Followers

Showing posts with label Anything 'bout Darin. Show all posts
Showing posts with label Anything 'bout Darin. Show all posts

Thursday, January 15, 2015

Al - Ikhlas Pre-Tahfiz Pre-School: Darin Dalam Kenangan 3: Sambutan Maulidur Rasul

Blog bersawang, selama ni baca blog orang lain je, bila jenguk blog sendiri, Ya Allah takde cerita lansung. Sebenarnya bukanlah takce cerita lansung cuma sibuk sikit uruskan business kecil - kecilan.. Jemput singgal ke http://fronte-shoppe-online.blogspot.com.. Nak tau apa ada.. jemput singgah ye...

Tahun ni Darin dah naik darjah 2, biasalah drama di pagi hari tetap ada, walaupun dia sekolah di sesi petang.. dalam tengok gambar - gambar lama, ada banyak sangat cerita yang pending.. ish.. mood menulis tu ada tapi rajin yang hilang entah ke mana..

Cerita pasal Sabtu lepas, kat FB, Blog, IG and semua media sosial, ramai sangat yang update status "Salam Maulidur rasul" dalam pelbagai bentuk. Since masa tu sekolah pun tak mula lagi, aku sendiri pun memang tak perasan melainkan kalau tengok kalendar, sebab selalu sekolah mesti akan buat surat and etc pasal sambutan tersebut.

Since Darin join tadika Al-Ikhlas, tak pernah miss sambutan ni... Kiranya tahun 2013 tahun terakhir dia di Al-Ikhlas dan tahun terakhir dia sambut dengan kawan - kawan tadika. Kalau tahun sebelum tu siap sebak air mata tengok anak kecik selawat and buat persembahan, tapi kali ni dah ready siap - siap supaya tak nak sebak.. tapi tak boleh tahan, tetap berjurai air mata ni jugak.. adoilah emak...




Eh.. 2 gambar je? macam tak percaya je kan?? ada amik video sebenarnya, sebab kali ni Darin kena lead kawan - kawan dia yang lain, sebab tu lebih sikit berjurai air mata tu.

Simple performance but meaningful. Ada banyak lagi nak cerita pasal tadika Darin ni, nanti kita sambung lagi ok... bye..

Tuesday, December 3, 2013

Al-Ikhlas Pre-Tahfiz Pre-School: Darin Dalam Kenangan 2 - Her 6th Birthday

Tahun ni tahun ke-2 sambut hari jadi di sekolah. Sambut lebih awal dari tarikh sepatutnya, 1 Feb 2013 sebab kebetulan company daddy memang bagi cuti, so mummy just amik half-day je. Aku tak cuti sebab isnin tu nak amik cuti dah pegi bercuti. Itu confirm entry lain.


Actually tarikh nak pilih buat birthday adalah kelam - kabut. Tak tau nak buat sebelum atau selepas. Last - last decide buat awal supaya tak perlu nak ambil cuti banyak kali. End-up memang emergency call Bakery yang memang dah pernah tempah kek Darin last year. Kali ni dia nak tema Lilo & Stitch.. Aku pun tak faham kenapa, tapi suka hati dialah.

Hari sebelum - sebelumnya preparekan goodies back. Nak patah pinggang jugak membalut barang and isi barang dalam paper bag. Tapi gagahkan jugak. maklumlah pregnancy kali ni memang slow betul pergerakan.

Sehari sebelum dah pergi ambil kek kat kedai. Kedai pulak kena naik tangga, so masa nak turun tangga terpaksa owner tu angkat kek. Nampak kecik tapi berat sangat.




Pada hari kejadian of courselah daddy kena angkat kek tu. Berat sangat. So time tu dalam pukul 10, time dia org tengah break, so macam biasa. Darin akan kepit jugak dengan mak ayah dia... ish, dah 6 tahun dah Darin.

So nyanyi - nyanyi and potong kek. Kali ni lebih terkawal sebab cikgu ada 5 orang and student pun tak ramai. Lepas makan acara bagi goodies  bag. Pun ada jugak kawan - kawan dia bagi hadiah.. so sweet dia orang ni. Thanks kat kengkawan Darin.




Now time untuk pergi office pulak. Nanti tengahari amik Darin and pegi jalan - jalan dengan daddy.

Friday, November 29, 2013

Al-Ikhlas Pre-Tahfiz Pre-School: Darin Dalam Kenangan 1

Dah terlalu lama blog ni sepi. Ingatkan nak cerita pasal adik Darin, tapi rasanya cerita pasal kakak Darin dululah. Lagi pun tahun ni tahun terakhir dia berada di pre-school, next year dah start sekolah betul.. And this year jugak takde lagi cerita tentang Darin dan sekolah lama... Kenangan  semasa Mother's and Teacher's Day, Sports Day dan Graduation Day boleh klik dekat link tu.

Tahun ni tahun penuh cabaran bagi Darin. Cikgu Darin semua bertukar. Setiap kali balik sekolah, aku check siapa cikgu baru dia. Nama cikgu dia. Macam mana cikgu dia. Aku tanya apa yang dia buat setiap hari. Apa yang dia belajar hari ni dan macam - macam. Darin penat layan mummy dia yang macam - macam, tapi mummy dia nakkan kepastian, sebab tak nak nanti Darin tak dapat apa yang setimpalnya.

Hari demi hari, Darin macam biasa, cuma dia dah sedikit 'liat' nak bangun pagi. Bila fikir balik... hhmm sebenarnya Darin kehilangan cikgu dia, cikgu Amy, yang 1st sekali ajar dia. Darin memang macam tu, orang yang dia sayang, selalu tak kekala lama. Kalau dulu masa dekat Nursery Ummi, ada teacher Hidayah yang rajin layan dia. Dia cuma nak dengan teacher tu je tapi sekejap je, teacher tu dah berhenti sebab sambung belajar. And now again, Teacher Amy tu memang teacher kesayangan Darin. Masa Parents Teachers Meeting tahun lepas, Teacher Amy siap cakap:
"Darin bagus, dia rajin, suka tolong orang dan kawan - kawan. Kadang - kadang kalau saya duduk dekat office, dia datang dan urut belakang saya sambil cakap "Teacher penat ye?"."

Aku pulak yang terkejut, tapi lepas Teacher Amy kahwin, dia ikut husband dia balik Kedah and no more cikgu.

This year, tahun last Darin, kelas makin kecil.. means saingan pun kurang, tapi itu tak bermakna Darin boleh main - main, sebabkan next year dia nak masuk Darjah 1, so dia kena usaha lebih.

Dan tahun ni, cikgu Azie yang mengajar Darin ada tugasan extra yang di berikan oleh daddy dia, untuk pastikan apa yang patut disampaikan mencapai piawaian yang sepatutnya... Boleh ke cikgu tu buat? Kita kena tunggu sampai hujung cerita.

Thursday, October 31, 2013

Cerita Raya Tak Sudah - Part 3

Kami masih lagi di Johor Bahru. Macam nilah selalu, raya sakan kat Johor sebab memang jarang sangat balik Johor. Agenda utama pagi ni confirm husband aku nak jumpa 'Mak' dia. Memang dari dia kecik dia panggil makcik ni 'Mak' sebab 'Mak' ni selalu kidnap dia masa kekecik dulu. Sampailah sekarang gelaran tu tetap lekat.

Cuma 1 rumah tu je kita orang terjah. Lepas hantar my-in-law balik rumah, we all terus takde hala tuju. Kesudahannya kami ke Jusco Tebrau City. Kali kedua rasanya datang sini. Kali ni lama sikit and kurang kelam - kabut. Kedai biasa - biasa je tapi perasan jugak ada banyak kedai yang jual barang pelik - pelik. Means takde kat KL. Nak bawak balik memang taklah sebab bonet kereta penuh, walaupun cuma 3 beranak je.





Darin macam biasa, mesti nak masuk TRU je kejanya. Kempis jugak wallet bila masuk TRU ni. Ntah hapa yang dia berkenan sangat pun aku tak faham. Tak kisahlah kecik atau besar, murah atau mahal, dapat bawak balik 1 pun jadilah. Bila tengok balik, mainan pun dah tak sesuai dengan umur dia pun nak beli jugak. Pengsan.



Dah penat pusing, we all pun balik. Bosan jugak takde nak pegi memana ni sebab ada ramai sedara yang dah keluar dari JB pergi rumah orang lain. Else dia orang dah mula kerja. Balik rumah rehatkan badan untuk agenda hari esok pulak.

Tuesday, July 23, 2013

Saya dah 3 bulan

Salam aunties and uncles.. hari ni saya dah 3 bulan. Semalam saya ada selsema sikit, hachum..hachum pagi - pagi.. and batuk pun ada sikit (opss speaking pulak). Saya suspek jerebu kot..huhuhu.. oh.. jiran kiri dan kanan saya pun tengah sibuk buat construction ni.. jadi tak boleh nak duduk rumah selalu. Mummy kena bersihkan rumah selalu. Tak sangatlah, mummy panggil kakak cleaner hujung minggu bersihkan rumah (opss.. sorry mummy, kantoi pulak).. Pagi - pagi saya memang kena duduk nursery, mummy work, daddy work.. nanti tengahari bila kakak balik dari school baru dapat cium bau kakak "sniff..sniff".. tapi skang kan bulan puasa, so daddy ambil saya awal. Pukul 5 daddy dah balik. Mummy lambat sikit walaupun office mummy dekat.

Muka tak setuju bila dah sampai nursery

Eh nak cerita pasal kakak saya. Tahun depan dia dah darjah 1.. huhuhu saya sorang - sorang kat nursery nanti.sedihnya.. tapi takpe, saya kena strong sebab saya baby QQ.. Kakak saya dapat offer masuk SRAI19 dengan SKS9.. wah.. belum apa - apa dah dapat offer macam masuk asrama/universiti pulak.. keleesss ler tuu.. tapi tak tau lagik nak masuk mana. mummy dengan daddy tengah pening. Dua - dua sekolah pun bagus. 2 -2 sekolah pun jadi rebutan semua orang. Nak masuk 2-2 sekolah ni ada exam tau. Kalau result bagus je baru boleh masuk sekolah ni. Tapi rezeki kakak saya tu dapat 2-2.

Banyak sangat orang cerita sekolah ini ok, sekolah itu ok, sekolah ini masalah camni, sekolah itu masalah lain. Kesian jugak dengan mummy dan daddy. Ada lagi 2 hari je untuk mummy dan daddy buat keputusan. Sebelun 25 Julai ni, kalau daddy tak daftarkan kakak masuk SRAI 19, automatik kakak akan sekolah kat Seksyen 9 (woohoo.. tutti fruttilah tu)..hhmm kan bagus kalau saya boleh tolong mummy and daddy buat keputusan.

Semalam daddy cakap Penolong Kanan sekolah SRAI19 call daddy, dia tanya, kaak Darin nak masuk sekolah tu tak? Jadi ke tak nak daftar. Berminat tak nak masuk sini sebab kami nak tahu sangat ni? Apa ke hot sangat kakak aku ni? Pelik pulak daddy. Tak ke makin pening kepala daddy saya. Dahlah 2 hari lepas daddy saya diserang sakit kepala, saya pulak tak nak tido malam masa tu sebab jeles mummy keluar shopping dengan kakak kat Plaza Alam Central.. ni pening lain pulak yang datang. Oh.. saya tak tau pening tu apa, tapi sebab dengar orang cakap, so saya follow je.

Kita tunggulah mummy dengan daddy cakap apa nanti. Saya ok jer.. "choott..choottt" (efek minum susu)..

Oklah aunties and uncles semua. Jangan lupa ye, puasa belum sampai hujung lagi. Jangan up gambar makanan banyak - banyak nanti orang kata "mental ke hapa budak ni". Setakat hari ni kakak saya 2 hari tak puasa. Yang lain semua penuh. Kakak tak tahan godaan bau makanan. huh.. Tapi kakak saya dah kurus sikitlah.. seluar jeans tahun lepas tak ketat dah.. mummy pulak?? hhmm no komen. Tak boleh komen banyak - banyak, nanti mummy tak nak buat susu saya.. "choott..chot..." (sambung minum susu lagi)..

Ok.. saya nak rehat dulu. Penat rupanya menaip ni..nanti ada masa saya mengomel lagik kat sini...
babaiiii

Dari bucuk macam
Baby QQ

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

Alhamdulillah... Ramadhan datang lagi.. Kali ni rasa sedikit seronok sebab dah ada pertambahan dalam ahli keluarga.. sedikit mencabar specially time berbuka atau time bersahur si kecik nak susu atau mengantuk nak tidur... So far pagi tadi sahur.. dia tidur lena..

Malam tadi first time Darin tidur sendiri. Tak snap pulak gambar dia tidur. Tak cakap banyak pun.. Tetiba dia rasa enjoy nak tidur bilik sendiri kot. Cuma dia cakap "Kat dinding takde gambar kartun pun?" hahaha macam nurserylah pulak kalau ada kartun. Wall paper kaler pink gambar dinasor tu dia cakap "macam bilik baby".. ok dia dah big girl. Kalau dia nak something new.. In Sha Allah... kalau ada rezeki nanti adalah.


Bangun sahur pun ok. daddy dia kejutkan bangun, boleh je bangun. Makan nasi dengan minum air susu Nespray. Kita tengok dia dapat tak bertahan sampai petang. Buka puasa lambat kan? At least dia nak cuba and patut galakkan je...

Semalam baru dapat barang yang diorder untuk sikecik. Memula nak beli kat kedai, sekali ada orang jual dengan harga yang murah, cuma lambat sikit dapat sebab tiap kali bebudak GDex tu nak datang office, aku takde office atau dia call tak dapat. Petang semalam ada sedikit merayu bila dia terpaksa keluar dari office lepas dia call aku tak dapat. Sekali dalam pukul 6.02pm dia call cakap nak hantar barang. Takpe aku sanggup tunggu. Tengok je muka bebudak GDex tu, sejuk hati aku... agaknya dia dah kesian sangat kat aku kot. haha..


So balik tu daddy bertungkus - lumus jugak memasang. Sebab nak rushing mandi, makan, solat and nak pergi Tarawikh. Bestkan bila sikecik tidur lena dari pukul 7.30pm.. aku boleh uruskan Darin, basuh baju sidai kain and lipat kain. Kemaskan baju dia orang semua. And kakak pulak dapat tidur guling - guling atas katil sendiri... Baik anak  - anak mummy.


So you alls.. apa juadah hari ni? Hmm tak fikir lagi, masak apa yang ada dalam peti ais. Semoga ibadah puasa kita tahun ni diberkati olehnya...

Thursday, March 7, 2013

Darin's Memories - Part 3 - Graduation and Concert Day

"Puan, nanti 1-3 October ada exam. Mintak Darin ada kat sekolah ye".. Kenkadangkan Darin tak datang sebab lepas raya tu ada hari yang dia demam. So masa exam tu pun dia tak berapa sihat. Tanya jugak dengan cikgu dia exam macam - mana. Dia kata biasa je. Harapan sikit punya tinggi aku ni. Harap Darin dapat jawab dengan betul.

So masa graduation day tu aku memang tak sihat. Husband aku cakap aku tak payah pergi. Fuh.. memang tidaklahkan, walau cemana pun tetap nak pergi. Pening, mual semua tolak tepi. Bekalan makanan bawak sesiap dalam dewan tu, tak kiralah walau apa pun yang berlaku.

Dah siap nak bertolak dari rumah

Sampai kat Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Shah Alam tu, aku kena daftar diri dulu, and kenalah tulis kata - kata semangat and perangsan kat buku yang disediakan. Sejak tahu pasal 'adik' Darin ni jiwa adalah sedikit sensitif, masa nak tulis pun macam nak gugur air mata. Husband aku dah masuk dalam cari tempat duduk, Darin pulak dah ada kat belakang dewan.

Masa sampai kat tempat duduk, belek buku aturcara majlis. Lepas tu belek pulak nama kanak - kanak yang dapat hadiah and nama students 6 years yang graduate. Sekali terlekat anak mata kat Seksyen 3, class of 5 Years old.. macam tak percaya pun ada.. siap nak nangis lagik. Tapi memang itu pun kenyataannya.. Rasa kelakar pun ada... apa - apa pun memang tak sabar nak tengok dia nanti kat atas pentas.


Acara macam biasa, bacaan ayat - ayat suci and so on. Ucapan dari pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan dari Director dan jugak tetamu jemputan. Then semua students Al-Ikhlas naik pentas and duduk bersila untuk bacaan ayat - ayat lazim. Alhamdulillah, terang hati anak - anak ni. Tapi time nilah pulak perut buat hal. Takpe, nasib baik acara kemuncak belum mula lagi.

MC of the day

Bacaan Doa

The Director/Owner

Tetamu khas

So lepas je Bacaan ayat Lazim, persembahan dari students Seksyen 13 pulak. Ada sedikit kelam - kabut kat situ. Memang kelakar sebab ada pulak students yang siap turun pentas semua. Kesian cikgu nak kejar dia orang.

Bacaan ayat lazim dari semua student

Lepas settle je Seksyen 13, seksyen 3 pulak.. bila tirai terbukak je rasa tergamam sangat. Dia orang buat drama si Pengembala dan Biri - Biri, kalau ada sesapa baca buku Upin dan Ipin, ha macam tulah jalan ceritanya. Ada part budak - budak nyanyi semua, and memang pandai sangat dia org berlakon. Pencerita pakai kain batik kat kepala and kain pelikat buat selempang. Ada props bunga berdiri. Kambing 3 ekor, si Jarjit pengembala kambing, 2 orang kampung dan serigala yang ganas. Overall semua orang puas hati sangat and thanks pada cikgu - cikgu seksyen 3 yang bersungguh - sungguh train bebudak ni. Sayangnya we all takde ambil video.

Kat mana Darin




Acara penyampaian hadiah pun bermula. Masa tunggu turn Darin naik pentas, nervous sgt. Memang dah jangka, dia ada sikit nak terjatuh masa naik tangga sebab kain tu mesti dah turun ke bawah sikit. Baju kurung beli siap, so kain tu memang labuh. Nasib baik semua ok.




Selesai je majlis, dia pun lepas dengan kita orang. Masa tu tudung dia pun dah nak tercabut. hehehe.. sian dia, tapi takpe, it's a memories lah Darin.. nanti bila lagi nak ada pengalaman macam ni. Mummy dulu tak pergi tadika pun, so masa sekolah baru rasa naik pentas. Harap anak mummy kena naik pentaslah lagik lepas ni ok.



Last but not least... ada Montaj from Al-Ikhlas Pre-Tahfiz Pre-School untuk you alls...

p/s: berkali - kali tengok you tube ni, tak tau apsallah asyik terharu je...

Wednesday, March 6, 2013

Darin's Memories - Part 2 - Sports Day

Lama tak turun padang... last sekali padang bowling adalah tu pun tahun 2009/2010... Kali ni Sports Day untuk anak pulak. Yang bestnya dia buat kat dalam dewan, so tak payah nak fikir pasal panas atau apa pun.


Event ni dia buat selepas Hari Raya, so masa ni pun dah dapat berita gembira dah pasal 'adik' Darin, so dah tau dah sure tak dapat nak join sekali dalam tu. Tapi takpe, tetap turun padang temankan anak - anak.


Sepatutnya pukul 8 pagi dah ada kat sini, tapi yelah, we all ni punyalah kalut nak cepat sampai, bila sampai sana dalam 8.15am kot, ramai lagik yang takde. So dapatlah seat depan sekali. Nasib baik masa we all sampai, best friend Darin ada yang dah sampai, tapi dia 6 years, Darin 5 years. Kali ni Darin rumah merah, Seksyen 3 rumah Merah and Kuning, Seksyen 13 rumah Biru and Hijau.




Lama jugak tunggu semua orang sampai. So bila dah ready tu, biasalah kata - kata aluan.. and perbarisan kanak - kanak masuk dalam dewan, nanyi lagu Negaraku.. then acara merenggangkan badan. Masa time ni, girls and boys buat bulatan, and ikut cikgu buat gaya apa sambil dengar lagu. So smooth jelah semua sebab masing - masing pun dah selalu practise kat sekolah.


Then persembahan dari students pulak. Seksyen 13 buat senaman berirama... so siap ada pegang pom-pom boys and girls tapi tak semua participate. Untuk Seksyen 3 pulak, buat Chicken Dance je. So semua pun ada. so cute...



So bila nak start acara, of course start dengan 4 years dulu. Kelakar sangat. Parents masing - masing duduk sedekat yang boleh nak bagi anak dia menang. Ada yang confuse dengan arahan walaupun dah selalu practise kat sekolah. Ada yang siap duduk pastu tak tau nak buat apa. Salah jalan and so on. Setiap Kelas akan ada 2 acara sukan.

Untuk 5 years pulak, acara lari dalam guni dengan acara lompat gelung rotan. Dedua Darin memang kena masuk. Paling best, ada sorang budak lelaki kelas Darin yang tolong kawan - kawan masukkan kaki dalam guni semua and bagi semangat, tapi bila dia nak masukkan kaki dalam guni pulak terkial - kial. Cikgu pun tolong sama jugak and it was fun.




Lepas tu ada acara untuk ibu + anak, ayah + anak and family not more than 3 (ibu, ayah dan anak). Masa acara ibu je, cikgu bagi kertas mahjong, pen dan beberapa aksesori, so buatlah apa -apa pun dari kertas tu jadikan ianya satu arca yang tertinggi kalau tak silap. Aku tak join pun masa ni, sebab husband aku x bagi, sebab tak tau kena buat apa. Kalau takat buat benda tu, boleh kot.

Then masa ayah pulak, tak ramai yang join, suruh daddy Darin join, tak nak ulak dia. Si ayah kena buat kuih raya cornflakes honey.. hahaha.. tu kan favorite daddy tuh..

Then untuk family pulak, acara makan 3 biji telur sampai habis. Hahaha.. sib baik x join.. sapalah nak kena makan telur tu, dahlah we all memang tak suka telur kuning. Kalau ada kicap tu sedap jugakkan.




Untuk game 5 years, rumah Merah menang, which is group Darin.So masa penyampaian hadiah, semua kena beratur. Bestkan dapat hadiah masing - masing, dan yang paling best, untuk acara keseluruhan, Seksyen 3 yang menang. Pukul 12 lebih semua dah settle, balik rumah, beli makanan and rehatkan badan.. fuuhh..... penat.

Tuesday, March 5, 2013

Darin's Memories - Part 1 - Teacher's and Mother's Day

Sebelum nak cerita pasal 'adik' Darin, kena ada cerita kakaknya dulu, nanti sentap pulak dia... Last cerita pasal Darin kat sekolah pun masa Maulidur Rasul Performance.. fuh, dah nak masuk setahun dah cerita tu, so boleh tau dah kan, betapa bersawangnya blog ni. Memang banyak sangat kisah tertunggak.

Mother's Day and Teacher's Day adalah pada bulan yang sama, iaitu bulan May... so macam surprise jugak bila tengok communication book Darin ada invitation untuk celebration tuh. And this time, potluck style. Actually ada banyak benda terfikir tapi sebab kekangan masa dan keadaan, sempat tempah biskut je dari Zahfig Cookies yang fancy - fancy tu untuk kanak - kanak... senang nak bawak.


Acara start pukul 9 pagi kot, Tapi biasalah, memang takkan tepat pada waktu pun. We all antara yang terawal jugaklah sampai. Kat SACC Mall tu pun gelap lagik. Lepas tu barulah nampak 1-1 family sampai bawak makanan. Time ni aku datang dengan Darin and ditemani Tok Ma... hehehe..


Biasalah, bila start acara tu kata - kata aluan, doa and selingan sikit - sikit and persembahan kanak - kanak. Seksyen 13 ada 3 persembahan kalau tak silap. Ada lakonan + baca puisi dari student yang Advance Class, then ada pertunjukan silat and persembahan Nyanyian. Seksyen 3 just buat nyanyian 2 lagu, and this time Darin pun terpilih untuk jadi speaker macam ala - ala coral speaking. She's the only one from 5 years student yang terpilih, yang lain 6 years.. 'R.. R means right and right she's always be'.. itu jer yang dia kena cakap pun untuk melengkapkan ejaan M.O.T.H.E.R.





Acara seterusnya acara ibu dan anak, so aku kena participate, kalau tak nanti Darin kecik hati. Untuk 5 years, mak - mak kena tutup mata.. then carik anak - anak. so anak - anak kena jerit and cakaplah apa - apa pun sampai mak ni dapat peluk anak tu. Lawak sangat... So inilah acara yang we all dapat 1st place. Dapat hamper besar lagik. Thanks sesangat.



There's another game, tapi penglibatan mak, ayah and anak. Masalanya, daddy Darin kat kat Belgium, tapi Darin sibuk nak join, so terpaksalah ajak Tok Ma. Apa yang we all kena buat, Tok Ma and Darin akan bungkus mummy menggunakan kertas tisu, jadi mumia, then dah siap berjalan sampai ke garisan penamat. Yang ni we all hampir menang, tapi takpelah, sebab dah sampai garisan penamat, balutan tu terbukak sikit kat bawah, so pemenang bagi kat orang lain. Lagi pun we all dah menang yang tadikkan. So just for fun.

Last sekali teachers from Seksyen 13 lawan main 'goreng pisang' dengan Seksyen 3 teachers.. Darin pulak sibuk duduk tengah sambil pegang bunga manggar and ponting to the teachers bila tiba giliran dia orang. The best thing is, Seksyen 3 menang.




Darin with Kak Ita (most left), Teacher Amy and Teacher Laili

Over all, memang best, makanan pun banyak sangat, and sedap. Thanks to parents yang bawak makanan berat, ringan, kek, kuih and segala macam makanan... So the next agenda.... tunggu Part 2 pulak kay.

Door gift for mommies
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...