Followers

Monday, November 28, 2011

Europe Trip - ready for boarding...

Perjalanan dari rumah ke KLIA dalam 40-45 minit.. itupun ada sesak sikit kat area KESAS... maklumlah ramai orang nak balik kampung nak sambut raya haji.... selain dari itu perjalanan semua lancar, hari pun tak hujan.. sampai kat KLIA, pakcik Arshad tolong bawak turun barang, Darin siap tertido dalam teksi, just kejutkan dia nanti dalam flight tak nak tido pulak...

masuk je kat Departure Hall, terus carik Kaunter J untuk KLM, tapi tak bukak lagik... hhmm tak ramai orang ke dari Malaysia, selalunya 3 jam sebelum berlepas dah bukak kaunter tapi x bukak lagik.. aku pun pusing - pusing sambil tolak Darin dan troli, tapi Darin suka buat aksi bukan - bukan, kejap lari sana, lari sini, pastu sibuk nak beli coklat M&M yang ada kipas tu.. penat pujuk dia... so far masih bertahan lagik...

dah nampak ramai yg beratur, aku pun beratur sama... bila sampai giliran.. bagi passport dan e-ticket, aku dah check-in siap - siap kan rumah and boarding pass pun dah print, tapi dia bagi yang lain jugak.. so tak kisahlah.. so bag and terus sampai Brussels... siap budak tu cakap "kecik je bag kak.. banyak yek nak shopping kat sana.." ces.... berat beg pun cuma 8kg jer...

settle pasal beg, aku ajak Darin gi surau.. kena solat cecepat, kalau tak karang dia pulak lari keluar... masa tu daddy dia pulak sibuk call, lagiklah anak dara tu buat perangai, penat akak ko ni coolkan dia.. keluar dari surau, dah nampak pulak kedai mainan... sibuk nak beli mainan... bukannya senang nak sumbat dalam beg lagik dah...



penat tau berendam air mata kat situ.. org kiri kanan tengok tak hirau apa dah.. nasib baiklah kat Malaysia lagik Darin ooii.. lepas buat perjanjian damai... kata sepakat di buat.. beli M&M yang ada kipas tu je.. itu pun dah RM20++ tau... terus muka senyum, mintak makan sumer.... then we all pun masuk dalam... semua pun ok, kat imigresen pun ok...




dan teruslah naik train nak pergi ke Gate C.. C berapa x ingat pulak dah... sampai dekat Gate, terus beratur.. ini paling x best, semua benda nak kena angkut dalam scanner tu, so penat asingkan barang and Darin kena bangun, kat Malaysia stroller tak payah lipat, so tolak je masuk and dia org check.. beg semua masuk dalam scanner, Darin jalan dulu.. lepas Darin baru aku jalan...


sambil lepak - lepak nak tunggu masa... boleh pulak Darin nak ke toilet... adoiii... kena keluar balik... jalan laju - laju ke toilet, takutlah kang tetiba dia terkucil ke hapa ke kan.... nasib baiklah toilet tak jauh, tapi menggelabahlah akak ni ha... pastu kenalah lalu lagik sekali mesin scanner tu..
"aik tadik bukan dah lalu ke?"
memanglah dik oi.. dah anak akak ni tetiba nak gi toilet, takkan nak tahan.. padahal sebelum tu dah tanya byk kali dah nak gi toilet ke tak.. dia cakap tak.. isshh....



kalau dah masuk kat area gate, and nak keluar balik.. dia org akan pegang boarding pass kita, passport kita pegang, bila masuk, balik, dia akan bagi balik boarding pas tu kat kita.. so no worries...

yang bestnya bila berjalan dengan budak.. kita dapat masuk dulu... jadi takdelah susah nak bawak Darin, nak simpan barang semua... and senang nak carik tempat duduk.. kalau dah masuk ramai - ramai, kena tunggu orang tu simpan bag, orang ni duduk dulu... and memacam lagik...


 nampaknya Darin dah tak sabar dah dengan another advanture naik aeroplane.. dulu naik Air Asia masa  umur 1 tahun pegi Langkawi.. kali ni lagik jauh dan lama.. harapnya dia oklah....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...