Dah 1 bulan lebih we all duduk kat AI, so far Alhamdulillah, semakin ramai yang masuk pindah, specially Canting.. and Tinta akan menyusul... cakap pasal Canting... bermula dengan family keluarga Lutfi, they all pindah sana 2 minggu lepas dapat kunci... masa family ni duduk 1 bulan tu memang takde org.. tapi Alhamdulillah, takde apa - apa masalah, dan guard pun amat bekerja sama.. dalam hujung bulan 1, sorang lagik pindah.. Iddien... row yang sama, cuma sorang hujung sana, sorang lagik hujung sini.. minggu ke-3 bulan Februari, neighbor sebelah kita org masuk.. Sulaiman and family... a week after that, we all pindah sana, Mas Adi yang duduk belakang row Iddien and dalam masa yang sama selang 1 rumah Sulaiman, kak Has and family duduk menyewa.. secara tak langsung row we all ada 3 orang... seminggu lepas tu keluarga Mawi and Yan pulak.. then diikuti dengan Razihan & Siti, dan jugak Adam and Salina.. dia org tu bertiga duduk sederet, facing taman lagi satu dekat dengan guard house.. selang 2 minggu jugak lepas we all pindah, Iznan and Farah pindah masuk bebetul belakang rumah we all and dalam waktu yang sama Anizar dan Ihsan masuk pindah.. rumah dia org berdepan rumah Mas Adi tapi Mas Adi hujung sana, and they all ni dekat sket ngan well tapi x mengadap taman.. and minggu lepas.. keluarga Syed ngan Kak Anis pulak pindah masuk.. rumah dia org facing we all tapi seberang taman sana.. cakap pasal Tinta pulak, baru ada 2 family masuk.. iaitu family Zam and family Wan Fauzi... Insya Allah dah nampak byk rumah yang dah pasang grill, pasang lampu, dah siap pasang langsir and deco.. cuma tak tau lagik bila pindah masuk..
Dalam Masyarakat Islam, bila masuk rumah baru, mesti buat kenduri bacaan Yassin, Doa Selamat, kenduri kesyukuran, and solat Jamaah sesamakan... family Lutfi tu dah lama buat dah, time we all belum pindah sana lagik.. so yang sempat we all pergi rumah Iddien, dia buat 20/3 Jumaat malam, aku tak dapat pergi sebab demam yang amat teruk.. so my husband je pegi.... seminggu lepas tu, 27/3 Family Sulaiman pulak... malam esoknya 28/3 (masa Earth Hour tulah) Family Mas Adi pulak... dan pada 4/4, rumah kita org pulak buat kenduri..
aku amik cuti Jumaat tu.. sempatlah buat 2 biji kek + agar - agar sket... siap pergi pasar veli barang kering and ke Giant beli apa yang patut. Sabtu pagi confirmlah beli barang basah, my mom and my sis volunteer nak masak, so they all sampai pagi sabtu tuh... cam nak hujan jugak tengahari tu, turunlah sket hujan rahmat, cuma tak lebat, and Alhamdulillah, tak kena tempat yang we all masak coz masak kat ceruk belakang tuh..
Maghrib tu we all dapatlah berjamaah anak - beranak + menantu semua.... budak - budak kat bawah bibik yang handle, hujan lebat sangat dengan petir, call je bibik dari atas suh tutup TV.. mala snak jerit - jerit...
Majlis mula lepas Isya', dalam kat kul 10 jugak baru boleh makan.. Alhamdulillah ada jugak org bawak kuih - muih.. my SIL bawak cupcakes, neighbor sebelah bagi kuih Bahulu Kemboja katanya, my Auntie bagi 2 jenis kuih.. tu pun dah 2 meja, kena tambah lagik meja kopi.. we all just masak nasi putih, daging masak lemak cili api + nangka, ikan masak asam pedas, goreng ayam, sayur kubis, ikan masin, sambal belacan dan ulam timun, air sarsi yang sejuk dan air teh o panas, kena refill jugaklah air dalam 2-3 kali then siap request air kosong suam.. boleh.. majoriti family yang datang coz memang nak jemput family, tu pun ada yang tak dapat datang cam my MIL memang tak dapat datang coz my BIL ada kelas tambahan sampai petang... bukannya dekat Segamat ke Shah Alam nak pecut camtuhkan..
since we all pakai pinggan n cawan polisterin je, jimat masa sket, sementara they all makan, bibik kat dapur cepat - cepat cuci periuk, sabar jelah, dah habis tetamu balik baru my mom and bibik makan, aku x sempat jamah nasi pun malam tu, tapi petang tu pun dah isi perut macam - macam.. we all kemas cepat - cepat, basuh cepat - cepat, dalam pukul 1 barulah aku masuk tido, family my sis dah book tempat depan tv, semua tido kat situ, my hubby pun join sekali coz nak tgk bola...
Alhamdulillah semua dah selesai, masa sehari lepas masuk dulu, ada jemput bebudak tahfiz, anak yatim kat Klang tuk Azankan rumah and bacakan surah Al-Baqarah, yang ni kenduri pulak.. pada yang tak dapat datang, takpe, kami memahami, ada yang we all tak sempat jemput sebab inipun last minute baru decide, Insya Allah, lepas ni, kalau ada kelapangan.. jemput datang rumah yek...
0 welcoming comments:
Post a Comment