Followers

Tuesday, June 3, 2008

MyVi Accicent Lagi

seperti pagi - pagi yang lain, pagi 8 May 2008 tu, cam biasa lepas aku hantar hubby aku gi opis kat Jalan Semantan, aku pun giler opis ku di Uptown. Aku amik jalan cam biasa.. and amik u-turn kat bawah flyover dekat dengan Sek. Men. Damansara Jaya. Masa tu aku nampak traffic light merah, so aku slow downkan keta.. yelah, masa tu keta byk pepagi takkan nak laju. elok je keta aku berenti.. selang beberapa menet, dah ready nak jalan.. sekali aku dgr org tekan brek kuat giler.. aku x sempat nak carik dr mana bunyi tu, cuma aku boleh tekan brek je kekuat dan sepenuh hati.. last - last.. gedegang.. gedegang.. gedegang.. keta tu langgar keta proton pakcik belakang aku



keta pakcik tu langgar keta aku


dan aku pun terciumlah sket bontot amoi kelisa depan aku.. kuar keta terus mamat tu kena hamun ngan aku..




Aku terpaksalah jugak call husband aku coz keta dia yg kena kan... sian dia, kena amik teksi pagi tu datang kat tempat eksiden tuh... nak cakap panjang pun tak guna, we all isyhtihar EL je hari tuh... ada kereta tunda datang nak bawak keta gi workshop, tp kena buat polis report.. so tauke kedai bengkel tu bawak kita org gi balai polis kat PJ, tak ingatlah kat seksyen berapa sebab aku memang x familiar langsung ngan PJ..




pas je abis buat laporan sumer, we all balik rumah dulu.. nak rehatkan badan, hantar barang, nak fotostat document nak hantar kat Insurans.. oo cakap pasal insurans.. sib baik we all x kena kuar duit pun, the guy yang langgar tu akan tanggung semua kerosakan kat keta aku ngan keta pakcik belakang tu.. keta amoi tu sket je kena, so dia kata dia ketuk sendiri..

balik rumah, siapkan barang semua, lepas Zohor we all bertolak ke workshop.. nak hantar document, and ambil barang - barang kat dalam kereta tu.. katanya 2 minggu akan siap kereta tuh.. risau jugakkan keta lama - lama lam workshop..

Alhamdulillah 23 may 2008 hari tu keta pun dah siap, means semua kerosakan insurans kata boleh tukar dengan yang baru, bonet depan belakang, bumper depan dan belakang.. semua dapat baru.. hhmmm nasib baik takde sesapa yang cedera teruk masa tuh... alhamdulillah semua selamat... sorry bie, tp bukan salah org..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...