Followers

Thursday, July 31, 2008

Musician to be..

Last weekend we all ke Subang Parade, sebab nak carik mainan baru untuk Darin, kesian dia, keretapi bubble di tu dah bocor sana sini... so ingat nak carik yg tak payah tiup punyalah... so we all belilah satu khemah ni.. huwwaa.. x bestnya, coz takde tapak bawah, means Darin kena duduk atas lantai, and bile fikir balik cam menyemak rumah je.. so nak pulangkanlah yang tu..



At the same time daddy nya terbekenan ngan satu drum winnie the pooh, nampaklah gurlish sket kalau yang tu walaupun drum.. so belilah satu... dulu pernah nampak camtu kat rumah member, masa Darin try nak gi ketuk drum tu, member tu tak bagi dia ketuk, sib baik dia tak nangis, maybe dia tau kot tu bukan barang dia.. that's whylah daddynya belikan drum tuk Darin..oklah tuk dia buat main kat rumah, bukan Darin sorang je yang excited, mak pak dia pun excited, termasuklah bibiknya sekali...

Wednesday, July 30, 2008

Mari melabur

Last week berkesempatan pergi RHB, dalam keadaan tak berapa stabil ni kenalah beringatkan.. so aku pun kais - kaislah duit yang ada tuk simpanan aku ngan anak aku...



And difahamkan ASD punya dividen bulan 6, so bila tgk je buku tu ter'update' he..he.. cam best jugaklah..

disebabkan happy aku pun singgahlah watson, nak beli cotton facial tuk diri sendiri..



pusing - pusing watson, adalah lagik sale tapi takkan nak borong semua, lalu kat tempat sikat, nampaklah sikat ni cam murah je bawah 10 hengget and ok je rasanya.. coz dulu bibik aku ada pesan (sebelum dia balik cuti tuh), mintak tolong belikan sikat, tp jangan ada bulat kat hujung.. so jumpalah apa yg dihajatkan..



dah beli tuk bibik aku, cam nak cariklah utk husband and Darin jugak.. baru teringat yang husband aku dah lama tak cukur janggut and misai coz pisau cukur dia dah hilang.. sebab tak tau nak beli yang cemana.. so aku belilah yang pakai buang jer..



sambil pusing - pusing tu terfikir jugak nak beli apa tuk Darin.. nak beli syampu atau mandian dia.. dah ada dah kat rumah.. last - last teringatlah ubat gigi dia pun dah nak abis.. kali ni beli perisa grape pulak..



so completelah semua org dapat 1 brg ok...

Thursday, July 17, 2008

Jom merempit

Inilah kenderaan kegemaran Darin, masa menumpang kat nursery 2 hari tu pun, nilah benda yang buat dia nangis kalau tak dapat main, coz kuda ni kat luar and jaranglah kakak - kakak tu nak bawak bebudak keluar...
Masa main ni pun ada sorang budak nak naik, dia siap tolak budak tu, sungguhlah ganas anakku ini, ni kes sebab tak mo share barang dengan org lainlah.. tapi nasib baik dengan sepupu - sepupu dia.. dia tak berkira sangat...
Ni pun main kat Jusco Equine, tak ingatlah berapa ringgit, banyak - banyak benda, ni je yg dia suka.. slide pun dia tak nak naik.. suka hatilah Darin

Pakai Kasut

Nampak tak kat sebelah kaki kanan dia....
ha..ha.. cubaan memakai kasut sendiri berjaya.. masa ni aku baru balik keje.. so tgh minum ler ngan husband aku.. dgrlah Darin mengomel sensorang kat pintu depan sambil amik kasut dia tuh.. confirmlah tu nak ajak keluar.. tapi takde sapa nak pakaikan dia kasut.. tetiba senyap...


Tau - tau dia dah berjalan kat laman tu sensorang sambil sebelah kaki je pakai kasut.. ha..ha.. sian plak dia kan...

Tom Tom Bak

Darin dah pandai tengok Tom Tom Bak, siap dengan gaya sekali... ha..ha.. cam kelakolah plak.. coz dia dah faham dah sesikit tgk tv.. tak banyak rancangan kartun yang dia suka.. tapi kenkadang dia layanlah Macam - Macam Aznil dengan Bolos...



hhmmm sedapnya tengok TV sambil mcm Fries Mc D yek... jangan kacau shaye.. okey..

Friday, July 11, 2008

Peanut Butter Please...

Sapa nak makan peanut butter dengan cokelat angkat tangan...


memula dia nak benda alah ni, bagi jelah, janji dia senyap, lagipun masa ni weekend lepas, aku ngan husband aku plak diserang sakit mata lepas je Darin sihat...

botol pun bukan jenis kaca.. and kecik jer.. so senanglah dia nak pegang.. memula tu dengar jugaklah suara dia.. pastu tetiba senyap..

tengok - tengok sikit - sikit dia colet lam botol tu, siap sapu kat mata + telinga sekali.. anak - anak.. memula gelak jelah, pastu terus mandikan dia.. tau plak tu geli, sabar jelah...

Musim Sakit II

Sapa yang ada singgah kat entry Musim Sakit hari tu.. ni je gambar Darin masa dia sakit mata yang sempat aku capture.. tu pun lepas seminggu dia sakit..

sian dia


Lepas 10 hari, barulah Darin recover... so bolehlah aku gi keje dah.. and Darin aku tumpangkan kat kakak sebelah umah.. sib baik akak tu nak jaga Darin, bolehlah Irfan main ngan dia.. itupun lepas doctor confirmkan yang Darin dah ok.. kalau tak susah hati jugak..

ni amik gambar pun masa dia baru bangun tido.. tu yang selebet semacam tuh.. mata dia still kecik sket belah kanan kan.. tapi mata putih dia dah nampak dah.. means takde dah kaler merah - merah tuh... skang ni dah ok dah..

Jom makan - makan

13 Jun 2008 - Jumaat, a freind of mine ajak makan steamboat.. so aku suggest Tupai - Tupai, tapi dia tak mo.. nak ajak makan kat Nelayan Titiwangsa.. aku layankan jelah.. merasalah naik Grand Livina baru tuh...


sampai sana.. makanan kira ok jugaklah, sentiasa bertambah jekan.. so amiklah udang, ketam, ikan, fishball, sayur and memacam lah.. cam tamak haloba pun ada jugak.. yang makan cuma 5 dewasa je pun..




malam minggu, kira ramaoi jugaklah org kat situ, siap ada 1 company ni buat cam makan - makan kat situ.. tu yang meriah tak hingat tuh... oklah next time kita try Tupai - Tupai plak.. dengarnya ada Salmon..

Jom Tengok Wayang

Dah lamanya tak tengok wayang.. masa pregnant pun takde dapat tengok wayang selalu, coz masa tu ny hubby selalu keje balik lambat and weekend pun slalu keje..

so this time amik peluang sementara bibik ada... ni pun masa awal bulan 6 dulu ni.. tengok citer Indiana Jones.. husband aku ler nak tgk sangat citer ni.. and dia pun sebut, kalau Alamanda ada wayng boleh tgk.. so kenalah tunaikan janjikan.. oklah tu...

Cheque ohh.. cheque

Yang ni bukan dapat cheque, tapi nak hantar kat xxx untuk yyy
apalah yek..
he..he..




psstt.. u all dah dapat ke cheque from LHDN... aku pun dapat gak.. utk 3 tahn sekaligus tuh.. beshnya.. tapi tak yah tampal sinilah yek.. dah selamat pun bayar hutang he..he..he..

Sunday, July 6, 2008

Musim Sakit

Dugaan yang memang penuh cabaran.. 2nd week lepas bibik balik kampung, husband aku demam, sampai 4 hari, doktor cakap demam virus, sampai aku pun kena work from home 1 hari tu nak jaga dia.. nasib baiklah Darin aku hantar kat rumah org.. so bolehlah handle semua benda..

Masuk 3rd week, Darin pulak sakit, hari isnin 23/6 tuh, tetiba mata kanan dia penuh dengan tahi mata, macam org kena sakit mata, aku pulak demam selsema, terus mc and jaga dia.. since we all kena keje and tak molah hantar rumah org, my MIL kena naik from Johor untuk jaga Darin 2 hari, nasib baik Darin nak makan ubat semua termasuklah ubat titik.. masuk hari Khamis, my MIL dah balik kampung, then aku paksa jugak husband aku amik cuti 2 hari jaga Darin.. we all pegi specialist, doktor cakap virus tapi masa tu mata Darin dah merah sangat dah.. and macam x boleh bukak.. kesian dia..

masuk hari Sabtu, mata dia bengkak atas and bawah sebelah kanan... my mom datang dari kampung, berubat cara kampung, mandikan dia sabtu petang tu and terus tuam mata dia dengan air daun sirih and pinang.. adalah sebabnya kenapa kena buat camtu... harapnya oklah... malam tu dah surut sikit bengkak dia tp still x boleh bukak... hari ahad ,atas bawah macam dah surut sikit... ahad tu mandikan dia lagi dengan air ubat tuh...

hari isnin, aku tengok bengkak mata bawah dah surut sikit.. since hari Jumaat tuh memang air mata dalam tu meleleh je keluar.. kesian dia.. tu yang dia susah nak bukak mata.. start dari waktu Maghrib hari Ahad.. Darin asyik tido je... hari Isnin siang tu siap kejutkan dia bgn pagi suruh mandi, tapi nangis.. lepas mandi, makan sikit, tido.. susu skit tido.. aku pun senang sangat nak buat keje.. mak aku cakap, budak tengah berubat memang macam tu.. penyakit pegi dalam tido.. aku harap betul.. tapi aku tgk mata bawah dah surut, tinggal kelopak atas je..

Hari Isnin aku cuti... sampailah rabu nak jaga dia supaya sihat... petang Isnin tu aku siap kejutkan dia nak mandikan air ubat tu utk petang yang terakhir, nangis jugak, cuma nak mandikan air ubat je dia tak nangis, then tido lagik.. hari selasa aku tgk mata dia dah boleh bukak sendiri dah.. and dalam pun dah tak merah.. lega skit... mata atas pun dah mula surut... syukurlah...

Hari Rabu tu, we all bawak dia jumpa doctor lagik.. and doctor cakap dah ok dah.. baru senang aku nak pegi keje.. we all mintak tolong kakak sebelah rumah jaga Darin pulak....

tapi elok je darin sihat, husband aku pulak sakit mata sebelah kanan jugak hari Khamis, tp still pegi keje.. then now aku pun dah kena jugak.. huwwaa.. mc lagiklah aku.. apa nak buat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...