Followers

Monday, November 28, 2011

Europe Trip - ready for boarding...

Perjalanan dari rumah ke KLIA dalam 40-45 minit.. itupun ada sesak sikit kat area KESAS... maklumlah ramai orang nak balik kampung nak sambut raya haji.... selain dari itu perjalanan semua lancar, hari pun tak hujan.. sampai kat KLIA, pakcik Arshad tolong bawak turun barang, Darin siap tertido dalam teksi, just kejutkan dia nanti dalam flight tak nak tido pulak...

masuk je kat Departure Hall, terus carik Kaunter J untuk KLM, tapi tak bukak lagik... hhmm tak ramai orang ke dari Malaysia, selalunya 3 jam sebelum berlepas dah bukak kaunter tapi x bukak lagik.. aku pun pusing - pusing sambil tolak Darin dan troli, tapi Darin suka buat aksi bukan - bukan, kejap lari sana, lari sini, pastu sibuk nak beli coklat M&M yang ada kipas tu.. penat pujuk dia... so far masih bertahan lagik...

dah nampak ramai yg beratur, aku pun beratur sama... bila sampai giliran.. bagi passport dan e-ticket, aku dah check-in siap - siap kan rumah and boarding pass pun dah print, tapi dia bagi yang lain jugak.. so tak kisahlah.. so bag and terus sampai Brussels... siap budak tu cakap "kecik je bag kak.. banyak yek nak shopping kat sana.." ces.... berat beg pun cuma 8kg jer...

settle pasal beg, aku ajak Darin gi surau.. kena solat cecepat, kalau tak karang dia pulak lari keluar... masa tu daddy dia pulak sibuk call, lagiklah anak dara tu buat perangai, penat akak ko ni coolkan dia.. keluar dari surau, dah nampak pulak kedai mainan... sibuk nak beli mainan... bukannya senang nak sumbat dalam beg lagik dah...



penat tau berendam air mata kat situ.. org kiri kanan tengok tak hirau apa dah.. nasib baiklah kat Malaysia lagik Darin ooii.. lepas buat perjanjian damai... kata sepakat di buat.. beli M&M yang ada kipas tu je.. itu pun dah RM20++ tau... terus muka senyum, mintak makan sumer.... then we all pun masuk dalam... semua pun ok, kat imigresen pun ok...




dan teruslah naik train nak pergi ke Gate C.. C berapa x ingat pulak dah... sampai dekat Gate, terus beratur.. ini paling x best, semua benda nak kena angkut dalam scanner tu, so penat asingkan barang and Darin kena bangun, kat Malaysia stroller tak payah lipat, so tolak je masuk and dia org check.. beg semua masuk dalam scanner, Darin jalan dulu.. lepas Darin baru aku jalan...


sambil lepak - lepak nak tunggu masa... boleh pulak Darin nak ke toilet... adoiii... kena keluar balik... jalan laju - laju ke toilet, takutlah kang tetiba dia terkucil ke hapa ke kan.... nasib baiklah toilet tak jauh, tapi menggelabahlah akak ni ha... pastu kenalah lalu lagik sekali mesin scanner tu..
"aik tadik bukan dah lalu ke?"
memanglah dik oi.. dah anak akak ni tetiba nak gi toilet, takkan nak tahan.. padahal sebelum tu dah tanya byk kali dah nak gi toilet ke tak.. dia cakap tak.. isshh....



kalau dah masuk kat area gate, and nak keluar balik.. dia org akan pegang boarding pass kita, passport kita pegang, bila masuk, balik, dia akan bagi balik boarding pas tu kat kita.. so no worries...

yang bestnya bila berjalan dengan budak.. kita dapat masuk dulu... jadi takdelah susah nak bawak Darin, nak simpan barang semua... and senang nak carik tempat duduk.. kalau dah masuk ramai - ramai, kena tunggu orang tu simpan bag, orang ni duduk dulu... and memacam lagik...


 nampaknya Darin dah tak sabar dah dengan another advanture naik aeroplane.. dulu naik Air Asia masa  umur 1 tahun pegi Langkawi.. kali ni lagik jauh dan lama.. harapnya dia oklah....

Europe Trip - Mulanya langkah pertama

hari yang di tunggu tiba jugak... selepas berminggu - minggu bermain dengan perasaan, akhirnya tercapai jugak impian... berdebar nak mintak cuti dengan bos... nasib baik bos izinkan amik cuti walaupun masa tu baru nak cukup 1 bulan lebih bekerja.. confirm pun tak lagik.. settlekan payment ticket semua dengan agent yang sepatutnya... siapkan kelengkapan Darin specially baju - baju sejuk dia... then barang keperluan yang lain sikit....

dalam kelam - kabut tu, hati pun gundah - gulana nak pack barang, risau kalau tak muat, ish, padahal dah habis sikit dah bawak barang, tapi duk risau kalau tak muat, tapi isi jugak sampai berjaya.. minimakan barang yang diisi dalam bag-pack tu.. and sling bag tu of course barangan peribadi... segala document, printed ticket, infomation semua terletak dalam 1 fail, takut sangat tertinggal atau berterabur... susun pun ikut tarikh dan destinasi... inilah dia persiapan terakhir sorang - sorang sambil bawak si kecik ni berjalan jauh...

dari awal dah set mind kat dia... jangan naughty dalam aeroplane, kena duduk diam - diam, kalau pilot cakap fasten your seat belt, kena pakai.... and dia pun faham "macam Little Einstein kan mummy" haah.. mummy Darin ni pun mmg produk Einstein.. betul tak Mekchu....

Mintak pelepasan awal dari bos, pukul 4pm dah balik rumah, amik si kecik, singgah beli makanan dulu.. sampai rumah mandikan dia siap - siap and bagi dia makan... aku pun naik atas, mandi semua and makan.. masa tu pun dah pukul 6pm dah.. janji dengan pakcik teksi lepas Maghrib... kalau ikutkan nak pegi lepas Isya', sbb Isya' kan awal... tapi takut pulak ada apa - apa hal tengah jalan... masuk je Maghrib.. berdesup solat dulu.. then selesai je, check semua takde suis yang on, plug semua dah cabut.. lampu belakang, atas, bawah dah on, lampu censor depan pun dah on....

bila semua suis dah tutup, instruct Darin duduk luar, aku angkat semua barang yang ada, make sure takde 1 pun yang tinggal, specially barang - barang yang penting... then kunci pintu rumah elok - elok... rumah pakcik Arshad teksi tu selang beberapa rumah je dari kita org... then terus call dia yang we all dah siap sedia nak pergi dah.. terus dia keluarkan kereta dia and parking terus depan rumah kita orang... pakcik Arshad tolong angkatkan barang masuk dalam bonet kereta.. aku dan darin duduk dalam kereta diam - diam... sambil berlalu pergi, aku tengok je rumah. sayu pun ada... nervous pun ada, excited pun ada....

"Kita dah nak pergi jumpa daddy dah Darin..." detik aku dalam diam..

Friday, November 25, 2011

Jom kita ke laut

belum lagik...
belum masuk entry Europe lagik.. sabar yek...
skang ni kan musim hujan.. sana - sini hujan lebat... tambah pulak skang ni musim sekolah, sure banyak aktiviti nak buat tapi kena fikir sama ada sesuai atau tak.. contohnya bawak anak - anak mandi laut.. hhmm memang susah nak lepas, musim hujan memang tak sesuai nak berkelah tepi pantai.... sebab tu masa cuti persekolahan pertengahan tahun ramai yang pergi ke pantai.. contohnya macam kami.. pergi Pulau Pangkor...

Darin excited bila dapat tau nak naik bot
kalau nak ikutkan, apalah sangat ada kat sana kan? tapi kalau korang pelbagaikan aktiviti... duduk kat rumah pun seronok kan..kan... tapi kena kreatif jugaklah, kalau duduk rumah makan and tido sure tak best jugak...

plan ke Pangkor ni macam agenda main terjah jugaklah... bertolak dari KL Khamis malam Jumaat (Jumaat tu memang comp aku bagi cuti pilihan bersempana Hari Agung)... sampai kat Lumut kul 1 pagi macam tu... bermalam kat rumah adik ipar aku..sambil tunggu matahari keluar esok paginya nak gerak ke Pangkor...

 kalau belum ada tempat tido, boleh je call nombor yang ada kat situ

Hari Jumaat tu we all naik bot bergerak ke Pangkor.. Darin of course excited, ni kira first time dia nak naik bot ni... punyalah tak sabar nak naik, orang ramai memang jangan cakaplah...  tapi we all sampai masa bot baru berlepas.. so kena tunggu dalam 20 minit untuk tunggu bot lain sampai.. so dapat beratur depan sekali and dapat naik awal cop tempat duduk depan sekali.. nanti senang nak keluar kononnya...

sampai je kat Pangkor, kena isi perut dulu, laparkan... dah selesai makan baru naik Van nak ke Chalet.. rasanya we all tido kat Nipah Bay Villa kot... ada bermacam - macam jenis bilik dan harga.. apartment pun ada hotel pun ada, terpulang citarasa memasing, tapi basically bilik sini tak bersa mana pun, cukup ruang korang nak letak beg, nak solat sikit and selebihnya dah dipenuhi ruang katil, TV dan etc... tapi.. mana ada orang datang Pangkor nak tido kan..

 mummy and daddy

letak beg, buat apa - apa yang patut, terus terjah pulau... hari pun panas.. nak bawak kanak - kanak ni bagi makan ikan... so dah nego harga bot semua.. we all di bawak ke tempat nak naik bot tu... sebelum nak berlepas, of courselah kena pakai jaket keselamatan, itu perkara wajib, specially untuk aku yang tak pandai berenang ni dan jugak pada kanak - kanak... selipar, we all kena tinggal, takdenya bawak gi sana pun... kalau korang nak jugak, letak selipar dalam plastik and jinjing ke balik pulau...

 darin nak naik bot, gaya kena lebih..

aktiviti bagi ikan makan tu memang seronok, sekali baling roti, berpuluh datang serbu... bestkan... jangan tetina ada pulak si dugong datang, pengsan akak.. kalau duyung yang naik, 2 kali pengsan akak ni ha..

 daddy.. are u okey???

pengalaman naik bot laju memang best, memang kuat sangat sampai boleh tgk pipi tu bergegar - gegar... aku peluk Darin dia kata takut, tapi dia cakap "lagi laju lagi best mummy".. huuiihh sabar jelah aku...

sampai kat balik pulau sana, semua sibuk mandi.. bebudak yang dari tadi sibuk nak buat istana pasir pun stop jugak sbb teruja nak mandi laut... habis semua peralatan terumbang - ambing kat atas pasir tuh... sat lagik.. akak jugaklah jadik tukang kutip mainan tu..

 me and darin yang dah tak sabar naik main istana pasir

menjelang petang, we all balik... masa nak balik, anak dara boleh pulak tak mau jalan, bayangkanlah kena jalan kaki dalam 20 minit sambil dokong bukak 18kg, akak kena bawak segala barang, we all tak boleh nak jalan laju.. last - last.. terberenti sekejap kat kedai tepi jalan, pekena laksa, mee rebus dan air teh o panas.. wwaa... sodap.. yang lain?? dia org jalan laju sangat.. wa dah tak boleh tahan...

 akhirnya semua pun tinggal..

malam tu confirmlah makan makanan laut, tapi kat Chalet tu pun ada jugak makanan tu so we all takdelah nak pergi carik jejauh, sebab nanti takut tempat penuh, and kena tunggu lama.. perut kan lapar, haruslah isi puas - puas dulu... then baru berjalan lagik...

 mandi laut lagik best,,

jenjalan kat sekitar pasar malam pangkor memang best... duit poket pun best, segala benda pun nak beli.. tapi kena pandai pilih jugak.. cuma yang aku perasan memana kedai pun jual barang yang sama, rege pun xde beza.. sambil tu ada jual makanan, beli jugak lagik... asyik makan je kan..

 the next day.. pantai yang lain pulak

esok pagi sebelum balik sambung lagik sekali naik bot mandi laut, kali ni dapat harga lebih murah dari semalam, dan dia bawak we all mandi kat tempat lain.. orang tak ramai, air dia pun biru sangat lagik.. memang best sangatlah...

 landak laut yang nyawa - nyawa ikan..ehh...

masa we all mandi, org org kena gigit dengan landak laut... eh, cemana rupa landak laut tu yek.. secara fizikalnya sama je cam landak kat darat tu... badan dia ada panjang - panjang tu, tapi dia bentuk bulat and seluruh badan dikelilingi duri tajam tu... dia org bawak naik and tunjuk kat semua org..... kat mana mata dia??? susah jugak nak tgk memula, dah tgk lelama baru nampak....

 Darin yang super-excited..

kesimpulannya... we all sangat enjoy walaupun cuti pendek dan sekejap... tengahari tu we all check out and terus balik rumah.. lunch pun kat area Lumut je... lagipun masa we all kat jeti dah ramai sangat orang yang nak serbu Pulau Pangkor..


 bubye Pangkor, nanti saya datang lagik...

serius Pangkor best sampai skang ni Darin asyik cakap "Mummy, nanti kita pegi Pangkor lagik ye..."

Thursday, November 24, 2011

Lampu berwarna -warni

Tak larat nak jawab pertanyaan semua orang (budget ramai readers lah ni).. pasal cuti - cuti Europe... tak sempat lagik nak karang entry... ada masa idea mencurah - curah.. pastu tak tau nak start tang mana...


bila dah bukak komputer.. dah nak start mengarang.. ada pulak yang datang mengganggu... kalau buat waktu office lagiklah tak patutkan... waktu office buat keje tapi ni duk karang cerita kat blog...


sebenarnya memang tak boleh tahan nak story semua benda kat korang.. salute jugak macam my friend si BIQQUE dan jugak this family yang kalau buat entry jalan - jalan sangatlah terperinci.. memang aku kalah sesangatlah, x boleh nak challange dia org ni..


anyway.. bakal k dikeluarkan jugak nanti... buat sementara waktu ni.. jamu mata dululah dengan gambar warna - warni I-City ni yek...

Thursday, November 17, 2011

Officially

dengan rasminya


http://oklahtu.blogspot.com


telah bertukar menjadi


http://mikamusz.blogspot.com


ok masih lagik menggunakan media blogspot sebagai engine, belum tiba masa untuk ada domain sendiri...


happy reading everyone

Wednesday, November 16, 2011

Our 6th Anniversary

Lambat update sebab ke'limit'an access ke internet..


Anyway.. on 12th November 2011 it's our anniversary.... so....


Happy 6th anniversary to both of us..

Thursday, November 10, 2011

Another journey continues

Good bye London


Bienvenue à Paris

Monday, November 7, 2011

Approaching London

 

Thank You Eurostar....


/*Time different, 8 hours behind */



Sunday, November 6, 2011

Pusing - pusing kota

Sementara masih di sini..
terjah apa sahaja yang sempat...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...