Followers

Thursday, January 30, 2014

Lama sepi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

hhmm macam nak bagi ucapan pulak.
Bukan apa, bila tangok balik blog ni.. berzaman tak update. Lepas tu pulak, banyak sangat cerita dah terlepas.. Pasal holiday jangan cakaplah, dari tahun 2011 punya cerita pun ada lagi tersimpan elok dalam draft ni. Ish nak buat time keje macam tak sesuai je. Nak buat kat rumah?? Kerja kat rumah tu lagiklah berlambak, hari - hari pun tak habis.

Now Baby Qaseh pun dah cecah 9 bulan, kak Darin pun dah settle down sekolah kebangsaan. So memang rutin harian pun dah berubahlah. Letih memang tak boleh nak explain. Ni office dekat dengan rumah pun dah rasa berpinar - pinar mata ni. Kalau office jauh, tak taulah cemana. Time bawak kereta, tak kiralah pagi ke, tengahari ke, petang ke, mata ni nak terkatup je.

Paling tak tahan bila nak tidurkan Qaseh, tiap kalu aku dodoi dia, aku rasa mata aku yang pejam dulu.. mata dia elok je besar lagik.. nak buat cemana, bilik dah gelap, pasang air-cond lagik.. memang nak tido jelah jawabnya.

Oklah cukup dulu sampai sini.. nanti ada masa sambung story balik. Bestnya kalau idea terus mencurah - curah dapat buat entry laju - laju ... hhmmmm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...