Followers

Monday, November 30, 2009

Uhuk.. Uhuk.. Uhuk...

/* Sila clik tanda x di sudut kanan atas pada Laman Layar Web anda jika anda merasakan anda menyampah untuk baca entry ini uhuk.. uhuk.. uhuk.. */

Petang semalam, we all keluar jalan - jalan dengan niat murni nak carik TV kecik untuk Darin.. x larat nak berebut dengan dia yang asyik tengok CD, sampaikan berita semasa memang x dapat tengok langsung...

We all sampai One Utama pun dah pukul 4.. aku ke Jusco sebab nak renew J-Card and nak redeem apa - apa yang patut.. sambil tu boleh pergi TRU yg cuma berdepan dengan Jusco pun sebab nak redeem voucher.. sementara tunggu aku Q panjang, Darin pun melayan Ice Age kat TV - TV bagak yang ada kat situ...

lepas selesai kerja aku, pergi balik kat area TV, sekali terpandang LG Plasma 42" ada discount RM200 untuk JCard member.. membuatkan harga asalnya turun kepada RM2XX9... dan aku gatal gi tengok Panasonic 42" jugak harga dari RM3XX9, ada discount RM600 menjadikan harganya RM2XX9, murah seratus dari LG...

fuh, pusing cam nak pengsan, siap pegi makan, layan Darin naik keta gerak - gerak semua and datang balik.. cam nak amik dah konon, nak amik Panasonic... sekali dah tulis nama, alamat, no tepon, sekali takde stock, budak tu suh amik LG, dia kata Panasonic tak bagus... we all terus cakap... xpelah..

terus pulang ke rumah dengan ayat penyedap hati.. "Takde rezeki, mungkin ada Hikmah di sebaliknya..

balik ke rumah, sempat singgah Sen Heng kat Seksyen 23, konon nak tengok harga macam mana.. bila pusing - pusing banyak kali dalam kedai yang secoet tuh.... memang harga Jusco tadik jauh lebih murah dengan model yang seangkatan dengannya... LCD memang takdelah yang murah cegitu...

dalam pada tu sempat lagik husband aku ajak gi tengok kedai satu lagik.. ni pun kes sebab dia ke SpeedMart and nampak kedai tuh....

masuk jelah, tgk harga yang dia tulis... hhmmm apsal lagik mahal... adalah satu budak lelaki melayu yang melayan.. dia kira oklah.. tanya semua, maklumlah, masuk je kedai.. kita orang cakap "NAK TENGOK je ye..."...

sekali husband aku gatal mulut jugak cakap... ada ke TV Plasma 42 " bawak 3K... sekali dia tunjuklah LG tu yg sejibik tuh.. sekali dia bukak mulut, dengan dia punya harga.. mak ai.. apsal murah... then we all cakap... kalau Panasonic berapa boleh bagik.. sekali harga yang dia bagi.. kurang 200 dr kat Jusco... huwaa..

tetapi setelah berborak itu ini... tanya itu ini.. dia cuma perkenalkan 2 model TV LCD yang FullHD yang cuma tambah beberapa ratus je dr harga Plasma.. yang bagi dia adalah berbaloi - baloi.... adoi.. menyentap jiwa nurani bila dengar harga dia...

siap tanya lagik kat mamat tuh
"muat tak masuk lam keta"
"Akak bawak keta apa?"
"Keta MyVi je... (keta malaysialah katakan)"
"Akak bawak MyVi lagik bagus.. pintu dia luas, and keta dia tinggi.. kalau akak bawak keta **tut**** tak muat sebab bumbung dia rendah..."


Masa bebudak tu masukkan kotak lam keta.. risau gak kalau tak boleh tutup pintu.. tapi lepas.. pastu ingat tak boleh tutup tingkap, sekali, muat jugak... he..he.. suka.. suka..

masa balik, siap selisih dengan beberapa jiran.. aiyak, malunya.... so cepat - cepat masuk umah.. we all tunggu takde org duduk luar rumah or kereta lalu lalang, baru we all bawak masuk TV tu dalam rumah....

"Mungkin ada hikmah disebaliknya.. dan mungkin ini yang Allah tolong kami.. amin"..

dengan rezeki yang ada ni.. Allah permudahkan 1 lagi usaha kami...

sekarang Darin masih lagik boleh menikmati CD - CD kegemaran dia kat bilik kecik ni dulu sementara we all nak setup bilik atas , hall atas and bilik belakang jadik ok - ok sikit..


banyak nak kena restructure nih.. Insya Allah...

buat sikit - sikit takpe kan..........

Friday, November 27, 2009

Thursday, November 26, 2009

sejarah betul - part 4

hari Jumaat siang aku sorang.. pun bosan, tido, tgk tv, makan, makan ubat. masuk ubat.. petang sikit aku lepak kat lobi sambil layan wi-fi..
then masuk bilik.. pastu MIL aku sampi dengan family yang lain.. barulah bising sekejap.. and anak dara aku pun ada sama...

pastu dah nak dekat Maghrib, mak and apak aku sampai + my SIL + anak - anak dia... sempatlah dia org jumpa sekejap.. and my mom temankan aku sampai pukul 9... pastu barulah husband aku sampai dengan anak aku.. sempatlah aku layan Nur Kasih dengan tenang.. Muzik - Muzik.. x sempat nak layan, nurse masukkan ubat, aku pun terlelap..



hari Sabtu adalah hari yg dinanti, kepala aku dah pening kena masuk ubat antibiotik dan ubat batuk.. so mata ngantuk je.... and Sabtu tu memang aku dah boleh keluar.. kan aku cakap dapat makan ice cream, so aku bagilah Darin sket, suka dia dapat makan ice-cream, lama dah dia pantang ni coz dia batuk sket... tapi biasalah.. mak mana yang tak sayangkan anak..



so pas ni terpulang pada diri sendiri nak operate buang tonsil atau tak.. aku dah tanya doktor.. cost dia semua sekali dengan pakej 2 bedded room, dalam 5K++... hhmmm lu fikirlah sendiri...

thanks bie..


walaupun sakit... tapi kena happy...
thanks bie...

kuch kuch hota hei.. muehehe...

Wednesday, November 25, 2009

sejarah betul - part 3

sampai je kat SMC, amik form kat security terus naik bilik..
sampai bilik je makanan memang dah ada.. so makan dulu.. aku dah bayar, walaupun Insurans yang bayar, kira duit aku jugaklah tu.. menu, nurse dah tentukan siap - siap, x boleh nak pilih dah macam dulu.. so menu aku yang lembut, yang sejuk.. so memang bubur, ice-cream, air pun air sejuk.. buah pun tak dok..


settle makan, lepak atas katil sementara tunggu nurse datang.. so layan TV jelah dulu... huh, bosan suk spital nih..

dalam 1 jam lebih tu adalah nurse masuk, dia pun siap sedia nak cucuk jarum kat tangan, coz nak masukkan antibiotik tu bila tiba waktunya.. cubaan pertama tu gagal tau, so cacatlah tangan aku sebelah tangan, tp syukur jugak x jadik cucuk belah kanan, kan susah aku nak wat benda, sebab aku bukannya kidal.. nurse ckp, memula dah jumpa urat, tapi bila nak masukkan ubat tu, dia kata macam splash, and tangan cam bengkak, so dia tunggu nurse lagik sorang tu untuk cucuk pulak.. so menunggulah aku lagik..

cubaan pertama yang gagal
dalam kul 4 lebih, ada nurse lain datang, dia try tangan kiri and kali ni berjaya.. so masuklah ubat tu, sakit rupanya ye.. cemanalah kalau budak kecik yg kena camtu, coz masa Darin kena masuk wad dulu, ada 2 org budak and salah sorang tu sebaya darin, kat tangan dia pun ada cucuk jarum tau, lama pulak tu kat dalam spital...


so lepas settle je semua.. aku pun rehat jelah... menu petang cuma jeli, ice-cream dan air milo.. x kisahlah apa pun.. aku makan je.... lepas masuk ubat rasa ngantuk coz at the same time makan ubat batuk jugak... so tido jelah aku.. petang tu hujan sangat lebat jugak.. tapi sib baik dalam pukul 5 camtuh... dah berenti dah.. so bolehlah husband aku amik Darin... aku suh dia balik rumah dulu.. siapkan apa - apa yang patut and then baru datang spital balik.... nanti takdelah kelam kabut sangat.. at the same time MIL aku dtg dr kampung.. so mmg confirmlah hubby aku tido rumah..


malam tuh... hubby aku datang sebelum maghrib dengan anak dara aku, dia nampak aku atas katil sambil tangan kena cucuk, dia tanya macam - macam.. kelakar pulak aku tengok, tetiba nak manja terlebih plak ngan aku, kesian hubby aku kena handle dia.. untuk elakkan dia naik katil, hubby aku pasang CD barney dia... then aku pun terlelap kejap..


sedar - sedar kakak aku sampai dengan anak dia.. dia kata aidid kena tahan coz guard tak bg naik, baru je hubby aku nak turun, sekali nampak BIL aku naik ngan Aidid.. lepas jugak.. then lepas tu BIL (husband SIL aku) naik sorang jugak, pun kes x lepas, so husband aku naik jemput dia orang... and last sekali lagik best, abang aku sorang je lepas naik, dia lagiklah ramai coz anak dia 4 org, so memang husband aku kena turun rescue.. he..he.. sebab waktu melawat 4pm - 8pm, tu pasal guard tak bagi.. tp sib baik bilik aku tu bilik single, jadik takdelah ganggu pesakit lain sgt... dalam pukul 10 camtuh dia org balik.. thanks sebab sudi melawat adikmu yg sakit ntah hapo - hapo nih....


selesai dia org balik, hubby aku pun siap-siap nak balik.. walaupun dia ada ckp, sapa nak temankan aku, dia nak temankan aku, Darin bukannya nak tido ngan sesapa kat umah.. so aku ckp, takpe, aku boleh tido sorang lagi pun nurse ada.. then husband aku make sure hp dekat, air dekat and butang tekan nak panggil nurse pun dekat.. and aku pun siap -siap nak tido..

tak lama lepas tu dgr mcm suara someone, sekali nampak anak aku masuk.. aik pelik plak aku
"dah sampai bawah dah, tetiba ckp, mana mummy, knp mummy tak balik.. nak mummy, nak mummy".. teruslah naik balik.. sib baik hubby aku pun mmg dah siapkan semua brg dia.. so apa lagik, mintak katil extra dengan nurse.. tidolah kami 3 beranak kat spital... he..he...

sejarah betul - part 2

lepas jumpa doktor.. hulur kad ING, and tunggu nurse tu isi form and doktor siapkan document.. aku pun menunggu kat luar.. and sambil tu call husband aku, call ayah aku (sbb mak aku kat kampung), SMS abg and kakak aku.. ish... camlah teruk sangat je bunyi dia kan.. huh.. tapi kena gak inform...

setia menunggu di bilik menunggu
lepas tu nombor aku pun di panggil, masuk dalam, amik info.. and tunggu lagi approval from ING.. kali ni aku tunggu kat bilik sebelah tu.. bilik yang Erra Fazira pernah tunggu giliran nak bawak anak dia jumpa dok Zul (paed)... bosan tau, dia kata paling lama 1 jam.. haiya.. aku nak balik pack barang dulu.. then aku terjah lagik sekali. dia kata dah approve and dapatlah nombor bilik...

then tunggu lagik, untuk nurse bawak aku naik atas... tunggu lagik, then nurse pun panggil... masuk dalam bilik.. hhuuwwaa.. cam ngeri je, tapi harapnya tidak, lam kepala otak tgh fikir.. cemanalah darin ngan hubby aku nak uruskan diri nanti, sib baik esok jumaat tau... sambil tunggu nurse masuk untuk rawatan selanjutnya... aku pun snap sana - sini..



oo ini tag yang aku pakai tuh, patutnya dulu masa Darin masuk wad pun kena pakai, cemana ntah dia bley terlepas plak x pakai..he..he...


sekali nurse masuk, dia explain pasal bilik, pasal katil nak turun naik cemana.. waktu melawat, waktu makan... tu semualah...


penat tunggu tu settle, aku pun cakaplah..
"nurse saya nak kena balik, 1 benda pun x siap lagik nih"
nurse tu confirmlah takut nak lepas kan aku, tapi aku explain kat dia yang aku cakap kat doktor aku masuk balik dalam pukul 3 ptg, so nurse pun bagilah kebenaran aku balik, isi form lagik.. tinggalkan kat security.. dan berdesuplah aku balik umah..


husband aku mmg dah sampai, dia amik half day hari ni... aku pack barang semua... make sure takde tertinggal, barang aku, barang husband aku sket and barang darin.. x prepare byk benda sebab aku sorang je tido spital nanti, yang lain semua tido rumah....

sejarah betul-part 1

kali ni memang sejarah.. tak sangka aku kena masuk wad masa hari wedding anniversary aku..
awal pagi tu aku memang dah siap nak gi opis, tapi kepala macam weng - weng and tekak still rasa lepas... hubby aku ckp, rehat jelah kat rumah, x yah gi keje, kang lunch dia balik gi spital... aku pun elekslah dulu, tp dengan baju keje tu jugak, malas nak tunggu lelama, aku pun gagahkan jugak drive sendiri gi spital..

baru lepas kena amik darah
sib baik out-patient tak ramai sangat org, lepas daftar semua.. masuk dalam and explain dengan doctor... still ada demam sket and dia kata tonsil aku sangat bengkak.. but dia pun still kena amik darah coz takut denggi coz demam aku lama sangat..

selesai amik darah, nurse suruh rehat je kat katil, bagusnya, aku pun mmg pening nih.. sambil tunggu keputusan.. aku pun releks jelah.. 1/2 jam lepas tu doc datang and dia cakap darah semua ok.. Alhamdulillah, tp dia suh aku jumpa ENT pasal tonsil.. so aku pergi jelah, and nurse bawak aku gi bahagian Pakar area B...

tunggu punya tunggu sampai turn aku, doc pun check, huwa dia siap masukkan alat mcm cermin cek gigi tu, dia siap mcm panaskan sikit and letak kat tonsil tu tau, sakit sikitlah, 2 kali dia wat camtu... sambil dia tu explain, citer itu, citer ini, and dia siap masukkan kamera kecik dalam anak tekak tuh... dapatlah aku tgk tonsil yg bengkak and cam ada putih - putih...

so keputusan doktor.. "masuk wad, kita masukkan antibiotik yang kuat untuk lawan kuman tu and make sure u tak demam. Nak make sure tonsil tu tak bengkak.. tak lama 2 hari je. And memang advice untuk buang tonsil"... huwa.. aku kena masuk wad kah.... ish..... tak suka betullah....

Tuesday, November 24, 2009

Perodua Alza

Perodua baru keluarkan MPV baru... nama dia Perodua Alza.. Alza kalau tak silap aku adalah dalam bahasa Spanish yang bermaksud 'The Rise"...

husband aku dah gi tengok dah secara life... ha..ha... hati terpikat ke bie.. duk sebut - sebut Alza je skang ni.. sabar jelah dulu yek..

so far aku x berpeluang nak tengok secara life, teringin jugak nak tengok cemana bentuk dia...

ni antara collection warna yang ada untuk Perodua Alza...

Classy Purple:




Ivory White:




Glittering Silver:


yang mana satu idaman korang?? actualy ada banyak warna lagik, so bolehlah pergi showroom Perodua yang berdekatan.. wokeh....

Kerenah Darin

hari jumaat lepas, aku sampai nursery lambat jugak, ish, jalan jam, biasalah hari jumaat, hujan pulak, banyak pulak kereta aku tengok, cuti sekolah pun dah mula..

sampai je kat nursery, pintu pagar memang dah bukak, so terus je masuk kereta dalam porch.. dari dalam kereta dah nampak dah anak dara aku tuh, tapi ada lain mcm sket...


he..he.. dia ikat rambut dua, dah lama tau dia tak ikat rambut, last sekali ikat rambut masa zaman bibik ada.. pas bibik balik kg, darin pun dah di potong rambutnya..

bila aku sampai je
"mummy.. ni atas ni..."
dia tak suka kena ikat rambut.. so kenalah pujuk supaya dia tak bukak, maybe depan teacher takut nak suh bukak, depan mak ayah dia, selalunya dapat jer nak buat apa pun
"Darin jangan bukak, comel, nanti daddy nak tgk"... sib baik dia x bukak..


dalam kereta berbual dengan dia..
"sapa ikat rambut Darin?"
"bibik ikat?"
"bibik? bibik mana?"
"Bibik masitah" (yelah kot, dia yg sebut)
"oo bibik masitah, bibik baik tak?"
"baik"
"Darin nak bibik?"
"nak"
"Darin nak bibik yang mana?"
"Darin nak bibik yang balik kampung tuh".. dah sah - sahlah nak bibik lama dia.. hu..hu.. bibik tu tak mo balik sinilah darin...

kenkadang dia selalu jugak buat aksi mcm org besar kat rumah.. mcm hari tu, agaknya dah bosan kot 2 malam kena tido hospital, balik rumah rindu sangat dengan rumah.. terus duduk kat kerusi, amik buku and terus duduk mcm tuh.. aku ngan hubby aku naik tergelak tengok gelagat dia.. tapi macamlah Darin kisah pun..


skang pun musim hujan, jarang dah bawak dia pegi main taman, padahal taman cuma kat depan rumah je... bawak gi TRU pun jarang coz we all sibuk and aku selalu tak sihat.. kesian Darin.. so nak tak nak we all keluarkan kereta and bagi peluang dia main kereta control dia yang dah lama terperam dalam bilik belakang tuh... janji dia happy....

Monday, November 23, 2009

Awana Genting


ini review pasal bilik kat Awana..
aku dapat roomate dengan Joanne, dia chinese, tapi so good, sporting and open-minded. And paling tak sangka, dia rupanya ex-ofcmate dengan ex-ofcmate aku dulu.. fuh, kecik je dunia ni..


we all dapat level 17, tinggi gila, so inilah permandangan padang golf dari dalam bilik.. sayup - sayup je, kalau tgk terus ke bawah.. hhmm pening kepala... kalau sesapa gayat, adalah dinasihatkan supaya tak tgk bawah..


bilik we all, 2 katil single, tapi besar, means super single... bilik complete dengan tv, fridge, kipas, iron board, iron, bath tub, hot water.. no air-cond ek, coz kat genting, dah sah - sah sejuk.. ada phone... and yg paling penting, free wi-fi provided... itu penting..


so far aku rasa oklah... besar sangat pun x, kecik sangat pun x, just nicelah.. kalau dtg dengan family yang ada 1 baby atau 2 baby still ok lagiklah.. but if kalau anak dah besar panjang, kena amik bilik yang lagik besarlah..

tido mlm mmg sejuk, so selimut tu mmg sepanjang masa taik sampai ke pangkal leher.. ha..ha... macam - macam hal, sejuk lain mcm, tak macam sejuk air-cond..


pasal harga, tak sure plak berapa coz we all pegi pun company yang bayar.. dalam 200 lebih kot 1 malam... sepanjang we all kat Awana.. ramai jugak yang datang situ untuk kursus, seminar, maybe sebab cuaca pun sejuk .. so ramai jugaklah yang pilih Awana.. so kalau u all nak duduk situ untuk bercuti, kena book awal - awal ok...

jom pergi Genting


aku antara org yang kena perfi CSE training kat Genting, memula cam pergi sebab terpaksa, sebab tak kenal ramai sangat org, tapi x kisahlah kan, sebabnya wajib, suka x suka kena pegi jugak..


jumlah yang pegi dalam 30 orang.. and ada beberapa org drive sendiri, so dalam bas confirmlah tak penuh..


masa aku sampai pukul 7.15am, dah nampak bas Genting, ingatkan dia buat pusing, sekali bila person-in-charge (PIC), call, dia dah bertolak, sebab ada mis-communication.. ish malas nak citer...

last - last bertolak dalam pukul 8.45am... perjalanan agak lancar, waktu pagi, so cuaca pun best jelah.. dalam bas pun duduk sorang je.. oklah kan...

sampai Awana genting dalam pukul 9.20 am, sampai je terus minum, daftar diri then sebelum nak mulakan aktiviti tu we all kena cabut daun terup tuk tau we all kat kumpulan mana.. so dapatlah teammate..

yang baju putih tu Puan Hamidah, our trainer

pagi tu dah start dah training tapi fun sangat.. instructor we all namanya Hamidah from Tulino.. tapi mmg bestlah... siap ada game semua... and kumpulan aku sangat havoc disebabkan ada 1 insan yg sangat byk mulut..

then berehat lunch, and we all naik bilik... petang ada big boss dtg and aktiviti agak bosan sket.. takpe layankan je..


then berenti team time... and sambung balik aktiviti tuh..

malam pulak lepas dinner tu we all diminta memakai sesuatu yg comfort... nama aktiviti nih "Samurai Warrior" ini sangat best tapi takde gambar, tunggu dapat gambar nanti aku explain kemudian...


pastu layan karaoke sampai pukul 1 pagi..

jumaat training sampai pukul 5 petang je tp jumaat kena pakai pakaian opis.. malam aktiviti bebas.. sempatlah aku naik genting..


we all jenjalam sampai Kasino, then lepak kat Starbucks.. pastu main bowling...







Sabtu, training sampai tengahari je, so kena lunch cepat - cepat... sebab takut kena tinggal bas.. so far semua oklah, and best sesangat..


tgh tunggu call utk training kat Pullman, jadual hari tu boleh clash plak dgn training yang ni.. hhmm bilalah agaknya yek..

Thursday, November 12, 2009

live:520 KPJ Selangor

akhirnya kena masuk ward jugak. Pagi tadi gi klinik smc, doc ckp tonsil bengkak teruk. Siap amik darah takut kena denggi sbb demam lama sgt. Tp semua ok. Then doc suh refer ke specialist, ENT.

Lepas jumpa ENT, dia check sumer, siap tunjuk kat tv tonsil yg bengkak n nanah tu. Suh buang tp aku takut sebenonya. So dia suh masuk antibiotik je.

Ni tgh tunggu nurse masukkan jrum pulak ni. Nampaknya candle light dinner kat spital je mlm ni..

Anyway, thanks bie for the lsurprisel...

happy..happy..happy anniversary

hari ni anniversary kami yang ke 4 thn.....

semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

x taulah nak celebrate sesangat ke tak coz yours truly masih lagik x sihat sepenuhnya..
duduk..bangun.. pening... dah berdiri lelama... pening..
tonsil pun belum ok lagik

Darin pun cam demam balik je skang ni...

celebrate tu no-2.. kesihatan kena jaga dulukan...

Tuesday, November 10, 2009

demam..

aku demam..
kali ni agak teruk, start kena sejak hari sabtu malam sampailah hari ni...
masa tu pun kat kampung, lepas makan ubat, ok, pastu sejuk menggigil - gigil...
balik kl ahad petang mcm dah ok, dalam pukul 6 lebih demam balik mengigil - gigil..

terus jumpa doktor, amik ubat and dapat mc untuk esok... tonsil bengkak tu pun memang faktor demam jugak..

isnin siang tak gi keje, duk rumah pun rasa pening jugak, tapi lapar so kena masak jugak... still boleh berdiri...

petang amik Darin, ingatkan dah ok, lepas je amik Darin, sejuk tu datang balik, sampailah ke malam, lepas makan ubat, dalam 1 jam macam tu tak ok jugak..

so hubby bawak gi klinik sekali lagik, klinik yg sama, tp doc lain pulak, kali ni ok sket dok dia.. semua benda dia tanya... then aku mintak injection jer...

lepas kena inject, aku rasa nam pitam, nak muntah pun ada.. sekali mmg muntah bebetul depan klinik... arrgghh... lepas keluar baru lega...

siang ni pun rasa terbuai - buai ni.. bau dapur pun rasa tak sedap.. cuma boleh duduk je, gi belakang angkat kain pun cam pusing... tadik lipat kain pun rasa pusing.. adoi la hai..

sib baik ada husband boleh tolong buat keje rumah, dia yg cuci baju, angkat kain, sidai kain, kemaskan pinggan mangkuk, siapkan darin semua and etc... sorry bie, org demam teruk betul kali ni...

Sambutan Aidilfitri Alam Impian

sambungan dari kisah sini...
aku baru dapat gambar dari someone yang volunteer jadik photographer malam tu..
itupun dia sempat upload 12 keping je..ces... padahal ada lagik beberapa org yg amik gambar, nanti nak try tanya jiran selang 1 rumah ni, gambar we all mana..

sementara tu kita layanlah gambar apa yang ada ni dulu yek...

We all sewa dalam 5 buah khemah.. and 1 khemah persendirian untuk letak PA system.. PA system tu we all sewa jugak.. x ingat pla baper..

baju pink tu En Mawi, selaku bendahari untuk program Sambutan raya... apalah yang tak kena tu yekkk


Jemputan yang sampai awal.. baju kuning tu nenek hubby aku... dia pun dapat join sekali...

Antara AJK yang bertugas sebagai penyambut tetamu di hujung sana...

Baju pink tu ofcmate aku tu.. ahaks.. alamak.. yg lain x ingat namalah, melainkan Syahnaz (si baju hijau)

Cik hubby kena mintak tolong Iznan pasangkan butang baju melayu coz his wife MIA melayan anak dara main kat taman..

tetamu dah start duduk dah..


Antara yang memenuhi ruang khemah...

Acara kemuncak, confirmlah bagi duit raya... rezeki anak - anak... Thanks Bro Adnan selaku Pengerusi AIRA...


nilah wajah - wajah AJK yang baru berpeluang nak menjamu selera, selepas semua tetamu pulang.. dalam pukul 10 jugaklah semua acara selesai.. oklah tu kan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...