Followers

Friday, March 8, 2013

Kita Siapkan Apa Yang Patut

Dah masuk 32 minggu... uhuk... sekejap je rasanya. Takut - takut tu dah start datang... lately dengar ramai kawan yang dah bersalin, rasa seronok sangat.. macam rasa tak sabar sangat. And lepas tu bila dengar jugak berita sorang - sorang my friends yang sama - sama pregnant, wow... macam pakat pulak kita yek... Congrats to all... to me also lah.. semoga kita sihat - sihat hendaknya sehingga selamat melahirkan.



Walaupun duduk kat bandar, orang kata konon moden, tapi yang satu ni tetap aku dengar cakap orang - orang tua... Bila kandungan dah cecah 28 weeks, barulah aku terhegeh - hegeh duk carik barang persiapan baby. 

"Buat apa nak beli? Kan yang dulu boleh pakai..."

Hehehe.. betul tu.. tapi panjang ceritanya.. Kononnya memang barang Darin disimpan elok dalam kotak untuk adik Darin pakai... Tapi sejak 2 kejadian sedih pada tahun 2011... and hinggalah puasa tahun lepas, daddy decide, "kita sedekah jelah barang - barang ni yek.. kalau dah memang Darin sorang je redha jelah.."
Itulah yang terjadi, barang baby, barut, bengkung, baju pregnant, selimut, semua banyak dah bagi kat orang.. and dapat tau pregnant bebetul lepas raya... Itu semua Allah yang tentukan. Apa - apa pun bersyukur.

So mulalah misi mencari barang baby. Bayangkanlah kalau nak beli dari mula cemana. Itupun baby Cot, buaian still ada dalam simpanan termasuk tempat mandi baby. Lain sumer takde, Car seat pun dah let go kat orang.

Masa nak cari barang tu macam tak pandai pulak. Darin dah hilang dengan sepupu dia, mcm nak beli untuk 1st baby je.. huhuhu.. masa ambil barang pun duk fikir, ini ok ke, perlu ke... masuk bakul, keluar bakul.. Dahlah kali ni memang selalu sakit bahagian abdomen bawah, so nak jalan lama - lama pun memanglah susah. So sempatlah grab beberapa helai baju siang, baju malam, rompers, mitten and booties, socks mandian and etc...

Pastu baru teringat pasal barut. Nasib baik ada kawan sudi bagi pinjam dulu. Yelah baby pun pakai tak lama mana.. Thanks bebanyak Mekchu sebab bagi pinjam baru Abam Mi and Wawa ye...


Nowdays pun dah banyak barang jual online kan.. so memang dah tengok - tengok dah website yang ada. Kali ni tak sure girl or boy. Walaupun doktor dah sebut, tapi bukanlah tak nak percaya, selalu ambil langkah selamat dengan belikan barang warna putih, and takde pink or biru or warna yang sewaktu dengannya. Tak kisahlah. Kalau rasa berkenan yang memana... klik - klik, bayar sampailah depan rumah kan.


This time nekad nak fully breastfeed baby, tak kisahlah sampai berapa bulan pun. Kalau dapat sampai 2 tahun syukur sangat. Yang Darin dulu memang gagal 100%. Hahaha ntah apa - apa kan.. maklumlah, memang takde pengetahuan langsung. This time kena berguru dengan mereka - mereka yang banyak pengalaman and memang kena kuatkan semangat. Yes.. 


Hari tu duk canang jugak kat FB nak carik Confinement Lady.. yang buat semua penjagaan ibu + anak and boleh masak sekali. Mengada - ngada ke? Taklah.. my mom kan dah berumur jugak. Dia pun ada masalah kesihatan same with my dad. So taknaklah macam paksa dia duduk kat sini lama - lama. And dia pun tak prefer duduk rumah anak - anak. Lebih selesa rumah sendiri katanya. And this time aku nak berpantang kat sini je. Darin dah sekolah, walaupun sekolah budak - budak. And malas nak suruh daddynya everyweek balik kampung. Sebab kalau dia kena keje weekend, sure dia sedih tak dapat jumpa anak - anak dia.

My MIL pun dah berumur. Walaupun dia willing untuk jaga, but then of course aku limitkan. Takkanlah semua nak bagi kat dia. Walau cemana pun aku dah dapat 2-3 contact. Ada yang org recommendkan, and ada yang aku nak try sendiri. So yang nak cuba - cuba ni aku nak panggil dia urut dululah kat rumah. Yelah nak tau ok ke tak. Naklah kenal - kenal dulu. Takkan pada hari kejadian baru nak kenal, nanti salah orang, naya je.

Oklahlah... actually memang banyak lagik benda tak settle, Takpelah buat setakat yang boleh. In case kalau ada apa - apa yang aku terlupa, tolong inform yek. Dah 6 tahun baru nak bersalin lagik. Semua pun macam lupa.. hik..hik.. ok.. adios.

p/s; gambar adalah belas ikhsan En. Google

5 welcoming comments:

Jue Azman said...

mus, ko nak barut tak? klu nak, aku bg kat ko. aku pun dah tak pakai lg.

mikamusz said...

Jue.. thanks yek. Nanti kalau dah pos bagi tau okeh..

Hanim Salleh said...

assalamualaiku.. kita dah email dah pasal confinemnt lady tu.

mikamusz said...

Thanks Hanim...

Anonymous said...

Khas buat ibu bapa yang mencari barangan baby pada harga yang berpatutan, Little Angel menyediakan jualan barangan baby online bagi memudahkan ibu bapa membeli barangan yang terbaik buat si comel.sila like page Little Angel Di facebook untuk maklumat lanjut..https://www.facebook.com/pages/Little-Angel/666917740015343

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...