Followers

Friday, December 31, 2010

I LOVE MY DAY Contest by MummyDarin


Dah masuk bulan Disember.. adalah boleh Special bagi saya.. lagik 10 hari umur saya bertambah lagik 1 nombor... Sempena bulan Hari Jadi, saya berbesar hati nak adakan contest untuk readers... (ada ke yek???)

syarat - syarat nak join contest ni tak susah pun.... thanks to blogger lain yang bagi cadangan/pendapat/idea untuk buat contest ni.... Ok..ini syarat - syarat dia yek:

Apa Dia?
I LOVE MY DAY Contest by MummyDarin

Bila?
Berkuatkuasa di saat anda baca blog ini sehingga 31 Disember 2010 11:59PM

Siapa Boleh Join?
Terbuka kepada semua blogger di luar sana..

Macam Mana Nak Sertai Contest ni?

  • Copy Paste banner kat atas ni di sidebar blog korang dan link kan ke entri ini
  • Buat 1 sahaja entry khas tentang contest ni dengan tajuk "I LOVE MY DAY" dan link kan ke entri ni.
  • Lepas tu, tampalkan 1 gambar hari jadi terindah blogger (means, isteri/suami/anak/etc kepada bloggers tak boleh, kena blogger tu sendiri..) kat dalam blog ni. Tak kisah gambar tahun berapa pun ya... KENAPA mesti gambar blogger? sebab title pun dah cakap 'I LOVE MY DAY'.. inipun kira reward untuk diri sendiri jugak...
  • Sila letak Nama Glamour korang, Tarikh Hari Jadi ( takde tahun pun takpe), dan cerita sikit pasal gambar yang korang letakkan tadik...
  • Ok.. dah siap semua, tinggalkan link untuk entry you all, komen, serta e-mail address kat entry contest ini.
Pemenang Dapat Apa Yek?
Ok, untuk contest yang pertama ni.. 3 pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan gambar yang unik/ceria dan jugak entry yang kreatif.... Hadiah untuk kali ini adalah sesuatu yang istimewa diterbangkan jauh dari Europe dan jugak ada "mystery gift" yang hanya diketahui selepas pemenang diumumkan...

So pada semua.. silalah join entry ni yek..
dan thanks sesangat bila korang sudi join contest ni..
saya terharu...


Thursday, December 30, 2010

Esok je lagi

Hai u ollss

seronok yek squad bola sepak Malaysia menang malam tadik kan

oh ya.. esok je contest I LOVE MY DAY nak habis tau...

and.. yang paling best.. esok kan cuti
so malam ni sempat lagik korang nak buat entry kencang - kencang..he..he..

Thanks to win@momyShaneQeisha and Shaza79 yang sudi join contest ni..

yang lain... apa tunggu lagik? cepat - cepat..

Tuesday, December 28, 2010

cop..churp...

arrghh
lamanya korang cuti.. jealous sangat tau...
dapat rehat, jauh dari kerja... dapat jalan - jalan dan makan makanan yang enak

walau apa pun yang korang lakukan
pastikan lakukanya dengan seimbang..

nak tahu lebih lanjut untuk penjagaan kesihatan..

NESTLE boleh bantu anda..
klik je kalau nak tahu ok..

Thursday, December 23, 2010

GA Teka & Menang Ibu3A


Sapa nak duit.. cam kat atas tuh?? huhuh banyak tau... yang pasti lebih RM50 kurang dari RM100..

ni contest dari blog Kak Yong... nak tau pasal contest Kak yong ni boleh terus pergi kat sini

Dan syarat - syarat pun ada dinyatakan di sini tau...

Oklah Kak Yong.. ni 2 jawapan sayang saya nak cuba teka

1. RM83.23
2. RM 85.20

Tak taulah betul ke tak yek...
ok yang lelain boleh join lagik sebab contest ni tamat 31/12/2010.. sama cam contest yang saya buat tuh...he..he..
Good luck you all...

Monday, December 20, 2010

Korang ada iPad ker?

Korang dah pergi tengok iPad?

sure ramai dah pegi...
tapi sapa yang dah beli iPad??

dah beli ker??
berapa?
16GB
32GB
64GB... walau weh....

tapi... kalau korang nak FREE... diulangi FREE... korang boleh join contest kat sini

korang sure sangat CREATIVE dan INNOVATIVE... correct??

so better join this contest..

mana tau rejeki korang ada di sini....

saya tak creative tapi saya klik jugak sebab tempting dengan hadiah dia...

KOSMO tewas???

13 disember lepas... abang saya pepagi buta  dah update fesbuk suh beli Kosmo..


adiknya ni sangatlah susah nak beli paper tau... yelah, nak beli paper kena benti stesyen minyak
tau jelah stesyen minyak kat KESAS tu sentiasa penuh, x kiralah Petronas ke, Esso ke, Shell ke... semua penuh..

disebabkan dia tau adik dia ni malas beli paper.. siap inform lagik kat FB tuh..
sekali bila baca.. alahai nyesal plak tak beli..

cer tengok gambar kat bawah ni..

cer teka mana satu abang saya

ha..ha.. gambar dia keluar paper adalah perkara yang paling biasa... maklumlah orang kerja kat UTUSAN... apa nak heran kan.. tapi ni dah ada semangat kesukanan yang sangat tinggi ni.. bravo.. bravo..

knowing him.. dulu masa sekolah dia pemalu, jaranglah nak nampak dia wakil itu ke.... ini ke.. adik - adiknya (termasuk kakak saya).. mmg gila kuasa.. semua game nak masuk.. kalau saya pulak semua benda pun nak join.. x kiralah sukan ke... bahagian pentas ke.. muka tak malu betul..


Berita penuh boleh klik di sini

to my abang.. chaiyok..chaiyok...
Majulah sukan untuk negara..

Sunday, December 19, 2010

tak produktifnya

hari ni dah 19 Disember..

lagi 12 hari je dah nak masuk tahun baru

oh no.. x produtifnya... cuba tgk total blog archive kat bawah ni.. sedihkan tgk bilangan dia... makin hari makin menyusut

camno ha?

Saturday, December 18, 2010

Aktiviti mengemas dibekukan

akibat keadaan cuaca yang sepoi - sepoi bahasa ni.. aktivi mengemas memang dibekukan...
tapi katil still kemas lagik..
ruang tamu ni macam biasalah, mummy kemas, darin sepah... darin sepahkan.. mummy kemas..
baju kat ampai .. alahai.... basah segan kering tak mau (ada ke??)

time sejuk - sejuk ni confirmlah lapar.. tapi daddy macam biasa bekerja dengan jayanya  di hujung minggu... suka hatilah bie..

so melepaklah 2 beranak kat rumah.. sarapan adalah sangat simple.. roti telur dengan Air Teh O panas.. darin plak asyik nak mee je.. buatkan ajerlah.. selesai daddynya pergi keje... terus bekejar kedapur.. bagi berasap dulu... kang baru senang nak lepak - lepak...

masak apa yang ada lam peti sejuk, janji cepat, dan boleh dimakan... Sup Kentang + sooh hoon, goreng tempe dan tauhu berkicap dan Udang masak sambal...

opss.. kalau daddy yang kat opis tu terasa nak makan.. mehlah balik cepat..

petang???
terlebih rajin plak (kan dah kata aktiviti mengemas dibekukan).. dapatlah tanak pulut kuning...
style mak saya, dia lumur rendam dulu pulut then dah toskan lumur dengan kunyit.. tapi anaknya dah kesuntukan masa, kul 1 tengahari baru sibuk nak buat, so rendam terus dengan air + serbuk kunyit.. kul 4pm barulah tanak atas dapur... settle semua.. barulah dia curahkan santan yang suam - suam + garam... rasalah secukup rasa...

ok cukup - cukuplah dulu ye... tapi kali ni xde gambar plak sebab mood amik gambar pun xde..
kalau nak tgk gambar boleh klik - klik kat sini dan jugak kat sini...

oo lupa plak.. bagi kawasan sekitar Shah Alam... Carrefor dah bukak yek kat Seksyen 23 sejak petang khamis tu.. sangat sesak orang.. x caya boleh pergi or tengok kat sini... jumpa di sana....

Thursday, December 16, 2010

Hari yang pening

Semalam masuk office lambat..

sebab pegi sini

Lepas settlekan hal pagi tu.. pegi jumpa kawan kat Plaza Sentral sebab nak hantar barang ni

boleh plak tersesat masuk Bangsar dulu, sib baiklah jumpa jalan yang betul.. then nak balik ke Sungai Besi pusing - pusing kat Mid Valley, banyaknya kereta.. pelik betul.. rupanya ada JCARD day..

Singgah beli Mc D kejap, masuk office kul 1.30pm.. apalah punya serabut..
then phone masuk bertalu - talu..
pastu ada e-mail suruh completekan test..

apa - apa pun aku Redha..

korang jangan marah yek... mekasih.. :D

Wednesday, December 15, 2010

P.E.N.I.P.U....

APA??
 
PENIPU??

terus keluar kaler merah...

Pelik betul, x pernah plak saya jual corset, cemana boleh terlink ke sini yek?
pakai corset tu adalah...

pada yang jual Beautiful corset...
jangan kecam saya ok...
teknologi canggih sangat....

Tuesday, December 14, 2010

what's next

Are you Korean Songs lovers??

 click here for more info....

pening

pening kepala mana nak carik hadiah untuk si dia?



bolh cuba klik kat SINI......

Saturday, December 11, 2010

I Love My Day

ok.. jangan salah sangka.. bukan nak masuk contest sendiri tapi nak wih pada diri sendiri

HAPPY BIRTHDAY yang ke 31... dah 2 tahun dah merasa pangkal 3 ni.. Alhamdulillah Allah lanjutkan usia sehingga ke hari ni... sihat walafiat... sakit sesekali tu  adatkan...

semoga kehadiran umur baru ni membawa perubahan kearah yang lebih baik.. amin..

apa pun yang berlaku, kita mesti suka, happy dan bersyukur pada hari - hari yang nak sangat kita raikan.. tak kisahkah dalam keadaan macam mana sekali pun...

Setahun yang lepas... masa nak sambut anniversary yang ke 4 thn.. tup - tup saya masuk hospital sebab kena tonsil, demam berhari - hari.. hish.. macam - macam hal, sambut kat sepital takdelah potong kek bagai... tapi masa tu, zaman org sebut duk sebut barangan designer.. teringin nak ada 1, tapi takdelah sampai mengidam... tup.. tup.. dapatlah 1... (eleh kecik je).. takpe... besar kecik ia tetap suatu pemberian... masih lagik berguna sampai skang tau...


masa birthday.. Darin kena sakit mata, so x pergi mana - mana.. masa tu pun x harap pun nak hadiah apa - apa sebab anniversary dah dapat kan...

beralih tahun 2010... lepas kes rumah kena pecah masuk.. sedih jugak, tapi itukan dugaan Allah...
x boleh nak fikir sangat... sedih barang hilang, tapi yang penting nyawa sekeluarga selamat... hubby sibuk nak ceriakan hati isteri dia, dia bagilah 1 perfume... serius tak pernah dengar.. tapi suka sangat dengan bau dia.. kalau u all nak test, bolehlah test kat Garden kot.. tapi kat Empire Subang kedai dia mmg ada kat bawah..


orang lelaki ni boleh tahan jugak kuat shopping kan... pengsan saya dibuatnya... lepas satu - satu... yang kes ni lagiklah pelik... ntah celah mana dia sorok pun x tau.. alih - alih dah ada depan mata.. dia kata macam bes so dia pun beli... sampai skang tak bukak lagik, cik hubby duk bising.. "Apsal tak bukak" sebab kes sayanglah ni.. eh tak.. takde tempat nak letak.. kalau dah ada ruang kosong nanti baru letak...


baru - baru ni, lepas raya cik hubby kan terbang ke oversea.. huwaa. cedih - cedih.. tapi lam cedih - cedih tu siap ngayat tuh.. ha..ha.. tapi faham sangat dengan dia, dia bukannya suka melayan kehendak isteri dia.. so memang tak harap sangatlah.. nak memaksa pun x bagus kan... betul.... sebab fikir.. baik simpan duit tu... sampai je Malaysia.. memang tak budget pun dia beli barang macam idaman hati... sekali dia tunjuk.. mak ai, cam x caya je.. cemana dia boleh sorok dalam celah beg dia pun x tau... ok... sebab dia dah pesan "jgn nak sayang - sayang" so x payah tunggu raya tahun depan.. dah pakai pun...


and hari ni, lagiklah confirm saya tak fikir dia akan bagi apa -apa .. yelah baru je hari tu dah perabih dengan benda kat atas tu.. giler ko nak hadiah lagik.. BTW saya tengah order 1 barang jugak from Spain.. so tu kira hadiah hari jadi untuk diri sendiri... lepas dia balik dari surau tadik...
"bie. tolong amik susu darin lam keta.." saya yang menurut perintah pun pegilah kat keta, unlock kereta.. dalam takde, gi bokak bonet.. sekali nampak paper bag yang sgt dikenal pasti... pastu saya tutup balik
"takde pun susu" sambil tersenyum sumbing"
"amik jelah, takkan nak biar dalam kereta"
ha..ha.. gilah amik jugak, sebenarnya segan sbb MIL ada kat umah ooo.. so amik jelah bawak naik atas... and so excited sebab hadiah yang ni boleh jadik kawan dengan hadiah anniversary thn lepas...



anyway, thx bie, semoga awak jugak dimurahkan rezeki hendaknya.. amin..


So ... are you ...... enough?????

Monday, December 6, 2010

Friday, December 3, 2010

Promo by Celcom Exec

Celcom buat promo CELCOM EXEC..
sangat menarik dan tertarik...
This promotion comes with package of New Blackberry Torch 9800 and Blackberry  Torch 9780



 Blackberry Bold 9870

 Blackberry Torch 9800

So u all semua boleh clik kat CELCOM EXEC promotion dengan lebih lanjut tentang apa yang dia promosikan..


yang pastinya, anda tak akan terputus hubungan dengan kawan - kawan..
CE

kerana semuanya hanya dihujung jari anda...

Terbang jangan tak Terbang

Jom terbang - terbang ke New Zealand...

sapa cakap mahal

semurah RM199 je dah boleh terbang ke New Zealand

Tak caya boleh click kat "Terang - terbang ke New Zealand" ni ha.. sure takkan nyesal punya...

ok.. jangan lupa klik tau.. bestt.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...