Followers

Monday, November 2, 2009

kanak - kanak riang

time ni baru lepas makan, so aku bawaklah Darin keluar main ngan kawan - kawan dia.. saja nak tengok dengan sapa dia ok, and sapa yg ok dengan dia.. so funny tau dia org ni...


dalam gelap - gelap tu elok je dia orang main sama - sama kan.. ada masa memanglah gaduh, dah nama pun budak - budak.. orang tua pun bergaduh, inikan pulak budak - budak kan...



Darin pun sama, sana sini lari je dia.. risau jugak kalau jatuh, maklumlah pakai baju kurung, biasakan susah sikit nak handle, lainlah kalau pakai seluar..


pastu dia macam lost sekejap, agaknya carik mak pak dia, bila dia nampak je mak pak dia, dia pun sambung main balik, carik gang mana yang sesuai pulak agaknya...


last - last, dia carik port kat tepi rumah tu je, agaknya itu yang dia rasa selamat agaknya.. takdelah gelap sangat macam kat tanah lapang tuh...


pastu terus je dia duduk nak join kakak - kaka tu main apa.. ada satu masa tu, si adik sapa ntah nangis, nak jugaklah pegang benda yang si kakak tu pegang, tapi si kakak tu tak nak bagi, terpaksalah aku pujuk si kakak tu supaya bagi kat adik satu... bagi jugaklah tapi dalam keterpaksaan.. ha..ha..


yang budak ni pulak, masa aku suh pose, terus dia pose cegitu, dia sangat petah ok, bising jugak mulut dia masa tu, terus aku snap gambar dia.. tapi x ingat nama dia sapa..


ni je gambar Darin yang tengok kamera.. budak lelaki sebelah dia yang pakai songkok tuh, aku x ingat nama dia siapa... masa aku suh dia duduk sebelah Darin amik gambar sesama, terus dia duduk camtuh... tetiba baru aku perasan baju dia orang sedondon.. ahah.. lawak tuklah.... budak - budak kan....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...