Followers

Monday, December 7, 2015

KARNIVAL KITAR SEMULA DAN BAZAR

Salam semua.. lama hilang tetiba muncul kan... Tapi tetap je menjenguk blog member - member tau. cuma diri - sendiri je yang tak rajin nak update..
Ok.. kalau muncul mesti ada cerita kan.. nak share pasal program komuniti ni... copy paste jelah dari apa yang dah saya publish kat FB and etc ye...



Assalamualaikum semua dan salam sejahtera

Jemput datang ke Karnival Kitar Semula dan Ai Bazar bertempat di Tasik Alam Impian pada 13 Dec 2015 (AHAD) bermula jam 8:00 am - 12:00pm.

Aktiviti dimulakan dengan larian, jalan kaki serta kayuhan basikal seawal jam 7:30am bermula dari Masjid Alam Impian ke Tasik Alam Impian..

Apa yang ada kat sini??
1. Jualan bazar dari penduduk Alam Impian.. mcm - mcm ada, jemput datang nanti
2. Pertandingan mewarna untuk kanak - kanak
3. Shah Alam On Wheel - Kaunter MBSA khas untuk korang nak bayar saman atau apa - apa yang sewaktu dengannya.
4 Pertandingan Inovasi.. ini khas untuk adik - adik cilik dari sekitar tadika/taska di alam impian dalam kreativiti mereka menggunakan bahan terbuang
5.Pengumpulan bahan buangan seperti kertas, plastik, botol kaca dan seangkatan dengannya. Tong - Tong kitar semula akan disediakan di kawasan karnival. Jika ada barang untuk dikitar semula, boleh letak kat sini. BAHAN KITAR SEMULA je ye.. bahan buangan tu tak bolehlah..

Ok jom sekali lagi ramai - ramai join program ni.
‪#‎AlamImpian‬ ‪#‎KarnivalJomKitarSemula‬ ‪#‎projekKitarSemula‬ ‪#‎aibazar‬ ‪#‎bazarai‬ ‪#‎bazaralamimpian‬ ‪#‎jualanmurah‬ ‪#‎mbsa‬ ‪#‎programkomuniti‬


jangan lupa ye block date u all ye

13/12/2015
AHAD
8:00 pagi - 12:00 tengahari..

Thursday, January 15, 2015

Al - Ikhlas Pre-Tahfiz Pre-School: Darin Dalam Kenangan 3: Sambutan Maulidur Rasul

Blog bersawang, selama ni baca blog orang lain je, bila jenguk blog sendiri, Ya Allah takde cerita lansung. Sebenarnya bukanlah takce cerita lansung cuma sibuk sikit uruskan business kecil - kecilan.. Jemput singgal ke http://fronte-shoppe-online.blogspot.com.. Nak tau apa ada.. jemput singgah ye...

Tahun ni Darin dah naik darjah 2, biasalah drama di pagi hari tetap ada, walaupun dia sekolah di sesi petang.. dalam tengok gambar - gambar lama, ada banyak sangat cerita yang pending.. ish.. mood menulis tu ada tapi rajin yang hilang entah ke mana..

Cerita pasal Sabtu lepas, kat FB, Blog, IG and semua media sosial, ramai sangat yang update status "Salam Maulidur rasul" dalam pelbagai bentuk. Since masa tu sekolah pun tak mula lagi, aku sendiri pun memang tak perasan melainkan kalau tengok kalendar, sebab selalu sekolah mesti akan buat surat and etc pasal sambutan tersebut.

Since Darin join tadika Al-Ikhlas, tak pernah miss sambutan ni... Kiranya tahun 2013 tahun terakhir dia di Al-Ikhlas dan tahun terakhir dia sambut dengan kawan - kawan tadika. Kalau tahun sebelum tu siap sebak air mata tengok anak kecik selawat and buat persembahan, tapi kali ni dah ready siap - siap supaya tak nak sebak.. tapi tak boleh tahan, tetap berjurai air mata ni jugak.. adoilah emak...




Eh.. 2 gambar je? macam tak percaya je kan?? ada amik video sebenarnya, sebab kali ni Darin kena lead kawan - kawan dia yang lain, sebab tu lebih sikit berjurai air mata tu.

Simple performance but meaningful. Ada banyak lagi nak cerita pasal tadika Darin ni, nanti kita sambung lagi ok... bye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...