Followers

Friday, July 18, 2014

Tragedi #MH17 - Hilang mu bagai Perwira

Pagi ni rata - rata negara dikejutkan dengan tragedi #MH17, penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, yang dijangka tiba jam 6:10 pagi tadi, telah terhempas di Ukraine.


It was happened last night (waktu Malaysia).. so sudden bila husband aku tetiba cakap "Apa? flight MAS terhempas kat Ukraine?? Betul ke ni?" Aku pun macam terkejut, tengah set kepala nak tido, terus bangun and bukak Astro Awani. FB pun soalan keluar bertalu - talu and yet, berita itu sah.. terkejut dan sangat - sangat terkejut. At first memang aku cuba cool down and harap macam ada yang boleh diselamatkan. Tapi berita seterusnya pesawat tu ditembak oleh peluru berpandu Buk, aku rasa geram sangat.. WHY????




Dan ditambah menyayat hati, Kapten kapal tersebut adalah jiran kita orang. My husband sure terkesan, baru je beberapa hari lepas jumpa solat Tarawikh sesama kat surau, plan for next Badminton schedule untuk penduduk taman, and tak sangka itulah perbualan terakhir mereka. Most of penduduk taman memang sangat sedih. Ucapan takziah buat keluarga Kapten Wan Amran Wan Hussain, semoga arwah tenang di sana. Salam takziah juga buat keluarga anak kapal dan penumpang MH17, Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam.

Bila sebut pasal Amsterdam, terkesan di hati sebab inilah airport/negara pertama yang aku jejak, luar dari Malaysia buat pertama kali, masa 2003. Lama gila tu. Masa tu naik KLM, transit di Schiphol untuk ke Boston dengan pesawat Northwest Airline. Masa balik dari Amsterdam, dapat naik MAS, memang excited sbb rasa macam dah halfway sampai Malaysia. Masa tu tak tau apa dalam fikiran. Naik flight sorang - sorang travel dr Malaysia ke US pergi balik, tak pernah terfikir yang kapal terbang akan kena tembak, melainkan terhempas tu je. Last visit to Amsterdam was in 2011.

Then husband pulak selalu travel ke Belgium, pun transit di Amsterdam. Ada sekali tu 3 tahun berturut ke sana. Sepanjang perjalanan setiasa doakan dia dalam keadaan selamat pergi dan selamat kembali. Dia sendiri admit yang dia tak boleh nak tido sepanjang perjalanan.

Beralih pada kisah MH17 ni, tak banyak nak cakap. Cuma harapkan negara kita dapatkan kepastian ke atas mayat yang masih lagi ada yang tak dapat di kenal pasti. Semoga dapat disempurnakan semana yang boleh.




Terlalu banyak spekulasi, tentang puak pengganas yang nak tembak flight lain, tapi tersalah tembak. Rasa memang tak boleh maafkan kes macam ni. Rasa nak bom je sapa yang buat tu. So sad. Laluan udara Ukraine pun dah disahkan oleh IATA dan ICAO laluan itu selamat untuk digunakan. Means memang takde gencatan senjata berlaku tapi ada pulak hidden agenda yang tak diketahui kat sini.




Ini semua dugaan buat kita.. belum selesai kisah Lahad Datu, kini perairan Sabah diserang lagi.. Belum reda kes MH370, timbul pula kisah MH17. 

Kita masih lagi di sini, meneruskan sisa - sisa hidup kita, kerja macam biasa, amik and antar anak sekolah. Berbuka dan bersahur seperti biasa. Tak pasti bila tiba waktu kita pula.





Ada juga yang tak sayang mulut mengata macam - macam pasal PM kita. Tapi dia pun dah berusaha sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik untuk semua. Bukan mudah nak suruh seseorang tu step down. Pemimpin yang bagus adalah, pemimpin yang memulakan sesuatu, dan menyudahkan sesuatu, dia turun di saat semua orang mengingatinya, dan bukan di saat org mencelanya.


Kita doa yang terbaik buat negara kita.
Kita kena bersatu padu.
Kalau tak dapat nak sumbangkan tenaga, cukuplah setakat doa.


#Prayformh370
#prayforsabah
#prayforgaza
#prayformh17

Friday, June 27, 2014

Ahlan Ya Ramadhan

Salam semua

In Sha Allah kita bakal menyambut kedatangan Ramadhan sekali lagi..
Ahamdulillah dipanjatkan syukur kerana masih mampu untuk meneruskan ibadah puasa buat kesekian kalinya.

Di kesempatan ini, saya pohon ampun dan maaf di atas segala tingkah - laku atau tutur kata yang mengguris hati kawan - kawan sekelian. Semoga kedatangan kali ini memberi keberkatan ke atas amalan kita yang tak seberapa.

Semoga tabah menghadi segala cabaran dan dugaan di bulan yang mulia ini dan semoga ukhuwah ini sentiasa berpanjangan... amin..


Wednesday, April 23, 2014

TO MY LITTLE CHEEKY



HAPPY BIRTHDAY SAYANG....



Monday, March 10, 2014

PRAY FOR MH370


Thursday, January 30, 2014

Lama sepi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

hhmm macam nak bagi ucapan pulak.
Bukan apa, bila tangok balik blog ni.. berzaman tak update. Lepas tu pulak, banyak sangat cerita dah terlepas.. Pasal holiday jangan cakaplah, dari tahun 2011 punya cerita pun ada lagi tersimpan elok dalam draft ni. Ish nak buat time keje macam tak sesuai je. Nak buat kat rumah?? Kerja kat rumah tu lagiklah berlambak, hari - hari pun tak habis.

Now Baby Qaseh pun dah cecah 9 bulan, kak Darin pun dah settle down sekolah kebangsaan. So memang rutin harian pun dah berubahlah. Letih memang tak boleh nak explain. Ni office dekat dengan rumah pun dah rasa berpinar - pinar mata ni. Kalau office jauh, tak taulah cemana. Time bawak kereta, tak kiralah pagi ke, tengahari ke, petang ke, mata ni nak terkatup je.

Paling tak tahan bila nak tidurkan Qaseh, tiap kalu aku dodoi dia, aku rasa mata aku yang pejam dulu.. mata dia elok je besar lagik.. nak buat cemana, bilik dah gelap, pasang air-cond lagik.. memang nak tido jelah jawabnya.

Oklah cukup dulu sampai sini.. nanti ada masa sambung story balik. Bestnya kalau idea terus mencurah - curah dapat buat entry laju - laju ... hhmmmm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...