Followers

Friday, December 31, 2010

I LOVE MY DAY Contest by MummyDarin


Dah masuk bulan Disember.. adalah boleh Special bagi saya.. lagik 10 hari umur saya bertambah lagik 1 nombor... Sempena bulan Hari Jadi, saya berbesar hati nak adakan contest untuk readers... (ada ke yek???)

syarat - syarat nak join contest ni tak susah pun.... thanks to blogger lain yang bagi cadangan/pendapat/idea untuk buat contest ni.... Ok..ini syarat - syarat dia yek:

Apa Dia?
I LOVE MY DAY Contest by MummyDarin

Bila?
Berkuatkuasa di saat anda baca blog ini sehingga 31 Disember 2010 11:59PM

Siapa Boleh Join?
Terbuka kepada semua blogger di luar sana..

Macam Mana Nak Sertai Contest ni?

  • Copy Paste banner kat atas ni di sidebar blog korang dan link kan ke entri ini
  • Buat 1 sahaja entry khas tentang contest ni dengan tajuk "I LOVE MY DAY" dan link kan ke entri ni.
  • Lepas tu, tampalkan 1 gambar hari jadi terindah blogger (means, isteri/suami/anak/etc kepada bloggers tak boleh, kena blogger tu sendiri..) kat dalam blog ni. Tak kisah gambar tahun berapa pun ya... KENAPA mesti gambar blogger? sebab title pun dah cakap 'I LOVE MY DAY'.. inipun kira reward untuk diri sendiri jugak...
  • Sila letak Nama Glamour korang, Tarikh Hari Jadi ( takde tahun pun takpe), dan cerita sikit pasal gambar yang korang letakkan tadik...
  • Ok.. dah siap semua, tinggalkan link untuk entry you all, komen, serta e-mail address kat entry contest ini.
Pemenang Dapat Apa Yek?
Ok, untuk contest yang pertama ni.. 3 pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan gambar yang unik/ceria dan jugak entry yang kreatif.... Hadiah untuk kali ini adalah sesuatu yang istimewa diterbangkan jauh dari Europe dan jugak ada "mystery gift" yang hanya diketahui selepas pemenang diumumkan...

So pada semua.. silalah join entry ni yek..
dan thanks sesangat bila korang sudi join contest ni..
saya terharu...


Thursday, December 30, 2010

Esok je lagi

Hai u ollss

seronok yek squad bola sepak Malaysia menang malam tadik kan

oh ya.. esok je contest I LOVE MY DAY nak habis tau...

and.. yang paling best.. esok kan cuti
so malam ni sempat lagik korang nak buat entry kencang - kencang..he..he..

Thanks to win@momyShaneQeisha and Shaza79 yang sudi join contest ni..

yang lain... apa tunggu lagik? cepat - cepat..

Tuesday, December 28, 2010

cop..churp...

arrghh
lamanya korang cuti.. jealous sangat tau...
dapat rehat, jauh dari kerja... dapat jalan - jalan dan makan makanan yang enak

walau apa pun yang korang lakukan
pastikan lakukanya dengan seimbang..

nak tahu lebih lanjut untuk penjagaan kesihatan..

NESTLE boleh bantu anda..
klik je kalau nak tahu ok..

Thursday, December 23, 2010

GA Teka & Menang Ibu3A


Sapa nak duit.. cam kat atas tuh?? huhuh banyak tau... yang pasti lebih RM50 kurang dari RM100..

ni contest dari blog Kak Yong... nak tau pasal contest Kak yong ni boleh terus pergi kat sini

Dan syarat - syarat pun ada dinyatakan di sini tau...

Oklah Kak Yong.. ni 2 jawapan sayang saya nak cuba teka

1. RM83.23
2. RM 85.20

Tak taulah betul ke tak yek...
ok yang lelain boleh join lagik sebab contest ni tamat 31/12/2010.. sama cam contest yang saya buat tuh...he..he..
Good luck you all...

Monday, December 20, 2010

Korang ada iPad ker?

Korang dah pergi tengok iPad?

sure ramai dah pegi...
tapi sapa yang dah beli iPad??

dah beli ker??
berapa?
16GB
32GB
64GB... walau weh....

tapi... kalau korang nak FREE... diulangi FREE... korang boleh join contest kat sini

korang sure sangat CREATIVE dan INNOVATIVE... correct??

so better join this contest..

mana tau rejeki korang ada di sini....

saya tak creative tapi saya klik jugak sebab tempting dengan hadiah dia...

KOSMO tewas???

13 disember lepas... abang saya pepagi buta  dah update fesbuk suh beli Kosmo..


adiknya ni sangatlah susah nak beli paper tau... yelah, nak beli paper kena benti stesyen minyak
tau jelah stesyen minyak kat KESAS tu sentiasa penuh, x kiralah Petronas ke, Esso ke, Shell ke... semua penuh..

disebabkan dia tau adik dia ni malas beli paper.. siap inform lagik kat FB tuh..
sekali bila baca.. alahai nyesal plak tak beli..

cer tengok gambar kat bawah ni..

cer teka mana satu abang saya

ha..ha.. gambar dia keluar paper adalah perkara yang paling biasa... maklumlah orang kerja kat UTUSAN... apa nak heran kan.. tapi ni dah ada semangat kesukanan yang sangat tinggi ni.. bravo.. bravo..

knowing him.. dulu masa sekolah dia pemalu, jaranglah nak nampak dia wakil itu ke.... ini ke.. adik - adiknya (termasuk kakak saya).. mmg gila kuasa.. semua game nak masuk.. kalau saya pulak semua benda pun nak join.. x kiralah sukan ke... bahagian pentas ke.. muka tak malu betul..


Berita penuh boleh klik di sini

to my abang.. chaiyok..chaiyok...
Majulah sukan untuk negara..

Sunday, December 19, 2010

tak produktifnya

hari ni dah 19 Disember..

lagi 12 hari je dah nak masuk tahun baru

oh no.. x produtifnya... cuba tgk total blog archive kat bawah ni.. sedihkan tgk bilangan dia... makin hari makin menyusut

camno ha?

Saturday, December 18, 2010

Aktiviti mengemas dibekukan

akibat keadaan cuaca yang sepoi - sepoi bahasa ni.. aktivi mengemas memang dibekukan...
tapi katil still kemas lagik..
ruang tamu ni macam biasalah, mummy kemas, darin sepah... darin sepahkan.. mummy kemas..
baju kat ampai .. alahai.... basah segan kering tak mau (ada ke??)

time sejuk - sejuk ni confirmlah lapar.. tapi daddy macam biasa bekerja dengan jayanya  di hujung minggu... suka hatilah bie..

so melepaklah 2 beranak kat rumah.. sarapan adalah sangat simple.. roti telur dengan Air Teh O panas.. darin plak asyik nak mee je.. buatkan ajerlah.. selesai daddynya pergi keje... terus bekejar kedapur.. bagi berasap dulu... kang baru senang nak lepak - lepak...

masak apa yang ada lam peti sejuk, janji cepat, dan boleh dimakan... Sup Kentang + sooh hoon, goreng tempe dan tauhu berkicap dan Udang masak sambal...

opss.. kalau daddy yang kat opis tu terasa nak makan.. mehlah balik cepat..

petang???
terlebih rajin plak (kan dah kata aktiviti mengemas dibekukan).. dapatlah tanak pulut kuning...
style mak saya, dia lumur rendam dulu pulut then dah toskan lumur dengan kunyit.. tapi anaknya dah kesuntukan masa, kul 1 tengahari baru sibuk nak buat, so rendam terus dengan air + serbuk kunyit.. kul 4pm barulah tanak atas dapur... settle semua.. barulah dia curahkan santan yang suam - suam + garam... rasalah secukup rasa...

ok cukup - cukuplah dulu ye... tapi kali ni xde gambar plak sebab mood amik gambar pun xde..
kalau nak tgk gambar boleh klik - klik kat sini dan jugak kat sini...

oo lupa plak.. bagi kawasan sekitar Shah Alam... Carrefor dah bukak yek kat Seksyen 23 sejak petang khamis tu.. sangat sesak orang.. x caya boleh pergi or tengok kat sini... jumpa di sana....

Thursday, December 16, 2010

Hari yang pening

Semalam masuk office lambat..

sebab pegi sini

Lepas settlekan hal pagi tu.. pegi jumpa kawan kat Plaza Sentral sebab nak hantar barang ni

boleh plak tersesat masuk Bangsar dulu, sib baiklah jumpa jalan yang betul.. then nak balik ke Sungai Besi pusing - pusing kat Mid Valley, banyaknya kereta.. pelik betul.. rupanya ada JCARD day..

Singgah beli Mc D kejap, masuk office kul 1.30pm.. apalah punya serabut..
then phone masuk bertalu - talu..
pastu ada e-mail suruh completekan test..

apa - apa pun aku Redha..

korang jangan marah yek... mekasih.. :D

Wednesday, December 15, 2010

P.E.N.I.P.U....

APA??
 
PENIPU??

terus keluar kaler merah...

Pelik betul, x pernah plak saya jual corset, cemana boleh terlink ke sini yek?
pakai corset tu adalah...

pada yang jual Beautiful corset...
jangan kecam saya ok...
teknologi canggih sangat....

Tuesday, December 14, 2010

what's next

Are you Korean Songs lovers??

 click here for more info....

pening

pening kepala mana nak carik hadiah untuk si dia?



bolh cuba klik kat SINI......

Saturday, December 11, 2010

I Love My Day

ok.. jangan salah sangka.. bukan nak masuk contest sendiri tapi nak wih pada diri sendiri

HAPPY BIRTHDAY yang ke 31... dah 2 tahun dah merasa pangkal 3 ni.. Alhamdulillah Allah lanjutkan usia sehingga ke hari ni... sihat walafiat... sakit sesekali tu  adatkan...

semoga kehadiran umur baru ni membawa perubahan kearah yang lebih baik.. amin..

apa pun yang berlaku, kita mesti suka, happy dan bersyukur pada hari - hari yang nak sangat kita raikan.. tak kisahkah dalam keadaan macam mana sekali pun...

Setahun yang lepas... masa nak sambut anniversary yang ke 4 thn.. tup - tup saya masuk hospital sebab kena tonsil, demam berhari - hari.. hish.. macam - macam hal, sambut kat sepital takdelah potong kek bagai... tapi masa tu, zaman org sebut duk sebut barangan designer.. teringin nak ada 1, tapi takdelah sampai mengidam... tup.. tup.. dapatlah 1... (eleh kecik je).. takpe... besar kecik ia tetap suatu pemberian... masih lagik berguna sampai skang tau...


masa birthday.. Darin kena sakit mata, so x pergi mana - mana.. masa tu pun x harap pun nak hadiah apa - apa sebab anniversary dah dapat kan...

beralih tahun 2010... lepas kes rumah kena pecah masuk.. sedih jugak, tapi itukan dugaan Allah...
x boleh nak fikir sangat... sedih barang hilang, tapi yang penting nyawa sekeluarga selamat... hubby sibuk nak ceriakan hati isteri dia, dia bagilah 1 perfume... serius tak pernah dengar.. tapi suka sangat dengan bau dia.. kalau u all nak test, bolehlah test kat Garden kot.. tapi kat Empire Subang kedai dia mmg ada kat bawah..


orang lelaki ni boleh tahan jugak kuat shopping kan... pengsan saya dibuatnya... lepas satu - satu... yang kes ni lagiklah pelik... ntah celah mana dia sorok pun x tau.. alih - alih dah ada depan mata.. dia kata macam bes so dia pun beli... sampai skang tak bukak lagik, cik hubby duk bising.. "Apsal tak bukak" sebab kes sayanglah ni.. eh tak.. takde tempat nak letak.. kalau dah ada ruang kosong nanti baru letak...


baru - baru ni, lepas raya cik hubby kan terbang ke oversea.. huwaa. cedih - cedih.. tapi lam cedih - cedih tu siap ngayat tuh.. ha..ha.. tapi faham sangat dengan dia, dia bukannya suka melayan kehendak isteri dia.. so memang tak harap sangatlah.. nak memaksa pun x bagus kan... betul.... sebab fikir.. baik simpan duit tu... sampai je Malaysia.. memang tak budget pun dia beli barang macam idaman hati... sekali dia tunjuk.. mak ai, cam x caya je.. cemana dia boleh sorok dalam celah beg dia pun x tau... ok... sebab dia dah pesan "jgn nak sayang - sayang" so x payah tunggu raya tahun depan.. dah pakai pun...


and hari ni, lagiklah confirm saya tak fikir dia akan bagi apa -apa .. yelah baru je hari tu dah perabih dengan benda kat atas tu.. giler ko nak hadiah lagik.. BTW saya tengah order 1 barang jugak from Spain.. so tu kira hadiah hari jadi untuk diri sendiri... lepas dia balik dari surau tadik...
"bie. tolong amik susu darin lam keta.." saya yang menurut perintah pun pegilah kat keta, unlock kereta.. dalam takde, gi bokak bonet.. sekali nampak paper bag yang sgt dikenal pasti... pastu saya tutup balik
"takde pun susu" sambil tersenyum sumbing"
"amik jelah, takkan nak biar dalam kereta"
ha..ha.. gilah amik jugak, sebenarnya segan sbb MIL ada kat umah ooo.. so amik jelah bawak naik atas... and so excited sebab hadiah yang ni boleh jadik kawan dengan hadiah anniversary thn lepas...



anyway, thx bie, semoga awak jugak dimurahkan rezeki hendaknya.. amin..


So ... are you ...... enough?????

Monday, December 6, 2010

Baik dan Indah

Perkara yang baik.. harus dikongsi  bersama...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.

Best Promo

Best promo @





http://fronte-shoppe-online.blogspot.com

Friday, December 3, 2010

Promo by Celcom Exec

Celcom buat promo CELCOM EXEC..
sangat menarik dan tertarik...
This promotion comes with package of New Blackberry Torch 9800 and Blackberry  Torch 9780



 Blackberry Bold 9870

 Blackberry Torch 9800

So u all semua boleh clik kat CELCOM EXEC promotion dengan lebih lanjut tentang apa yang dia promosikan..


yang pastinya, anda tak akan terputus hubungan dengan kawan - kawan..
CE

kerana semuanya hanya dihujung jari anda...

Terbang jangan tak Terbang

Jom terbang - terbang ke New Zealand...

sapa cakap mahal

semurah RM199 je dah boleh terbang ke New Zealand

Tak caya boleh click kat "Terang - terbang ke New Zealand" ni ha.. sure takkan nyesal punya...

ok.. jangan lupa klik tau.. bestt.....

Tuesday, November 30, 2010

Jangan Lupa Jengah Jap....

Jangan lupa jengah sini jap


semuanya dengan harga diskaun tau... he..he..

http://fronte-shoppe-online.blogspot.com

Sunday, November 28, 2010

Fridge Magnet for sale

Salam 1 Malaysia semua..

 Untuk pecinta Fridge Magnet.. saya ada beberapa FM yang still available... as sample below..

Yang lain boleh tengok kat FRONTE-SHOPPE-ONLINE


Happy shopping...

Sunday, November 14, 2010

Makan sedap bersama keluarga

Salam 1 Malaysia..

ini kisah 2 keluarga...
lepas melawat kejiranan yang masuk hospital kat Ampang Puteri (semangat kejiranan lagik)... plan nak makan... cam biasa... cik hubby kenalah bawak myself and anak keluar makan coz siang hari dia kerja gigih skang ni.. dan 1 keluarga lagik plan nak tapau coz ada anak kecik... but the wifey ok je... so ting..tong..ting..tong... kami menuju ke Ar-Rawsya.. seperti yang pernah dijanjikan oleh cik hubby kepada wifenya ni ha....

sebelum jamu selera kita amik gambar dulu.. tengoklah anak dara tu, semenjak ayahanda tercinta balik sini, berkepit jelah, tambahan plak tadi sepanjang hari kat rumah hanya dengan mummy je.. so daddy kena buli.. alkisah.. dia demam sket siang tu.. dapatlah masuk ubat demam dalam 2.5ml, jadiklah.. tapi kena amik lagiklah sblm tido tuh..

darin sayang siapa?? "sayang mummy ngan daddy" ok.. dia bijak skang, kalau dulu daddy je, mummy tak mo coz mummy garang.. tapi skang dia sudah berlaku adil.. apa pun soalan mesti mummy ngan daddy, tu pasal kena ada gambar ngan mummy kan..

eh.. tadik kata 2 family .. mana lagik satu.. ahaha... ni perkenalkan anak sulung mereka.. ni sebaya dengan Darin cuma dia lahir bulan 6, sangat hyperactive.. sesuailah dengan namanya super hero.. ha..ha,. sapa dekat siap sedialah... kata anak sulung.. of courselah protectorkan..

ni anak kedua.. panggil je nama dia, terus tunjuk iPhone mama dia... sangat cheeky ini budak.. and sangat cool okeh... suka senyum.. and geram dengan dia... oh.. dia sangat particular ok.. makan, tak mo nasi jatuh, kalau jatuh dia gi kutip dulu.. alahai.. siannya..  yang ni baru berumur 2 thn...

ni yang ketiga.. bakal menyambut ulang tahun yang pertama bulan 12 nanti... so far sangat manja, coz bongsu.. x bole terletak langsung.. kalau dengar suara dia menangis - nangis kat rumah cam budak kena dera.. maksudnya mama dia berjauhan dengan dialah tu... dekat je, terus senyap.. see.. manja kan...

gambar org je, mana gambar makanan?? pasal makanan jejaka 2 org tu yang order we all tak tau.. order yang larga, kata tukang order, yang large tu boleh makan utk 7 org Malaysia... so takpelah, we all cakap, order je large, lebih bawak balik... tu dia  mai dah... tapi magikkan, sekejap je dah habis..mana tak nya.. kelaparan + sedap.. saya rasa sedaplah sebab jarang makan nasi Arab, rasa yang ni boleh je telan... kambing dia pun lembut je... ooo cik hubby kata kat Saba' sedap yek, kat Cyberjaya... takpelah.. memana pun boleh..




so u all... we all pun dah selesai makan... dah bayar dah pun.. so we all balik dulu ok..... daa...


Friday, November 12, 2010

Kempen keselamatan kejiranan

lately, kawasan kejiranan tengah sibuk membincangakn tentang isu security... by December.. guard yang ada ni dah habis kontrak.. free for 2 years paid by developer.. even after this still ada guard, tapi dia cuma bertanggungjawab untuk jaga rumah yang dalam pembikinan... kiranya kalau ada barang construction yg hilang, dia org kena jawab.. bukan jaga kebajikan penduduk... so penduduk kena decide sama ada nak continue service yang ada tapi dengan bayaran sendiri.. atau tak nak ada langsung.. which is.. sangatlah membimbangkan.. bg yang belum kena, mungkin x kisah sangat, tapi bagi my family and family row block we all... dah mula bertindak sejak kejadian lampau..

walaupun rumah ada activate alarm.. andai kata nak jadik tu jadik jugakkan...

sehari selepas darin keluar hospital.. kita org bekerja seperti biasa dan darin pergi nursery... balik ptg tu husband aku sampai rumah dulu dengan darin, selang 10 minit saya pun sampai... rasa pelik sebab guard berjalan datang ke rumah.. and bila park keta kat dalam.. nampak ada kusyen kecik jatuh.. so saya budget darin yang jatuhkan... elok je parking, belum sempat matikan enjin.. husband panggil cepat masuk dalam... "rumah kita kena masuk orang... awak tak on alarm ke tadik?" Allah..

kusyen yang jatuh bebetul depan pintu masuk

alarm memang on.. tapi pelik apsal x bunyi, tanya neighbour, x hujan langsung kat situ..  habis seluruh rumah digeledahnya... walaupun nampak macam x teruk sangat, tapi confirm nak mengemas balik saat yang paling getir.... saya dan darin terpaksa tumpang rumah jiran sebelah, termasuklah sesuap nasi, husband keluar dengan kawan untuk buat report polis, hampai jam 12 malam baru polis sampai, amik gambar and amik report serta senaraikan barang yang hilang and jumlah kerugiaan.... dalam pukul 1 baru selesai, kemudian baru start mengemas...


waktu kejadian pastu waktu siang cuma tak pasti pukul berapa...pencuri masuk ikut tingkap bilik no 4, cermin dipecahkan dalam keadaan berhati  - hati dan 2 batang besi dipotong.... sedikit pun tingkap x dikopakkan... bermaksud pencuri tahu alarm akan berbunyi bila tingkap dibuka... we all sidai kain di belakang, jadi kalau guard lalu-lalng dibelakang susah nak nampak kalau pencuri tu tunduk sebab keadaan jalan belakang dengan rumah agak rendah...




bila jiran masuk.. semua tanya.. "kenapa stor kena pecah" jawapannya ada pada rumah semua orang.. dan stor kita orang memang berkunci.. so bila explain, baru semua orang sedar dan perasan... takde apa pun dalam stor melainkan vacum cleaner, bahan pencuci, bateri dan benda - benda yang memang jarang pakai...


confirm setiap pelusuk dia geledah... masuk je bilik no 4, gelah je dalam almari, confirm jumpa Digital Photo Frame elok dalam kotak lagik... tapi dia amik barang, kotak letak tepi.. jam tangan husband ada 1 tu putus, dia tak amik, padahal harga jam tu lagik mahal dari digital photo frame...


masuk ruang tamu, geledah pulak tempat letak TV.. dah nak jadi.. tergerak jugak pagi tu nak bawak pergi kerja PSP darin.. tapi ntahlah, memang dah bukan rezeki.. saya letak dalam laci.. so jadik habuan dia orang semua... balik rumah memang kesian dengan darin.. PSP dia dah takde... sambil cakap "takpelah daddy, kalau takde yang red, blue pun jadiklah"...



dapur pun habis sepah jugak.. tak taulah apa yang dia carik, tong beras pun dia keluarkan jugak.. mungkin budget ada jumpa gelang emas, cincin emas, rantai emas dan yang sewaktu dengannya... pinggan mangkuk yang ada pun tak banyak yang berkaca.. kalau kaca, kemungkinan jugak ada yang pecah.. tapi pencuri ni macam sangat berhati - hati.... walaupun sepah, tapi takde botol kicap atau sos yang pecah...


kat rak kasut tu pun sepah jugak.. cek jugak kalau ada kasut yang hilang tapi semua kasut pun ada lagik...


naik atas pulak... tengok pulak kat hall atas.. hhmmm sedih jugak... wii yang beli masa birthday darin and daddy dah takde.. siap dengan 2 set controller dan joystick semua dah kena sapu... apsal tak amik je bateri sekali.. senang karang nak main abis bateri pasang je bateri baru...


kat master bedroom, dia cuma geledah almari je, tilam or cadar dia tak sepahkan... kat sini ada video camera masa hantaran kahwin we all dulu... 5 tahun je sempat dengan kita orang, tapi tape semua kat tempat lain.. video camera je dalam almari tu... selain dari video camera... dia amik duit raya yang baki duit raya bagi kat orang... 2-3 tahun raya pun memang ada lebih.. duit singgit dan duit 5 hengget.. dan duit mas kahwin pun dia sapu jugak... tulah simpan lagik lelama... baru je plan nak buat something dengan duit tuh.. tapi dah takde rezeki...


bilik atas yang lagik satu ni memang nampak snagat bersepah sebab bilik ni x berapa besar tapi semua barang complete... rasanya ada 2 ketul handphone Nokia dia amik..  3650  dengan N81.. tapi dia - dua pun memang dah tak boleh guna dah... tak taulah apa yang dia buat dengan handphone tuh..


kat bilik Darin x sepah sangat, maybe sebab dia tau bilik budak kot... so takdelah dia geledah sangat.. tapi still sakit hati jugak sebab rumah kita dah habis bersepah...

dalam banyak - banyak tempat.. ada 1 tempat da tak pergi.. bilik belakang sekali.. bilik tu berkunci.. tapi tak dipecahkan.. dalam bilik tu cuma ada mainan darin yang besar - besar.. memang selalu kunci sebab kalau tak, darin bawak keluar, habis langgar semua dinding, kerusi and meja dalam rumah.. kenapa dia x pecahkan bilik tu, sebaliknya pecahkan stor... macam si pencuri tu tau je dalam tu memang takde apa - apa barang berharga..

penat fikir siapa yang masuk.. pastinya orang kecik sebab cermin tu tak pecah besar pun... dan yang masuk tu sangat tau selok - belok rumah tu.. ataupun si pencuri tu ada alat pengesan khas... kat mana boleh dapat barang yang berharga, bernilai dan berbaloi...

malam tu memang kemaskan jugak barang yang ada.. jiran sebelah datang tolong.. sian dia... nasib baik maid dia ada.. anak - anak dia dah tido.. Darin x tido lagik... makanan semua buang.. kicap, sos, air.. tapi beras tak buang.. sedekah kat pekerja Indon yang ada kat situ... lipat and susun baju yang ada... sapu sana, sapu sini... pastu jiran yang lelaki tolong tolak almari untuk tutup tingkap yang pecah...

malam tu tido memang tak lena, kenang nasib yang melanda.. activate alarm pun macam takde fungsi.. bukan kami je tak boleh tido malam... jiran - jiran terdekat pun sama tak boleh tido...

kita cuma mampu merancang.. hanya Allah yang tentukan.. ini takdir Ilahi... Insya Allah, bila Dia duga kita macam ni.. maksudnya Dia masih sayangkan kita...


p/s: tapi dalam diam.. kena curse jugak si pencuri ni kan...

statistik untuk suka - suki

kadang - kadang masuk jugak dalam cik nuffnang ni.. saje nak tgk statistik readers... tau  tak banyak tapi nak tgk jugak..ha..ha... ada sekali pernah gak cecah more than 80 readers sehari.. tu je kot pencapaian terbaik saya.... u all semua mesti lagik tinggi kan...

ni tergerak nak tgk statistik bulan lepas.. bila tgk yang pie chart ni cam ha..ha.. kelakar pun ada seronok pun ada...


pembaca paling ramai.. of courselah Malaysia kan... sebab tu saya sayangkan Malaysia....
then Belgium.. ni confirmlah coz cik hubby kan kena pergi sana last month....
Then UK. mungkin ada kot kawan - kawan blog saya yang baca dari UK... (ada ke???)
pastu Republic of Korea.... hhmmm ada ke yek? mungkin dia google - google tu terjumpa lah blog saya ni ha..
pastu Indonesia... Singapore dan US...



apa - apa pun, saya tetap sayang u all yang sudi baca blog saya yang tak seberapa ni...
A thousand of apology of my mistakes on ignoring my readers such a long time... will make myself available to update this blog... thank you readers... love u alll (chheewwahh)

AGAIN??????

WHAT????




OH NO... IF THAT CASE





ok..ok... jangan amik hati yek bie... 
Happy 5th wedding anniversary.. love you till the end...


Thursday, November 11, 2010

Safely landed

Alhamdulillah... after 4 weeks, finally he's safely landed in KLIA last saturday...
nampak je kat arrival gate tu.. fuh lega.. tapi dah tau dah sampai coz masa saya tengah drive kat area Putra Heights lagik dia kata dah sampai.. so terus pecut dengan jayanya dan sempat parking kat Block C, Level 2.. (jangan salah parking lagik lepas ni)...



so skang dah boleh tersenyum dengan puas....

Tuesday, November 2, 2010

kenangan wan dan atuk

ayahanda dan bonda ku baru saja bertolak pulang ke kampung halaman..
sob..sob..sob...

tapi bukan nangis sangatlah pagi tadik.. adegan sedih ni dah berlalu 2 hari lepas.. biasalah saya ni.. sedih awal - awal supaya tak menunjuk kesedihan pada hari kejadian...

hari ni kerja dari rumah.. nak hantar Darin nursery.. dia batuk kronik..he..he.. idaklah sgt, sesikit je, cuaca sejuk ni.. selalu batuk dia specially malam..

petang ni Tok Ma plak amik alih... so rumah ku sentiasa hiruk pikuk untuk 4 minggu ni..
kepada jiran kiri ku dan belakang ku.. maafkanlah kebisingan yang datang dari rumah ku yek..



terima kasih mak sebab sudi jaga Darin.. Alhamdulillah darin pun x langsung menyusahkan wannya sepanjang tinggal berdua kat rumah.. makan, minum, tido, minum susu semua ok... bab mandi je susah sikit... (hush bahaya nih)... terima kasih sebab temankan darin kat rumah sampai waktu kronik.. kul 4 pagi baru anakanda balik ke rumah sebab kerja yang kronik.. dan Darin pun takde menangis atau merengek sedikit pun carik mummynya.. tau - tau tido sendiri kat atas toto, and tak mintak pun wan tepuk - tepuk and dodoi - dodoi... Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana permudahkan perjalanan harian bonda ku di rumah.. cuma bila mummynya balik je dia tunjuk belang.. biasalah anak..




and terima kasih pada Ayahanda ku... sebab benarkan mak temankan anak dan cucuknya di sini... sian ayahanda ku, makan minum pun cuma di kedai je, adalah sekali dua masak nasi di rumah.. selainnya, semua di kedai makan... tido malam pun sorang.. semua sorang.. ALhamdulillah, sepanjang dia keseorangan.. tiada apa - apa berlaku padanya...

semoga Allah kurniakan kesihatan kepada kedua ibu bapaku... amin....

Saturday, October 30, 2010

Saya dah join.. u all dah??

saya dah join..
u all dah ker?

Jom join contest from masviona

jangan lupa LIKE saya yek...
I like u oollssss

Thursday, October 28, 2010

tak lama dah

tak lama dah lagik
ari tu duk sedih - sedih bila hubby aku berlepas.. skang dah tak sabar plak  nak tunggu balik
kesian dia, dah tak tahan dengan kesejukan... kalau suhu dapat cecah 10 degree pun dah ok dah..ha..ha.. padahal kalau kat sini, air-cond bukak 21 pun dah kecut - kecut dah... adat duduk negara orang kenalah biasakan diri sendiri

sambil keje, sambil jalan tapi kesian dia kali ni weekend pun kene keje, sib baik keje kat hotel je, keje sekerat ari, pastu dah boleh gi jenjalan.. kali ni tak duduk kat ibu negara.. duduk kat area perkampungan sket..

pasal makan, jangan ckplah, asyik vege je, maklumlah, x dapat service apartment, makan sumer kena carik, kalau nak masak maggi tu bolehlah.. kalau dapat service apartment bley gak dapat nasi.. kali ni boleh kira kot berapa kali je dapat makan nasi.. kalau dulu senang sket dapat sebab duduk bandar besar.. kalau tak vege mesti seafood...

tu my dear hubby (cheewwahh)
org tak harap apa - apa pun.... janji selamat kembali ke tanah air jadiklah...
tak payahlah beli apa - apa pun kat sana....
tapi
andai kata sudi...
dapat neverful medium pun jadiklah bie...ha..ha..

p/s: jangan verangan cik musz....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...