Followers

Tuesday, February 28, 2012

Europe Trip - Green Park - Buckingham Palace

Antara tempat yang wajib dikunjungi ialah Buckingham Palace... memandangkan dari Hard Rock Cafe tadi, tidaklah jauh mana pun berjalan, cuma kena melalui Green Park... oh yeh, kan tak dapat nak lepak kat Hyde Park, kita masuk Green Park pun ok dah..



best pulak jalan dalam taman ni, imagine bila musim bunga, sure cantik sangat, tapi takkan nak repeat balik trip ni bulan 4 nanti kan.. ohhh tidak.. (tapi kalau ada rezeki apa salahnya)....



Since semalam hujan rintik - rintik, so daun kebanyakannya baru mula nak mengering. Nasib baik hari ni matahari sangat best, terang je, so rasalah panas sikit compared semalam. Darin siap biru - biru lagik bibir dia menahan sejuk.. kesian sangat... hari ni dia boleh enjoy main kat luar..


teringin sangat nak main baling - baling daun, so ajak Darin lambung daun sekali.. rugilah pulak, kalau balik KL nak buat camni, sure kena bebel dengan wan nanti kan.. orang sapu daun nak kumpul and bakar, cucu dia nak feeling - feeling musim luruh pulak..hehehe...


Nak access ke Green Park ni senang je, selain menaiki bas yang aku sebutkan tadi, boleh naik tube and turun je kat "Green Park".. senang sangat kan...




Dari jauh dah nampak dah Buckingham Palace... ingat tak dulu Prince William kahwin dengan Kate Middleton tahun lepas.... so bila sampai sini imaginelah nampak dia orang, walaupun hakikatnya memang takde pun..hehehe.. tapi bila sampai je kat traffic light tu, semua orang kena tahan sebab ada orang nak lalu, rasanya orang kenamaan lah kot, ada yang naik kereta ada yang naik kereta berkuda.. waa.. macam zaman dulu - dulu pulak naik kereta berkuda. Bila dah clear, baru dia bagi kita orang melintas....



Tapi dah duduk dekat dengan pagar bukannya nampak apa pun, husband aku boleh jugaklah jengket sikit - sikit, paling best Darin sebab daddy dia dukung atas bahu... Darin sangat bagus sebab dia sudi tolong snap gambar belah dalam istana tuh.. Jangan tak sangka, dia main snap je tapi gambar tak goyang langsung, kagum pulak mak ko kejap..






Tengah jalan ni kena hati - hati sebab ada je orang yang bawak anjing dia orang jalan - jalan.. biasalah tu kan.. "pet".. jadi biarkan jelah dia orang..




Kat tengah - tengah kawasan lapang tu nampak tentera berkuda yang we all nampak semalam.. means memang betullah semalam dia orang bergerak ke Buckingham Palace... tapi aku pun x sure ada acara apa dia orang ni sebenarnya....





We all just jalan - jalan sekitar tu je, nak tengok lama - lama pun bukannya nampak apa pun... so lepas snap gambar fikir lagik nak pergi mana. Macam tak plan pulak jalan hari ni kan... sebab cuaca terang sangat ke? hehe... tapi takpelah, tetap kena berjalan jugak... rasanya dah tau kot nak pergi mana ni... apa - apa hal pun jom kita pergi kat tube dulu.. nanti sambung balik.

Europe Trip - Hard Rock Cafe London

Letih jugak nak sambung entry ni.. Kalau nak tahu kisah awalnya we all sampai London boleh baca kat yang pertama, yang kedua dan link yang ketiga ni... So hari ke-3 ni banyak agenda di habiskan dengan shopping.. (Wahh banyak pound ko lagik yek..)..

  Ni kat depan rumah my friend..


Macam semalam jugak, still amik bas kat Warwick Garden punya bus stop, amik je bus no 10 atau 9 yang memang akan lalu Hyde Park, Picadilly Circus, Trafalgar Square.. dan semua ni akan lalu dekat depan Hard Rock Cafe... Oh ya.. Lim Kok Wing University pun dekat - dekat situ jugak okeh..


 Kalau naik tube, boleh turun kat "KNIGHTSBRIDGE" untuk ke Harrods

Sampai je dalam HRC.. wa.. besar sangat, compare dengan kat Amsterdam tu, main tunjuk - tunjuk je baju mana nak.. yang ni besar, 1 floor tu baju sahaja and ada tangga turun bawah.. aku rasa itu restoran and stage kot... so lama jugaklah we all lepak kat dalam tu, padahal nak beli T-shirt je...




Macam biasa, mencari T-shirt untuk kami sekeluarga.. and T-shirt yang di pesan oleh kakak aku... dah dapat yang berkenan dan sesuai... terus je bayar..

 excited sangat nak keluarkan pound




Darin macam biasa, actually badan penat dia tu tak habis kot.. yelah start dari hari Khamis malam travel.. ni dah hari Rabu balik (Kalau kat Malaysia dah Rabu malam dah)... lama jugaklah dia tak berehat.. mata pulak asyik kena paksa je bukak sebab cuaca sangat sejuk.. sure budget nak tido je dia tu..

  Besar sangat kedai dia.. best...


 3 of us inside Hard Rock Cafe London

Thanks to HRC staff, siap volunteer nak ambilkan gambar kami berdua kat dalam kedai tu. As usual.. cashier tu siap tanya.. "Are you from Malaysia or Indonesia"... of course Malaysia.. and terus cakap .. oh ya..."Apa Khabar"..."Terima Kasih".. huwaa bangga aku jap... biasalah.. orang sana kan sifat terbuka... tourist di layan dengan penuh kasih - sayang.. kat sini.... hhmm susahlah sangat.... (Sambil teringat adegan dalam MAS ayat "tak manis mulut" oleh steward dalam tu")...


  Please come in



Ok.. fikir nak pegi mana lepas ni.. sebab masa sangat singkat, nak kena balik cepat sebab nak pack barang lagi.. tapi nak berjalan lagi... ok sambung balik lepas ni.

Friday, February 17, 2012

Europe Trip - Big Ben-House of Parliament-London Eye-Thames River-Waterloo-IBM UK-London Bridge-Tower of London

Salam Jumaat you alls... aku cuti hari ni.. ada agenda tersendiri.. so hari ni hari santai, hari cuti so kita sambung trip to London.. tak habis lagik ni.


Bersambung dari kisah Cavalry tadik, kita orang berjalan menuju ke Big Ben, sampai je kat Big Ben tu, perasaan tu selalu camtu "ok dah nampak dah depan mata" pastu husband aku yang excited suruh aku bergambar, Darin memang tak keluar pun dari stroller, so we all bergambar berdua and kebetulan ada orang Indonesia kat situ, dia yang tolong kita orang amik gambar.. thank you..



Rasa macam nak masuk je Big Ben tu tapi mana boleh, so we all jalan terus di persisiran kaki lama, menyusur ke House of Parliamente.. kat sini boleh masuk, tapi we all pulak tak nak masuk. Just amik gambar dekat luar je. Ramai jugak yang keluar masuk dari bangunan tu. Uniknya kedua - dua bangunan tu, catnya kuning keemasan.. cantik sangat, patutlah gambarnya sentiasa berkilau... "Ong.. adik dah sampai".. heheh nak cakap kat abang aku jugak..




Sebelah dari House of Parliament tu ada taman.. Nama taman tu Victoria Tower Garden.. see, ada sangat banyak taman kat tengah - tengah kota London ni, dan sememangnya taman ni mengadap Thames River. We all santai sekejap je kat sini sebab macam dah nampak kelibat London Eye. Jam pun dah pukul 12 dah, kena rush ke sana, we all patah balik jalan nak menghala ke Big Ben nak cross jalan.. sekali nampak TESCO da.. terus masuk beli air sikit and makanan, boleh beli vegetarian sandwich, siap tulis "no mayonnaise" lagik... so memang boleh makan, dia orang mmg hormat pada mereka yang vegetarian, so senang jugaklah...




Lepas rembat makana, and makan laju - laju terus menuju ke London Eye.. hoyeehh, tak sabar rasanya nak naik London Eye.. Melalui Westminster Bridge, menyeberangi  Thames River, dan terus susur tepi sungai tu jugak, siap ada Mc Donalds, Darin macam biasa lah nak beli, nan ado, bertekaklah kat situ, tak mo masuk jugak... Masa beli tiket kena beratur panjang. Actually boleh beli online, siap ada discount 10% kalau x silap, tapi we all takut masa tu tak kena, takut tak sempat sampai pada masa yang ditetapkan, so bayarlah mahal sikit. Naik naik London Eye, stroller kena tinggal bawah, bahaya bawak naik atas. Gondola tu bergerak sangat perlahan, platform pulak bebetul atas air, naik pun kena laju - laju jugak sebab takut jugak tengok air bawah tu. We all 1 gondola dengan tourist from US. Seronok jugak duduk atas, dalam tak sedar dah sampai atas sekali. Cuaca sejuk dan berkabus so tak boleh nak nampak jauh sangat, kalau pegi time summer sure best, semua terang je.




Turun dari London Eye, aku tetap nak teruskan niat nak ke London Bridge dengan Tower of London. So jalan lagik sepanajng Thames River, sangat penat sebabnya sangat jauh, Hujan halus sekejap laju sekejap perlahan. Sepanjang jalan ada banyak gerai seafood, tapi takde 1 pun yang menggamit aku nak masuk, semua aku cakap tak nak.. Alhamdulillah, tetiba aku nampak perkataan 'Halal" yes, terus masuk and husband aku order nasi dengan kari ayam, dan aku order burger ayam, kan ke puas makan...hehehe..



Lepas makan sambung jalan lagik, serius macam dah nak tercabut dah kaki rasanya..."London Bridge tu memang kat bangunan bentuk telur tu" kata husband akulah, aku ni manalah taua hapa benda.. tapi serius lama berjalan, macam dah nak naik bas dah memula, tapi kenapa ntah gigih jugak nak jalan, maybe sebab sejuk, tak penat cuma sakit kaki je.


Sambil jalan, tetiba nampak train station Waterloo, excited pulak husband aku ni, dia dah tengok sampai habis cerita "Bond" amenda ntah tajuk dia, so salah satu tempat dia kat Waterloo tu lah.. yang ceita siap cross sampai Paris and negara Europe mana ntah, tak reti pulak nak describe. Lepas dah amik gambar situ.. sambung lagik jalan.



Sambil penat tu.. tetiba "eh macam kenallah banner ni" hahaha.. cemana tak kenal "Smarter Planet punya banner" dah sah - sah IBM. hahaa.. terus tak lepaskan peluang amik gambar kat sini jugak, yelah nak amsuk IBM UK ntah zaman bilalah, amik gambar pun jadiklah.. Oh ya, kat sinilah kawan aku keje, kawan yang aku tumpang rumah dia tu.. jauh jugak sebenarnya kalau naik train, tak taulah berapa kali ganti.


"London Bridge" nampak signboard je terus pegi sana... kat sinilah terurai 1 perkara. aku dah cakap London Bridge dengan London Tower tu benda lain.. hehehe tapi husband aku tak caya, dah datang and tengok lagik sekali baru percaya, London Bridge cuma jambatan biasa je, yang ada Tower macam jambatan kabel kat Sunway to London Tower... Tapi takpe, sayup dah nampak dah London Tower, sikit je lagik...



Terus cross London Bridge, amik jalan sebelah sana pulak, walaupun sebelah tu cuma banyak bangunan pejabat je, tak kisahlah, clear sikit and boleh berhenti amik gambar kejap - kejap. Masa tu pun dah nak pukul 5 petang rasanya. Dah nampak ramai orang keluar dari pejabat. Kereta pun dah banyak yang balik, sikit je lagik nak sampai London Tower... come on bebeh..
 


Sampai je kat sana, terus singgah kedai cenderahati, beli apa - apa yang patut, tidaklah murah mana pun, tapi kalau kita pandai cari dan pandai tawar harga.. ok jugaklah.. "Are you from Indonesia or Malaysia".. "Malaysia" terus mamat tu bagi salam, dia dari negara Kulit Hitam dan muslim jugak. Majoroti yang jumpa we all akan tanya sama ada we all from Indonesia atau Malaysia, seronok pulak rasanya.



 
Dah nak malam, surelah sejuk, wajib singgah Starbucks nak beli kopi panas. 1 cukup, nak minum aku dengan husband aku je, Darin tak minum, tapi kemaruk donut, haih, pengsan, takpe janji dia nak makan, kesian kalau dia lapar.


Permandangan waktu malam memang cantik sebab banyak lampu. Kalau siang pun best jugak, sebab boleh naik sampai atas tu, tapi of course kena bayar. Kalau korang memang plan nak naik semua bangunan yang ada, better jalan siang, macam we all ni main terjah je.

 
Selesai misi pada hari itu, from Trafalgar Square ke London Tower, terus carik train terdekat nak balik rumah, iaitu kat London Bridge, masa tu dah memang pukul 6 petang, waktu orang balik pejabat. Memang cukup 7 jam we all berjalan sahaja, naik train pun tak dapat duduk. Overall memang seronok, penat tu adatlah, jalan tempat orang kan. So esok ada lagik 1 hari kat London, nanti tengok apa lagik yang berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...