Followers

Friday, May 24, 2013

Adakah Mummy Tewas Dan Pasrah.... Qaseh

Bayi baru lahir memang tak tau apa-apa.... kita yang akan mencorakkannya...
Aku ada mentioned pasal kisah menyayat hati entry lepaskan? Inilah kisahnya....
Sejak pregnant... aku selalu visit semua blog untuk dapatkan info pasal penjagaan bayi, berpantang sendiri and breastfeeding concept. Tambah pulak kali ni ramai sangat kengkawan seangkatan yang pregnant. Seronok kongsi info. Mana kengkawan aku yang dah berjaya bf kan baby, semua bagi moral support. Ada yang nak bagi aku pinjamkan dulu breast pump, ada yang bagi storage milk kat aku and banyak lagi. Masa tu aku rasa tak sabar sungguh nak tunggu baby keluar and bf kan dia.

Hari pertama kelahiran Qaseh, nurse tolong pegangkan Qaseh untuk aku bf dia. Dia tido masa tu so kena kejutkan dia. Perasaan masa tu memang best sgt. Tapi taukan kisah aku dapat bilik 2 bedded yang tak boleh ditemani oleh sesiapa. Baby Qaseh terpaksa aku relakan duduk kat nursery sebab takde sapa nak tolong angkatkan dia and letak pada aku untuk bf. Takkan asyik nak tekan loceng je. Pada siang hari baru Qaseh akan ada dengan aku. Itu pun aku mintak nurse siap-siap tegakkan katil supaya aku boleh angkat dia.
Dengan info and ilmu yang aku ada, aku set dalam kepala yang susu ada cuma tak banyak. Tapi memanh cukup untuk perut baby yang sebesar kacang. Walaupun pada hari kedua Qaseh lihat dunia, ada je yang nak cakap susu aku takde, bagi je fm. Sedih ok. Tapi aku berkeras jugak nak bagi bf.

Hari ketiga kami balik rumah. Malam tu mulalaj Qaseh nangis..Taknak tido. Dah bagi susu pun still meragam. Tak tau kenapa. Satu rumah pujuk dia..Tapi bila nak pagi baru ok sikit. Hari  keempat, tiba-tiba badan Qaseh aku rasa panas. Aku check suhu dia dah 38. Terus pergi hospital. Bila sampai sana,  suhu turun jadi 37.7. We all amik keputusan yang nak monitor sendiri kat rumah since doc cakap condition baby ok. Doc siap pesan, kerapkan bagi susu sebab susu ibu is the best. Rasa semangat je aku. Malam tu kita org perasan yang wee wee Qaseh macam ada darah. Aku terus google and confirm it's not blood tapi kristal. Korang boleh search info ni or dapatkan pandangan doktor. Kristal tu berterusan sehingga hari ke-enam. Tapi bukanlah tiap kali wee wee, sesekali je. Kisah Qaseh nangis tengah malam tu still berterusan jugak, and kami tetap kena bersabar.

Hari ke-enam adalah hari yang aku sangat pasrah. Hari yang Qaseh terima ramai sangat kunjungan. Syukur. Even kakak cleaner yang datang cuci rumah kita orang siap bawak hadiah untuk Qaseh. Petang tu ada SIL and neighbour aku datang. Masa tu pun Qaseh siap mengamuk masa aku df kan dia. Then jiran aku suggest pam. Kebetulan aku baru je cuci botol and breast pump. Since dah dia orang ada, so nak trylah. Memula macam tak function, tapi bila check balik baru function. Aku tunggu je and masa tu baru aku tau yang susu aku tak banyak. Bayangkan pam sebelah dekat 15 minit nak dapat 1 sudu teh pun susah. Aku memang menangis tak tau malu dah masa tu. Sapa yang tak sedih kalau apa yang kita harap tak jadi nyata. Aku terpaksa redha bagi jugak Qaseh fm yang hospital bagi. Berderai air mata aku bila tengok Qaseh tido nyenyak lepas minum fm. Malam berikutnya sehingga Qaseh cecah umur 8 hari dia tido lena jugak. Dan hari ke-8 tu dia dah start balik poo poo since hari ke -4 tu kira hari last dia poo poo.

Aku tetap teruskan mengepam. Aku guna teknik double pumping. Pernah sekali aku dapat lebih 1oz. Selainnya aku rasa dalam 10ml je kot. Aku kumpul semua. Dah kumpul dekat 6 botol pun susah nak dapat sampai 2oz. Tapi aku tetap suakan pada Qaseh. Tak kiralah berapa titis pun yang masuk ke dalam perutnya.
Apa yang aku tak cuba buat untuk tambahkan susu?  Rasanya banyak aku cuba. Aku minum susu. Makan sumber protein macam kekacang. Longan kering dengan kurma merah air dia aku rebus dan minum. Makan pegaga. Makan peria. Makan jantung pisang. Aku minum air rendaman halba. Makan lobak putih. Aku cuba petua dari tukang urut aku, susu HL + kismis kuning + madu + halba dan di blend. Mungkin aku belum cuba Shaklee, Fenugreek, pil ASI and etc. Setiap kali mengepam aku tuam denga  tuala panas. Baca Doa surah Al-Baqarah ayat 60. Zikir Ya Matin bila terluang. Tapi aku rasa macam tak berhasil. Dalam beberapa minggu lepas, aku jumpa blogger yang masalahnya sama dengan aku. Dan dia akhirnya pasrah terpaksa redha bagi anak dia fm sebab segala usaha dia tak memdatangkan hasil. Mungkin aku dan ibu tu antara 1-2% yang tak berjaya menyusukan bayi secara bf.

Tapi aku jadi serba tak kena hari ni. Balik dari jumpa paed Qaseh, Datuk Dr Zul kat KPJ Selangor, dia suruh aku bfkan Qaseh. There's no such thing tak cukup susu for baby. Dia nak akj fully bf Qaseh and nak tengok berat Qaseh on next appoiment. Tadi pun aku siap jumpa insan yang tak dikenali. Dia pun pujuk aku untuk bf Qaseh. Kesian katanya. Dia pun 8 hari lepas bersalin takde susu tapi tetap paksa jugak. So aku cuba jugak. Tapi aku tau yang Qaseh dah sedap minum susu dari botol sebab air dia  laju. Aku ingat apa yang kakak urut aku cakap "susu adik ada cuma tak memancut je. Takpe, cubalah mana yang boleh dan serasi"...

Bila dengar ayat org lain yang succeaa bf baby, terasa sangat aku ni macam ibu yang gagal....
"Oh... saya mmg bfkan anak saya sampai 2 tahun lebih"...
"hmmm saya tak tau sangat pasal fm ni sebab saya susukan anak saya sampai 1 tahun lebih"

ok fine. korang berjaya and nak cakap aku gagal lah ni. Sedih ok. Aku seboleh-boleh tak nak stress.  Kawan aku siap suggest pergi shopping and releasekan tension, baru boleh produce susu dengan banyak.
Dulu siap ada insan buat statement, "anak yang menyusu denga  susu formula anak lembu". Sakitnya hati. So nak kategorikan anak aku ni anak lembu. Orang yang tak mengalami masalah ni bolehlah cakap. Hanya orang yang berdepan dengan masalah ni je yang tau...

Kalau ini suratannya... mungkin aku terpaksa akur dengan suratannya.. Maafkan mummy Qaseh... Mummy tewas dan pasrah...

9 comments:

mama_onie said...

Aku paham sangat perasaan ko Musz... aku lagi sedih setitik pun susu BF tak dapat akeem rasa.... adakah aku ibu yg lebih gagal dari ko!... tidak cuma aku yg tak mampu... T__T

yana said...

Musz..lepas blk spital ko ururt tak bahagian breast? Dkt breast kita ada 7 mata air..hanya org tua2 yg berpengalaman tau..mmg kalau x di urut..akan tersumbat..dan susu x nak keluar..biasanya masa hr ke 4 dia akn membengkak..dan kita kena urut utk galakkan susu keluar if dia x keluar sendiri..dulu2 aku tak tau jugak..tp lps kena urut..( mmg sakit gile!!kena urut time susu bengkak..epranakan ko pun akn sakit jugak..tp..lps urut..kita boleh nampak.. Susu akan keluar..sikit demi sikit..biasanya..lps 2-3 kali urut..insyaAllah penghasilan susu akan banyak..Biarlah Musz..kita hanya merancang..Selebihnya Dia yg tentukan..ko dah buat yg terbaik dah..aku anak 1-3 fm jugak..masa tu ilmu2 mcm ni tak bnyk..lama2 bila dah berpengalaman...detik2 tu akan dtg jugak..dah..xmo sedih2 ..mama dlm pantang kena rehat..jgn pikir mcm2 dah..beranak tu mcm2 tenaga dah keluar..banyakkann zikir ya musz..sayang ko!

babyarisha said...

sabaq no... ade je susu tu cume belum serasi gn baby..insyallah nti lama2 ok.. sambil df tu minta le hubby urut/ usap2 belakang badan ko. tu pun cara nak bagi susu keluar..
aku lg stress.. baby br 2mgu dh ade suara sumbang suh kasi nestum..kunun baby lapar.. hangin x? seb baik x meroyan aku tau.. hahaha..

mikamusz said...

mama_onie.. sob..sob.. sedih jugakkan.. tabahkan hati jelah yek...

mikamusz said...

yana... so sweet.. now ni aku bagi apa yang ada.. tak nak paksa diri and tak nak paksa baby... harapnya semua ok.. doakan aku yek kawan.. love you..

mikamusz said...

babyarisha.... beruntung ko dapat susukan baby Aariq.. teruskan usaha selagi mampu beb...

bab nestum tu tak dinafikan.. ada yang suh bagi seawal usia 2 minggu.. huh mmg tak mendapatlah.. dulu kuikutkan ajer.. kali ni memang tak lah

homesewingdesign said...

Jangan tensen mus, akak pun kategori yang tak berjaya jugak. Dulu akak baca juga bab ni. Tapi akhirnya if u read magazine and comparing to yourself, u akan rasa u bukan ibu yang sempurna. Sebab dalam magazine/artikel semua cerita bab kesempurnaan. Daripada bab bf, berpantang & mendidik anak. But in real life betulkah begitu?

mikamusz said...

Dah tak mau tension dah kak win... redha je.. hehehe

akudarikayangan said...

menitis air mata ni baca luahan puan....orang yang bercakap tu perlu tahu susu ibu itu adalah satu rezeki....rezeki dari Allah....takde sorang ibu pun dalam dunia ni tak nak bagi yang terbaik buat anak2 mereka....susu ibu mmg the best milk in the world tapi sebagai ibu sanggup ke kita nak tengok anak yang masih kecil menangis kelaparan?kta yang dh tua ni pun kalau lapar dan tak makan boleh gastrik...pedihnyer Allah je yg tahu...ni kan pulak baby....bila saya dah jadi ibu baru saya tahu apa perasaan ibu-ibu lain yang mengalami masalah macam puan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...