Followers

Friday, June 20, 2008

TVku Meletop..

ops... bertenang - bertenang... bukan semalam, bukan kelmarin.. bukan minggu lepas tapi bulan lepas... baru aku perasan yang aku memang tak pernah amik gambar TV aku,, yelahkan.. nak amik pun cam takde motif je masa tuh.. coz nak posing kat tempat TV tu takdak space..

aku beli TV tu pun masa aku zaman bujang, duduk nyewa kat Damansara.. they all letak TV lam bilik, so aku pun kenalah beli 1, nak beli 29" kan tak sesuwai sebab bilik aku kecit je masa tu.. so beli yang sedang - sedang jelah..

diam tak diam dah nak masuk 4 thn dah tv tuh.. hu..hu.. patutnya aku salahkan sapa yek.. salahkan anak bley..ha..ha.. ye, Darin memang suka picit butang on/off kat TV tuh, sebab button tu pun kat depan kan, and dia sampai, so dia memula just pandai tutup je, then we all ajar, dah tutup tekan kekuat kalau nak bukak, sebab dah terover pandai.. so kejenya on/off jelah, specially bila we all tak layan dia.. bila dia off tv, dia gelak.. so semua org kena main ngan dia..

all this happen dalam pukul 11 lebey, hari nak final AF tu, lepas je si Toi nyanyi masa konsert ke-9 tu terus meletop.. apekah...???!!! nak tak nak kenalah carik TV jugakkan... kalau tak pasrahlah akak ni ha nak nengok AF, walaupun takde sapa pun yang aku nak vote..

sementelah si JJ buat sale, beli jelah kat JJ umah, kalau rosak pun senang nak hantar, drpd beli jejauh buta, nak drive lagik, hapa sumer kan ke susah..

so merayaulah JJ tuh, carik itu carik ini and just nak beli TV biasa je tp yg branded sket dari dulu tp x boleh 29" cause kalau beli 29" bagak sangat and kena beli TV kabinet baru.. x mo.. so survey rege pun dalam RMxxx jelah.. ok apa 3 angka.. so takpelah.. yang flat panel ni mmg tak tgklahkan.. pengsanlah dah lah terdesak rege demua RMxxxx... huwa.. nangis tau..

petang tu datang balik... nak beli jugaklah ni,, sekali nengok pagik tadik yg LCD ni xde discount plak, tetiba ada discount, sungguhlah confused... tp yg ada tu brand PH**** lah... and SH*** takpelah... cam takde hati lagik kot.. then salesman tu cam hape je, suh we all nengok SAM*** baru rege start RM29xx. lepas discount pun still x tergoda.. coz gambar pun biasa je..

last sekali aku tanyalah pasal SO**. dia kata takde set, tinggal display je, then aku cakap, kalau display confirmlah ada discountkan, at least xx%.. dia tanya bos dia and dapat.. bila tanya berapa rege pas discount.. RMxxxx, memang confirmlah 4 angka kan, x dapatlah 3 angka.. terus aku dengan tak rasa papernya.. "ok angkat terus", laki aku plak terkejut..coz, dia nak beli memula, aku yg bangkang, then bila dia dah terima hakikat aku suruh amik tv biasa.. aku plak nak setuju nak beli LCD tuh.. hamik ko..

memula nak suh dia hantar, ada ke patut nak hantar hari senin coz hr ni dah lebih kul 6, takde delivery, terus laki aku suh dia pasang sesiap, balut je and we all bawak balik umah.. BIL aku ada kat umah cam pening - pening lalat je nengok we all angkut masuk LCD coz tv meletop.. mesti dia duk fikir.. betul ke tak betul abang ngan akak ipar aku nih.. muahah... gilosh...


ala.. bukan nak bangga diri pun sebab ada, beli pun bukan sebab org lain beli aku nak beli, tp bila dah tengok harga yang dia bagi tu,, he..he.. x dapat ler kat tempat lain kot.. o kena tunggu tahun depan baru dapat harga tuh... tambah plak skang rege minyak naik.. aku rasa semua benda pun naik sama.. jangan naik angin n naik darah udah ler..

oklah tu...

Monday, June 16, 2008

Cupcake

Jom makan - makan

My opismate baru belajar nak men'deco' cupcake for fun.. so dia buatkan satu for me and my another opismate yang x sempat nak merasa cupcake yang dibuat hari tu..

cam sayang je nak makan.. bawak baliklah yek..

Darin@Nursery

Bibik kan balik kampung, so we all decided hantar Darin kat nursery, diakan suka berkawan so rasanya oklah kot..

hari pertama tu letak dia kat nursery memula ok je, main sumer, macam tak kisah, dalam sejam lebih selesaikan semua pembayaran.. dia main - main, aku pun baliklah, siap salam and lambai tangan semua, lam hati aku.. ok kot nih...

sampai rumah aku call, bebudak ni cakap, lepas aku balik dia nangis, tapi dah berenti dah.. report yang aku dapat.. dia tak banyak main sangat, duduk diam, puting tak boleh lepas, tak mo susu, tak mo makan, makan biskut dia je.. kesian kan.. petang tu aku amik dia cam biasalah pulak..

seken day hantar lagik, baru nak letak, nangis melalak - lalak, bergayut ler kat aku, fuh, pengsan tuh.. lama tau... pujuk dia, semua benda tak nak, last - last biarkan main kat luar.. then lepas tu dia cam ngantuk, bebudak lain sumer tido lam bilik, dia aku tidokan kat hall...



lepas dia tido, aku tinggalkan dia and balik rumah.. cam biasa call, bila call, dia baru bgn and macam biasa nangislah jugak.. hu..hu.. cemanalah aku nak gi keje, aku dah siap nak apply cuti 1 minggu kat bos aku dah...

dalam kul 3 aku sesaja gi nursery... aku lalu je, bukannya dia nampak pun, tapi ntah cemana, tetiba dia pegi kat grill, sambil nangis and jerit "mummy.. mummy".. halamak.. ntah - ntah tiap kali keta lalu pun dia jerit macam tu tak.. aku masuk, terus hangkut dia balik, x leh tahan ler..

2 hari je Darin kat nursery, esoknya kawan aku offer maid dia jaga, nangis jugak, nak buat cemana.. tapi terpaksa jugaklah coz aku nak keje.. rasa cam nak amik cuti tanpa gaji je tau jaga anak.. x tahan ler tgk anak nangis, sedih... ni yang rasa tak ok nih...

Monday, June 9, 2008

DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali

Terlalu jauh untuk digapai
terlalu jauh untuk dikucup
tangan lemah longlai
airmata berguguran
pabila yang disayangi
telah pergi menghadapIlahi...

Bibik aku balik Surabaya, Ibu yang disayangi telah tiada, akibat jatuh di dalam bilik mandi, keseorang hampir beberapa jam, masih sempat diselamatkan oleh adiknya, apabila menyedari yang ibunya tiada di dalam bilik tido. hanya berharap pada pertolongan doktor, dan juga tukang urut, ibu dijaga supaya kembali sembuh. tetapi kuasa Allah maha agung, dia hanya sempat meminjamkan beerapa hari untuk kita menatap wajahnya.. tapi bibik aku tidak sempat menatap wajah ibunya buat kali terakhir..

Berita yang diterima pada tengahari Jumaat, semasa aku pulang bercuti di Kuala Pilah amamt memeranjatkan. ibunya telah meninggal dunia... hanya tangisan yang memenuhi ruang sepinya kini... telah pun selamat dokebumikan tanpa dia sempat melihat wajah ibunya... aku jugak tetap rasa bersalah, jika ku kuatkan hati, memaksa bibik aku pulang lebih awal lagik, tentu ini semua tidak terjadi, tetapi dia lebih kasihkan anak ku yang tiada siapa boleh jaga, dia cuma berdoa agar ibunya pulih..

namun setelah ini terjadi, aku tetap suruh dia pulang, walaupun semuanya telah selesai kerana bagi ku, dia sebagai anak tetap ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.. sehingga semalam, sebelum berlepas, acap kali diciumnya pipi anakku, kasihan dengan anakku, dan sehingga semalam, semua tugasan dirumah, tetap diselesaikan dengan sempurna... pesanan demi pesanan disampaikan kepadaku dan anakku, dan anakku hanya melihat seolah memahami apa yang berlaku..

beberapa minggu lepas, kakak kepada jiran sebelah rumahku jua turut kembali ke Rahmatullah.. akibat penyakit Kanser Payu Dara.. meninggalkan 2 org anak yang masih lagi dibangku sekolah... pemergiannya dimusim cuti sekolah, seolah - olah Allah memakbulkan semua permintaannya, agar semua org dpt pulang ke kampung menyempurnakan jasad terakhirnya, tidak perlu suaminya terkejar - kejar menghantar anak ke sekolah... tidak perlu saudara mara mengambil cuti.. itu semua kekuasaan Allah..

Dan baru sebentar tadi aku dikejutkan dengan satu berita.. ayah kepada kawan baik suamiku jua telah kembali menghadap Ilahi...

semua satu kebetulan.. dan kita yang masih hidup harulah ingat yang suatu hari nanti kita juga akan pergi..

Innalillah....

Wednesday, June 4, 2008

Gas prices start to freak us out


Antara SMS yang husband aku dpt malam tadik, Gov takkan naikkan harga minyak skang tp no more subsidy starts in August. Maksudnya apa yek, tetap naik jugaklahkan..

Apa yang aku baca dari paper pagi tadik, subsidi minyak akan diberikan mengikut harga keta. maksudnya org yang pakai kereta mahal akan dapat subsidi lebih rendah dari org yang pakai kereta murah... then orang yang takde kenderaan tak layak untuk dapat subsidi ini..

kita pun x tau lagik macam mana yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan, antar contoh yang dia bagi, andai kata harga minyak masa bulan 8, RM3 seliter, maybe subsidi hanya diberikan pada 100liter pertama sahaja (and tak surelah berapa harga subsidi tu), dan selebihnya kena beli pada harga semasa... kalau org luar pulak, tak boleh dapat harga subsidi, maksudnya rakyat singapore, thailand tak bolehlah dapat harga macam org malaysia.. apa yang dia cakap kat paper adalah benda yang bakal dilaksanakan atau sekadar perancangan je.. idea yang sebetulnya kita kena tunggu dan lihat..

apa akan jadik pada masa akan datang? yang pastinya akan ramai rakyat Malaysia naik motor je pegi keje, tapi ada antara kita yang duduk kat seremban, keje kat KL.. macam mana yek, takkan nak naik motor, sket punya jauh tuh.. maybe ada yang cakap, naik public transport, macam mana public transport kita skang, even Puchong yang hanya beberapa minit ke Bukit Jalil pun makan masa 30-40 minit tuk sampai, tak masuk lagik perjalanan naik STAR and nak kena transit kat Masjid Jamek nak naik PUTRA ke, then naik bas sekian - sekian nombor untuk kesana dan kesini..

aku bukan nak cakap Malaysia ni teruk, tapi ada masanya org - org atasan yang bercakap tu macam tak fikir panjang je... maybe dia org dah berada pada tahap yang cukup selesa, sehingga lupa pada rakyatnya yang selama kini ada yang cuma makan ubi rebus (tak payah war - warkan makan ubi rebus pun sebab kes beras naik).. itu kira baikkan dapat makan ubi rebus.. tapi kes yang makan siput goreng atas kuali takde minyak tu tak kesian ker... siput b*b* plak tuh.. fuh.. dah habis darurat dah, anak pandai tapi x boleh nak pegi sekolah sebab mahal.. terpaksalah anak - anak tu tolong mak and ayah carik rezeki.. kesian orang macam ni.. pasatu cakap pulak nak panjangkan tempoh perkhidmatan.. kalau sebelum ni had umur pencen 56, dah naik 58, maksudnya budak - budak yang grad, terpaksa menganggur selama 2 thn kalau nak masuk gov, sampailah pakcik - pakcik dan makcik - makcik ni pencen... huh... ntahlah.. fikirlah baik - baik.. tenaga mana yang lebih berguna...

Dulu masa aku kena keje kat US, memang takut giler, fikir susah ke naik naik train ngan bas sumer sebab dia org ckp bukan gi keje naik keta.. tapi bila sampai sana, takde masalah langsung, masuk keje kul 7, kul 6.30 aku kuar umah, amik train and naik bus, amatlah senang, bila hari cuti, aku pegi town, naik bas turun bas je, and naik je train... yang bestnya, aku cuma beli 1 pas bulanan, dengan pas yang sama aku boleh naik semua train dan jugak bas.. tak mcm sini, komuter lain, star lain, putra lain.. erl lain.. dalam 1 wallet je kena ada sampai 5-6 kad... pengsanler...

Kita yang dah ada keta tak boleh nak buat apa, nak jual pun.. hhmm berapa jelah lakunya... so simpan jelah elok -elok dan belajarlah berjimat - cermat dari skang... simpan duit dan rancang perbelanjaan.. semoga kita semua tak susah di masa depan...

Tuesday, June 3, 2008

MyVi Accicent Lagi

seperti pagi - pagi yang lain, pagi 8 May 2008 tu, cam biasa lepas aku hantar hubby aku gi opis kat Jalan Semantan, aku pun giler opis ku di Uptown. Aku amik jalan cam biasa.. and amik u-turn kat bawah flyover dekat dengan Sek. Men. Damansara Jaya. Masa tu aku nampak traffic light merah, so aku slow downkan keta.. yelah, masa tu keta byk pepagi takkan nak laju. elok je keta aku berenti.. selang beberapa menet, dah ready nak jalan.. sekali aku dgr org tekan brek kuat giler.. aku x sempat nak carik dr mana bunyi tu, cuma aku boleh tekan brek je kekuat dan sepenuh hati.. last - last.. gedegang.. gedegang.. gedegang.. keta tu langgar keta proton pakcik belakang aku



keta pakcik tu langgar keta aku


dan aku pun terciumlah sket bontot amoi kelisa depan aku.. kuar keta terus mamat tu kena hamun ngan aku..




Aku terpaksalah jugak call husband aku coz keta dia yg kena kan... sian dia, kena amik teksi pagi tu datang kat tempat eksiden tuh... nak cakap panjang pun tak guna, we all isyhtihar EL je hari tuh... ada kereta tunda datang nak bawak keta gi workshop, tp kena buat polis report.. so tauke kedai bengkel tu bawak kita org gi balai polis kat PJ, tak ingatlah kat seksyen berapa sebab aku memang x familiar langsung ngan PJ..




pas je abis buat laporan sumer, we all balik rumah dulu.. nak rehatkan badan, hantar barang, nak fotostat document nak hantar kat Insurans.. oo cakap pasal insurans.. sib baik we all x kena kuar duit pun, the guy yang langgar tu akan tanggung semua kerosakan kat keta aku ngan keta pakcik belakang tu.. keta amoi tu sket je kena, so dia kata dia ketuk sendiri..

balik rumah, siapkan barang semua, lepas Zohor we all bertolak ke workshop.. nak hantar document, and ambil barang - barang kat dalam kereta tu.. katanya 2 minggu akan siap kereta tuh.. risau jugakkan keta lama - lama lam workshop..

Alhamdulillah 23 may 2008 hari tu keta pun dah siap, means semua kerosakan insurans kata boleh tukar dengan yang baru, bonet depan belakang, bumper depan dan belakang.. semua dapat baru.. hhmmm nasib baik takde sesapa yang cedera teruk masa tuh... alhamdulillah semua selamat... sorry bie, tp bukan salah org..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...