Followers

Monday, March 21, 2011

PRESTiJ82-86 Reunion -part 1

 

hari tu aku ada annouce kat FB yang aku ke PD lagik... mesti macam "aik hari tu baru je pegi.. ni pegi lagik".. ha ah.. tapi kali ni percutian ala - ala ditaja.. penginapan di taja termasuk makan malam.. layankan jelah...

bertolah dari rumah dalam pukul 12pm, siap berbekalkan nasi lemak dan nugget.. bergerak ke PD.. sampai sana pun dalam pukul 1 lebih mencariklah Hotel Le Paris/Costa Rica.. berpandukan Garmin lam E71 tuh.. asyik terlepas simpang.. ha..ha.. sampai jugak...

turunkan barang dulu sbb parking kat tempat lain... Darin confirmlah dah kena cekup dengan mak ngah dia sambil ada ayat.
."Hi Muzie.. lama tak jumpa you.. anak ke?"
"eh taklah, ni anak adik I, anak I yang tu.. adik I pun ex-STJ jugak tapi 10 tahun lepas kita"



naik ke bilik isi perut and solat dulu.. apartment 2 bilik tu kira bolehlah, bilik x besar sgt, tapi hall dia besar, sliding door dia bapak besar.. sepanjang - panjang dinding.. from balcony dan nampak swimming pool... memasing x sabar nak terjun pool..

"angah ada aktiviti apa petang ni"
akak aku kena masuk Volleyball.. so aku cakap bolehlah turun.. so beramai - ramai we all turun..
Darin dah aim swimming pool, kenalah temankan dia kat situ.. aku memang tak bawak banyak baju so malas nak join.. husband aku pun x terjun jugak.. so lepak kat tepi sambil main iPad je...


Sib baik ada 2 org anak sedara yang boleh diharap.. dia orglah yang temankan Darin ke hulur-ke hilir.. main - main air.. buat aksi yang bukan - bukan... pool kekanak sebelah pool org besar, di pisahkan dengan titian penjalan kaki tu je.. means kalau kekanak lari sakan kat atas tu and tergelincir.. dah boleh terjerumus ke dalam pool org besar.. tu yang kena tengok..


letih melayan kerenah budak.. aku nengok dia org dah start acara dah.. so aku pun terus carik kat mana akak aku lepak.. ooo nun saya team bola tampat pantai.. sib baiklah cepat aku sampai.. so dapatlah tengok akak aku main..


kelakor lah sangat.. memasing umur dah 42 hokeh, main pun asal boleh je, mana mak - mak yang x mo main tuh... wakilkan kat anak - anak memasing je... tapi cam tak cayakan.. 1st game ni team akak aku menang.. hari memang panas terik... tapi kira oklah, kalau hujan lagik x boleh nak buat hapa...

on the way nak balik kat pool, nampak bebudak ada acara sukaneka.. ni mesti tuk kategori bebudak sekolah rendah.. duk panggil Aidid.. tapi dia terlambat.. org dah nak start dah... sian dia..


penat lepak bawah... aku ajak husband aku ngan Darin naik atas... sebab Aida ada kat atas.. so nasib baik dia nak naik atas.. we all pun x tahan panas.. x boleh nak continuelah lepak kat bawah... paling best.. bila sampai atas.. ketuk pintu tak bukak... sekali bukak pintu.. ceh, pintu tak kunci.. confirm Aida salah pusing kunci... tapi kena jugak call dia hantar kunci sebab air-cond and kipas x boleh bukak.. call semua HP yang ada, sib baik berangkat, maklumlah bila kat bawah tu kan bising, mana nak dgr bunyi tepon...


selamatlah we all dari bersauna free dalam bilik... mandikan Darin... makan - makan dan makan... pastu dia sibuk nak carik Aidid... hish,, manalah nak carik dalam org reramai tuh.. sekali nampak dia dgn abang ipar aku lepak tepi pantai, carik kerang/kepah/ketam dan etc kot.. so husband aku kenalah bawak Darin turun.. while me, akak aku ngan Aida lepak lam bilik sambil layan tv....

rehat jap ek.. penat nak wat entry marathon...

1 welcoming comments:

... said...

oo.. kitorang penah gak bermalam kat situ, not bad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...