Followers

Monday, April 27, 2009

Birthday Atiqah Pulak

Birthday gal in the glass

Seronok pulak cerita pasal makan.. dan 2-3 hari ni cerita pasal makan je tak abis - abis.. kali ni birthday gal yang seterusnya.. cik Atiqah.... plan baik punya, bawak dia pegi TGIF lah....


this time ada 8 orang pulak... masa sampai tu, member siap sound, janganlah plan apa - apa untuk dia.. tapi ampun.. bukan saya jadik mastermind ok.. saya tukang bawak kereta sahaja.. tanyalah orang yang bawak kereta "rotten banana tuh"..



oo kat TGIF pun ada offer yek, dia bag appertizer and menu dalam RM39.90 kot..belum masuk tax.. so boleh pilih apa yang korang suka dari menu pilihan tuh.... dan majoriti makan benda yang sama..


gelak - gelak macam biasa... makan sambil gelak memang cepat kenyangkan.. x boleh jadik.. masa main course sampai.. dah kenyang dah.. walaupun makanan aku cuma ala - ala sandwich je.. tapi aku makan separuh je.. lagik separuh bawak balik..


ooo masa kejadian ni.. meja kat seberang sana pun ada celebrate birthday someone jugak... so takdelah nak bagi nampak sangat, lepas dia orang balik, baru we all mulakan aktiviti..



macam biasa.. birthday gal memang kena berdiri atas kerusi, peganglah botol sos tu then dia org suruh nyanyi... tapi tak nyanyilah pulak.. we all yang terlebih nyanyi.. pastu kena tiup lilin dalam jarak yang amat jauh... pastu dia suruh duduk... then tutup mata.. pastu dia org plak nyanyi.. then suruh teka siapa yang 'calit' tangan kat dia tadik.. macam - macam bebudak nih..


kek tu pun sedap jugak.. ooo selain dari tawaran appertizer + main course yang berhara RM39.90, siap boleh pilih 2 desert yang berharga RM6 rasanya.. so best jugaklah, cuma desert tu memang kecik.. suka hati koranglah yang nak order berapa... apa - apa pun... selamatlah mangsa - mangsa yang akan datang..

Sunday, April 26, 2009

Seoul Garden - One Utama



Kisah pasal makan... Bulan March lagik... we all ada team lunch for Q1 macam biasalahkan.. kali ni we all pilih Seoul Garden.. memula cam tak nak takut tak sempat nak masak semua.. tp tu je yang within the budget yang amat ciput tau..


Masak dengan bersungguh - sungguh

so dengan keterroran Azie.. dapatlah dia booked tempat tu on 31st March tulah... dalam 20++ jugaklah, masa tu pun ada jugak yang takde kat ofc, ada yang cuti, ada yang MC, ada yang vege.. hhmm kesian pulakkan..


baru nak start

so masa sampai tu, tak ramai orang lagiklah, first sekali we all kena pilih kuah, nak pedas ke tak.. kalau tak pedas pun ada 2 jenis jugak yek.. ampunkan saya.. saya memang tak ingat.. lepas je masukkan kuah tu.. terus dia panaskan dapur tuh.. then korang pandai - pandai sendirilah yek cemana nak control kepanasan dapur tuh..


peace.. kami lapar

then, sementelah dapur tu panas.. berkeliaranlah we all mencari makanan.. ada daging, udang, ikan, ayam, bebola yang memacam jenis, sayur - sayuran.. mee yang pelbagi, dari yang paling kasar sehingga yang paling halus... then untuk makanan sampingan, still ada nasi putih kalau korang nak untuk makan dengan hasil steamboat + grill tuh.. pastu ada salad dengan dressing yang pelbagai.. dan pelbagai jenis buah..


dah selesai makan dah

oh ya.. tak lupa jugak, air yang pelbagai jenis, so picit sendiri.. habis, suruh dia org refill balik.. then kalau nak sedap lagik.. bolehlah buat ABC sendiri, campurlah segala kekacang dan warna - warni yang ada tuh.. then bolehlah korang kreatip sket nak buat cendol.. sebab cendol memang ada tuk letak lam ABS.. bukannya susah, amik cendol, letak kacang merah.. letak jagung sket.. curahkan susu cair then air gula... dah siap pun kan.. dan yang paling tak tinggal.. confirmlah aiskrim..


Ini aje yang tinggal

proses nak masak sebenarnya tak lama manalah, cuma ayam ngan daging kena nak make sure makan bebetul, kang tak masak sgt kang ada pulak yang sakit perut.. abis semua we all makan, sampai berulang - ulang.. ada jugak kes yang bebudak ni tukar dapur.. kes sebab dah hangit sangat tempat grill tu, macam -macam betullah...


Balik time

so far makanannya ok dan aku rasa sedap jugaklah cara dia marinate tuh.. untuk set lunch tu hanya dalam 25++ rasanya.. murahkan.. murah sesangat...


Terima Kasih - driver of the day

dari pukul 12++ we all lepak makan sampai kul 2 kot... tu pun dah kenyang ya amat dah.. cam tak boleh nak drive balik je rasanya.. so far, aku cakap sedap, murah dan berpatutan untuk harga yang macam tu.... kat tempat camtuh.. korang trylah pulak..

Saturday, April 25, 2009

Birthday treat for Lilian


Yang pakai baju hitam tulah birthday gal

This time aku nak cerita pasal birthday lagik.. kali ni for my opismate = Lilian... bulan March hari tulah.. we all plan punya plan.. so we all nak pergi Italianesse je.. (maafkan saya kalau ejaan tak betul)..

dalam 6 orang masa tu.. order makanan, sharing basis, konon nak order yang murah... yang ada offer tu... kalau u all perasan, pergi memana, banyak betul buat promotion lunch murahkan.. macam ala - ala Mc D tuh.. 5.95.. samalah macam kat sini..

aku pun tak ingat apa yang we all order.. ada pizza, pasta, appertizer.. hhmm apa ntah lagik... bab air pulak, ada yang order air sedap.. ada yang order air biasa je..

budak - budak ni amat suka bergambar.. aku pun suka gak tapi pelik apsal gambar aku x cantik.. amat sedih woo..



sementara tunggu makanan, of cozlah snappo dululah semua gambar yang ada.. ada member aku siap amik gambar sekeliling.. kata dia nak buat kenang - kenangan.. iyolah tu.. esok lusa ko datang situ balik tak..


bila makanan sampai je.. haruslah semua org pulun makan sampai kenyang... semua makanan cukup.. abis tu camner.. asal makan je minum.. asal minum je makan.. borak - borak.. gelak - gelak.. kenyang angin pun masuk sekali....


sampailah part yang dinantikan.. they all bagi bread pudding je for Birthday Gal.. so kenalah nyanyi sumer.. tapi amoi ni tak mo plak nyanyi.. ish.. susah tul lah.. then suruh gak dia jogetlah hapalah.. and then pekerja sana plak nyanyi... pastu dia kena tiup lilin tu guna straw.. dahlah jauh giler.. aku rasa air liur lagik banyak terkeluar dari angin..ha..ha..


abis je makan, gelak - gelak.. apa lagik, balik kejelah.. takkanlah u all nak continue tengok wayang/main bowling kot.. bos carik.. naya je tau...

Friday, April 24, 2009

Minggu yang sibuk


Saya agak sibuk sangat skang ni... sangatlah tak tau nak buat cemana.. setiap Rabu dan Jumaat ada training start pukul 7.00pm - 8.00pm, nasib baik 1 jam je tau.. and confirmlah balik lepas Isya'... This week takde training.. tapi still ada keje - keje yang menanti..
ingat nak balik awal, asyiklah tak lepas.. tapi semalam sempat jugak balik awal..

meeting pun amat banyak.... paling tak tahan kena berdiri lelama... apsal? dah takde duit dah ke nak gi sewa dewan yang ok sket bagi semua org dapat duduk.. sangat penat ok.... dahlah pakai wedges.. kalau aku pakai selipar toilet kang.. tak manis plak BOSS besar aku tengok...

discussion sana - sini... aarrgghhh sampai sakit kepala fikir assignment yang menimbun.. hati plak tak tenteram je skang ni.. buat semua benda pun dalam keadaan paksa rela... nampak kat luar je senyum, gelak - gelak.. tapi lam hati.. "aku tak suke"... sabar jelah...

Thursday, April 23, 2009

camner nih..

Ada banyak benda nak citer
tapi aku amat BBUUSSYYYY... tak suker

Saturday, April 18, 2009

Happy Birthday


Today is a day..
my dad's birthday.. I used to call him 'Apak' for 70 years and who care if its sound so kampung, because I am from kampung, the real kampung.. Bukit Intan is not considered as my kampung.. Kampung Parit Terachi is my real kampung...

He is 70 years old today and the best thing is, he is celebrating his birthday at east-cost.. covered Kelantan and Terengganu may be.. i'm not so sure about theirs planned...

I love him so much... he is so quiet but don't try to make a fool of him.. he is so good in Maths.. numbers.. and accounts.. everything about the numbers, he's the one, and that's why he is married to my mom... coz my mom don't care about the numbers... He did says to me that he wanted to get CA, but being and eldest during World War II, he had to sacrifice everything for his brothers, sisters and parents..

For me, he is still a good accountant, he managed my salary when I was away for overseas job, he could save some of my salary to ASB where I couldn't do that before.. helping me to fill in my BE form (e-filing wasn't introduced at that time), where I always tried to skip doing that...

He knows so many Doa, where I cannot remember, and always remind me to read Surah Maryam, Surah Yusof, Surah Luqman and another one (where yours truly always forget) during my pregnancy.. I only trust him to recite Doa during our 'Kenduri' and I love to hear when he recite Marhaban, Berzanji when I was introduced to Muqaddam..

to many things to describe but this is what the best I can say to you.. I am always love you, no matter what others people say about you, they know nothing about you, because you are my APAK forever..


Selamat Hari Jadi Apak....

Wednesday, April 15, 2009

Dia tak berapa sihat

9/4/2009 8:25
"Adli demam, kena tahan dekat wad KPMC bilik xxx"

9/4/2009 13:02
"Adli dah x-ray dan confirm ada asma. Skrg bagi gas dan masuk air. Darah dah ambil dan petang ni tau"

Malam tu jugak we all ke KPMC Puchong, tempat kat mana aku lahirkan Darin dulu.. apsal ntah tetiba Adli demam sampai kena tahan wad..


We all sampai dalam pukul 8 lebih, my sis ada cuma Aida je takde, coz ada tuisyen, Abang Long and Afiq pun tuisyen... then biras abang aku ada sekali, Wadi...


Adli tu memang sedia maklum kecik kan, so bila sakit tu amatlah kesian tau tengok.. masukkan gas lah, masukkan air lah.. siannya kena cucuk sana, cucuk sini.. macam manalah kalau baby baru beberapa bulan lahir pun yang kena cucuk camtu coz ada complication, lagiklah kesian kan..


Darin pun dah takut - takut je nak duduk dekat ngan Adli.. dia takutlah tengok kena cucuk sana cucuk sini..ha.ha... tu pasal dia kuar je dari bilik tuh.. gi main mainan yang ada kat situ..

nurse ada bagi ubat suh makan, ubat pil.. hhmm apsal takde ubat air yek, budak - budak kan susah sket nak makan ubat, cam aku dululah, letak lam pisanglah, letak lam rotilah.. semua tak jalan.. tak taulah kalau letak lam Ais krim cemana plak... sudahnya tumbuklah hancurkan, tp sebenarnya bila tumbuk lagik pahit..


Nurse nak hancurkan tp SIL aku cakap x payahlah, coz lagiklah dia tak makan.. kejap- kejap nanti makanlah tu... dr cerita dia org.. bangun pagi tu, badan dia cam panas.. darah tak berenti - renti keluar dari hidung.. basah lencun jugaklah good morning towel tu.. kalau aku sure dah hilang akal nak wat apa.. then dia kata nak buang air.. bila bawak masuk bilik air.. terus muntah siap keluar darah sekali.. oo pasal darah yang doktor amik siang tadik.. Adli bukan kena denggi, risau jugak, ni kira cam demam berdarahkan.. tp tulah kena asma plak.. kesian dia...


semoga cepat sembuh Adli and jaga makan ok..

Monday, April 13, 2009

Bersiaran di KL Sentral

Bertuahlah kalau aku bersiaran from KL Sentral.. tak kuasanya aku nak ngankut laptop Lenovo yang maha berat ni, kalau ada E71 tu maybe bolehlah kot..ha..ha..
kejadian kat KL Sentral ni dah makan sebulan dah.. Darin kalau ngan sepupunya amatlah suka je mengekor apa yang sepupu dia buat.. tapi bila suh amik gambar sesama amatlah susah sebab dia pun sibuk nak amikkan gambar..



nak tak nak bagi jugaklah hp aku tu, so bagi dia puas hati.. bagi snap - snap sket, pastu diamlah dia.. dan hasilnya...


dan ini jugak..


oklah tu kan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...