Followers

Thursday, April 26, 2012

Europe Trip - Champs Elysees - Arc De Triomphe

Fuh, tak habis lagik ke trip Paris ni? Sorrylah kawan - kawan, memang lama sangat pendam entry ni. Sampai dah naik lupa dah nak cakap pasal apa.. Kat mana kita hari tu??? ooooo apa kita orang buat lepas check-in??? ok sambung je kat sini..

Cuaca sangat best, sejuk tu dah confirm. Husband aku tengok map kat iPad, banyak benda nak cover dalam tempoh kurang dari 8 jam... termasuk Hard Rock Cafe... tengoklah nanti berjaya atau tak..

Keluar dari hotel, sangat tercabar sebab Darin tak nak turun dari stroller... sama ada kena angkat dia + stroller atau daddynya kena dukung dia, dan aku angkut stroller, manalah tak patah pinggang kita orang dibuatnya. Kat Esplanade Le Defense, we all kena stop dekat Champs Elysees/Clemancau...





Inilah gambaran sepanjang Champs Elysees, ada banyak deretan kedai yang mahal - mahal yang korang boleh terjah.. we all just tengok dari luar dulu sebab kami nak menuju kat tempat bawah ni..



Cuaca kejap terik, kejap biasa - biasa.. tapi still maintain sejuk, sebab tu kena sentiasa bersedia dengan baju tebal. Dia orang yang memang duduk sana pun tak lekang dengan winter coat, shawl, gloves and etc...



Ingatkan tak nak naik atas, tapi husband aku ajak jugak naik, sebab nanti takut tak dapat naik Eiffel Tower, kat sana lagiklah ramai orang kan... so untuk dewasa dalam 8 euro kot, kekanak baya Darin ni free je. Since we all ada bawah stroller, we all boleh naik ikut lift... Kalau tak, memang kena naik tangga, bebudak sekolah pun kena naik tangga, tinggi ko.. rasa macam naik bangunan 10 tingkat.



Lift tu akan berhenti kat 1 level je, then we all tetap kena jalan kaki naik atas.. wah.. sayup sangat permandangan. Siap ada teropong ni ha, serius berat.. masukkan 2 euro kot kalau nak guna, habis semua tempat we all tengok. Darin pun excited sangat..




Dan dari atas Arc De Triomphe ni memang boleh nampak Eiffel Tower. Masa ni pun dah rasa excited jugak dah. Walaupun tak dapat nak jejak kaki kat bawah tu lagik, nampak dari jauh pun dah best dah...





Ni kat level yang we all letak stroller Darin tadi. Ada kedai cenderahati jugak. Banyak sangat tapi harga mahal jugaklah. Rasanya kat mana - mana kedai cenderahati kat Kota Paris ni mahal jugak kot... walaupun kedai biasa.. so antara nak beli dengan tak je...


Sempat masuk Lancel, nak carik barang untuk seseorang, tapi sayangnya tak menepati citarasa aku yang sangatlah cerewet. Penat minah kedai tu tunjukkan semua benda.. tapi dia ok je, sebab dah memang keje dia kan...



Ni tengah beratur depan kedai LV.. kat sini je kena beratur.. masa kat London hari tu takde pun nak kena beratur..hehehe... tapi ada peristiwa dalam ni.. tengah syok tengok beg dari jauh, boleh pulak Darin tetiba hilang dari pandangan. Cemana ntah boleh terlepas pandang, sebab aku rasa dia ikut husband aku, aku kan memang disuruh jalan sendiri... huwaa.. macam nak pengsan jugak.. rupanya dia masuk kat tempat orang nak validate credit card.. fuh... sib baiklah jumpa.. bayangkanlah kalau anak ko hilang kat Kota Paris...


Ok settle kat sini.. we all kena meneruskan perjalanan ke tempat lain pulak, hari pun dah nak gelap ni.. jom kita jalan lagik...

5 comments:

Fatimah Zahrah said...

Mmg happening Paris nie... Alhamdulillah Iza dah sampai Paris 3 kali,, 2002&2003 masa bujang n 2008 dgn hubby&anak... harap dapat sampai lagi next time....:)

mikamusz said...
This comment has been removed by the author.
mikamusz said...

kita org just dapat berjalan less than 8 hours... time tu pulak cepat gelap... kalau dapat spend 2-3 hari lagik best kot..

Fatimah Zahrah said...

OH ye ke? x cukup tue ... masa bujang dulu iza pergi ngan mak n adik beradik... abg Iza dah dekat 10x pegi Paris.. so xde masalah nak pegi mana2... Disneyland pun sempat pegi 2 x.. ok jugak... kena pergi lagi tue Musz... hehe..

mikamusz said...

nak pegi lain kali next time kena usaha lebih sket.. belanja banyak.. unless kalau keje kat area sana, naik train murah je compared ti airline dari KL..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...