Followers

Sunday, April 29, 2012

Someone is leaving



Back in 2007








2010








2011









And tonight.. another story begins.....

Thursday, April 26, 2012

Europe Trip - Champs Elysees - Arc De Triomphe

Fuh, tak habis lagik ke trip Paris ni? Sorrylah kawan - kawan, memang lama sangat pendam entry ni. Sampai dah naik lupa dah nak cakap pasal apa.. Kat mana kita hari tu??? ooooo apa kita orang buat lepas check-in??? ok sambung je kat sini..

Cuaca sangat best, sejuk tu dah confirm. Husband aku tengok map kat iPad, banyak benda nak cover dalam tempoh kurang dari 8 jam... termasuk Hard Rock Cafe... tengoklah nanti berjaya atau tak..

Keluar dari hotel, sangat tercabar sebab Darin tak nak turun dari stroller... sama ada kena angkat dia + stroller atau daddynya kena dukung dia, dan aku angkut stroller, manalah tak patah pinggang kita orang dibuatnya. Kat Esplanade Le Defense, we all kena stop dekat Champs Elysees/Clemancau...





Inilah gambaran sepanjang Champs Elysees, ada banyak deretan kedai yang mahal - mahal yang korang boleh terjah.. we all just tengok dari luar dulu sebab kami nak menuju kat tempat bawah ni..



Cuaca kejap terik, kejap biasa - biasa.. tapi still maintain sejuk, sebab tu kena sentiasa bersedia dengan baju tebal. Dia orang yang memang duduk sana pun tak lekang dengan winter coat, shawl, gloves and etc...



Ingatkan tak nak naik atas, tapi husband aku ajak jugak naik, sebab nanti takut tak dapat naik Eiffel Tower, kat sana lagiklah ramai orang kan... so untuk dewasa dalam 8 euro kot, kekanak baya Darin ni free je. Since we all ada bawah stroller, we all boleh naik ikut lift... Kalau tak, memang kena naik tangga, bebudak sekolah pun kena naik tangga, tinggi ko.. rasa macam naik bangunan 10 tingkat.



Lift tu akan berhenti kat 1 level je, then we all tetap kena jalan kaki naik atas.. wah.. sayup sangat permandangan. Siap ada teropong ni ha, serius berat.. masukkan 2 euro kot kalau nak guna, habis semua tempat we all tengok. Darin pun excited sangat..




Dan dari atas Arc De Triomphe ni memang boleh nampak Eiffel Tower. Masa ni pun dah rasa excited jugak dah. Walaupun tak dapat nak jejak kaki kat bawah tu lagik, nampak dari jauh pun dah best dah...





Ni kat level yang we all letak stroller Darin tadi. Ada kedai cenderahati jugak. Banyak sangat tapi harga mahal jugaklah. Rasanya kat mana - mana kedai cenderahati kat Kota Paris ni mahal jugak kot... walaupun kedai biasa.. so antara nak beli dengan tak je...


Sempat masuk Lancel, nak carik barang untuk seseorang, tapi sayangnya tak menepati citarasa aku yang sangatlah cerewet. Penat minah kedai tu tunjukkan semua benda.. tapi dia ok je, sebab dah memang keje dia kan...



Ni tengah beratur depan kedai LV.. kat sini je kena beratur.. masa kat London hari tu takde pun nak kena beratur..hehehe... tapi ada peristiwa dalam ni.. tengah syok tengok beg dari jauh, boleh pulak Darin tetiba hilang dari pandangan. Cemana ntah boleh terlepas pandang, sebab aku rasa dia ikut husband aku, aku kan memang disuruh jalan sendiri... huwaa.. macam nak pengsan jugak.. rupanya dia masuk kat tempat orang nak validate credit card.. fuh... sib baiklah jumpa.. bayangkanlah kalau anak ko hilang kat Kota Paris...


Ok settle kat sini.. we all kena meneruskan perjalanan ke tempat lain pulak, hari pun dah nak gelap ni.. jom kita jalan lagik...

Wednesday, April 25, 2012

Hi-Tea @ Istana Hotel and Santai di Pavillion + Farenheit 88

Birthday celebration hari tu tak berakhir macam tu jer... Anak 3/2, bapaknya 4/2.. so the next day, hari Sabtu, confirm kena celebrate jugak.. so makan - makan je yang ada lam kepala masa ni... Pagi tu keluarkan dulu kek ni.. ini Aiskrim Kek yang di beli menggunakan voucher... comel dan sedap...



Pagi tu bergegas ke Istana Hotel sebab dah beli voucher jugak, buffet hi-tea atau dinner, so aku choose hi-tea sebab tak nak bersesak - sesak tengah KL waktu malam dengan budak kecik. We all sampai sana around 12 jugak.


First sampai of course pusing tengok makanan dulu. Ada banyak menu tapi takde menu yang nak di makan dengan nasi putih, cause takde lauk, yang ada cuma vege. Memang dia buat benda tu untuk mereka yang nege. So birthday boy kena pusing area lain untuk amik lauk. Buffet kan, makan je cemana pun.


Darin special order,  Penne Carbonara, actually dia buat sos marinara dengan bolognese, tapi aku request nak carbonara, sib baik dia org nak buatkan. Yang ni best, dia akan masak bila kita nak makan so still hot.


Birthday boy kena makan dengan sopan sebab baju kaler putih.. ye, memang leceh nak makan bila pakai baju putih, sebab tu Darin pakai t-shirt hitam je.


Carbonara sedap tak?? TERBAEEKKK....




Gambar ni actually pekerja hotel tu tolong snap untuk Darin, dia sibuk nak amik gambar sendiri, dah tersipu - sipu malu sebab ada orang amikkan gambar.


Darin tengah tengok 2 beradik tu khusyuk potong roti Perancis.. Ntah ke mana emaknya, beberapa orang duk sibuk tengok bebudak tu potong roti sebab ada bahaya di situ cause pisau tu kan tajam...


Roti macam biskut, keras tapi rangup. Habis seluruh bahagian dia sapu dengan butter, pastu makan macam makan twisties... sedap.. lemak - lemak cegitu rasanya....


Kek lagik untuk korang, berapa banyak kek daa....






Habis makan, aku ajak husband aku pegi Pavillion.. alasannya?? Sebab dah lama tak ke situ. Last sekali of course masa kerja kat Affin Bank dulu. Sanggup tu waktu lunch berlari - lari anak ke sana.. tak makan takpe, balik nanti tapau je kat jalan belakang. Cuma tak sempat nak layan wayang je.





That's all.. one day entry...

Kisah di Taman Rama - Rama

Hai semua... sorrylah lama sangat menyepi dah ni.. asyik duk baca blog orang lain sampai tak sempat nak update blog sendiri... ini pun semua entry lama yang terhegeh - hegeh nak keluar.. Rasanya dalam bulan 1 kot ni... masa Chinese New Year... we all terjah ke KL.. sampai ke KLCC kita orang pergi, tapi aktiviti just makan je kat sana.. shopping??? tak sempat pun.. ingatkan tak ramai orang.. tapi ramai dengan orang bukan tempatan..
Dah bosan terjah kat dalam tu.. off we go to Taman Rama - Rama.. sorrylah, entry ni memang entry bergambar sahaja yek...


Darin dah excited nak masuk tengok rama - rama, suruh berposing amik gambar pun senang je, kalau tak tu sure muka dah masam terkulat - kulat..


Ini yang first sekali nampak dari pintu masuk.. penat zoom sebab nak bagi nampak jugak


 Model ibu dan anak di taman rama - rama


 Spesis kata pun ada kat sini, Darin of course takut nak dekat so kena ada maknya sekali.. spesis bullfrog and wildfrog.. tak pasti pulak kalau yang selalu kita nampak tu adalah dari spesis yang sama atau tidak.



Spesis penyu yang terdapat kat sini.. Ini namanya 'Pig Nose Turtle" hidung dia memang macam binatang kaki pendek tu.. Cuma masa ni dia tak tengok kamera pulak..


Tak lupa nak amik gambar dengan daddy jugak







 kupu - kupu dan rama - rama




 ni je yang dapat ditangkap.. nak bagi dia pegang tapi sangatlaj penakut




Ini spesis penyu yang panjang lehernya.. memula tengok ingatkan kepala apa, bila nampak badan baru rasa lega.. yelah.. aku memang geli sikit kalau spesis yang 'panjang' tu..


Ni dah masuk belah dalam, ada semua spesis rama - rama replica..










Ok semua.. nak balik dah... kalau free boleh datang sini. Kalau tak silap tiket dia RM5 kot ataupun RM10... bolehlah bawak anak - anak jalan - jalan masa cuti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...