Followers

Thursday, March 31, 2011

PRESTiJ8286 - Part Last

eh..eh.. ada ke part last...
aktiviti last.. we all melepak kat Eagle Ranch Resort.. anak sedara aku teringin nak naik kuda. merengeklah dia ngan mak pak dia nak naik kuda.. ikutkan ajelah....


sampai kat Eagle Ranch masa tu takde orang pun... adalah beberapa org yang sedang menikmati makan tengahari, rasanya org yag bermalam kat situ kot.. tu pun dia org dah get ready nak balik..


beli 2 tiker naik kuda untuk Aidid dan Darin.. sekali bila sampai kat kandang kuda.. boleh plak kuda kecik takde.. Darin tak bolehlah nak naik kuda besar.. terus Aidid pun kensel naik kuda besar, so tukar plak naik keta kuda.. and Aida pun kenalah naik sekali...

Kenangan mak budak naik keta kedua tahun 2008

Kuda ni patutnya bawak pusing 1 kawasan tu penuh, tapi aku rasa cam sekejap je dia dah pusing balik.. keta kuda ni x sama dengan yang aku naik dulu, dulu cam besar sket...

Tapi apa lagik yang ada kat sini yek??

bergambar sefamily berlatar belakangkan tempat Go Kart

Eagle Ranch ni konsep dia paling sesuai untuk aktiviti berkumpulan, sebab dia ada siapkan aktiviti macam Go Kart, berkenu, berkuda, Flying Fox, acara sukan pantai pun ada tau dan banyak sangatlah.... Korang boleh view info pasal Eagle Ranch kat link ni

Daddy yang baru selesai menunggang kuda

Seronok memang seronok, paling best kalau dapat pergi ramai - ramai, lagik ramai lagik bagus..
pasal Accomodation plak, dia ada disediakan Rumah Kampung, ni sesuai utk family yang besar.. ada disediakan dormitory.. ni kalau pergi dengan gang - gang 1 kepala, memang layan, mcm duduk kat asrama gitu.. ada dalam rumah Log, yang rumah bentuk kayu balak tu, dan tinggal dalam Tent macam orang Red Indian tu pun ada.. korang pilih jelah macam mana yang korang suka....

dan aku pun x lepas peluang tunggang kuda jugak

untuk rate dia boleh tengok kat sini pulak

Eagle Ranch ni memang agak jauh sikit, kalau korang pernah sampai Tiara Beach Resort.. dia jauh lagik kedepan... landmark dia tak perasan plak apa, tapi dia sebelah kanan jalan, korang jangan bawak keta laju sangat, kang terlajak jauh sangat pulak....

permandangan dari atas.. tempat sini memang berbukit - bukit.. ready to get sweat
 
so kalau anak - anak korang sukakan sesuatu yang adventure.. tapi tempat tinggal yang selesa..  tunggu apa lagik, pergilah survey kat sini

 

Wednesday, March 30, 2011

Dah settle ke isi borang LHDN korang???

Inilah tanggungjawab kita setiap tahun, isi borang cukai pendapatan.. X Kiralah sama ada korang bekerja sendiri ataupun makan gaji.. Kena buat jugak tau...

Kalau yang bujang tu... Confirmlah buat untuk diri-sendirikan... Untuk yang dah berkahwin.. Korang ada 2 option... Samada nak buat berasingan (macam style bujang dulu) atau nak buat bersama... Means 1 form jelah kena isi...

Ada org ckplah (bukan aku yek) buat berasingan lagik bagus sbb byk sikit boleh cut... Yo ko?? Aku pun x sure...

Aku start buat benda alah ni dari zaman isi borang pakai tulisan tangan... Sampailah skang yang guna e-filing... Masa zaman borang mmg ayah aku yang isikan, aku mmg faillah nak isi, tapi sejak ada e-filing, aku isi sendiri, husband aku punya pun aku yg isikan... Ada rezeki, dapat duit balik... Kalau tak, kenalah bayar sket..

Ada beberapa perkara yang membolehkan pengurangan cukai kita.. Antaranya:
1. Medical insurance and education
2. Pembelian komputer.. (iPad x sure, nanti aku nak check utk next year punya potongan)
3. Pembaharuan permit pekerja
4. Zakat
5. Langgan internet
6. SSPN... Ni sapa ada anak adalah sangat dial-alukan
7. Peralatan sukan... Yg ni x sure cemana tapi bagus utk mereka yg suka bersukan
8. Perbelanjaan untuk ibu bapa yg sakit dan juga pembelian bantuan khas... Ni confirm mahal kan...
9. Pembelian buku dan majalah

Dan Ada lagik kot yang aku x sempat senaraikan..

Tinggal beberapa jam je lagikkan, confirm kat semua cawangan LHDN penuh sesak org nak declare income tax... Bagus tu, cuma lain kali jangan tunggu saat akhir ok....

Untuk keterangan lanjut boleh layari http://www.hasil.gov.my

Pesanan khidmat masyarakat ini adalah F.O.C


- Posted using Touch screen on iPad

Monday, March 28, 2011

PRESTiJ82-86 Reunion - Part 2


 "malam ni nak makan mana?" tanya husband aku..
"memana pun boleh..." we all bertiga je sebab family akak aku confirm dinner dengan reunion tuh...
"jom siap.. kita makan sekali"
aik..  boleh ker? dah akak aku dah confirmkan dengan AJK nak bawak we all and dia org cakap ok.. we all pun okkan jelah... dah ler takde baju.. aku belasah je pakai t-shirt ko... ngan seluar ntah hapa - hapa... ish tak sesuai dengan tema.. tapi.. bagi peluang kat yang merai dan diraikan bergaya sakan..


sampai lam dewan, dia org tengah baca doa makan.. we all masuk je terus amik makanan, kakak aku carik meja.. elok je aku habis amik makanan, terus dapat meja and take turn pulak amik makanan.. menu malam tu ok - oklah.. nasi goreng.. nugget, sosej, ada hasil panggangan macam kambing, ayam, udang dan ikan... desert.. air.. buah - buahah.. itu jelah.. pasal makan tu tak kisah sgt, they all tunggu saat - saat cabutan bertuah..


petang tu kan ada sukaneka and beach volleyball.. so malam tu penyampaian hadiah jugak.. eh..eh.. cam x caya je, team akak aku dapat no 2..he..he.. Darin dah siap bagi hint.. "nak hadiah" camner tuh.. so masa turn team akak aku naik pentas... Darin pun follow sekali...

oh.. masa penyampaian hadiah ni.. siap ada bagi hadiah penghargaan pada anak - anak PRESTiJ8286 yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM 2009 ngan 2010... dalam banyak - banyak family tu... ada 1 family yang sapu bersih... UPSR2010, PMR 2010 dengan SPM 2009.. hebatnya kakak tu.... tapi kalau korang tau background family tu mesti tak percaya.. tapi biarlah rahsia..



paling dia org tak boleh tahan, dia org siap publish gambar - gambar sepanjang dia org kat asrama.. bebudak lelaki sakan gelakkan kawan - kawan dan diri - sendiri.... tapi masa gambar bebudak perempuan, slide show tu dia buat lelaju.. mestilahkan.. masa tu kan zaman anak dara... skang dah mak budak.. so faham - faham sendirilah..


last sekali barulah cabutan bertuah... aku tengok banyak giler hadiah... dan sebenarnya mmg semua org dapat hadiah cabutan bertuah.. ada hadiah comforter.. tikar dan etc.. grand prize.. oven.. oklah tukan.. and kakak aku dapat hadiah seterika... branded jugaklah.. Philips ke Panasonic.. x ingat plak aku... and hadiah sukaneka semua dapat towel yang pelbagai bentuk and packaging.. ooo untuk anugerah anak - anak PRESTiJ8286 yang berjaya tu, semua dapat sijil and handmade coklat... kira semua yang dapat hadiah mmg ada iringan coklat... bagusnya sapa yang buat coklat tuh


anyway mmg tabik springlah dengan kejayaan dia org.. mesti berapa bulan dia org tak tido malam semata - mata nak menjayakan reunion nih... meeting berapa kali.. siap dari kl - seremban-melaka dia org meeting tau...Thanks bebanyak kat AJK yang menjayakan reunion ni..


so batch 9296... cabaran untuk kita ni weh.. siap ada kawan akak aku tanya
"Batch ekau takdo ko buek gathering ni?"
apo eden nak jawab?? ha..ha...

Monday, March 21, 2011

PRESTiJ82-86 Reunion -part 1

 

hari tu aku ada annouce kat FB yang aku ke PD lagik... mesti macam "aik hari tu baru je pegi.. ni pegi lagik".. ha ah.. tapi kali ni percutian ala - ala ditaja.. penginapan di taja termasuk makan malam.. layankan jelah...

bertolah dari rumah dalam pukul 12pm, siap berbekalkan nasi lemak dan nugget.. bergerak ke PD.. sampai sana pun dalam pukul 1 lebih mencariklah Hotel Le Paris/Costa Rica.. berpandukan Garmin lam E71 tuh.. asyik terlepas simpang.. ha..ha.. sampai jugak...

turunkan barang dulu sbb parking kat tempat lain... Darin confirmlah dah kena cekup dengan mak ngah dia sambil ada ayat.
."Hi Muzie.. lama tak jumpa you.. anak ke?"
"eh taklah, ni anak adik I, anak I yang tu.. adik I pun ex-STJ jugak tapi 10 tahun lepas kita"



naik ke bilik isi perut and solat dulu.. apartment 2 bilik tu kira bolehlah, bilik x besar sgt, tapi hall dia besar, sliding door dia bapak besar.. sepanjang - panjang dinding.. from balcony dan nampak swimming pool... memasing x sabar nak terjun pool..

"angah ada aktiviti apa petang ni"
akak aku kena masuk Volleyball.. so aku cakap bolehlah turun.. so beramai - ramai we all turun..
Darin dah aim swimming pool, kenalah temankan dia kat situ.. aku memang tak bawak banyak baju so malas nak join.. husband aku pun x terjun jugak.. so lepak kat tepi sambil main iPad je...


Sib baik ada 2 org anak sedara yang boleh diharap.. dia orglah yang temankan Darin ke hulur-ke hilir.. main - main air.. buat aksi yang bukan - bukan... pool kekanak sebelah pool org besar, di pisahkan dengan titian penjalan kaki tu je.. means kalau kekanak lari sakan kat atas tu and tergelincir.. dah boleh terjerumus ke dalam pool org besar.. tu yang kena tengok..


letih melayan kerenah budak.. aku nengok dia org dah start acara dah.. so aku pun terus carik kat mana akak aku lepak.. ooo nun saya team bola tampat pantai.. sib baiklah cepat aku sampai.. so dapatlah tengok akak aku main..


kelakor lah sangat.. memasing umur dah 42 hokeh, main pun asal boleh je, mana mak - mak yang x mo main tuh... wakilkan kat anak - anak memasing je... tapi cam tak cayakan.. 1st game ni team akak aku menang.. hari memang panas terik... tapi kira oklah, kalau hujan lagik x boleh nak buat hapa...

on the way nak balik kat pool, nampak bebudak ada acara sukaneka.. ni mesti tuk kategori bebudak sekolah rendah.. duk panggil Aidid.. tapi dia terlambat.. org dah nak start dah... sian dia..


penat lepak bawah... aku ajak husband aku ngan Darin naik atas... sebab Aida ada kat atas.. so nasib baik dia nak naik atas.. we all pun x tahan panas.. x boleh nak continuelah lepak kat bawah... paling best.. bila sampai atas.. ketuk pintu tak bukak... sekali bukak pintu.. ceh, pintu tak kunci.. confirm Aida salah pusing kunci... tapi kena jugak call dia hantar kunci sebab air-cond and kipas x boleh bukak.. call semua HP yang ada, sib baik berangkat, maklumlah bila kat bawah tu kan bising, mana nak dgr bunyi tepon...


selamatlah we all dari bersauna free dalam bilik... mandikan Darin... makan - makan dan makan... pastu dia sibuk nak carik Aidid... hish,, manalah nak carik dalam org reramai tuh.. sekali nampak dia dgn abang ipar aku lepak tepi pantai, carik kerang/kepah/ketam dan etc kot.. so husband aku kenalah bawak Darin turun.. while me, akak aku ngan Aida lepak lam bilik sambil layan tv....

rehat jap ek.. penat nak wat entry marathon...

Friday, March 18, 2011

apa korang dapat lepas bertahun - tahun kerja?

berapa lama dah korang kerja..
bila aku kira - kira balik dah masuk 10 tahun dah kerja.. hhmm lama tak? ish.. ada orang lagik lama kerja....
tapi ni tak nak citer dari zaman mula kerja.. nak citer zaman job aku yang kedua..

sejak aku resign dari company XY**** tu.. aku dapat offer kerja kat Vallent... masa apply kat Job Street.. "ala takpe, apply je, belum tentu dapat".. sekali hambek ko.. aku accept gak sebab mmg nak carik kerja lain pun... lepas 2 tahun kerja kat company tu.. terus I*M beli company aku... jadik service dia carry foward.. of courselah bagus.. sebab tahun depannya kan cukup 3 tahun, aku dah boleh dapat benefit housing loan interest subsidy... berapa dia bagi?? korang tanyalah bebudak I*M...

lepas 5 tahun... jeng..jeng..jeng.. dapatlah e-mail...
terima kasih sebab dah kerja 5 tahun.. pilihlah hadiah apa yang korang nak dari gambar kat bawah ni..
ha..ha.. e-mail tu aku dah buang pun.. x yah simpan lelama..
lepas pilih hadiah apa nak, apa nak tulis... sampai je kat org yang handle bebenda alah tu.. tunggu jelah sampai dapat..


so tunggu punya tunggu, hujung bulan 11 baru dapat.. nasib baik sempat.. kalau tak dapat.. kecik hati wo..


so nak kena tunggu lagik 5 tahun ke untuk dapat yang lagik grand?? ntahlah.. korang tunggu jelah nanti.. aku ada kat sini lagik ke tak...

Layan.. jangan tak layan...

korang pandai buat origami???



jangan risau.. aku pun tak pandai buat origami..ha..ha.. apalah punya intro... tengoklah cam kat atas tu.... rasa - rasanya buat apa yek???


nilah dia.. nak melayan anak dara yang sorang ni ha... tak mo bagi dia kebosanan menunggu makanan kat Tepanyaki.. so layan dia buat origami guna chopstick ngan tisu..ha..ha.. bersungguh aku melipat tisu nak jadikan pintu and tingkap rumah.. layankan jelah...

Thursday, March 17, 2011

Sepetang di tepian tasik


sepetang di tepian tasik.. ni tasik kat area rumah aku.. memang dalam kawasan perumahan aku.. tapi we all jarang sangat datang sini, sebab memang nak kena bawak  kereta.. jalan kaki pun boleh tapi masa nak pegi mengah sketlah.. time balik ok sket sebab menurun bukit.... tapi kalau tetiba hujan cemana kan? terpaksalah naik kereta..


tu darin dengan makngahnya.. ni dah lama dah gambar ni.. masa aku still lagik dalam 'pantang' itu pun aku kenalah ikut, maklumlah ayahandanya balik kg sebab umah MIL aku banjir... tak sampai hati nak berpisah ngan anak dara sorang ni.. so mak ngah nya jugaklah yang kena layan... sib baik ada mak ngah...


aktiviti kat tepi tasik.. main baling - baling batu dalam air.. nak memacing.. mana ada pancing... tapi darin memang siap nak ajak memancing oo.. hebat tul.. ni mesti gara - gara belajar memancing kat dalam iPad nih..


dan ini Aidid, sepupu darin yang sangguplah sangat nak melayan darin.. tukang kutip batu... teman main kejar - kejar.. senang keja mummy ko darin... he..he..

Wednesday, March 16, 2011

Aku kat kl dah

Lamanya x masuk kl, skang dah keje kat kl... Sendiri mau ingatlah..
Last week 2 hari aku bawak kereta... Jam tak boleh nak cakap... Time balik... 45 minit dah tinggalkan ofc... Still lg kat area kl... Parking... Sehari je dah 20hengget... Sib baik boleh claim...

Minggu ni.. Start hari selasa... Husband aku offer nak hantar naik monorail kat Brickfields.. Aku ok je... Sampai kat Brickfields dalam pukul 8.25am.. Naik monorail dalam 20 minit je... Then jalan kaki dalam 10minit...oklahkan.... Pagi yang sesak bila sampai kat stesyen Hang Tuah... Sib baik lagik 2 stesyen je nak sampai opis aku... Petang pulak confirm sangat padat dari Stesyen Titiwangsa... Nak tak nak sumbatkan jugak diri sampai boleh masuk..

Itu citer pasal monorail... Pasal makan.. Mmg best... Kat belakang jalan ofc aku tu mmg ada je org menjual.. Segala mcm makanan ada, pilih je apa nak... Selalunya kalau we all decide nak tapau.. Beli kat situ.. Bawak naik makan kat atas.... Macam last week, we all Pekena ikan bakar kat belakang Wisma MPL.... Layan jugaklah... Macam siang tadik.. We all menapak ke Pavillion.. Makan kat food court je... Tapi menyimpang ke lain yang x tahan.... Masa shopping... X hingat dunia.... Bila sampai ofc, baru sedar dah pukul 3 pm.. Bos aku xde, bos koranglah..he...he...
Oh, jangan risau... Yours truly x beli apa-apa pun... Cuma cuci mata je...

Oklah korang... Next time bila Ada masa aku continue lagik yek... Bye....


- Posted using Touch screen on iPad

Friday, March 11, 2011

Try test

Baru sekejap download.. So nak poyo jugak nak post guna blogpress... Jangan marah aku yek...

Huwwaa... Huuwwaa.....


- Posted using Touch screen on iPad

ada roti.. adalah Puding Roti

Ingat lagik tak korang pasal kisah sikecik masuk dapur hari tu.. nak sangat buat kek dengan menggunakan air, minyak, telur.. sampailah skang.. asal gi carrefour je mesti cakap "mummy nak beli kek air, minyak, telur".. pengsan.. kalau lalau kat area tepung tu, siap nak capai sendiri lagik...


tajuk entry pun dah menceritakan inti patinya kan.. bila tengok bahan - bahan kat atas ni lagiklah tak boleh tahan... kena teruskan jugak ni.. resepi ni dicedok dari blog kak nani rostam ok.. tapi bahannya semua bahagi 2... yang dalam mangkuk tu... ada cam serbuk - serbuk tu adalah hasil gesekan kulit kayu manis sbb aku memang takde cinamon powder.. layan jelah kan...



Bahan dia main campak - campak je nih... 3 bijik telur + 1 cawan susu HL, + 1 cawan susu Ideal (sebab takde whipping cream) then 1/2 cawan gula...then masukkan sikit esen vanila.... semua sekali letak je dalam 1 mangkuk dan kacau...


kalau korang ada hand mixer, boleh guna dengan kelajuan yang sederhana.. kalau penat guna manual... boleh panggil assistant kecik macam kat atas tu.. excited betul kalau nak mengacau...


bahan kat atas ada butter kan.. tapi tak masuk dalam bancuhan.. itu untuk sapu kat tepi loyang korang... roti hanya 5 keping je.. tapi sebab aku ni degil.. nak jugak letak 7 keping.. kita tengok apa jadik yek.... nak lagik bagus.. korang potong or carik - carikkan roti.. tapi aku kategori malas sebab nak cepat.. and boleh guna roti apa  pun, kalau potato bread tu lagik sedap kot...


bancuhan yang dikacau sehingga sebati bersama assistant tadik dicurahkan kedalam loyang yang disusun roti tadik.. tengok apa jadik.. kalau 5 keping mesti just nice je dia tutup roti tu kan.. takkan aku nak kuarkan 2 keping ang goreng.. hhmm sedap gak kot.. so takpelah... aku terus kan je niat murni tuh...


sebelum masukkan ke dalam oven.. taburlah kismis kat atas roti tuh... then taburkan serbuk kayu manis.. hhmm sure wangi bila bakar.. macam ala - ala Cinnabon... sedapnya.. (bau jelah, rasa belum tau lagik)...


Sebelum masukkan ke dalam oven.. roti yang dicurahkan dengan bancuhan tadik dibiarkan selama 1 jam, supaya bancuhan tu meresap masuk dalam roti... panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius selama 10 minit..
bersedia untuk masuk dalam oven... bakar selama 30 minit...


Inilah hasilnya selepas di bakar... bolehlah.... rasa?? ada beberapa tetamu datang.. dia org kata... ok.. dan sedap and tanya cemana nak buat... he..he.. bolehlah daripada oven tu tak berusik kan.. nanti ada org ckp.. "Oven je besar, tapi xde buat apa - apa pun"... ha..ha.. selamat mencuba ye korang..

Friday, March 4, 2011

MILKADEAL and Macaroon... SEDAPPPP....

pst..pst... korang persan kan ada banyak sangat promosi iklan from MAD (MilkADeal)...
sampai tak tertengok dibuatnya... memula konon buat tak tau.. tapi sekali kuar pasal macaroon punya promosi.. alamak.. macam best.. sebab dah lama teringin nak makan ooo..

cer tengok.. cer tengok... sedap ke tak?? thanks bebanyak kak Nomie sebab sudi hantar sampai depan rumah.. nasib baiklah saya tak pergi jauh lagik, sempat jumpa kak nomie... ada 12 ketul semua sekali.. 1 warna 2 ketul.. since jiran sebelah pun teringin nak rasa.. so aku bagi separuh.. silap besarlah sangat, lupa yang macaroon ni comel.. kalau tau order 2 set.. sebab sangat sedap tau.. tak caya cer tengok..






Ni semua gambar pada keesokkan harinya.. semalam makan 2 ketul je... lain simpan 4 ketul... tu yang belasa 4 ketul sekaligus siap amik gambar.. ni yang kaler pink..


Tak sampai seminit.. dah tengok balik pinggan tu.. x boleh tahan.. terus ngap warna green pulak..


Dah selesai masuk dalam perut.. sambung balik buat kerja.. alahai.. terasa lagik kat bibir ni ha.. kesedapannya.. tak  boleh tahanlah.. terus capai lagik satu..


Nilah dia suapan, gigitan yang terakhir.. masa nak makan tu terasa sayanglah sangat.. tapi nak makan, tapi sayang.. tak pernah langsung rasa sedap macam ni.. terus terbayang kak Nomie tau.. kalau lah kak Nomie boleh hantar terus ke rumah.. sedapnya...

Terima kasih MilkADeal.. terima kasih kak Nomie...

Thursday, March 3, 2011

Happy Birthday Darin

" mummy.. nak kek happy birthday to you saya"..
"so cemana daddy??"
"Kita buat simple jelah... ada jiran sebelah rumah je"
Selesai je bibik@kakak tu bersihkan rumah kita orang.. terus hantar dia then zoom terjah carik kek dan barang untuk makan - makan malam ni...



call sana.. call sini bagi tau nak buat makan - makan sikit...
menu apa nak makan? tak kira dah.. apa yang nampak je terus sambar..
apa terlintas.. terus singgah and beli bawak beli... rushing sangat tu tidaklah.. sebab masa tu keadaan aku tak berapa mengizinkan untuk aku bergerak pantas.. so banyaknya husband akulah yang tolong..


so inilah ghupenya kek Darin malam tu.. first time beli kek aiskrim kat BR untuk Darin.. mummynya tak boleh makan pun coz masa tu 'dalam pantang' kan... tengok ajelah sambil telan air liur...
dan untuk menu malam tu..
Ayam Goreng Kehepsi Original + Spicy
Dengan kentang putar + coleslaw + fries
Donut Krispy Creme aneka warna dan perisa
Nasi Lemak sedap dari Sup Ani Utara Seksyen 18
Air kotak Laici tak sempat masuk peti ais..
Donut Big Apple (Ikhsan dari Jiran)
Buah Anggur sedap, oren dan apple sebagai sampingan..



Masa dah letak - letak atas meja tuh... tetiba je rasa macam tak cukup je... hhmmm tapi we all tawakal je.. Insya Allah cukup kot kata husband aku... tapi kami lupa.. kami hanya jemput 3 orang dewasa dan 3 orang kekanak je.. yang ada dalam rumah cuma ada 1 1/2 dewasa (sebab aku tak makan semua benda), dan 1 kekanak yang sangat memilih makanan... ha..ha..
kesimpulannya semua cukup siap boleh bagi orang and bawak ke sok hari utk jamu family aku yang datang.. ha.. hebat tak hebat kan...


By the way.. inilah gambar Darin bersama mama triple 'H' yang bagi present pagi tadik tuh.. see.. semua boy tau... he..he..

Dapat hadiah birthday

Dah sebulan berlalu.. baru teringat nak citer pasal hadiah birthday Darin... anyway thanks to mama triple 'H' sebab tetiap tahun Darin mesti dapat hadiah awal.. means.. pepagi hari lagik dah dapat hadiah... kebetulan birthday Darin memang pada hari cuti..
Tengok dia punya senyum menyeringai sampai kat telinga.. Darin memang macam tu.. masa Haziq nak bagi hadih tu sikit punya malu nak amik, siap suruh mummy dia pulak yang amik from Haziq.. nak cakap thank you pun susah.. ada emas ke lam mukut anak mummy ni.... tapi bila dah dapat sengih - sengih... Apa - apa pun thanks sekali lagi kat mama triple 'H'









Darin pun dah tak sabar nak bukak hadiah tu.. masa nak mintak dia posing untuk snap gambar ni, sikit punya susah... Darin ni memang susah sikit nak bergambar/. ini pun kira yang paling ok dari bebanyak gambar yang diambil... habis je snap terus rabak dah wrapper tu dia kerjakan....


Ada celebrate birthday Darin ke?? hhhmm tak fikir lagik... kalau ada nanti adalah yek....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...