..

mummy Darin said...

alahai sue, meriah lagik kalau 'mak' yang masak kan?? hhmm tetiba terbayang cendol.. nak balik Pilah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...