Followers

Tuesday, November 3, 2009

jom main bunga api

kalau dah namanya raya, tak sahkan kalau takde bunga api... so inilah acara kemuncak yang ditunggu - tunggu


sebelum nak mula, adalah sorang mak budak ni sukarelawati jadi tukang bahagi - bahagikan bunga api nih... anak dia dapat lebih kot.. ahaks.. takpelah..


so Darin pun dapatlah dalam 2 batang je kot... jadiklah tu dari takde langsung..


masa nak pasang bunga api, husband akulah jadik mangsa, bukan mangsa apa, dia sorang je lelaki yang ada kot, nak pinjam lighter, nak hidupkan lilin.. so bebudak pun kerumunlah cikgu nak pasang bunga api..


masing - masing berebut nak pasangkan bunga api, sampai ada yang nangis sebab tak dapat nyalakan bunga api.. kes lilin terpadam jangan cakaplah, banyak kali..


last - last semua kena beratur.. ha, kan senang, itu je jalan penyudahannya.. tapi Darin tak join pun beratur.. sebab daddy dia ada tolong pasangkan lilin untuk dia sorang jer


padahal kat sebelah sana, bebudak beratur tak abis - abis lagik..


bila dah sampai satu masa.. datang jugak bebudak ni kerumun kat daddy Darin sebab nak nyalakan bunga api dia orang yang tak habis - habis tu...


di sebabkan kawasan tanah lapang tu x berapa rata, so susah nak tegakkan lilin yang comel, jadik susunlah lilin tu atas papan yang dia org selalu buat main kat situ...


at the same time, daddy Darin kena tolong darin nyalakan bunga api, tak taulah apsal, bunga api Darin asyik tak nyala je, nyala sekerat pastu padam, kes dah masuk anginlah tu, aku plak dengan muka x malu, mintak belas kasihan bebudak kat situ, mintak bunga api baru tuk Darin, tapi they all bagus, aku mintak 1, dia bagi 2 tau... bagus kan..


so inilah wajah Darin bersama bunga api dia.. last - last dapat gak dia main bunga api tu sampai habis dengan versi yang penuh..


dan saat yang paling best, aku x sempat nak capture, boleh dia pegi pegang bara api tu lepas dah habis main, maunya tak menjerit, x sampat aku nak tarik tangan dia masa tu.. sian dia.. so lepas ni confirm dia akan ingat sampai bila - bila...


sebagai penutup.. inilah gambar mak budak yang sibuk amik gambar anak dia.. abis tu dah blog aku, takkan takde gambar aku kan...he..he..he..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...