Followers

Thursday, April 5, 2012

Europe Trip - Paris Gare Du Nord - Esplanade La Defense - Ibis Hotel

Selak balik entry lepas...... part sedih - sedih tinggalkan London.. nak tak nak kena teruskan jugak.. sebab dari Malaysia lagik duk mengidam nak sampai sini.. akhirnya sampai jugak.. Perjalanan tetap 2 jam, beza masa London lambat 1 jam dengan Paris... rasa macam dah berjalan 3 jam... Bertolak pukul 7 pagi sampai paris 10 pagi....


Perjalanan dari St Pancras International ke Paris Gare Du Nord berjalan lancar. Macam biasa kena menyeberangi bawah lautan untuk ke kepulauan lain. Darin tak tido dalam train and train kali ni agak penuh. Ramai jugak orang nak ke Paris... memang we all tak boleh nak dapat seat yang paling selesa... Sampai di Gare Du Nord, we all antara orang terakhir yang turun sebab banyak barang nak kena bawak... stroller Darin, 2 back pack Carrimor 20 - 25 liter, 1 bagp pack Canterburry, dan ada 1 lagik beg Harrods Hello Kitty berisi makanan....


Turun je dari train kat Gare Du Nord Station, confirm kena amik gambar.. itupun kena cepat - cepat, manalah tau kalau ada jugak polisi tak boleh amik gambar kat area situ.. then carik jalan nak keluar.. dengan takde knowledge, main ingat - ingat je apa yang pernah di baca find for 'sortie'... itulah jalan keluar. Kat sini takde cop - cop passport.. Macam nilah berjalan kat Europe.. takde nak pakai passport sangat, cuma nak masuk atau keluar dari London memang kena ada passport... Masa sampai kat Paris tu dah rasa lain sikit, sebab bahasa masing - masing pun dah takde dah cakap pure english, so bersedialah dari sekarang...


First off all.. atas arahan cik hubby, dia suruh tukar je semua pound kepada euro.. sebab dah tak pakai pun pound. Dalam hati sayang jugak, orang kata boleh simpan buat kenang - kenangan.. So tukar 100 pound je, yang kecik - kecik tu aku simpan je... Tapi kalau korang tak nak rasa rugi, tak tukar pun takpe, sebab dengan 100 pound, ikut calculation yang betul, aku dapat lebih 100 euro, tapi end up aku dapat 98 euro je kot.. sebab tolak itu dan ini... ish.. x suke.. jadi korang bagi perabis jelah pound tu, atau pakai je cc.. balik KL bayar je balik.

Selesai tukar duit yang ada, misi mencari pass perjalanan pulak... Merata jugak carik information kaunter, tapi  nasib baik jumpa, carik je huruf 'i' kecik yang besar tu, kat situlah information kaunter. We have to buy 2 pass for adults and 1 for Darin. Kat sini, kanak - kanak bawah 4 tahun sahaja percuma. Masa kita orang nak bayar, dia tanya umur Darin, we all cakap 4 tahun, then dia cakap, kalau umur dia belum betul - betul 4 tahun, dalam 3 tahun 6 bulan ke still free. Being honest, we cakap memang dah 4 tahun banyak dah.. hehehe.. maybe untuk size Darin kat sana kira kecik, tapi kat Malaysia dah standard budak darjah 2.


Now masa untuk baca map. Hotel yang kita orang booking tu dekat dengan station Esplanade La Defense. Kat sini ada ke'confuse'san sikit. Nak turun ke RER tu pun ada sikit confuse sebab lift dia ada pakai no '-'.. means lepas level 0 dia akan tulis '-1', '-2' adoi pengsan.... tapi takpe, makcik tolak sayur tu baik hati, dengan lif yang penuh, bagi jugak kita orang naik and tunjukkan mana train nak amik dengan bahawa french languagenya sambil cakap 'oui' (read:wii).We all naik RER kaler Hijau... Sebab we all kena amik train nak ke La Defense... pandai kan baca map, so kena tukar train naik train kaler merah kat Chatelet Les Halles.. ha.. pandai kan.. pastu amik je train kaler merah kemana - mana asalkan lalu kat La Defense.. haha.. pandai betul aku ni.


Keluar je kat La Defense.. berpandukan pergerakan map pada iPad.. erk.. apsal macam jauh je nak ke hotel ni.. sudah.. salah ke hapa... duk bertekak jugak kat situ, nak tanya orang semua tak tau tuh.. adoi.. penat lagik.. sampailah jumpa sorang mamat kulit hitam, nasib baik pandai sikit cakap english and dia explain. "ini La Defense", naik Metro pulak ke 'Esplanade La Defense'.. RER dengan Metro lain.. huuwwaaa ingatkan La Defense dengan Esplanade la Defense tu sama.. cer korang tengok map tu.. tak ke macam dekat...


Kesudahannya turun balik train dan naik Metro ke Esplanade La Defense... belum berjalan lagik aku nak complaint jugak.. station dia org ni tak friendly stroller.. susah ler kalau org ada stroller bawak anak sebab pintu untuk stroller tu pun cam pening je nak guna.. huwaa... mencik tau... takpe.. turun dari Metro, naik atas... dah nampak kedai Halal.. Alhamdulillah, terus beli makanan walaupun hotel tak nampak lagik...

Nak Ke hotel pun macam pening.. doa bebanyak, duduk kat tepi - tepi tebing balkoni.. nampak dah Ibis Hotel tu... tak dan dah nak snap gambar sebab dah nak dekat pukul 12 dah time tu... tak sempat pulak nak berjalan... Masuk hotel, check-in sumer, mandikan darin.. makan.. solat.. berdesup keluar... Tak sempat nak komen pasal bilik ke hapa ke... gua penat giler... tapi nak berjalan jugak...

mana destinasi nak tuju lepas ni? sat gi kita tengok...

2 comments:

Lady of Leisure said...

Tak sabar nak baca sambungan.. Tak melawat paris lagi cuma transit di CDG airport dlm 2-3 jam je.. Dapat tengok eiffel dari jauh sbb malam. Tu pun dah rasa romantic habis hehe.. Love in paris gittew...

mikamusz said...

nanti u boleh bawak ur little boy.. ada 2 hero boleh teman u naik atas eiffel tower

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...