Followers

Monday, February 13, 2012

Europe Trip: Warwick Garden-Trafalgar Square-National Gallery - Cavalry

Hallo.halloo..hallo..
Dah banyak dah info duk share pasal PREMIUM BEAUTIFUL.. now nak sambung balik pasal entry Europe Trip tu.. Citer kat London tak start hapa pun lagik.. baru habis merayap kat Westfield je hari tu...


The next morning kita orang keluar takdelah awal sangat, around 10am, sedap kot lepak rumah, matahari tak nak keluar. Bergerak keluar jalan kaki, meredah kaki lima jalan yang basah menuju Bus Stop Warwick Garden. Kat sini we all pening nak amik bas nombor berapa, tapi jangan risau, di setiap bus stop memang dia ada bagi senarai nombor bas, dan hentiap bagi setiap bas. Kali ni we all naik Bas no 9 yang terus menuju ke Trafalgar Square.


Bas 2 tingkat adalah simbolik bagi kenderaan awam di London, kena naik bas ni dan tak sah kalau tak duduk atas. Kawan aku siap cakap, bergerak naik bas lagi senang sebab nak angkat stroller, dan boleh duduk atas and tengok permandangan. Itu yang we all buat, stroller tinggal je kat bawah and we all naik atas. Darin of course sangat excited dapat duduk atas. Tak nak duduk diam. Since local people yang sangat baik hati, siap bagi ruang untuk Darin berdiri menikmati hari - hari di London.


Sepanjang kiri jalan adalah Hyde Park. Taman yang wajib dikunjungi oleh setiap pengunjung. Taman ni sangat besar. Masa ni dah banyak sangat daun yang kuning and luruh. "A few weeks ago, daun tengah kuning cantik je gugur" kata kawan aku, now ni dah tak sangat. Banyak tinggal daun kering je kat atas jalan.


Besar tak besarnya Hyde Park tu siap ada jalan raya lagik dalam tu, terkejut kejap bila nampak kereta selamba je park kat dalam tu. Setiap pintu masuk ada nama - namanya tersendiri macam Prince William, Lady Diana and etc, tapi tak perasan pulak pintu pagar nama "Kate".




"Bie..Bie.. itulah Royal Albert Hall, yang Siti datang nyanyi tu"
"Mana?"
"Tu yang kaler merah tu..."
"oooooo"
sebelah kanan jalan tu Royal Albert Hall, dia memang berdepan dengan Hyde Park. Di antara celah - celah  bangunan yang sedia ada kat London tu. Aku imagine macam 1 tempat yang lapang, dan terpampang sebiji bangunan kat situ, macam Istana Budaya, walaupun tepi jalan, tapi kiri dan kanannya takdeah bangunan besar dan rapat, rupanya kat tepi jalan besar je... Kalau kat Malaysia sure dah berpeluh fikir nak parking kat mana. Tapi sini public transport sangat senang so tak jadi masalah langsung.


Believe it or not, aku nampak bangunan Ripley's Believe It or Not, yang selalu keluar dalam tv dengan benda yang pelik - pelik tu. Tapi aku just tengok dari atas bas je. Dah dekat dengan tube New Bond Street kalau tak silap. Takpe, nampak bangunan pun jadiklah yek.


Jalan sesak sikit hari tu, maklumlah hari bekerja, semua orang sibuk, sempat jugak pass by HRC, fuh, esok kena pegi jugak... bila bas dah berhenti kat satu tempat, semua orang turun, we all pun turun, and husband aku siap tanya dengan driver tu, betul ke dah sampai Trafalgar Square.. terus dia explain ikut jalan mana. Sepatutnya dia akan berhenti bebetul dekat dengan Trafalqar Square, tapi ada apa ntah, jalan tutup.. hahaha teringat kat Malaysia, selalu jalan tutup.


Hoyeh... yang tinggi tulah Trafalgar Square.. adoi janganlah aku bagi info salah kat korang, tapi aku dah sampailah. Best tak, masa sampai tu hujan tau, dia hujan halus je tapi lebat sikit. Kalaulah snow, hhmm layan jugak. Yang paling best confirmlah Darin, dia duduk je diam - diam dalam stroller bertutup dengan plastik. Berguna jugak rain cover tu kat sini... Kat Malaysia tak pernah nak pakai pun.



Bergambar kat Trafalgar Square tak sah kalau tak panjat tangga ke National Gallery. Aku siap cakap " tak yah pegilah, nampak dah".. last - last kena marah dengan husband aku.."Apa pulak dah sampai tak naik, jom amik gambar" hahaha lawak betul rasanya. Aku ni duk fikir kejarkan masa sebab time kita orang sampai kat area tu dah pukul 11 pagi. Kan ke winter cepat gelap, tu yang bergegas nak jalan je.. tapi "saya kan yang menurut perintah".


Now turun balik ke bawah.. jalan susur tepi jalan, tengok fikir nak ikut jalan mana ke Big Ben, dia punya bangunan tu sayup - sayup dah nampak tapi tak berapa sure sangat, nampak je macam orang jalan ramai - ramai, we all pun try jugak ikut jalan yang sama.. ho yeh.. konon kira hebatlah tu.


Tengah berjalan, nampak macam ada bangunan di raja, tak pasti pulak apa nama tempatnya. Nampak tentera berkuda kat situ so nak jugaklah amik gambar dengan kuda, walaupun bau kuda tu.. fuuhh sendiri mau ingat. Masuk ke dalam nak tengok apa yang ada. Tak tau acara apa yang berlaku, tapi ada 2 pasukan tentera berkuda, 1 baju hitam dan 1 baju merah. Dia punya kapten tengah bagi arahan... Agaknya dia tukar waktu menjaga kot.. agaknya je... Darin pulak tengah syok tido. Kawasan tu sangat lapang, pokok pun kat hujung - hujung padang je. Tempat berpijak tu bukan tanah merah biasa, tapi dia macam berbiji - biji. Tak pandai macam mana nak describe.

 
Bila dah selesai, 1 team gerak ikut pintu depan, 1 lagik ikut pintu belakang, we all siap nak follow kuda tu, sebab budget sure nak pergi Buckingham Palace ni.. baru jalan separuh, sekali ada sekor kuda terkehel, nak terjatuh dah orang kat atasnya, tapi kuda tu hebat, terpeleot sikit je, pastu mantain balik jalan macam biasa. Sekali dah jalan bertapak - tapak, baru teringat niat asal nak pegi Big Ben.. hahaha... patah balik ke belakang. Nasib baik tak jalan jauh lagik, Maklumlah tak lama kat sana, sebab tu kena rushing. Darin tido diam - diam dalam stroller... macam biasa.




Eh.. kat luar ada askar jugak, berdiri kat situ, sambil pegang pedang panjang, seram je tengok pedang tu, orang lain tergedik nak amik, aku pun nak jugak and husband aku layankan aje, yelah bila lagik nak merasa. Itupun berdiri jauh - jauh, sebab takut pulak aku tengok pedang tu.



Luar dari bangunan ni ada tugu peringatan untuk memperingat pejuang - pejuang wanita yang terkorban di dalam perang. Wa... hebat tu... tapi aku takdelah pergi sampai ke tengah jalan untuk tengok nama dia orang satu - satu. cukuplah sekeping gambar untuk kenang - kenangan..


Citer dah panjang dah.. Big Ben tak nampak lagik ni... continue kejap lagik k.

2 comments:

Kakibuku said...

musz..kt hyde park tu kan saper2 blh debat dia blh debat..any topics kn..x slh speakers' corner kot..patut kt Msia pon ada satu kn..

mikamusz said...

Kat sanakan, suara terbuka sgt digalakkan dan diterima pakai.. Kat Malaysia nanti, semua masuk ISA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...